Biarpun ada pihak yang cuba sedaya upaya mengalih pandangan dari Arsenal yang on form kepada cerita Arsenal yang 'bermasalah disiplin' aku percaya persediaan pemain tidak akan terjejas baik dari segi mental terutamanya.Ini kerana Arsenal akan bertandang ke Old Kerepot malam nanti yang dikatakan Wenger sebagai hanya salah satu daripada ujian .Dengan 2 match di Manchester dalam masa 2 minggu, para pundit, penganalisis, perosak berita akan lebih mudah untuk 'menentukan' masa depan Arsenal.Tidak kira anda menang 4 kali beruturut2, menjaringkan 15 gol ataupun hanya bolos 3 gol, kita masih belum menerima kredit yang sepatutnya.Nevermind, segalanya atas padang, bukan atas kertas.
Untuk berpikir bahawa Fergie dan anak buahnya sedang dalam krisis dan masalah off form adalah satu yang naif bak kata Wenger.Aku setuju dengan pendapat Wenger di mana walaupun mereka ditinggalkan dengan lubang yang cukup besar tapi mereka masih mempunyai kualiti untuk menambus lubang tersebut biarpun kadang2 dilihat agak jerlus.Kini United terpaksa belajar untuk betul2 unite sebagai sebuah pasukan tanpa hanya mengharapkan sentuhan individu.Dan untuk tak menipu, perkara itu memang mengambil masa dan disinilah kelebihan atau advantage buat Arsenal untuk mengeksploitasi peluang ini.
Mereka ade kualiti peledak dalam Rooney tapi kita punya Mael awal2 lagi melaungkan keyakinan tak gentar dan memang sangat2 menunggu masa bertentang mata dengan Shrek.Jika filem aksi mensajikan tajuk2 seperti Alien vs Predator, Bola sepak tak kurang hebatnya dengan filem terbaru, Shrek vs Verminator!!Itulah sebab2 utama pemain2 memilih menyertai United mahupun Arsenal di EPL, ini kerana perlawanan berbara macam ni lah.. Barbatov dilihat sebagai si malas tapi dalam malasnya Gallas & Co di bahagian bawah tak bolehlah mengambil sikap seperti berbaring di kerusi malas kerana jika kene pada masanya Barbie mampu mencipta peluang tersendiri malah berkeupayaan dari segi fizikal dan ketinggian.Owen, sub atau start..masih belum ketemu Owen yang dulu..Mungkin karatnya tak habis digilap Fergie tapi Fergie pasti nampak sesuatu yang istimewa dalam Oweng.Harap bukan hari ini dirinya muncul..
Di bahagian tengah, Valencia nampak seperti signing yang bagus.Tidaklah begitu direct tapi memberi dimensi yang berbeza kepada mereka.Cuma masalah Fergie adalah memikirkan gandingan terbaik bahagian midfield.Dari season lepas mereka tidak punyai watak tetap dan sering berubah2.Mungkin kononnya Fergie nak membuktikan lambakan player dengan kualiti yang setaraf sehingga baru2 ini Carrick dan Anderson dilihat seperti tidak berpuas hati dengan peluang limited yang diberikan.Pertahanan meraka tanpa Ferdinand, Vidic pulak tak tidur lena sehingga tarikh 1 sept transfer deadline.Suatu yang perlu dimanipulasikan semaksima mungkin oleh barisan serangan Arsenal.Harap2 mereka menurunkan Foster yang nampak lebih gelabah puyuh menggantikan VDS yang masih injured.Aku jugak secara peribadi nak sangat tengok muka cry baby atau childish dari Si Evra apabila dihambat Song.Jangan salah paham, kita menghormati pihak lawan, tapi jika mereka mengeluarkan kenyataan2 dan provokasi melampau, what do u expect?
Bagi Arsenal pulak,turun tanpa kapten dan pemain paling penting Fabregas, merupakan satu tamparan terutama dalam match seperti ini.Wenger kini nak taknak terpaksa keluar dan menyatakan falsafahnya, meletakkan harapan kepada trio sejati Denilson,Diaby dan Song.Aku tak rasa untuk match kali ini Arsene Wenger mengambil risiko menurunkan hanya 3 midfield setelah die mengaku betapa gagalnya sistem itu ketika bertemu United musim lepas di UCL.Mungkin Wenger akan back to basic, 4-4-2 dan kadang2 berubah ke 4-5-1 memonopoli midfield battle.Aku nampak Eboue pasti akan diturunkan dengan role yang sama ketika bertemu Celtic dan dengan ini barulah Wenger yakin untuk melepaskan trionya 3 sekaligus dengan bimbingan dan support oleh Arshavin.
Kes terbaru ini diakui memberi kesan kepada pemikiran Wenger.Di otaknya pernah terlintas untuk tidak menyenaraikan Eduardo dalam match kali ini demi memberi protection kepada fox in the box.Wenger dapat membayangkan 'habuan' yang bakal diterima Dudu baik dari ref mahupun terjahan pihak lawan dan juga provokasi penyokong2 lawan.Jika benar Dudu tidak diturunakan, simpati kepadanya kerana tak pasal2 menjadi mangsa sasaran media dan terlepas aksi penting dan rugi jugak kepada Arsenal.Tapi aku percaya ia lebih kepada perang psikologi.Wenger pastinya yakin, Eduardo dah cukup besar,matang dan bersedia menghadapi segalanya.Die sudah dan pernah melalui yang lebih perit dari itu.Namun bersemangat bagai Sang Phoenix yang bangkit dari abu!!
RVP akan pasti diturunkan setelah direhatkan match lepas.Adalah satu nikmat untuk membuka akaun gol musim ini di old kerepot.Mungkin RVP telah memikirkannya.Arshavin akan support RVP.Dan kini di bahagian atas, kedua2 player mampu mencipta magik tersediri ketika keadaan tak mengizinkan dan merupakan pemain2 yang boleh dilihat,diharap oleh rakan sepasukan lain.Pertahanan Gallas - Mael perlu mengekalkan form terbaik.4 tulang belakan perlu berusaha keras sehinggga wisel penamat dan tak boleh sesaat pun leka.Tiada lagi gol2 sagu hati mahupun last2 minit.Wenger tidak boleh membiarkan ia lama2 menjadi adat.Sekadar nasihat,bulan Ramadhan kita digalakkan memperbanyakkan sumbangan derma.
-------------Almunia----------------
Sagna-----Gallas----Mael-----Clichy
Eboue----Song------Denilson----Diaby/Arshavin
-------------Arshavin/Dudu--------------
--------------RVP-------------------
Aku rindu saat2 ni.Adrenalin memuncak!
Walaupun match kali ini bukan lagi sehangat era Keano vs Viera dengan masing2 manager sudah pandai saling hormat menghormati, tapi pertembungan Arsenal, United sentiasa menjanjikan sesuatu yang istimewa.Jangan terlepas peluang untuk menyaksikannya.Astro 812 ESPN 12:10 am.Man Utd 1 - Arsenal 2.(jumlah jaringan diinspirasikan oleh jumlah yang sama daripada Amri Yahyah)
Ayuh Arsenal!!
Sabtu, 29 Ogos 2009
Pre Match: Persediaan tak terganggu.
10:22 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan