Perlawanan yang menarik untuk ditonton oleh peminat neutral bola sepak tapi sakit jiwa bagi peminat Arsenal.Biarpun menang 6 bijik tapi bolos 5 dalam tempoh masa tak sampai 7 hari lagi akan bertemu Liverpool di Anfield adalah perkara yang menggerunkan. Memanglah friendly match, skuad campuran tapi lihat pada back 4 , itu adalah pemain utama -jika Wenger berhasrat untuk startkan Koscielny-. Lagi seminggu nak start tapi jawatan penjaga gol No 1 masih belum diisi. Sebelum match Wenger ada cakap 4 penjaga gol sedang berhempas pulas merebut jersi no 1, maka seorang terpaksa dipinjamkan keluar. Pemilihan 2 warganegara Poland bertemu kelab Poland dan yang satunya dibayangkan menjadi penjaga gol utama membuatkan rata2 penyokong tegar Arsenal tak senang duduk.Fabianski membuktikannya sekali lagi malam tadi di mana ketika gol kedua.Lihat sahajalah highlight tersebut, gua rasa kalau dia try tenang dan relax sikit takkan terjadi tergopoh gapah sampai tersepak kaki member begitu. Reaksi Wenger sangat 'cool' sebaik sahaja Fabianski elepaskan gol kedua..
Berbalik pada pertahanan, Nampaknya Mael agak off day hari ni ketika beban tanggungjawab dipikul olehnya. Gandingan baru Koscielny jugak tak mencerminkan mutu dan kualiti yang sepatutnya,Walaupun jaringan gol sendiri bukan dipersalahkan tetapi gol kelima dan keempat meraka Koscielny patut memberi perhatian lebih.BUkan nak menyalahkan individu ketika kedua2 full back international yang digantung jugak tidak memainkan peranan, Sagna Clichy, gagal dalam overlapping. Kekurangan cover dari bahagian tengah dengan Rosicky, Frimpong Nasri dan Wilshere yang jarang2 trackback juga tidak membantu.Pendek kata kita gagal dalam corak pertahanan sebagai sebuah pasukan, sebuah pasukan yang dicanang2 bakal bersaing merebut kejuaraan liga. Harap ia cumalah hanya satu hari yang malang.
Tapi kredit ketika serangan. Ketika pertahanan kita pergi AWOL, Serangan kita terbeban dengan terpaksa menggandakan usaha.6 bijik gol dengan Eboue tiba2 muncul sebagai penyelamat dengan 2 bijik.Penyudah yang baik dari Gibbs- nantikan kemunculannya bersama England.Control yang baik daripada Chamakah memegang bola menunggu rakan2 naik seperti mana dia membuat satu dua dengan Nasri sebelum menyelinap masuk ke dalam kotak penalti di belakang markernya dan membuat tandukan cantik menewaskan penjaga gol.Aku mahu tengok lebih banyak seperti itu dari Chamakh. JET yang tak ada posisi tetap , tidak mengecewakan sepanjang diberi peluang dalam pra musim ini. Aku rasa jika tidak ada tempat baginya sementara mencipta nama, eloklah bakatnya tidak dipersia siakan dan dipinjamkankepada pasukan BPL lain.Vela jugak mungkin mendapat arahan dari WEnger agar bermain dari wide position bagi membantu mencipta peluang bagi rakan2 lain.Walcott tidak konsisten, masih dengan masalah lama.Sekajap timbul sekejap karam.Ketika seorang pemain over-hyped England dikantoi menghisap rokok dan kencing di jalanan, sepatutnya inilah masanya Walcott membuktikan kesilapan namanya tidak disenraikan di Afrika bulan lalu malah dia lebih baik dari watak2 kartun yang sedia ada.
Baiklah, berita baiknya adalah rekod pra musim yang tanpa kalah, 5 kemenangan dan satu seri. Kapten Jack kita dan Gibbs berserta Walcott telah mendapat panggilan Capello untuk turut serta bersama dalam meaningless freindly bertemu Hungary. Pasti Wenger agak berbulu dengan jadual antarabangsa yang entah apa2 di tengah2 minggu ketika musim baru nak bermula. Dalam masa yang sama Wenger memberi hint bahawa dia mungkin akan kekal melanjutkan kotraknya di Arsenal dan jika ada kontrak baru, ia adalah kontrak terakhir dalam kerjayanya bermakna dia akan bersara di Arsenal.Targetnya pada ketika ini hanya sampai umur 65 tahun dalam bidang pengurusan, tapi jika dia fikir dia masih fit lagi selepas ini itu tak tahulah, mungkin dia akan menimbal balik keputusannya.
Memang kadang2 keputusan,transfer,dan taktikal orang tua ini boleh menyakitkan hati tapi biarpun degil dan ego,dia seorang yang berperinsip .Dan kita harus berterima kasih kerana displin itulah meletakkan Arsenal berada di kedudukan sekarang ini, stabil dari segi pengurusan dan kewangan dan tidak perlu termakan dek godaan wang berjuta demi menyimpan pemain terbaik dan aset berharga kita. Hanya piala dan kejuraan sebagai icing on the cake yang boleh melengkapkan ending yang baik bagi sebuah episod revolusi dalam sejarah penubuhan Arsenal.Maka marilah berharap agar musim inilah yang akan menjadi grand season finale sebelum kita memulakan episod baru dalam misi mempertahankan semula kejuaraan.Maka dengan sebab itu, projek Wenger tidak boleh tersadai begitu sahaja tanpa penghujungnya.Pada ketika ini serangan terhadap Wenger bertali arus dari pelbagai arah dan orang tua ini masih bertahan.Bukan sahaja Wenger, Arsenal dan para peminat sahaja malah bola sepak sendiri perlukan juara yang sebenar.Kemenagan sebenar dalam bola sepak adalah kekalahan buat golongan Mercenaries yang hanya memikirkan tentang mengaut keuntungan semata-mata.Kita bertuah kerana memilih perjuangan Arsenal.
Agi idup agi mengGunners
Ahad, 8 Ogos 2010
Kita perlu bertahan sebagai satu unit.
1:43 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan