Jumaat, 6 Ogos 2010

Suara Cesc Fabregas

 

Statement Cesc Fabregas.

Akhirnya setelah berbulan membisu, dia bersuara. tapi tak ada yang baru, hanya sekadar mengesahkan yang dia akan berada di Arsenal- sekurang2nya untuk musim ini. Cesc Fabregas tidak menyorok kemahuan dan kecintaannya terhadap Barcelona, malah dalam statement tersebut lebih banyak Barcelona daripada Arsenal. Tak ape, aku dah jangkakan skrip seperti ini. Pada pandangan peribadi aku, hatinya memang telah terpaut dan terpanggil untuk pulag ke kampung halaman musim ini tapi yang menjadi penghalang adalah Arsenal yang mereject bid, rasa terhutang budi pada Arsenal, Arsene Wenger sebagai 'bapa' dan hormat kepada fan Arsenal. Jadi tak salah untuk aku katakan di sini bukan sepenuh hati Cesc yang  hendak stay , tapi lebih kepada Arsenal yang tidak mahu melepaskannya. Itu adalah realiti yang aku nampak daripada statement dan pemerhatian sepanjang taktik kotor barcelona ini berlangsung dan aku minta maaf jika ada yang kurang senang dengan pendapat aku.

Namun begitu, perlu diingat, apa yang penting adalah komitmen dan Cesc Fabregas sentiasa komited di atas padang.Setiap kali menyarung jersi Arsenal dia akan memberikan 100%  yang terbaik. Ada yang begitu pantas menghukum Cesc mengatakan dia perlu dilucutkan dari jawatan kapten, pada aku kepimpinannya melalui teladan. Lead by example. Ketenangan dan kebolehan selangkah lebih dari rakan2 lain membuatkan Arsenal begitu memerlukannya dalam masa yang sama dia juga memerlukan Arsenal bagi merealisasikan impiannya dan ya, termasuk impian untuk pulang ke Barcelona satu hari nanti. Sekurang2nya kita telah merasai apa rasanya bila gosip seperti ini melanda sewaktu yang tidak dijangka maka ini adalah satu wake up call bagi Wenger dan Arsenal. Fabregas tidak mampu diikat lebih lama, dan bila berlaku perkara seperti ini, Wenger boleh bersedia , terima kasih Fabregas kerana masih memberi masa dan tidak mendesak, terdesak atau termakan dengan taktik busuk rakan2 sebangsanya. Aku tahu pelajaran hormat menghormati itu dipelajari daripada Arsenal Football Club bukan daripada apa yang dibelajarnya sewaktu di La Masia .Aku sendiri pun  meragui ada subjek seperti itu di sana melihatkan kekurangan sivik produk2nya..

Hatinya mungkin di Barca, DNA nya kononnya berdarah Catalan tapi perjuangannya selama 7 tahun dan musim ini teristimewa khas, ikhlas dan telus buat Arsenal..


We've Got Cesc Fabregas!!!


2 ulasan:

NuNur berkata...

Setuju… walaupun hakikat ini terlalu pahit utk ditelan, kalau ditelan mungkin anak tekak terkoyak, dinding usus pecah, perut luka menahan pedih namun arsenal fan terpaksa gak telan… 2 artikel ms henry pindah yg sy bace dan x sedar air dalam mata terkeluar… satu air mata gembira bangga. Satu lg sedih pilu..

Smiling artikel: http://www.arsenal.com/news/news-archive/gunners-greatest-players-1.-thierry-henry

Ayat yg paling sy suke dan ingat sampai bila2:

“Rival fans wished he was theirs, but Henry was ours.”

Tp lain pulak dlm isu cesc.. (huhuhuhu) = ( = ( = (

“We always wish he was ours, but cesc was theirs (barca)”

Touching artikel:

“Hundreds came to the station to see off their legend. Mothers came with their homemade lunchboxes, each filled with a pair of sandwiches and an apple. Daughters came with their cameras for a last minute photo sessions. Sons came with their shirts and pens for the legend to put his signature on. Dads came with heavy hearts, realising that they wouldn't live to see another of his sort.

As the train smoked out of the London station, the legend waved a fond goodbye from the window. He even trudged to the door, leaned out and continued waving his hand. At one point when he saw those tears streaming out of his supporters' eyes, he too couldn't resist and a tear rolled down his cheeks. He even thought of getting down from the train and rushing back to his 'home' but he couldn't and he didn't.

Thierry Henry had done all he could with Arsenal. He had won the Premier League title twice, the FA Cup thrice and had led them to the final of the UEFA Champions League. He is the club's all-time leading goal scorer, all-time leading scorer in Europe and was voted Arsenal's greatest ever player in a poll.”

Mungkinkah ‘intro’ artikel ini boleh digunakan semasa pemergian cesc nanti??? (yg kite x tahu bile tapi cukup pasti akan berlaku)

mr. salleh nasri berkata...

Fabregas pn mcm frust dh tu.. tp kali ni wenger btol2 pertahankn player yg dibentuknya selama ini.. klau dlu, our legend, Henry pergi mengejut ke Barcelona, tp kali ni, tidak.. Wenger berjaya menggunakan kedegilannya dengan meletakkan harga yg tinggi.. jadi, kali ni, Arsenal mesti memenangi kejuaraan bagi membalas jasa Wenger dan terutamanya kpd Fab yang masih lgi berfikiran jauh utk stay di Emirates.. skurng2nya klau Fab pergi slpas ini, dia pernah memenangi kejuaraan bersama Arsenal.. Namanya pasti tidak luput dalam sejarah Arsenal.. masakan tidak, sejak pemergian Henry ke Barcelona, pningkatan mndadak dan berterusan dipamerkan oleh Fab.. jadi, utk season yg bkal mnjelma x lme lgi, bersama2 lah kita berdoa agar Arsenal akan berjaya..