Isnin, 31 Ogos 2009

Baru nak mintak maaf.


Tak sampai 30 saat lagi untuk match habis, Komplot jahat pengadil Mike Dean dan pegawai keempat perlawaann Lee Probert menyaksikan Arsene Wenger dibuang padang diarahkan untuk meninggalkan toucline tanpa arah , hanya kerana menendang botol yang kosong akibat kecewa kerana gol RVP yang offside.Sebagai tindak malas manusia normal,siapa yang tak kecewa dan malah boleh memberi reaksi lagi teruk dari tendang sebijik botol, yang diakui Wenger satu tendangan yang boleh tahan jugak mantap.Sekali lagi aku menglangi aku salute Wenger atas keberanian die dengan slumber menghadapi tekanan sebegitu rupa.He's a true worrier!

Huh, setelah menyedari 'mereka' tersilap mengarahkan Arsene Wenger keluar padang tanpa sebarang specific direction dan tak dapat meng'handle' situasi ketika itu yang dianggap sesuatu yang memalukan, barulah Kesatuan Referee EPL ingin memohon maaf atas keterlanjuran tersebut.Terhegeh2.. siapa pulak nak mintak maaf pasal kat bawah ni??



Tanpa menyebut sebarang nama,Wenger juga meyelar pemain united yang hanya inginkan sepak terajang tapi terlepas dari hukuman walaupun kad kuning.Apabila wartawan menyebut nama Fletcher, Prof hanya menjawab " Apesal ko sebut namaGua tak point kat sape2.. lu yang bijak lu pk laa sendiri".

Daripada tackle tersebut jugak Arshavin mendedahkan die sebenarnya injured sebelum main lagi.Patut nampak agak senyap dan kadang2 passingnya yang merapu.Ape2 pun gol tu memang terbaik dan hanya yang berkemahiran teknikal tinggi mampu mengubahnya.Itu belum fit habis, bayangkanla kalau Arshavin yang 100% hari tu, pasti kelam kelibut lawan dibuatnya.Walaupun kecewa dan rasa dirompak, Arshavin beraharapan kekalahan ini akan dapat memberi lebih semangat dan pengajaran buat para pemain untuk berusaha lebih keras.

Ramai yang beranggapan setelah melihat video ulang tayang bahawa Rooney menjatuhkan badan sebelum sebarang kontak dilakukan oleh Almunia,tapi ia tetap penalti.Dah terlepas, ape yang aku ingin ceritakan di sini lebih kepada karma, mau taw kenapa? Pemain Celtic Aiden McGeady dibuang padang setelah kantoi diving.Hahahahaha.. inilah yang dinamakan mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih,Hipokritos!


Pengurus Celtic Tony Mowbray siap cakap lagi "Kalau laa korang tak besar2kan insiden cerita Eduardo tuh sampai gile2, aku yakin player aku ni takkan dapat kad kuning sekalipun"

Biarpun Arsenal tewas, tapi masih ade mereka yang waras dan mampu melihat positif kepada Arsenal atas apa yang terjadi.Masih ada lagi artikel2 seperti ini..Artikel1, Artikel2

Transfer Windows dah nak tutup esok.Anggap sajalah tak de muka baru dibawa masuk kerana kelak kecewa kalau erharap sangat biarpun ade desas desus mengatakan Wenger kembali memburu si Camak dan Viera masih lagi dalam radar hanay tunggu lampu hijau Inter untuk lepaskan.Cuma berita yang tak syok didengar adalah pasal kapten Fabregas yang diakatakan Baarcelona-bound. Tak semena2 mulut tempayan Joan Laporta cakap merapau " Kami hormat Wenger, kami mintak maaf lah kalaumenganggu..tapi die kene faham.Fabregas tu kami yang punye awal2 dulu, memang takde rahsia lagi kami memang terhegeh2 kat dia, Cesc Fabregas ni special case" Kepala otak die, aku harapa Orang tua Hill Wood kite keluar dari sarang tempat die menternak perut habiskan duit hasil jualan Adebayor dengan Toure dan attack balik si Laporta ni.Tak abis2 nak ganggu 'rumah tangga' orang.Ini mengingatkan aku pada dialog cerita Perempuan Isteri & dot3 di mana Tapa(lakonan Zaidi Omar) yang sangap kat bini orang(Sofea Jane) mengaku pada Nasir Bilal Khan.."Aku..err..aku..aku nak Dia!" ..Gila


Merdeka!


Di kesempatan ini, ingin aku mengucapkan selamat hari merdeka kepada sume fans2 gunner di malaysia. Kepada yg bukan fans gunner yg SUKE bace blog ni gak, selamat hari merdeka gak r..Just nak gtau yg ni blog Gunners..So,paham2 la..Kami sume support Gunners..Kalo sape2 yg panas hati bace gua mintak maap beb..Ni blog gunner so gua expect fans gunner je yg bace..tp yelakan, internet tue luas..x sangke lak fans2 lain pun suke bace..ape2 pun trima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen2 dan feedback anda..Teruskan bersama blog ini dan HAPPY MERDEKA TO ALL..Merdeka!Merdeka!Merdeka!

gUa baru tgk cite 1957 Hati Malaya..Gile tangkap nangis..Buat gua rase bangge jadi anak malaysia..Kepada yg suke wat video clip 3GP mahupun FLV, tobat2 la korang..sebab bile korang wat, ramai yg TERdownload usyar..har har har..


Ahad, 30 Ogos 2009

Banyakkan Sedekah Di Bulan Puasa..


Mungkin si Diababy & AlmengeLAMUnia sudah lama tidak mengeluarkan zakat..Ya, itulah ringkasan dari match tadi..Positivenya, tanpa Cesc, Arsenal seakan-akan control hampir 65% match td..Macam kata2 fan yg sedia ada, kita xde luck..Tp lebih tepat lagi, kita kasi sedekah sama itu setan..Hahaha..Almunia yg mmg sedia xbleh blah tiba menjatuhkan badan..MMG Aku x paham apa pasai mamat berambut punk ini meleburkan badan..Mungkin ghairah melihat tubuh badan Rooney yg sasa..Diaby?X perlu aku ulas..Seakan-akan menjaringkan goal untuk dirinya..Yah, inilah yg harus Wenger sedar betapa pentingnya player berpengalaman dalam situasi begini..MMG tak dinafikan permainan td agak menarik dan banyak gile peluang yg ada, namun kalo dilihat di bahagian defend, mmg jarang sekali kesilapan dilakukan oleh Gllas dan Mael...Mmg aku salute la defend malam ni..TP kepincangan tgh jelas teserlah..Song dan Denilson mungkin mempunyai aura yg sama..Diaby mungkin sebagai playmaker tp tup2 terjadi goalmaker..So,jelas di sini..AMAT2 JELAS arsenal memerlukan seorang DM yg berpengalaman untuk bersama2 membendung wabak school boy mistake seperti yg Diaby buat td...TP aku mmg x paham kenape Arsenal maseh mengekalkan Keeper seperti ALmunia yg sememangnyer xde bakat yg besar langsung...Namun, xpelaa..Marilah kita suma keep the faith to wenger..Dia lebih tau ape situasi sebenar..Bg aku,MANU xkn champions tahun ni sebab nampak sangat kegoyahan mereka td..Ape2pun, season maseh baru bermula...2-1 bukan suatu angka yg berat untuk mate memandang..Tambahan pula 2 goal tu dari penalti dan OWN GOAL..korang sume pun bleh pk sendiri or bleh kire ngan jari brape kali MANU attack td..huhu..BG orang yg betul2 suke tgk bola, diorang akan rasa malu kalo pasukan diorang menang camtu tp masih nak bangga2..Tp bg yg fanatik n x tau apa langsung psai bola, mereka hanya tau beli baju pasukan n sorak2 sambil emo...haha..Sapa makan cili, terasa la kepedasan..LU PK LA SENDIRI...SALAMZ....


Post Match: Sedekah di bulan yang mulia



Bukankah dalam posting sebelum ini ada aku nyatakan nasihat, kita digalakkan bersedekah di bulan Ramadhan.Hah,nah! amek laa..Ini sedekah Arsenal kepada Man Utd untuk tahun ini.Mungkin kerana pancingan Fergie yang menyatakan Wenger dan dirinya kini teman tapi mesra membuatkan Wenger terpanggil untuk menghadiahkan buah tangan istimewa.



Langit tak selalunya cerah, Arsenal tiba2 dirundung nasib malang selepas permulaan bergaya dan takde yang memeritkan selain berlaku dalam match rivalry seperty tadi.Kedua2 pasukan utk malam tadi tak cukup bagus, full stop.Dalam match seperti ini pasukan yang banyak melakukan kesilapan bodoh yang akan menanggung kerugian dan malangnya malam ini adlah giliran Arsenal.Man Utd tak mengancam, tapi tahu bagaimana nak handle situasi dan lebih bernasib baik disedekahkan 3 mata di depan pintu.

Aku hanya nak pointkan sahaja beberapa perkara daripada match tadi:

-Referee tak konsisten! Nasib buruk Arsenal mulai kelihatan apabila foul fletcher ke atas Arshavin adalah 200% penalti dan ref yang buta kayubuta hati jek tak bagi.Ini mungkin effect tragedi kebelakangan ini.

-Arshavin! Superb goal tapi senyap kat bahagian kiri.Aku kalau boleh nak tengok die lebih ke tengah.Injured dan terpaksa dikeluarkan, dah nampak dah bayang2 bye2 3 mata.

-Penalti Man U, tak boleh didebat tapi ref pantas memberi berbanding Arshavin.Sekali lagi tiada konsistensi di situ.

-Diaby?!!What a 'super-B' goal?!!! Oh yeah... Main 90 minit..diberi kepercayaan oleh Tun Wenger walaupun mempersembahkan satu persembahan paling haram dan mengecewakan, lama sangat menyimpan bola distribution.. failed, dan decision making yang bengap.Long feet, short intelligence.Die dan Denilson kembali kepada status Double Dungu.

-Almunia,kalau rush out macam tu patutnya die kene pastikan 100% kompom dapat bola.Angle yang kurang bahaya langsung tak sepatutnya untuk buat foul bodoh macam tu, Gallas yang mulanya terperangkap aku rasa mampu cover back.Tapi sayang, sedetik kesilpan membawa padah.

-Kesian kat Mael yang bermain bagus dengan Gallas malam ni.Shrek langsung tak lepas Verminator.

-RVP..entah bila nak dapat gol pertama untuk musim ni.kalau tak kerana ibu jari kaki Foster, segalanya mungkin berbeda.Itulah bola sepak.Ape2 pun free kick tu kalau masuk memang terbaik.RVP memang isolated kalau jadi lone striker.

-Eduardo..'Terima kasih' kepada Media dan harap mereka berpuas hati dapat mengalihkan segala rasa benci dan dan menanam perasaan hilang hormat terhadap mangsa kejadian kambing hitam.Hipokritos! Mulai hari ini Eduardo terpaksa menyesuaikan diri dengan boo dari serata pihak lawan dan anggap sajela boo tu macam bunyi Dudoooo...

-Kita benar2 kehilangan Fabregas.Amat2 dirasai.Trio badut termasuk Ramsey pun belum tentu dapat mengisi lubang yang ditinggalkan.Nasri Rosicky jugak akan kembali, harap segalanya berjalan mengikut jadual.

-Backup midfield masih belum meyakinkan..Sebelum 1 sept, Wenger harus lakukan sesuatu.DM,VDV mungkin.

-Kurangnya winning mentaliti di kalangan pemain cukup terserlah.Hanya beberapa player yang dilihat up terutamanya Gallas.Jika Semua bersemangat seperti Gallas(offside goal tu memang sayang), kite pasti tak gelabah dan dapat handle situasi dengan tenang.Pemain belajar dari pengalaman, tapi sayangnya seringkali pengalaman buruk seperti ini tak serik2 buat mereka.

-Last sekali ape show yang Wenger buat kat atas stand sana?Diperintah meninggalkan touchline tapi takde arahan spesifik ke mana.Wenger betul2 ade sense of humor dalam keadaan tekanan macam tu.Hanya orang yang cekal dan berani dapat berhadapan dengan fan2 gila kat belakang macam tu.Salute buat Prof.Tapi bukan salute untuk taktikal tadi, Diaby main 95 minit?? what a joke!!

Satu Manchester berlalu dengan frust, ade satu lagi Manchester tengah tunggu..Adebye2 pasti sedang tersenyum sinis dan punya misi yang lebih dasyat lagi.

Season masih panjang, ape2 pun dah ku kata match United dan Arsenal memang sarat dengan aksi dan wajar ditengok kerana perasaan kecewa dan riang yang amat sangat boleh silih berganti sekelip mata.Mana nak dapat beb.Walaupun kita berada di pihak yang kecewa akhirnya, tapi esoknya kita bangun memikirkan ape yang tak kena dan hey,taklah teruk sangat, cuma terkena salah satu hari yang malang jek.Not bad at all, masih ade ruang, sabar dan terus berusaha.Keep the faith.Kamon Gunners!


Sabtu, 29 Ogos 2009

Pre Match: Persediaan tak terganggu.


Biarpun ada pihak yang cuba sedaya upaya mengalih pandangan dari Arsenal yang on form kepada cerita Arsenal yang 'bermasalah disiplin' aku percaya persediaan pemain tidak akan terjejas baik dari segi mental terutamanya.Ini kerana Arsenal akan bertandang ke Old Kerepot malam nanti yang dikatakan Wenger sebagai hanya salah satu daripada ujian .Dengan 2 match di Manchester dalam masa 2 minggu, para pundit, penganalisis, perosak berita akan lebih mudah untuk 'menentukan' masa depan Arsenal.Tidak kira anda menang 4 kali beruturut2, menjaringkan 15 gol ataupun hanya bolos 3 gol, kita masih belum menerima kredit yang sepatutnya.Nevermind, segalanya atas padang, bukan atas kertas.

Untuk berpikir bahawa Fergie dan anak buahnya sedang dalam krisis dan masalah off form adalah satu yang naif bak kata Wenger.Aku setuju dengan pendapat Wenger di mana walaupun mereka ditinggalkan dengan lubang yang cukup besar tapi mereka masih mempunyai kualiti untuk menambus lubang tersebut biarpun kadang2 dilihat agak jerlus.Kini United terpaksa belajar untuk betul2 unite sebagai sebuah pasukan tanpa hanya mengharapkan sentuhan individu.Dan untuk tak menipu, perkara itu memang mengambil masa dan disinilah kelebihan atau advantage buat Arsenal untuk mengeksploitasi peluang ini.



Mereka ade kualiti peledak dalam Rooney tapi kita punya Mael awal2 lagi melaungkan keyakinan tak gentar dan memang sangat2 menunggu masa bertentang mata dengan Shrek.Jika filem aksi mensajikan tajuk2 seperti Alien vs Predator, Bola sepak tak kurang hebatnya dengan filem terbaru, Shrek vs Verminator!!Itulah sebab2 utama pemain2 memilih menyertai United mahupun Arsenal di EPL, ini kerana perlawanan berbara macam ni lah.. Barbatov dilihat sebagai si malas tapi dalam malasnya Gallas & Co di bahagian bawah tak bolehlah mengambil sikap seperti berbaring di kerusi malas kerana jika kene pada masanya Barbie mampu mencipta peluang tersendiri malah berkeupayaan dari segi fizikal dan ketinggian.Owen, sub atau start..masih belum ketemu Owen yang dulu..Mungkin karatnya tak habis digilap Fergie tapi Fergie pasti nampak sesuatu yang istimewa dalam Oweng.Harap bukan hari ini dirinya muncul..

Di bahagian tengah, Valencia nampak seperti signing yang bagus.Tidaklah begitu direct tapi memberi dimensi yang berbeza kepada mereka.Cuma masalah Fergie adalah memikirkan gandingan terbaik bahagian midfield.Dari season lepas mereka tidak punyai watak tetap dan sering berubah2.Mungkin kononnya Fergie nak membuktikan lambakan player dengan kualiti yang setaraf sehingga baru2 ini Carrick dan Anderson dilihat seperti tidak berpuas hati dengan peluang limited yang diberikan.Pertahanan meraka tanpa Ferdinand, Vidic pulak tak tidur lena sehingga tarikh 1 sept transfer deadline.Suatu yang perlu dimanipulasikan semaksima mungkin oleh barisan serangan Arsenal.Harap2 mereka menurunkan Foster yang nampak lebih gelabah puyuh menggantikan VDS yang masih injured.Aku jugak secara peribadi nak sangat tengok muka cry baby atau childish dari Si Evra apabila dihambat Song.Jangan salah paham, kita menghormati pihak lawan, tapi jika mereka mengeluarkan kenyataan2 dan provokasi melampau, what do u expect?

Bagi Arsenal pulak,turun tanpa kapten dan pemain paling penting Fabregas, merupakan satu tamparan terutama dalam match seperti ini.Wenger kini nak taknak terpaksa keluar dan menyatakan falsafahnya, meletakkan harapan kepada trio sejati Denilson,Diaby dan Song.Aku tak rasa untuk match kali ini Arsene Wenger mengambil risiko menurunkan hanya 3 midfield setelah die mengaku betapa gagalnya sistem itu ketika bertemu United musim lepas di UCL.Mungkin Wenger akan back to basic, 4-4-2 dan kadang2 berubah ke 4-5-1 memonopoli midfield battle.Aku nampak Eboue pasti akan diturunkan dengan role yang sama ketika bertemu Celtic dan dengan ini barulah Wenger yakin untuk melepaskan trionya 3 sekaligus dengan bimbingan dan support oleh Arshavin.

Kes terbaru ini diakui memberi kesan kepada pemikiran Wenger.Di otaknya pernah terlintas untuk tidak menyenaraikan Eduardo dalam match kali ini demi memberi protection kepada fox in the box.Wenger dapat membayangkan 'habuan' yang bakal diterima Dudu baik dari ref mahupun terjahan pihak lawan dan juga provokasi penyokong2 lawan.Jika benar Dudu tidak diturunakan, simpati kepadanya kerana tak pasal2 menjadi mangsa sasaran media dan terlepas aksi penting dan rugi jugak kepada Arsenal.Tapi aku percaya ia lebih kepada perang psikologi.Wenger pastinya yakin, Eduardo dah cukup besar,matang dan bersedia menghadapi segalanya.Die sudah dan pernah melalui yang lebih perit dari itu.Namun bersemangat bagai Sang Phoenix yang bangkit dari abu!!

RVP akan pasti diturunkan setelah direhatkan match lepas.Adalah satu nikmat untuk membuka akaun gol musim ini di old kerepot.Mungkin RVP telah memikirkannya.Arshavin akan support RVP.Dan kini di bahagian atas, kedua2 player mampu mencipta magik tersediri ketika keadaan tak mengizinkan dan merupakan pemain2 yang boleh dilihat,diharap oleh rakan sepasukan lain.Pertahanan Gallas - Mael perlu mengekalkan form terbaik.4 tulang belakan perlu berusaha keras sehinggga wisel penamat dan tak boleh sesaat pun leka.Tiada lagi gol2 sagu hati mahupun last2 minit.Wenger tidak boleh membiarkan ia lama2 menjadi adat.Sekadar nasihat,bulan Ramadhan kita digalakkan memperbanyakkan sumbangan derma.


-------------Almunia----------------
Sagna-----Gallas----Mael-----Clichy
Eboue----Song------Denilson----Diaby/Arshavin
-------------Arshavin/Dudu--------------
--------------RVP-------------------


Aku rindu saat2 ni.Adrenalin memuncak!

Walaupun match kali ini bukan lagi sehangat era Keano vs Viera dengan masing2 manager sudah pandai saling hormat menghormati, tapi pertembungan Arsenal, United sentiasa menjanjikan sesuatu yang istimewa.Jangan terlepas peluang untuk menyaksikannya.Astro 812 ESPN 12:10 am.Man Utd 1 - Arsenal 2.(jumlah jaringan diinspirasikan oleh jumlah yang sama daripada Amri Yahyah)

Ayuh Arsenal!!


Jumaat, 28 Ogos 2009

Hentikan Hipokrasi!

HIPOKRIT!!
POYO

Sebenarnya gua malas nak layan.Tapi dek kerana dah melampau sangat 'mereka' ni, gua rasa terpanggil untuk memberikan pandangan peribadi tentang kes yang kecik ciput tapi tibe2 jadi panas gila satu dunia mau taw!! Ape lagi kalau bukan kes Eduardo.Anda semua pasti dah tahu.

Diving , menipu, memang gua secara peribadi amat tak terima dalam bola sepak terutama bila terkena pada team sendiriyakni kite sebagai fan Arsenal pasti telah lali dengan situasi2 semacam ini.Tapi sayang JIKA BENAR Dudu ade niat untuk SENGAJA menjatuhkan badan bagi mendapatkan penalti, gua rasa tindakan itu memang tak patut.Full Stop.Itu sahaja, tak patut- tak payah bising2, angkat yellow card..semua diam habis cerita.

Tapi yang membengkekkan keadaan ialah ape kejadahnya Orang2 mulut2 besar otak kecik macam Donati dan Gordon Smith si Scotish FA punye kepala dok sibuk2 mau menggesa UEFA gantung Eduardo sampai 2 match??!!!Kamon laa wei. Logik laaa.. akal takdak ka.Jangan jadi hipokrit! Ramai lagi player pernah dive, boleh kata separuh pernah dive,even Donati sendiri pun..tak kire kat dalam kotak penalti mahupun kat luar kotak penalti dari Liga Malaysia sampai ke Liga serata dunia tapi kenapa bila player ARSENAL jek, berita ni dah jadi macam satu jenayah besar! jenayah kejam kononnya sampai memanggil badan2 bola sepak sibuk hendak mengkaji balik peraturan, menambah linesman di belakang gol la , guna viedo la(gol line tak nak pulak guna video-bangang-pelik-aspek lagi penting taknak guna teknologi).

Diikutkan cerita, Eduardo dive kononnya, tapi tak siapa tau dari visual tu mungkin ade sentuhan zarah paling minima, mungkin Eduardo yang masih trauma dek terjahan si taylor mengambil langkah berhati2 menjarakkan diri dengan menjatuhkan badan.Dengar macam bodohkan, tapi mungkin juga Eduardo memang berniat mencari penalti dengan mengharapkan Boruc menyentuhnya dengan impak yang lebih tapi Dudu tersilap langkah, tak dapat ape yang die harapkan(sentuhan lebih dari Boruc).Die tak sempat bangun, die tak komplain, pengadil menghadiahkan penalti.Nah! Banyak lagi diving yang lebih buruk yakni terlepas begitu sahaja, tak kire lepas match, atau masa match, pengulas, media diam seribu bahasa.Tapi bile player ARSENAL, bukan ENGLAND, lain BANGSA, seperti Eduardo buat siketttttt jek auta(yang ramai gile buat kat luar kotak penalti dalam pun ade) , Bukannya Dudu jatuh menggegar sampai gempa bumi!!!!



Wenger mula2 mengaku itu bukan penalti.Bagus, mungkin die tahu kalau die cakap tak nampak, orang akan kaitkan die dengan pengakuan pernah menipunya baru2 ini, dapat la die ayat selamatkan diri dari jadi mangsa media.Tapi bile pengakuan itu dibuat, heboh satu kampung!! Tak pulak pengakuan Tony Mowbray yang slumber cakap pedulik ape penalti tak penalti, Celtic memang tak bagus 180 minit!!! Itu tak pulak di besar2kan...Mowbray sendiri mengaku wei..Mowbray!!! Bukannya orang lain.Kredit kepada Mowbray tapi bukan kepada player Celtic yang memang hampeh sepanjang 2 leg.Konon kalau tak dapat gol tu bajet boleh score dulu mengubah perlawanan, poraa.. shot on goal pun 2 bijik, gol pun donation.Berbalik pada Wenger tadi, Wenger kate die tak dapat terima sebarang hukuman yang tak logik dan cara mereka mengadili player dengan berat sebelah sungguh MEMALUKAN.Diskriminasi.Aku berdiri di belakang Wenger apabila die berkata ini semua maianan putar belit MEDIA!!

Tengoklah kalau Gerrard,Rooney,Lampard, Walcott, Lennon, Young yang dive, mende ini akan berlalu bagai angin , senyap jek.Scubadiver terkenal dengan divenya tak pulak dipertikaikan.Drogba, Mourinho sendiri mengaku..taknak pulak siasat klip2 lama.Siapa yang backup arsenal apabila Rooney dive mendapat penalti menamatkan rekod unbeaten 49, siapa yang membacking Arsenal ketika Babel dive mendapatkan penalti menghantar Arsenal keluar dari UCL??TIADA!!Itu lagi la, di peringkat2 yang lebih tinggi, tapi takde sepatah haram pun media nak declare injustice.Hipokritos!!!!


Ini diroang tak kecoh plak!

Diving, cheating..memang salah, tak boleh dierima.Tapi ketidak adilan, diskriminasi, hipokrasi dibiarkan di depan mata!! Kita hidup dalam dunia yang penuh kotor.Bukan sahaja politik, kehidupan, sukan jugak tercemar dengan adanya budaya2 seperti ini.HUh..Dipikirkan sangat pasal diving, tak pulak dipikirkan terjahan2 keras, sepak terajang player sesuka hati tengah padang tapi terlepas..Matt Taylor pun 3 match ban jek, Si Brown Celtic tu tak pulak dimaki, patut dah red card berapa kali tendang fabregas.Itulah gua cakap, mereka bukan mengulas, mereka cari kesalahan-target -ARSENAL.Punca?? Senang sahaja, dalam BPL Arsenal memang terkenal dengan foreigner terutama ,Wenger, France yang berpengaruh kuat, .Kadang2 claim diorang ni sampai tak masuk akal-kononnya Arsenal pengkhianat bola sepak England, tak melahirkan bintang2 England.HAHAHAHAA.. cakap pakai tumit? Berapa ramai player remaja akedmi Arsenal yang berjaya, akedemi ape yang paling berjaya ?Kalau dah hasad dengki menguasai diri, cakap pun macam orang lupa diri.Itulah media!Aku dah tak boleh tahan dengan anti-Arsenalism nih.

Ingat Pompey season lepas? Arshavin jujur, nafi penalti biarpun pengadil bagi gak..Apsal tak kecoh????????? Apsal tak besarkan kebaikan, kejujuran ,langsung kredit pun tak bagi!Robbie Fowler pernah lakukan yang sama zaman2 die dengan Liverpool dulu, fuuhh habissss satu dunia nak kene puji si Fowler, player paling jujur di planet bumi.Double Standard!!!!!

Lagi2 nak dekat internationaleleh ni..hurmmmmm lagi laa depa ni suka, Nak2 England lawan Crotia.Eduardo memang masak aa jadi mangsa, ini salah satu nak timbulkan rasa benci laa ni di kalangan peminat2 England.Walaupun gua peminat setia England, gua malu jugak kadang2 dengan semua nih!Gua tak dapat terima ketidak adilan yang terlampau.

Aku rasa simpati terhadap Eduardo kerana dia nampak seperti seorang player yang sangat2 cekal dan tabah dan kehadirannya semula dari kecederaan pembunuh karier tahun lepas memang wajar dipuji.Tapi sayang,hanya kerana kesilapan-jika ada- sedikitttt(aku cakap siket sebab takde effect pada result match, Celtic memang takde harapan) die telah menjadi mangsa pada masa yang tidak sesuai dan bakal mencemarkan reputasinya.Hanya dengan menyumbat gol dengan seronoknya berulang kali week in week out bakal menutup mulut pengkritik.Musim ini adalah musim yang besar baginya.

Kalau benar Dudu didapati bersalah setelah budi bicara realistik dan logik, kad kuning atau amaran adalah yang terbaik.Tak lebih dari itu.Untuk kes ini Gua berdiri di belakang Wenger, akan support dalam konteks mempertahankan pemain daripada 'layanan berat sebelah' terhadap player Arsenal dalam kes ini khususnya Eduardo!Hentikanlah hipokrasi..gua dah mual dan bosan..

Ramai lagi 'pelakon' yang lebih hebat di luar sana terlepas..Siasatlaa klip2 wei...'gantung jangan tak gantung'.



P/S: Esok je lah pre match dan berita2 lain.Tulis mende macam ni memang spoil mood gua jek!


Undian UCL


Juara Belanda, juara Greece dan juara Belgium masing2 akan menjadi penghalang kepada Arsenal untuk meneruskan kelayakan ke pusingan kalah mati apabila diundi bersama2 Arsenal dalam Group H.Undian telah dijalankan malam tadi di Monaco.Walaupun bukan dari kalangan kelab2 elite dan nampak mudah di atas kertas, Arsenal tetap tidak boleh mendabik dada.AZ Alkmaar selaku juara Belanda musim lepas merupakkan newcomer yang pasti sarat dengan kejutan untuk membuktikan mereka memang layak untuk bersaing dalam kejohanan top class seperti ini.Olympiakos juara Greece nama yang tidak asing lagi dalam UCL sering memberi cabaran kepada pesaing dan nampak kebal di gelanggang sendiri.Dan Mael berpeluang balik ke kampung ketika Arsenal perlu berkunjung ke Belgium melayan pasukan Standard Liege,tak silap aku bekas kelab Eboue.Arsenal pernah mencipta rekod kelab, kemenganan away paling besar dalam kejohanan eropah 7-0 pada 1993/94 Cup Winners' Cup namun itu cerita 15 tahun dulu.Walaupun nama mereka standard tapi pasti mereka dah upgrade dan modified dari cop team belasahan kerana inilah Champions League!!

Match Day 1
R. Standard de Liege v Arsenal
Wednesday 16th September 2009

Ape kata Ivan Gazidis?
“We feel confident in our team and our ability to progress to the Knockout Stage.The travel times are not too demanding and that is one thing you always look at. However we are playing three champions and you don’t get to be champions for nothing. We are talking about the Greek, Dutch and Belgian Leagues so we’d be foolish to underestimate them."



Update kecederaan:
Fabregas nampak positif dalam full training semalam tapi masih 50:50 untuk match Sabtu ini.Rosicky walaupun dah kembali ke full training tak akan dirisikokan di Old Kerepot nanti.Ramsey yang kelihatan terhincut2 dan meninggalkan padang awal ketika match bretemu Celtic mungkin OK dan ujian akan dijalankan .





Transfer rumors.Anak emas Wenger Eboue mungkin tidak akan dijual setelah 'rasa sayang hey' nya diucapkan berkali2 kepada Arsenal.Malah Eboue berkata jika Arsenal nak die tandatangan kontrak baru dia akan lakukan atas dasar cinta yang begitu tinggi kepada kelab.Bercakap mengenai hubungan dengan fan dan cara die handle 'situasi' musim lepas Eboue berkata die dah melupakan segalanya dan kini berhasrat memenangai balik hati para peminat dengan persembahan yang bertenaga dan tidak putus berusaha.Dan dia bukan cakap kosong kerana setelah dilayangkan kad merah di WHL, die kembali dengan semangat dan persembahan baru tarian dan corak permainannya malah dah score 4 bijik termasuk yang terbaru semalam ketika bertemu Celtic.Eboue seorang joker dalam dressing room mempunyai kecekalan hati dan harap dapat meneruskan persembahan bertenaga.Daripada mangsa bahan makian, aku lihat Eboue perlahan2 keluar dari kelompok itu dan harap die takkan melakukan sebarang spoiler.

Berkenaan sanderos pulak, walaupun berada di pecking order terakhir senarai CB malah di belakang Silvestre?!! Sanderos mungkil bakal terpaksa menerima nasib memanaskan bangku simpanan Arsenal dengan bakal pembelinya Everton dah pun bersepakat mahu membawa pemain Pompey ke Distin ke Goodison Park.Tapi kut2 laa Moyes nak buat backup lagi dengan Jagielka yang sering injured.Villa pulak yang pernah dikaitkan dengan Sanderos dalam proses mendapatkan Richard Dunne kapten Mancis..Angin perubahan posisi CB di EPL tapi Sanderos masih tercari2 rentak dan kelab yang sesuai ketika dirinya sendiri gagal di Milan.Secara peribadi bagi aku, Sanderos memang tak cukup layak untuk menyarung jersey Arsenal tapi cukup bagus sebagai backup dan lebih bagus sebenarnya dari alien tua.Jadi ape kate lebih rela jual Silvestre dari Sanderos.


Khamis, 27 Ogos 2009

Post-Match: Kita layak!



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia?hang tuah pun entah wujud ke tidak..Ramai beranggapan Arsenal sekali lagi bertuah apabila dianugerahkan sepakan penalti yang lantas membunuh terus peluang Celtic untuk bangkit melawan.Tidak bagus kepada Celtic dan bola sepak jika benar pengadil melakukan kesilapan setelah pergeseran yang begitu minima antara Eduardo dan Boruc di ulang tayang di kaca TV.Tetapi live goes on, kalau tak diberi penalti pun Dudu takkan complaint malah mungkin akan score 2 3 bijik lagi kerana Celtic langsung tak cuba untuk menandingi Arsenal.Dalam kedua2 leg Arsenal yang leih mengancam dan layak untuk ke group stage sepertimaana diakui sendiri Tony Mowbray yang tak berapa pedulik pasal penalti tersebut kerana die tahu Celtic dah kalah sebelum ke padang lagi.

Cuma merisaukan sekali lagi kenapa kita tidak boleh clean sheet.Bolos di saat akhir umpama adat bagi Arsenal.Wenger perlu mengajar permain2na agar fokus 90 minit++ bukan sampai 90 minit jek.Sehingga wisel penamat dibunyikan,pemain terutama pertahanan perlu dilatih memberi 120% tumpuan tak kesahlah keputusan tengah memihak kepada pasukan sendiri.Ini sesuatu yang merisaukan dan bole spoil mood.Mael sekali lagi macam batu, keras macam batu maksud aku.Semakin mendapat tempat di hati peminat.Gallas di form terbaik kerjayanya di Arsenal.Harap dapat kekal.Clichy dan Sagna perlu mencungkil memori dan mengulangtayang form mereka pada 07/08.Almunia tidak boleh terlalu ambil mudah.Tadi ditangkap beberapa kali leka dengan crosses.Seperti satu jenayah melepaskan bola dari sudut sukar Donati.

Midfield , Diaby on off.Game lepas boleh muncul wira game hari ini kembali tunggul game esok lusa wira tunggal mungkin.Aku impressed dengan Denilson unuk permulaan musim ini.Walapun tanpa kelibat Fabregas die mengawal bahagian tengah dengan slumber biarpun saiz badan yang katik.Song adalah guardiannyaHanya jika ada Song, Denilson mamp melaksanakan tugas begitu juga sebaliknya mereka saling memerlukan.Eboue yang pada mulanya diletakkan di bahagian kanan midfield perlahan2 meneyelinap masuk ke tengah dengan lebih menghayati central role.Kredit kepada Eboue yang berlari setiap masa dan juga gol yang cukup kemas hasil titik peluhnya malam ini.Melihat muka Arshavin yang masuk anda dapat lihat pada wajahnya ada lagak start sket yang nampak slumber dan hanya masuk umpama menghabiskan kacang goreng.Tapi kita tak boleh salahkan die kerana memang keadaan(scoreline) semacam itu dengan reputasi yang diterimanya sesuai dan mungkin boleh mengundang perang psikologi pihak lawan.Akaun gol Eropah dibuka dengan gayanya oleh pemain licik Russia ini.Banyak lagi deposit yang bakal mendatang.Melihat Ramsey malam ini yang terhincut2 menggusarkan lebih2 lagi kita sedia maklum senarai kecederaan terutama di bahagian tengah dah tak terbendung lagi.Harap Fabregas dapat kembali untuk pertembungan di Old Kerepot.

Bendi main 90 minit, RVP direhatkan Eduardo dikeluarkan.Mungkin kita bole mendapat bayangan pemain2 yang akan diturunkan sabtu ini.Kolaborasi Dudu dan Bendi semakin baik dan perlu lebih persefahaman.Bendi antara pemain ang dilihat bekerja keras cuma golnya belum muncul2 lagi sama seperti RVP.

Ape2 pun yang penting kita telah pun layak dan Platini boleh lah siap sedia nak buat plan lain mungkin bagi Arsenal grouping dengan top2 club, ataupun buat satu lagi kejohanan liga baru iaitu 'Liga anti Arsenal&Arsene' barulah die boleh pencen dengan aman.Dengan kelayakan Arsenal ke peringkat group stage selama 13 tahun berturut2(hanya man u dan real yang menyamai pencapaian ini) Arsenal memawa pulang jackpot 30M.Nak buat ape dui banyak2 tu Wenger???


Rabu, 26 Ogos 2009

Pre Match: Tiada istilah sebelah kaki


Awal pagi besok, slot untuk ke peringkat kumpulan saingan UCL bakal sah diisi sama ada oleh Arsenal mahupun Celtic.Walaupun Arsenal dengan kelebihan 2 gol away, tiada istilah sebelah kaki kerana di peringkat ini apa2 saja boleh terjadi.Layak sebelah kaki tapi tersadung akhirnya buat apa jugak, jadi biarlah tunggu kedua2 belah kaki masuk dan berdirii megah-Orang yang pasti sangat kecewa tentulah Michelle Platipusni.



Tony Mowbray tau ketinggian puncak yang perlu didaki pemain2nya dan berhasrat untuk melawan secepat mungkin mencarik gol awal.Mereka bagai diberi tele hayat apabila mengetahui kapten Arsenal Cesc Fabregas tidak dapat beraksi akibat hamstring. Kesilapan taktik bertahannya pada 1st leg lalu memakan diri.Tapi sekurang2nya kini die tau die boleh pergi menyerang habis habisan ke kubu Arsenal kerana takdek ape yang merugikan bagi mereka, nothing to lose.Tiada siapa yang menjangkakan selepas tamat match ini mereka akan keluar selaku pengisi slot dan pemenang jackpot wang habuan Eropah.Tapi itu bukan tiket untuk Arsenal berasa overkonfiden.

Bagi Wenger match ini lebih penting daripada clash of the titans hujung minggu ini.Diaby yang menabuh 2 bijik Sabtu lepas mungkin diberi peluang sekali lagi untuk start bertemankan Song dan Denilson.Kalau jadi, memang perfectlah!! perfect bukan sebab apa tapi sebab 3 muka ni lah yang sering menjadi kecaman dan makian beberapa musim kebelakangan ini dan tibe2 dapat bergandingan dalam salah satu match terpenting musim ini dalam formasi baru 3 midfield! Siapa pernah menyangka sebelum ini ia terjadi.Ia terjadi jugak malam ini.Jangah harapkan Matuidi atau siapa2 kerana Arsene tak ade nawaitu nak membeli, jauh sekali memanggil pulang Viera yang nak membuktikan pada Mourinho.Terima hakikat dan support, trio inilah bakal jadi The Three Musketeers Arsenal musim ini.Tapi di hari2 tak menjadi, mereka boleh kembali bertukar menjadi watak tetap Double Dungu+Lagu.


------------Almunia-------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
-------------Song---------------
------Denilson------Diaby-------
Bendi---------RVP-------Arshavin

Semua mata tertumpu pada Gallas untuk menjaringkan gol ke4nya musim ini.
Apa jua keputusan awal pagi nanti, bagi yang Muslim jangan pulak tak sahur selepas itu.
Arsenal 2 Celtic 0 Astro 812 ESPN 2.40am.


Peluang Rambo

Aaron Ramsey aka mat Ramzi aka Rambo telah dijanjikan sekurang2nya 15-20 perlawanan untuk musim ini-Termasuklah esok malam(pagi khamis) bertemu Celtic.Fabregas masih lagi dibelenggu hamstring ini dan kompom tak akan diturunkan, ini bermakana peluang sekali lagi untuk Rambo fit the role tanpa perlu menukar taktik formasi 4-3-3 yang kini giat diusahakan Wenger.BAgi hujung minggu, Fabregas masih dalam pemerhatian.Ramsey adalah seorang pemain yang berpotensi,a british style atau type jenis fabregas, pandai membaca game dan mencari killer pass.Rambo dengan pendedahan setakat ini, aku yakin bakal menjadi antara pemain penting untuk musim2 depan tapi untuk mengharapakan player berumur 18 tahun week in week out sekarang ni, agak mencabar.



Tapi pantas Tun menafikan sebarang bentuk pembelian Matuidi.Seperti mana pantas die menutup sebarang spekulasi Hangeland.Ini bermakna Arsenal boleh melupakan hajat untuk melihat sorang lagi player muda di bawa masuk untuk posisi tengah.Yang dijanjikan Wenger adalah seorang defensive player tak kire midfield atau CB, orang tersebut kaau dibeli perlulah ada impak maksima dan bukan nak tunggu buah masak, Arsenal dah pun banyak buah2 yang mentah lagi.Dalam pada itu Sanderos masih mencari jalan hidup walapun Wenger sendiri tak tahu hala tuju pemain Swiss ini.Dengan Everton mendapat duit gila dari penjualan bintang star trek Lescott, mungkin ada harapan untuk kita 'berkongsi' sedikit wang Everton menjual Sandy kepada Moyes.Sandy adalah player yang bagus, tapi tak cukup bagus untuk Arsenal, mungkin dapat membantu kelab2 pertengahan yang tengah struggle.Memikirkan tahun depan adalah Piala Dunia, aku percaya masa depan Sanderos di Arsenal hanya menghitung hari kerana dia pastinya akan memikirkan ape yang terbaik untuk kelab.Di belakang Jozan dan Silvestre malah Song, Sanderos tahu yang hijrah adalah jalan paling selamat.Dijangkakan muka baru akan muncul dalam posisi ini.


Jangan berfikir tentang Manchester.Tak kisahlah mancis yang mana satu tapi fokus kini lebih terjerumus kepada Celtic yang tak boleh dipandang mudah walaupun kelebihan 2 gol.Kekalahan Liverpool semalam adalah sebagai ketukan pintu kesedaran agar jangan terlalu overkonfiden yang kelak memakan diri.WEnger bercakap tentang kenapa die rest player kononnya takde kaitan dengan match2 selepas itu.Ini semua dongeng.Berapa kali Wenger dah restkan player2 utama ketika musim2 lalu.Arshavin semi final FA siapa ingat, keputusan paling silap dalam kerjaya Wenger selama ini.Wenger pasti akan merehat player dan melakukan rotation itupun jika die fikir kita telah berada dalam kedudukan yang selesa.Segala penafian ini dibuat sekadar permainan psikologi menunjukkan die yakin bahawa semua peringkat playernya mampu untuk membendung asakan dan mencipta serangan setanding lawan.

Dengarnya Rosicky dah kembali ke training tapi mungkin tak akan dirisikokan sehingga lepas Mancis Double.Yang lain2 tak ade siapa ang kembali.

P/S : Intai2 jiran beraya sakan, biarkan Shebby dengan 'fantasi' yang jarang2 berlaku..bagi chance die rase sekali seumur hidup.


Ahad, 23 Ogos 2009

Post Match : poSEMUT MERAH padam.



Menang jadi Abou, kalah jadi arang..Abou Diaby pemain yang hebat dikritik musim lepas tibe2 mencuri tumpuan menjaringkan 2 gol dalam 2 minit ketika kemunculan ke2 nya musim ini beb.Jersey nombor 2 miliknya tibe2 bertuah malam ni.Diaby start menggantikan Alex Song begitu juga Eduardo Gibbs dan Eboue.

Sebelum ni aku berharap agar Eduardo start dan wenger sedar nampaknya malah tak sia2 apabila Eduardo beberapa kali terlibat dalam pergerakan menarik selain skill menariknya untuk assist gol pertama.GOl Kedua adalah satu typical counter attack Arsenal dengan Fabregas menhantar bola jauh kepada EBoue yang dah ada di flank kanan sebelum melorong ke tengah dan teka siapa tiba2 yang ada?Diaby...Kalau dia berpuasa, lagi besarlah maknanya..

Tapi yang paling merisaukan adalah bila kita nak clean sheet? Yunous Kaboul yang slumber entah datang dari mana tak dijaga melompat dah macam hantu galah mengalahkan Almunia yang terkapai2 mungkin akibat kesilauan.Alasan.Ini tak bagus untuk defend.Patutnya dah ade orang mark.Mael tak bergerak, Gallas entah kat mane.

Separuh masa tamat dengan kedudukan 2-1 namun itu tak menutup penguasaan Arsenal yang lebih banyak mendominasi menyebabkan Almunia kadang2 ditangkap leka menggigit kuku sedang James berhempas pulas separuh mati.

Separuh masa kedua, Arsenal terpaksa mengeluarkan Cesc Fabregas akibat hamstring.Diharap agar tidak begitu serious.Dalam post interview WEnger memberitahu kalau teruk mungkin sampai ke 3 minggu-Aduh!!!- tapi kalau biasa, die boleh diturunkan lawan Celtic.-48 jam adalah tempoh untuk mengetahui keadaan.Rambo masuk menggantikan kapten dan arm band kini milik RVP-pemain yang pada aku palinge kesian malam ni bersungguh2 tapi tak dapat2 lagi bubuh gol season ni,James pun kebal sangat.

Tibe2 satu ketika berlaku sedikit kontroversi di mana Gallas dilihat sebagai last man telah melakukan foul ke atas Utaka.Jika benar ia sepatutnya kad merah.Paul Heart pastinya kecewa dengan keputusan pengadil kerana Utaka pada ketika itu dah pun potong Gaallas yang pancit dan dalam perjalanan nak score equalizer.Wenger pulak berkata die tak nampak(haha..inikah yang dikatakan baru2 ini? ..Wenger mengakui kadang2 die nampak tapi terpaksa bercakap tak nampak demi membela pemainnya).Tapi die cover laa jugak, bukan tak nampak langsung tapi mende macam tu perlu ada tayangan slow motion sebab tak tau siape tarik siapa dulu.

Lebih memeritkan bagi Pompey, Gallas yang terlepas, menambah derita mereka menjaringkan gol ketiga.Biarpun gol yang boleh dikatakan buruk juga melihat reaksi pergerakan badannya tapi gol tetap gol dan Gallas sekali lagi dapat claim gol tersebut atas namanya menjadi penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan 3 gol dalam 3 perlawanan.No Wonder die memakai jersey no 10.Bergkamp pasti menggaru kepala betul ke ape yang die saksikan..

Bendi dan Merida masing2 masuk menggantikan Eduardo dan Arshavin yang masih senyap dalam 3 perlawanan.Selepas persembahan Emirates cup yang mengujakan dia nampak keletihan dalam 3 match seminggu.Tapi selagi Arsenal menang ,takpe kut.Mungkin die menyimpan taring sebenar bila match2 besar.Bendi yang masuk pulak kadang boleh buat menyirap bila tengok.Kesian lagi tengok RVP struggle apabila decision making Bendi kadang2 silap dan lambat.

Aaron Ramsey melepasi perangkap offside untuk menjaringkan gol kr 4 dan terakhir.Walaupun James keluar kerana taku point fantasyleague nya jatuh, Arsenal tidak lagi menambah gol untuk menyamai jaringan ketika di foodison park.4-1.Sebenarnya boleh banyak lagi dengan James menjadi penghalang terutama buat RVP yang begitu dahagakan gol untuk menyuntik keyakinan awal musim.

Rabu beremu Celtic sebelum hujungg minggu bertandang ke Old Kerepot.Banayak lagi yang perlu diperbaiki terutama di bahagian pertahanan.Wenger perlu sedar dan segera mencari jalan agar ia tidak akan kembali menghantui masa depan.Transfer MArket masih dibuka seminggu...

Cepat sembuh Cesc!!


Sabtu, 22 Ogos 2009

Pre Match: Rumah Terbuka


Malam ini adalah perlawanan pertama di rumah/gelangang sendiri.Jadi aku menjangkakan full house bagai rumah terbuka.Dan lawannya adalah Pompey yang jangan dianggap sayur kerana jika kene pada bayamnya, boleh jadi popeye.

Walaupun Arsenal telah membolot 2 kemenangan awal away tapi kemenangan di rumah sendiri adalah sesuatu yang lebih penting dan wajib bukan sahaja untuk fan tetapi untuk meneruskan tempo.Jika rentak kemenangan diteruskan, pasti keyakinan akan bertambah sebelum berdepan dengan Celtic dan menziarah 2 pasukan Manchester selepas ini.

Pompey pulak dengan takeover baru PAk Arab tapi ramai player yang establihed mula rasa terancam dengan ketidakstabilan dan dah pun meninggalkan pasukan sejak januari lalu.Ini semua berpunca dari si katak berbulu "hairy" tu.Diarra, Defoue dan terbaru johnson serta Crouch telah pun meninggalkan Pompey dan Paul Hart terkontang kanting.Segala beban terserah pada bahu Niko Krancjar, David Nugent, dan Kanu.Tapi dilihat pada senarai yang mereka ada tidak begitu lite sangat kerana ramai jugak player2 yang berpengalaman tapi suam2 kariernye.James, Distin,Finnan,Papa Dioup .Hanya perlu 1 2 muka baru untuk pastikan mereka dapat survive dalam BPL musim ini.

Arsenal,daripada senarai kecederaan tiada yang kembali.Carlos Vela seorang lagi yang tertarik dengan jururawat cun di Arsenal.Sebulan lamanya dia bakal terlepas aksi.

Pada firasat aku Eduardo akan diturunkan sebagai 1st eleven malam ni biarpun terpaksa dikeluarkan dari senarai saat2 akhir bertemu Celtic akibat hamstring.Tapi biasanya Wenger taknak mengambil risiko ke atas pemain.Jadi itu hanyalah harapan peribadi aku untuk melihat Dudu lebih diberi peluang mencari persefahaman dengan RVP dan Arshavin.

-----------Almunia------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
------------Song--------------
----Fabregas------Denilson----
----RVP-----Dudu----Arshavin--

Arsenal 3 Pompey 0.Astro Star Sports 813 955PM.


"Vacancy:DM"iklan Arsene Wenger


Mengulas tentang press conference Arsene Wenger semalam.3 perkara pokok yang menjadi isu adalah :

-Wenger bengang dengan politik bola Spain (berkenaan Fabregas)
-Arsenal takkan sign brade Hangeland tu
-Jawatan kosong di Arsenal: Defensive Midfielder...mungkin

Mengenai perkara pertama, Wenger dah naik meluat menyampah nak melayan kerenah orang2 politik yang campurtangan dalam bidang sukan sesuka hati memetik nama mana2 player sebagai target dengan harapan boleh laa jadi bidang terjun untuk dia mendapat kemasyhuran atau diangkat sebagai presiden sesebuah kelab.Kes terbaru pasal calon Presiden Barcelona mau melobi dengan menggunakan nama Fabregas siap kata Arsenal dah deal awal setahun tapi pantas dinafi WEnger siap cakap"Kalau aku jual setahun awal,maknanya aku dah pencen dah masa tu kut".Aku suka ayatnya tegas...

Brade,Bro atau abang? Tak kisahlah kerana siapa2 pun , Arsenal takkan membuat tawaran kepada CB Fulham Brede Hangeland musim ini.Jadi, sekian terimakasih.Selamat tinggal.

Walaupun tak bersetuju dengan jadual liga yang tak sama menyebabkan Arsenal terpaksa main kejar2 dan juga tak setuju dengan waktu perpindahan yang dibuka biarpun season dah jalan masih ade sinar untuk signing.Dalam temuramah semalam Wenger mengeluarkan ayat baik punya dengan memberi hint mungkin tengah cari seorang lagi DM.Tak hairan sebab die bukan tak cari selama ni tapi melepas, Melo..

"I must confess one thing.

"I've spoken to 10 managers and all 10 are looking for centre-backs or defensive midfielders.

"It looks like the offensive players are the most-paid but at the end of the day, in the modern day, all the managers I speak to ask me the same thing.

"‘Do you know a player somewhere?'"


Pergh sempat buat lawak tu tanye kenal tak siapa2.Hahaha..padahal dalam shortlist die entah brape ramai.Tapi tolak laa pulak dengan harga yang mahal2 tinggal laa berapa jek.Real Madrid tengah nak cost down tu, Arsenal pun pernah link dengan Mahamadou Diarra, sebelum dia injured lutut serius, boleh tahan laa tapi ape guna pulak beli sorang lagi player Afrika kalau nak cover Song yang pergi Africa Cup.

Berita kecederaan, Carlos Vela injured sebulan lepas balik dari Concaaf.Yang dok selalu injured on/off kat sana tu sebab suntik macam2.Konon recovery laa tapi sebenarnya memaksa player main dalam condition yang tak sepatutnya, Bila balik, Arsenal pulak yang kene tanggung.Sama laa macam kes Walcott, degil tak mau dengar kata nak main gak England U21.Balik2 struggle sakit belakang cuma bezanya, England dengan Arsenal jugak yang jadi mangsa.Berita baik, Eduardo boleh beraksi menentang Pompey.Yang lain masih di rumah sakit seperti biasa.


Salam Ramadhan

Dengan kehadiran bulan penuh mulia, Arsenalaysia ingin mengambil kesempatan mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1430 bagi mereka yang Muslim.Semoga dapat bersama2 menjalani ibadah puasa dan menghayati keindahan Ramadhan dengan penuh rendah diri dan keinsafan.Arsenalaysia juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya segala coretan atau makian atau nukilan hati ada menyinggug/mengguris mana2 pihak.Kami juga mendoakan semoga mudah2an bahagia bersama keluarga dan orang2 tersayang.


Khamis, 20 Ogos 2009

Balázs Dzsudzsák-destinasi-Arsenal?

Lama tak bergosip.Pemain Hungary umur 22 tahun main untuk PSV.Baru jek mencipta nama dengan persembahan menakjubkan semasa tolong PSV benam Ajax 4-3.Tak hairan nape tibe2 name die dilink dengan Arsenal, tengok umur dah tau..Tapi Freekick kedua tu memang gile!!


Muka dah iras2 John Dilinger Public Enemies.




Bendi naik harga.

Bendi telahpun ditawarkan kontrak baru 2.5M setahun selama 3 tahun dengan gaji sebanyak 50K seminggu.Ini adalah lanjutan kontrak yang bakal menyimpan Bendi di Emirates hingga 2014.Perghh..Bendi kayo, harap tak pergi clubbing londeh2 seluar lagi sudahlah.Satu lagi, gaji dah up, jangan buat perangai Adebayor sudah.Tapi itulah, aku tak paham, belia2 muda ni tak boleh pegang duit banyak2.Patutlaa belia2 muda tertarik nak main kat Arsenal sebab kelab mana lagi bayar gaji player muda setinggi macam ni.Harap gajinya setanding dengan kualiti yang dipamerkan.Time Everton die nampak on, lawan Celtic die off..Err tak nak lah gitu, kalau boleh kenalah kekalkan konsistensi.

Pemergian Adebayor dan Toure diakui Wenger kembali memberi keharmonian bukan sahaja kepada Bendi tetapi juga satu pasukan.Setelah insiden 'hantukan' itu, kita sedia maklum hubungan Bendi dan makhluk itu pastinya tak seperti dulu begitu juga Toure yang taknak bercakap dah dengan Gallas.Wenger menyifatkan pengorbanan harus dilakukan demi kebaikan untuk melihat pasukan bersatu.



Mael.. pantas menjadi kesukaan ramai .Wenger memuji, terkejut, Almunia memuji dan rasa konfiden macam Mael ni member dah lama kenal, Mael pulak merendah diri memuji Gallas.Elok la tu masing2 sedar setiap pemain mempunyai kepentingan kerana Arsenal ni main bagai satu team.Satu tak function habisla.Itu yang pentingnya ade back up yang berkaliber tapi sampai sekarang hanya Mael jek yang dibawa masuk.Mane janji2 manismu Wenger.Memang Song tengah menggila sekarang tapi kite tahu Cameroon macam layak p African Cup jadi sebulan lebih tu siapa mau ganti?? Arsene Wenger, jangan spoilkan satu2nya peluang nak membuktikan projek ko ni, tahun inilah tahunnya, cuma tambah 1 2 muka baru kat posisi yang penting DM, CB orang tak bising punya, orang akan tetap projek ini berjaya.Tahun ini, inilah masanya sedang team2 lain tengah kalut tak stabil, kita di landasan yang betul, kasi perkuat sked skuad depth, settle.Baru pencabar2 lain nampak keseriusan Arsenal.

Mengapa tiba2 aku kembali bising pasal transfer.Sebab rumors Arsenal kian sepi walaupun Van Der Vart punya cerita sedikit mengujakan aku.Walaupun macam tak kesah dapat ke tidak tapi kalau benar, satu bonus di situ.Ape2 pun, Pompey 2 kali kecundang,jadi mereka tentu bersemangat, tak boleh ambil mudah.


Rabu, 19 Ogos 2009

Post Match :Deposit 2 bijik

Arsenal 2 Celtic 0






Tony Mowbray tak bergurau apabila mengatakan dia ada taktik untuk mengekang Arsenal.Sampai minit ke 43 segalanya tampak lancar bagi Celtic tetapi dengan bantuan sedkit tuah,Arsenal berjaya memecahkan kebuntuan melalui jaringan biasan badan belakang Gallas yang dilihat cuba mengelak dari sepakan percuma kapten Cesc Fabregas.Seronok tengok bagaimana satu team mengeremuni Gallas meraikan jaringan.Setelah gol itu, perlawanan barulah terbukak sedikit dan Arsenal boleh kongker tengah di 2nd half apabila Mowbray menukar formasi ke 4-4-2 menukarkan Samaras kepada McD+Fortune.Namun tuah sekali lagi milik Arsenal.Satu2nya pertukaran Diaby menggantikan Arshavin dan tak sampai beberapa minit Diaby mengutip bola dengan cantik dan perfect 1st touch sebelum melorongkan kepada Clichy di wide kiri yang membuat hantaran lintang rendah, malang buat kapten Celtic,Gary Caldwell apabila terjahannya menewaskan Boruc masuk gol sendiri.Terima kasih.

2 Gol dari Celtic Park adalah bukan suatu yang mudah dan perlukan suatu yang istimewa dan tuah menyebelahi Arsenal malam ini.Ringan sket beban di Emirates.Mael sekali lagi bagai verminator..Terus mencuri tumpuan dengan top class defending begitu juga dengan Gallas.Arshavin dan Bendi nampak burn out.Song makin lama makin selesa dengan tugasnya.Fabregas sering menjadi mangsa terjahan tapi stand up untuk buktikan die cukup kuat dan matang serta dah cukup berpengalaman.Sabtu ini Pompey, mungkin dapat lihat kelibat Eduardo, Ramsey dan Eboue pulak.Harap Vela jugak diberi peluang.Jom tido~ zzzz....


Selasa, 18 Ogos 2009

Pre Match : Misi besar ke Scotland


Disebabkan cuaca yang tidak menentu, sekadar prematch pendek sahaja yang dapat disediakan.Jam 245 pagi Malaysia nanti Arsenal akan cuba mencurik sebeberapa gol deposit dari Parkhead untuk dibawa balik ke Emirates minggu depan.

Berita kecederaan..Diaby kembali..tapi trio ini masih samar2.. Fabregas(hamstring) lebih daripada 50% peluang untuk beraksi, Denilson pula gagal ujian groin.Bacary Sagna jugak injured.Lain2 kecederaan yang dulu2 tak berubah.

Hanya untuk malam ini buat pertama kali Arsene Wenger dapat menagih kudrat Arshavin yang baru layak diturunkan bersama skuad Arsenal dalam kempen Eropah kali ini.

"It is a very important game for us because we know what is at stake and we know how difficult it is to play here. It opens the door to the Champions League and we want to be in there of course.

"I still feel there is a high pressure on us to perform because it’s a massive game for us, but on the other hand you want games with that kind of pressure and you want the opportunity to show how good you are. We have another opportunity to show that.

"It is a game that we try to win, it’s as simple as that. I think you can only approach football like that. You cannot go into the game and think ‘let’s be 90 per cent and make the difference at home’ – it doesn’t work like that. We need to be fully focused and try to win the game.

"All we can do is prepare well and make sure we perform because we know an average game will not be good enough against Celtic."



------------Almunia---------------
Eboue-----Gallas---Mael-------Clichy
-------------Song-----------------
------Fabregas-----Diaby/Ramsey-----
Bendi--------RVP-----------Arshavin

Astro 812 ESPN 240 AM..Celtic 1 Arsenal 2


Isnin, 17 Ogos 2009

Jangan sedetik memperkecilkan Celtic

Arsenal memulakan kempen BPL dengan kemenangan membanggakan 6-1 di tempat lawan.Celtic pula slumber menewaskan Aberdeen 3-1 juga di tempat lawan ketika saingan hari pertama SPL.Kita menewaskan juara liga Scotland musim lepas Rangers 3-0 baru2 ini di Emirates tapi kehadiran penyokong fanatik mereka dikagumi.Jadi Arsenal berdepan ranjau lebih besar 58K penonton di Parkhead yang merupakan salah satu venue sukar di Europe. Sebab Platini, selepas esok dan minggu depan salah satu team terkuat Eropah akan terkeluar, menceritakan betapa bodohnya format baru ini.Dan pertembungan England dan Scotland pastinya penuh tradisi cuma beza kemungkinan esok tiada player berdarah England akan diturunkan Arsenal.

Tapi bagi Arsene Wenger, pemain2nya dah cukup matang nak menghadapi provoke dan sokongan ribuan penyokong pihak lawan.Celtic jarang kalah di tempat mereka dengan Milan dan ManU juga gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika bertandang dalam beberapa musim sebelum ini.Tapi setelah membelasah Everton tempoh hari, Arsenal dilihat sebagai pasukan pilihan.Dan Wenger tak ade sebab untuk tidak mempercayainya.Bernebau, San Siro, Stadio Olimpico pernah menjadi saksi kekuatan mental Arsenal ketika menziarah.Aku dapat rasakan satu lagi sejarah malam eropah akan tercipta esok.

Pundit still berkata Arsenal hanya akan mengharapkan seri daripada perlawanan esok dan kemudian menghabiskannya ketika 2nd leg di Emirates minggu depan.Seri adalah suatu keputusan yang baik, tapi menang akan lebih memberi suntikan moral terhadap konsistensi dan keyakinan para pemain kerana perlu melayan Pompey hujung minggu ini.



Dalam sibuk2 persiapan esok, Wenger sempat memuji Mael aka Verminataor gelaran yang diberikan sesetengah peminat.Corak agresif dan keras pantas mengundang rasa cinta dan tertarik di kalangan para penokong Arsenal namun Mael tak mudah hanyut dengan segalapujian melangit kerana baru1 match.Aku tertarik nak lihat bagaimana dia membina partnership dengan Gallas.Segala pertuturannya sejak sam[ai ke sini sentiasa positif dan profesional.Sebelum ini bercakap mengenai ketinggian dan kepentingan membaca permainan sebagai seorang defender, kini bercakap pula tentang permulaan yang baik dan tiada yang lebih baik untuk score mase debut mengikut jejak Nasri musim lepas.



Persembahan cemerlang Fabregas juga membuktikan komitmennya pada kelab setelah Pep Guardiola mengaku kalah memburunya musim ini.Segala perhatian diberikan kepada Vidic, bagus, jika dapat meng'unsettled'kan player seperti mana Lescott, Arsenal pastinya mempunyai advantage untuk pertembungan minggu depan.

Ape2pun pk esok punya dulu.Kamon Gunners!!


Ahad, 16 Ogos 2009

Shhhh...

Iklan terbaru Nike..The Arsenal Pledge..


Post Match : Mesej untuk semua


*Kalau anda perasan klip minit 4:36 menunjukkan sedikit leadership mael yang menyuruh rakan2 seangkatannya push up forward.Sempoi..



ENAM BERSENAM! Arsenal berjaya menghantar mesej kepada seluruh pencabar BPL dan eropah bahawa mereka kita masih bertaring dan bernafsu dengan persembahan malam tadi yang cukup2 membanggakan dan boleh kata mengejutkan baik kepada fan Arsenal mahupun Wenger sendiri.Arsenal dengan slumber yaya nye membelasah Everton away 6 bijik cuma sekali lagi kurangnya konsentrasi di saat akhir membolehkan Everton mengurangkan defesit kemaluan menafikan Arsenal dari memperoleh clean sheat di awal musim.

3 gol untuk setiap separuh masa dengan unit pertahanan menjaringkan gol separuh masa pertama kemudian diikuti unit serangan menambahkan luka parah Everton yang nampak tak settle dengan cerita star trek lescott.Moyes pastinya akan berpikir 2 3 kali balik dengan persembahan macam ni adakah perlunya menjual player yang overrated dengan harga gila dan melabur wang itu untuk menguatkan pasukan yang penuh dengan kecederaan.Nasib baik, jika Wenger yang berada ditempatnya, mau 2 belas 3 belas muka surat di front page akhbar disembelih media.

Ape2 pun cerita Everton tak dapat nak menutup havoc berita kemenangan besar Asenal.Denilson pada mulanya nampak macam bakal mengulangi persembahan2 yoyo dgn beberapa floppy passing di awal2 minit tapi gol tersebut telah perlahan2 menanam keyakinan dirinya.Superb goal,cute assist dari Fabregas.Pujian harus diberikan juga kepada Bendi yang nampak bersungguh dengan posisi barunya.Jarang dapat lihat player tinggi bermain di bahagian sayap, tapi Bendi nampak lebih selesa sebagai provider dari finisher.EVP jugak memberi penglibatan yang secukupnya tapi sayang tak dapat score seperti biasa.

2 gol daripada CB.Bile kali terakhir ia berlaku? lawan spurs? Jadi mase tu aku agak risau perkara yang sama akan berulang kembali tapi nasib baik ia mengikuti situasai ketika bertemu Liverpool 06/07(gallas dan toure score) dan bukanya spurs.Mael, player yang nampak promising.Slumber control pertahanan udara TUDM.Rakan sepasukan Belgiumnya Fellaini fail la ni jugak.Tackle dan interception yang bagus, membaca game dengan cukup baik.Gallas di samping free headernya persembahannya top class.Cuma yang agak merisaukan bagi aku Sagna yang nampak tak capai standard.Beberapa kali membiarkan diri dan ruangnya dieksploitasi membiarkan Gallas membackup kawasan jajahannya.Clichy decent.



Atas kertas Fabregas adalah man of the match dengan 2 gol dan 2 assist.Terbaik dari ladang.Nampak takde kesan terhadap rumors2 yang menyelebungi dirinya.Post match interview jugak selaku kapten cukup matang memberi ulasan apabila ditanya tentang pemergian 2 player itu, lantas menjawab lebih suka bercakap tentang player yang ada dari yang dah pergi.They're gooner who had gone for good.

Di sebalik kecemerlangan Fabregas, jangan lupa pula pada anchornya.Song.Song, mantap, membaca game tackle, track back, perisai kepada back 4 di belakangnya membiarkan Denilson dan Fabregas push forward.Fabregas paling effective sekali berada di tengah2 tidak terlalu kedepan,dan tidak terlalu kebelakang dan Song telah memberikan ruang kepada Fabregas untuk mencipta kreativiti dalam dunianya sendiri.Song adalah the unsung hero malam tadi.



Arshavin pulak agak segan.Sunyi dari biasa tapi kredit perlu diberikan kerana tetap berlari walaupun scoreline dah 5-0.Jika result sebaliknya aku rasa dialah bakal menjadi mangsa kritikan dengan persembahan di bawah par.Dudu, musang dalam kotak.Memang terbukti.Ape lagi yang nak.Seringakli berada di tempat yang betul pada masa yang betul.Wenger bijak menggunakannya perlahan2 membina kekuatan dalam Dudu dan memprotect dirinya.Kerana jika dimasukkan sejak awal, agak risau melihat bagaimana RVP menerima beberapa terjahan2 keras dan disepak terajang, Wenger pastinya mahu memebela Eduardo sebaik mungkin.

Kesimpulannya Result adalah sesuatu yang menakjubkan, magic.Tapi persembahan masih lagi boleh diperbaiki dan ada ruang untuk dinaik taraf.Cuma risau tentang skuad depth, adakah benar backup setanding dengan skuad utama kerana ketika Eboue dan Ramsey masuk mampukah kita mengekalkan konsistensi adalah satu persoalan yang perlu dijawab Wenger.Tapi dengan Nasri Rosicky Vela Walcott yang belum lagi disenaraikan kita masa depan nampak baik dengan sedikit luck mungkin dapat membantu.

Ayuh, jangan biarkan kemenangan ini melekakan misi seterusnya.Jam Celtic pastinya sedang berdetik2..


1st Half..HTC Magic..


HUhu..1st half dah berakhir bai..Ni la model terbaru pasukan Wenger..Umpama HTC Magic, 3-0..rUMUSAN 1st Half:
1) Mael Mantap
2) Gallas Kental
3) Denilson celebrate goal geleng2 ape hal?
4) Song alirkan tenaga batin ke kaki jaga Fellani
5) Arshavin kene queen Control..Xleh blah
6) Van Persie assist 2..Rugi aku x beli die dalam fantasy
7) Fabregas suam2
8) Clichy & Sagna Gerak Khas
9) Bendi Belum capai Klimaks..
10) Almunia muke Sengal..
11) Wenger pura2 tension walhal bangge sampai seluar Koyak..


Sabtu, 15 Ogos 2009

Update Code Fantasy League

Stadium Astro Arsenalaysia League: 17934-3342

Admin saudara Hagemaru..

Fantasy league BARU Arsenalaysia Premierleague.com..
code : 1319919-280935
Saudara DialSquare sebagai admin.

*Minta maaf atas kesulitan penganjuran fantasy league league dan terima kasih pada yang memberi komitmen dan ahli2 yang memeriahkan pertandingan musim ini..


Stadium Astro Arsenalaysia

League: 17934-3342

JOIN SKANK!!


Jumaat, 14 Ogos 2009

Pre Match : Di sini segalanya bermula..


Yeah inilah masanya!!! Inilah saat yang ditunggu2.. setelah 3 bulan kehausan aksi , persaingan BPL akan secara rasminya bermula esok hari.Dah lama aku tak mengarang pre match, maafkan kiranya posting kali ini agak tumpul seperti biasa.Hahah.Ia mengambil masa untuk mencipta mood tapi jangan bimbang sejauh mana season itu akan berlangsung perlahan2 ilham dan skill akan datang membina.Ahh cukup dengan karutan.

Aku teruja, dan tak sabar! Arsenal bertandang ke Everton esok.Aku rasa dengan away jersey kita berwarna biru, maka secara automatik Arsenal mungkin akan kemerahan esok disebabkan tuan r umah yang sudah terlebih awal kebiruan.Aku tak rasa Arsenal akan pakai jersey ketiga putih mereka dan apa purpose die pun aku tak tau, mungkin skadar marketing.

Transfer market? Sudah cukuplah.Aku rasa inilah skuad yang akan dilenjan Wenger habis habisan season ni.Biarpun pintu perpindahan masih terbuka sehingga malam 31 Ogos dan aku tidak menutup pintu pada kebarangkalian player baru akan dibawa masuk tapi buat masa ini, aku percaya dan nak taknak terpaksa terima inilah barisan terbaik yang kita ada sekarang menyarung jersey Arsenal 09/10.Keluarnya 2 orang muka berpengalaman dan kemasukan seorang CB yang tidaklah begitu kurang pengalaman, ramai orang , pengkritik, naturalis, penganalisis malah peminat sendiri meragui kemampuan batch Wenger kali ini.Serba baru! tiada lagi penangan batch the untouchable, semuanya dibangunkan berpaksikan kapten muda Cesc Fabregas.Dalam temubual terbaru Wenger, Wenger menyatakan dia bakal jadi pengkhianat jika meninggalkan PROJEKnya dan berhijrah ke Real Madrid.Adalah selama ini 4 tahun ini sekadar satu projek dan eksperimen?Biar betul Wenger, jika benar, pasikan tahun ke 5 adalah tahun Output dan Hasil!! Kami yakin.

Tiada lagi ujian yang lebih bagus untuk menguji kelemahan Arsenal di awal musim.Kelemahan paling ketara adalah defending set pieces dan seperti mana kita ketahui Everton mampu mengancam terutama melalui Tim Cahill, Fellaini.Jika jika gandingan Mael dan Gallas esok mampu menyerap asakan dan membentuk persefahaman, ia pastinya membina keyakinan dan petanda yang baik untuk Arsenal buat musim ini.Aku suka keyakinan Mael yang baru2 ni bercakap mengenai ketinggian bagi seseorang pemain pertahanan."Aku sedar aku pendek, jadi ape aku perlu buat, aku mesti bijak baca permaianan" bijak dan smart pertuturannya.Jangan lupa Sanderos digelarkan rakan sepasukan lain sebagai pemain paling genius dalam dressing room tapi tak begitu genius pulak atas padang.Apepun, bile Sanderos nak ke sana? jadi ke?Dengan kecederaan jozan segalanya kembali samar2.

Untuk 1st match ini ,walaupun away, tak ade yang lebih menggembirakan dan meyakinkan dari 3 mata penuh.Kemunculan semula Eduardo pastinya menjanjikan episod baru.Di Merseyside inilah segalanya bermula apabila dia menjaringkan gol pertama liga dalam kerjayanya malah dapat 2 bijik lagi tu.Kesudahannya Arsenal menang 4-1.Kalau dapat mengulangi scoreline aku dah cukup berpuas hati.Tahun lepas kita hampir kecundang terimakasih pada magic saat2 akhir RVP.Yang menarik lagi musim ini ialah aksi Arshavin adalah dari akar musim! Ini adalah musim yang penting dan besar bagi dirinya secara peribadi dan juga pada Arsenal.Impak yang diberikan musim lepas memang perghhhh.... Champions league football menanti kehadiran wira baru.

Biaq pi laa depa suma nak kata apa.Mai sini aku nak habaq hangpa suma la ni Arsenal musti jadi juara punya!Inilah masanya player2 buktikan segalanya.Cukuplah dengan tohmahan media berat sebelah yang macam Arsenal jek tak menang piala tiap2 tahun padahal Liverpool dah 3 tahun senyap sunyi tapi tak jadi mangsa dan target.Musim ini milik Arsenal!!

Musim ini milik Arsenal sekiranya Almunia , dapat ulang tayang reflex-Tevez nya dalam setiap match,Fabianski dengan double Wigan savenya, manakala Manone..err cukupla dengan muka iras2 Joaquin Phoenix.

Ini musim Arsenal punya jika perisai dan kubu ampuh dalam setiap match umpama bertemu Real Madrid di Highbury 05/06.Pada ketika itu kita bukan dengan 3 first choice defender, siapa yakin Eboue-Sanderos-Kolo-Flamini mampu menggelak2kan gelaktikus pada masa itu.Ianya semua kerana self belief.Bacary Sagna dan Clichy jika mampu mempraktikkan semuala season 07/08 pastinya Arsenal terbaik.Mael jika muncul dengan watak keras dan bengis mampu meraih hormat lawan,Gallas..si kepala tua macam ini perlu ada dalam pasukan. Gibbs, Traore pulun betul2 ngaji biar habis.Silvestre..phew..kite kene sokong gak, ade sikit lagi kudrat yang boleh digunapakai.Pakai sampai kering!

Arsenal punya musim jugak bergantung pada tengah.Dah taklarat nak complaint lagi pasal partner terbaik Cesc Fabregas, holding role, DM semua tu masuk telinga kiri wenger keluar lubang hidung kanan dia.Kalau betul2 mau pakai Denilson Song, pastikan betul2 diorang ni tak lagi melalut.Hentikanlah passing2 ke kiri da ke kanan atau belakang, tackle terjah biar keras, timing kene betul.Diaby tu pulak bila dengar penyokong kata pass , pass la awal2, kalo kate lepas..lepaskanla bola awal.. takde lagi lari marathon tapi tak guna satu sen pun. Kene belajar backup member, tolong defensive track back.Jangan malas!!Kita ade Zidane baru dalam Nasri.Merida pasti nak claim merit. Rambo pasti akan menyelinap masuk ke dalam 1st eleven senyap2 macam rambo..Willshere akan kongsi pengalaman mudanya dengan rakan2 carling cup.Rosicky, ini bukan musim persaraannya! ayuh!

Siapa kata musim ini bukan milik Arsenal?? Siapa berani menidakkan Arshavin RVP Eduardo Vela Walcott Bendi.Takke mengganas bunyinya!!! Kamon Arsenal!! aku teruja.Esok adrenalin akan mengalir seluruh badan.

-----------Almunia-------------
Sagna-----Mael----Gallas---Clichy
---------Song----Denilson------
-------------Fabregas-----------
Arshavin-----Eduardo-----RvP-----

Arsenal 2 Everton 0. Astro 812 ESPN 12.25 AM...


Fantasy Football Arsenalaysia kembali!!!

Mari berfantasi!! EPL menjelang tiba..Jangan ketinggalan Join FANTASY LEAGUE ARSENALAYSIA.

http://fantasy.premierleague.com/

code team: 120762-30430

*Maaf atas kelewatan menyiarkan code ini kerana liganya tetap sama dengan musim lepas.Baru teringat codenya ada dalam posting season lepas kerana adminnya adalah saudara Kesuma Dewa.Apa2pun...Mari berfantasi menguji kemampuan anda jika anda pk percaturan anda lebih hebat dari geng2 Arsenalaysia yang lain..Enjoy


Berita kemaskini kecederaan



Mael disahkan fit dan boleh beraksi menentang Everton.

Jozan dan Fabianski menempah wad mewah dengan kecederaan lutut masing2 sebulan dan 2 bulan.

Theo Walcott tak dapat diturunkan, Diaby mengalami kecederaan groin tapi tak membimbangkan.

Thomas Rosicky lagi 2 minggu(sukar dijangka).

Samir Nasri lagi 7 minggu sebelum mula training.


Khamis, 13 Ogos 2009

Ape kejadahnya Arsenal.Com


Ape relevannya Arsenal.Com mengulang cetak artikel ini?? Ketika rumors2 kian berkumandang tentang Barca nak bawak balik kampung boynya, Arsenal.Com yang seringkali terkenal dengan sikap tak amek pot tentang berita2 transfer dan ape jua gosip yang melanda tibe2 seperti bermain api menyalakan bara dengan tajuk semacam itu walhal isinya dah lama basi.Aku harap hanya sekadar nak perli atau sakitkan hati Barca dan tak ade bende2 merapu di sebaliknya.

Artikel yang menyiarkan kenyataan lama Fabregas tentang bagaimana Arsenal mula2 memancing dirinya ketika berumur 16 tahun dengan perlunya 44 kali scout turun padang.Dia pada mulanya rasa Arsenal macam nak taknak kat die sebab kenapa sampai 44 kali kene tengok? betul2 tak meyakinkan ke die ni?? Tapi setelah batang hidung Wenger sendiri yang turun bertemu dengan mak bapak dan dirinya sendiri face to face, nyata dia membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup.Itulah yang diceritakan artikel tersebut.Tapi kenapa baru sekarang nak publish balik dengan tajuk begitu?Ini mungkin lama sangat menanti kenyataan rasmi dari Fabregas yang lebih suka berdiam diri dah bosan nak bagitau yang die memang stay kat Arsenal season ni.

Ape pun kate2 Wenger dan Arsenal.com tentang berita2 rasmi kita akan dapat ketahui pertama kali dari Arsenal.com hanyalah omongan semata2 kerana aku rasa Arsenal.com adalah tempat terakhir untuk mereka sahkan cerita.Aku lebih suka kalau mereka lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat tidak membiarkan peminat semua tertanya2.


Internationaleleh + nombor skuad.

0910 adalah nombor bertuah buat Arsenal.Harap2 begitulah.Walaupun perjalanan dalam transfer market agak lembap, tapi kita semua masih mengharap agar sesuatu yang membanggakan bakal bermula dengan musim ini.Nombor jersey skuad telah pun keluar.Takde banyak perubahan, Mael menggunapakai no 5 yan ditinggalkan Toure, manakala Bendi menggandakan nombornya dari 26 ke 52.Baginya ade tuah peribadi.Tak taulah pasal apa tapi katenye die sudi menanggung kos pertukaran nombor kepada para peminat yang membeli jersey Bendi 26 di kedai rasmi Arsenal.Err..pada sesiapa yang membeli di rantau panjang atau padang besar mungkin boleh try hantar emel pujuk rayu.Susah2 tambah jek "x2" kat bawah nombor.

Minggu ni jugak adalah minggu internationaleleh yang mengisi kekosongan jiwa tatkala tiada transfer yang berlaku.Tinggal lagi 2 hari sebelum musim bermula kita disajikan dengan perlawanan2 persahabatan dan kelayakan piala dunia.Antara yang terlibat semalam ialah RVP bermain 1st half ketika seri 2-2 dengan England.Walcott sub yang tak main.Eduardo menjaringkan gol ketika membenam bekas rakan sepasukan Hleb dari belarus.Arhsavin senyap ketika Russiatewas kepada Argentina.Wilshere dapat debut England u-21 dalam game yang berkesudahan seri 0-0.Fabregas main 2nd half ketika menewaskan Macedonia 3-2.Oh lupe, Jozan awal2 lagi dihantar pulang ke kem Arsenal setelah kecederaan lutut.Situasi lanjut akan diumumkan oleh Arsenal.Keadaan ini pasti mencemaskan dan memberi tekanan kepada Tun untuk bertindak.Ini mungkin bermakna Wenger menurunkan gandingan Gallas Sanderos utk Sabtu ini jika Mael belum betul2 fit.Kejap, ape cerita Sanderos ke Everton? senyap pulak..

Tapi berita2 yang kedengaran sekarang ni tak begitu memberangsangkan.Terbaru pasal player Serbia partner si Vidic, Subotic berumor 20 tahun dari Dortmund.Agentnya menafikan sebarang bentuk perhubungan telah berlaku antara Dormund dan Arsenal mahupun Subotic sendiri.Subotic yang tinggi lampai mungkin boleh membuat tarian robotic seperti Crouch dan dilihat sebagai defender ang baik untuk masa depan.

Masih ingat Jose Mourinho menggelar Wenger si pengintai aka Voyeur? Sebenarnya aku rasa Voyeur sebenar adalah Steve Bruce pengurus Sunderland.Setiap player yang pernah dikaitkan dengan Arsenal Steve Bruce nak sambar dan sebahagiannya dah dapat pun. Antaranya, Loric Cana, Chamakh dan terbaru Lee Cattermole.Wenger, takkan duduk saje??


Isnin, 10 Ogos 2009

Tiada lagi tandatangan.


"No more signing " sembang pak cik Wenger sambil tersenyum sinis seperti menyorokkan sesuatu setelah teaam eksperimennya KALAH di depan mata.Itupun masih dikatakan bagus.Betul2 buat aku rase tercabar dan tak mampu nak mengulas lebih kerana penat,aku rase dari segenap sudut dunia, tahu yang Arsenal perlukan suntikan baru yang betul2 established yang boleh step up gear upgrade performance. Tapi demi ego dan cita2 peribadinya, gua tak perlu ulas..faham2 sendiri.Tapi naluri hati aku percaya ade laa tu wenger nak sorok, macam beberapa hari lepas die kate " you do not always show your card.." tunggu sampai 1 sept.

Berita2 lain:

-Walcott dapat call up.Bagus untuk pasukan wenger kate, aku kate bagus selagi tak injured.

-Jack Wilshere dapat call up England u21.Si psiko Stuart Little tu baru sedar.Bodoh sombong.

-Almunia tunggu caller ringtone capello pun tak dapat lagi.

-Jozan "I'm the man" percaya musim ni musim dia.Nampak macam Wenger betul2 nak bagi chance kat die.Takde signing.Jangan cakap tak ade CB lagi hebat dari Silvestre.

-Mael nampak macam dah ok.Boleh debut lawan Everton.Tak tengok betul2 aksinya 100%.No komen.Kasi chance, harap terbaik.

-Fabianski injured.Baru lepas save penalti Villa tapi malang injured alobat 50 sen atau mase game.Keadaan masih belum diketahui status.

-Fabregas? Balik kg? bosan...lalalala~


Ahad, 9 Ogos 2009

Berakhirnya persahabatan

Akhirnya tamat pra musim dengan berakirnya perlawanan persahabatan awal pagi tadi, Arsenal kecundang 0-2 di tangan tuan rumah Valencia.Rileks.. Cuma satu perlawanan persahabatan tapi sudah cukup untuk mengetuk pintu hati wenger agar sedar dari lamunan mimpi bahawa skuad ini belum cukup bagus untuk waktu2 kritikal dan mencabar kejuaraan.

Namun dalam press conference sebelum match Wenger berkata barisan yang akan diturunkan adalah 90% kemungkinan barisan utamanya season ini dan akan diturunkan bertemu Everton sabtu ini,agak merisaukan kalau WEngerberfikir yang die sudah dapat mencari kesimbangan dlam pasukan.Ini kerana walaupun 1st half dibarisi pemain2 utama dan berakhir dengan 0-0 tetapi di 2nd half, Arsenal memamsukkan yang dikatanya 'backup player' yang langsung tak boleh nak backup apabila defend dengan merapunya melepaskan 2 bijik gol.Walaupun Fabianski menyelamatkan penalti Villa tetapi 50 sen yang dikenakan terhadapnya dari sudut sukar betul2 kembali memalukan keeper Poland itu selepas Drogba melondehkannya pada semi FA.Fabianski masih gugup.Dengan kekalahan ini Wenger patut berfikir panjang kerana kecederaan adalah sahabat baik Arsenal yang tak akan lari.Bile2 masa saja mereka akan datang dan adakah Wenger sanggup menyaksikan backup team nya beraksi sebegini lagi.Arsenal paling koman memerlukan kalau taknak 3 2 muka baru.CB dan DM.itu jek yang kami pinta.


Sabtu, 8 Ogos 2009

Nak serius ke Taylor?

Asyik baca gosip buatan orang jek ape kate kali ni aku pulak cipta gosip.Cendiakawan menang hadiah nobel buat rumus, aku sibuk2 cipta rumors.Hahaha.. Aku baru jek balik dari laman sesawang ESPNsoccernet sebentar tadi.Dengar kate defenderd Newkasut Steven Taylor telah menggelarkan kelabnya sebagai 'joke' yakni lawak boleh diaktakan jugak badut.Ini kerana situasi tidak menentu Newkasut yang baru relegate dan akan memulakan kempen coca cola menentang WBA dengan masih lagi tanpa seorang pengurus pasukan.Die sebagai pemain rasa agak panas dengan situasi semasa dan pengurusan kelab.

Jadi ape kate, Kalau nak betul2 serius try2 lah mintak no henset Wenger dan misscall. Wenger pulak kalau tak dapat Brade Fulham tu, Taylor nie pun dah kire mantop fit the bill.Aku dah lame perhati pemain ni dan die memang ade bakat jadi top class.Sayang la kalau bakat die camtu main kat Championship jek.Member2 seangkatan die Habib Beye Bassong sume dah blah dah.Umur pun muda lagi 23 memang sedang elok ciri2 idaman Wenger,pengalaman EPL lagi..BOleh partner Mael sebaya bile Gallas tamat kontrak akhir season depan.Amcam geng, ade setuju??



Wenger pulak, jangan buat lawak lagi, serius laa sket, nak buat lawak tunggu malam 31 Ogos la pulak.Nasib baik transfer deadline sampai tarikh 31 Ogos, kalau Arsenal kantoi kelayakan dengan Celtic ni mau die baru nak terhegeh2 gi pasar kut.Serius Wenger serius!!

VIDEO BAGAIMANA NASRI CEDERA..Semoga cepat sembuh!



P/S: Tak sangka Liverpool beli 'Rosicky' dalam Aquarium..Aqulilani