Jumaat, 28 Ogos 2009

Hentikan Hipokrasi!

HIPOKRIT!!
POYO

Sebenarnya gua malas nak layan.Tapi dek kerana dah melampau sangat 'mereka' ni, gua rasa terpanggil untuk memberikan pandangan peribadi tentang kes yang kecik ciput tapi tibe2 jadi panas gila satu dunia mau taw!! Ape lagi kalau bukan kes Eduardo.Anda semua pasti dah tahu.

Diving , menipu, memang gua secara peribadi amat tak terima dalam bola sepak terutama bila terkena pada team sendiriyakni kite sebagai fan Arsenal pasti telah lali dengan situasi2 semacam ini.Tapi sayang JIKA BENAR Dudu ade niat untuk SENGAJA menjatuhkan badan bagi mendapatkan penalti, gua rasa tindakan itu memang tak patut.Full Stop.Itu sahaja, tak patut- tak payah bising2, angkat yellow card..semua diam habis cerita.

Tapi yang membengkekkan keadaan ialah ape kejadahnya Orang2 mulut2 besar otak kecik macam Donati dan Gordon Smith si Scotish FA punye kepala dok sibuk2 mau menggesa UEFA gantung Eduardo sampai 2 match??!!!Kamon laa wei. Logik laaa.. akal takdak ka.Jangan jadi hipokrit! Ramai lagi player pernah dive, boleh kata separuh pernah dive,even Donati sendiri pun..tak kire kat dalam kotak penalti mahupun kat luar kotak penalti dari Liga Malaysia sampai ke Liga serata dunia tapi kenapa bila player ARSENAL jek, berita ni dah jadi macam satu jenayah besar! jenayah kejam kononnya sampai memanggil badan2 bola sepak sibuk hendak mengkaji balik peraturan, menambah linesman di belakang gol la , guna viedo la(gol line tak nak pulak guna video-bangang-pelik-aspek lagi penting taknak guna teknologi).

Diikutkan cerita, Eduardo dive kononnya, tapi tak siapa tau dari visual tu mungkin ade sentuhan zarah paling minima, mungkin Eduardo yang masih trauma dek terjahan si taylor mengambil langkah berhati2 menjarakkan diri dengan menjatuhkan badan.Dengar macam bodohkan, tapi mungkin juga Eduardo memang berniat mencari penalti dengan mengharapkan Boruc menyentuhnya dengan impak yang lebih tapi Dudu tersilap langkah, tak dapat ape yang die harapkan(sentuhan lebih dari Boruc).Die tak sempat bangun, die tak komplain, pengadil menghadiahkan penalti.Nah! Banyak lagi diving yang lebih buruk yakni terlepas begitu sahaja, tak kire lepas match, atau masa match, pengulas, media diam seribu bahasa.Tapi bile player ARSENAL, bukan ENGLAND, lain BANGSA, seperti Eduardo buat siketttttt jek auta(yang ramai gile buat kat luar kotak penalti dalam pun ade) , Bukannya Dudu jatuh menggegar sampai gempa bumi!!!!



Wenger mula2 mengaku itu bukan penalti.Bagus, mungkin die tahu kalau die cakap tak nampak, orang akan kaitkan die dengan pengakuan pernah menipunya baru2 ini, dapat la die ayat selamatkan diri dari jadi mangsa media.Tapi bile pengakuan itu dibuat, heboh satu kampung!! Tak pulak pengakuan Tony Mowbray yang slumber cakap pedulik ape penalti tak penalti, Celtic memang tak bagus 180 minit!!! Itu tak pulak di besar2kan...Mowbray sendiri mengaku wei..Mowbray!!! Bukannya orang lain.Kredit kepada Mowbray tapi bukan kepada player Celtic yang memang hampeh sepanjang 2 leg.Konon kalau tak dapat gol tu bajet boleh score dulu mengubah perlawanan, poraa.. shot on goal pun 2 bijik, gol pun donation.Berbalik pada Wenger tadi, Wenger kate die tak dapat terima sebarang hukuman yang tak logik dan cara mereka mengadili player dengan berat sebelah sungguh MEMALUKAN.Diskriminasi.Aku berdiri di belakang Wenger apabila die berkata ini semua maianan putar belit MEDIA!!

Tengoklah kalau Gerrard,Rooney,Lampard, Walcott, Lennon, Young yang dive, mende ini akan berlalu bagai angin , senyap jek.Scubadiver terkenal dengan divenya tak pulak dipertikaikan.Drogba, Mourinho sendiri mengaku..taknak pulak siasat klip2 lama.Siapa yang backup arsenal apabila Rooney dive mendapat penalti menamatkan rekod unbeaten 49, siapa yang membacking Arsenal ketika Babel dive mendapatkan penalti menghantar Arsenal keluar dari UCL??TIADA!!Itu lagi la, di peringkat2 yang lebih tinggi, tapi takde sepatah haram pun media nak declare injustice.Hipokritos!!!!


Ini diroang tak kecoh plak!

Diving, cheating..memang salah, tak boleh dierima.Tapi ketidak adilan, diskriminasi, hipokrasi dibiarkan di depan mata!! Kita hidup dalam dunia yang penuh kotor.Bukan sahaja politik, kehidupan, sukan jugak tercemar dengan adanya budaya2 seperti ini.HUh..Dipikirkan sangat pasal diving, tak pulak dipikirkan terjahan2 keras, sepak terajang player sesuka hati tengah padang tapi terlepas..Matt Taylor pun 3 match ban jek, Si Brown Celtic tu tak pulak dimaki, patut dah red card berapa kali tendang fabregas.Itulah gua cakap, mereka bukan mengulas, mereka cari kesalahan-target -ARSENAL.Punca?? Senang sahaja, dalam BPL Arsenal memang terkenal dengan foreigner terutama ,Wenger, France yang berpengaruh kuat, .Kadang2 claim diorang ni sampai tak masuk akal-kononnya Arsenal pengkhianat bola sepak England, tak melahirkan bintang2 England.HAHAHAHAA.. cakap pakai tumit? Berapa ramai player remaja akedmi Arsenal yang berjaya, akedemi ape yang paling berjaya ?Kalau dah hasad dengki menguasai diri, cakap pun macam orang lupa diri.Itulah media!Aku dah tak boleh tahan dengan anti-Arsenalism nih.

Ingat Pompey season lepas? Arshavin jujur, nafi penalti biarpun pengadil bagi gak..Apsal tak kecoh????????? Apsal tak besarkan kebaikan, kejujuran ,langsung kredit pun tak bagi!Robbie Fowler pernah lakukan yang sama zaman2 die dengan Liverpool dulu, fuuhh habissss satu dunia nak kene puji si Fowler, player paling jujur di planet bumi.Double Standard!!!!!

Lagi2 nak dekat internationaleleh ni..hurmmmmm lagi laa depa ni suka, Nak2 England lawan Crotia.Eduardo memang masak aa jadi mangsa, ini salah satu nak timbulkan rasa benci laa ni di kalangan peminat2 England.Walaupun gua peminat setia England, gua malu jugak kadang2 dengan semua nih!Gua tak dapat terima ketidak adilan yang terlampau.

Aku rasa simpati terhadap Eduardo kerana dia nampak seperti seorang player yang sangat2 cekal dan tabah dan kehadirannya semula dari kecederaan pembunuh karier tahun lepas memang wajar dipuji.Tapi sayang,hanya kerana kesilapan-jika ada- sedikitttt(aku cakap siket sebab takde effect pada result match, Celtic memang takde harapan) die telah menjadi mangsa pada masa yang tidak sesuai dan bakal mencemarkan reputasinya.Hanya dengan menyumbat gol dengan seronoknya berulang kali week in week out bakal menutup mulut pengkritik.Musim ini adalah musim yang besar baginya.

Kalau benar Dudu didapati bersalah setelah budi bicara realistik dan logik, kad kuning atau amaran adalah yang terbaik.Tak lebih dari itu.Untuk kes ini Gua berdiri di belakang Wenger, akan support dalam konteks mempertahankan pemain daripada 'layanan berat sebelah' terhadap player Arsenal dalam kes ini khususnya Eduardo!Hentikanlah hipokrasi..gua dah mual dan bosan..

Ramai lagi 'pelakon' yang lebih hebat di luar sana terlepas..Siasatlaa klip2 wei...'gantung jangan tak gantung'.



P/S: Esok je lah pre match dan berita2 lain.Tulis mende macam ni memang spoil mood gua jek!


1 ulasan:

Kap berkata...

aku fan Real Madrid..
tapi aku sokong pendapat kau sebelah pihak keadilan bola sepak..

kecewa!

obvious sangat!

kalah menang tak ada hal..
main bacul politik sana sini kena tolak jauh-jauh..