Jumaat, 27 Ogos 2010

Arsenal diundi kumpulan H, Eduardo kembali.


I look forward to play in the Champions League. I don't want to play against Arsenal.
Itu adalah antara pesanan terakhir Eduardo Da Silva sebelum meninggalkan Arsenal bagi meneruskan kerjayanya ke Shaktar Donetsk. Dan itulah sebabnya dunia bola sepak ini menarik apabila ketentuan2 ini ditakdirkan.Nampaknya apa yang tidak dihajati Dudu menjadi kenyataan dan Emirates pasti bergegar menyambut kepulangannya. Aku harap dia tunjukkan 100% profesionalisme dan aku tak kisah jika dia score hat-trick sekalipun ke atas Arsenal asalkan dapat melihat aksi2  perlawanan yang menghiburkan.3 game untuk Shaktar dia dah score 2 bijik. Sentuhan bisanya di Zagreb perlahan2 dirungkai semula.Dan gayanya tetap selamba setiap kali lepas menjaringkan gol.sempoi.



Selain Shaktar 2 lagi pasukan yag diundi bersama Arsenal dalam kumpulan H bukan calang2.Dengar atas kertas nama tidaklah termasuk dalam golongan elite tetapi faktor travel jauh mungkin memainkan kesan penting bagi Arsenal. Pasukan yang mengejutkan rakan2 lama Squaillaci Sevilla , dari Protugal Sporting Braga manakala satu lagi dari rantau balkan, dari Serbia , Partizan.Belgrade.

Menjelang pertemuan menentang Blackburn esok malam, Wenger mengingatkan para ref terlebih dahulu bagi perhatian lebih serta 'respect the rules'. Sebab apa? dia tidak mahu perkara musim lepas berulang macam mana Fabianski ditolak dikepit dan diremuk sampai aku rasa boleh masuk garisan gol oleh pemain2 Blackburn masa set pieces.Tak dapat chance langsung untuk fabianski challenge bola yang akhirnya Arsenal tumpas 2-1.Tak mengejutkan fabianski menjadi kambing hitam, sudah tertulis nasibnya begitu. Wenger menyelar taktik permainan ala ragbi , tapi dia tidak pula menolak corak fizikal dan body contact yang tidak melampau jadi jangan salah sangka bajet Wenger ni lembik dan terlalu manja.Tapi itulah yang bakal diserang oleh media2 anti Arsenal, cry babies , lembik, manja dan budak2. Kehadiran Squaillaci, Camak Koscielny menunjukkan Wenger masih serius dalam persaingan musim ini. Walaupun Kos paling muda antara ketiga mereka 24 tahun tetapi kehadiran Laci dianngap sebagai mampu memberi kesimbangan.Kedua2 pemain yang mempunyai kaitan kuat dengan France telah menggantikan duo France dalam Gallas dan Silvestre.

Biarpun belum ada pengunguman rasmi mengenai Squillaci, tapi aku percaya hanya menuggu masa yang tak lama.signing Terakhir? mungkin tetapi Wenger tidak menafikan sebarang kemungkinan untuk membawa seorang lagi masuk. Macam jualan raya , tunggu last2 minit mungkin boleh dapat murah-taktik Wenger.


0 ulasan: