Bukankah dalam posting sebelum ini ada aku nyatakan nasihat, kita digalakkan bersedekah di bulan Ramadhan.Hah,nah! amek laa..Ini sedekah Arsenal kepada Man Utd untuk tahun ini.Mungkin kerana pancingan Fergie yang menyatakan Wenger dan dirinya kini teman tapi mesra membuatkan Wenger terpanggil untuk menghadiahkan buah tangan istimewa.
Langit tak selalunya cerah, Arsenal tiba2 dirundung nasib malang selepas permulaan bergaya dan takde yang memeritkan selain berlaku dalam match rivalry seperty tadi.Kedua2 pasukan utk malam tadi tak cukup bagus, full stop.Dalam match seperti ini pasukan yang banyak melakukan kesilapan bodoh yang akan menanggung kerugian dan malangnya malam ini adlah giliran Arsenal.Man Utd tak mengancam, tapi tahu bagaimana nak handle situasi dan lebih bernasib baik disedekahkan 3 mata di depan pintu.
Aku hanya nak pointkan sahaja beberapa perkara daripada match tadi:
-Referee tak konsisten! Nasib buruk Arsenal mulai kelihatan apabila foul fletcher ke atas Arshavin adalah 200% penalti dan ref yang buta kayubuta hati jek tak bagi.Ini mungkin effect tragedi kebelakangan ini.
-Arshavin! Superb goal tapi senyap kat bahagian kiri.Aku kalau boleh nak tengok die lebih ke tengah.Injured dan terpaksa dikeluarkan, dah nampak dah bayang2 bye2 3 mata.
-Penalti Man U, tak boleh didebat tapi ref pantas memberi berbanding Arshavin.Sekali lagi tiada konsistensi di situ.
-Diaby?!!What a 'super-B' goal?!!! Oh yeah... Main 90 minit..diberi kepercayaan oleh Tun Wenger walaupun mempersembahkan satu persembahan paling haram dan mengecewakan, lama sangat menyimpan bola distribution.. failed, dan decision making yang bengap.Long feet, short intelligence.Die dan Denilson kembali kepada status Double Dungu.
-Almunia,kalau rush out macam tu patutnya die kene pastikan 100% kompom dapat bola.Angle yang kurang bahaya langsung tak sepatutnya untuk buat foul bodoh macam tu, Gallas yang mulanya terperangkap aku rasa mampu cover back.Tapi sayang, sedetik kesilpan membawa padah.
-Kesian kat Mael yang bermain bagus dengan Gallas malam ni.Shrek langsung tak lepas Verminator.
-RVP..entah bila nak dapat gol pertama untuk musim ni.kalau tak kerana ibu jari kaki Foster, segalanya mungkin berbeda.Itulah bola sepak.Ape2 pun free kick tu kalau masuk memang terbaik.RVP memang isolated kalau jadi lone striker.
-Eduardo..'Terima kasih' kepada Media dan harap mereka berpuas hati dapat mengalihkan segala rasa benci dan dan menanam perasaan hilang hormat terhadap mangsa kejadian kambing hitam.Hipokritos! Mulai hari ini Eduardo terpaksa menyesuaikan diri dengan boo dari serata pihak lawan dan anggap sajela boo tu macam bunyi Dudoooo...
-Kita benar2 kehilangan Fabregas.Amat2 dirasai.Trio badut termasuk Ramsey pun belum tentu dapat mengisi lubang yang ditinggalkan.Nasri Rosicky jugak akan kembali, harap segalanya berjalan mengikut jadual.
-Backup midfield masih belum meyakinkan..Sebelum 1 sept, Wenger harus lakukan sesuatu.DM,VDV mungkin.
-Kurangnya winning mentaliti di kalangan pemain cukup terserlah.Hanya beberapa player yang dilihat up terutamanya Gallas.Jika Semua bersemangat seperti Gallas(offside goal tu memang sayang), kite pasti tak gelabah dan dapat handle situasi dengan tenang.Pemain belajar dari pengalaman, tapi sayangnya seringkali pengalaman buruk seperti ini tak serik2 buat mereka.
-Last sekali ape show yang Wenger buat kat atas stand sana?Diperintah meninggalkan touchline tapi takde arahan spesifik ke mana.Wenger betul2 ade sense of humor dalam keadaan tekanan macam tu.Hanya orang yang cekal dan berani dapat berhadapan dengan fan2 gila kat belakang macam tu.Salute buat Prof.Tapi bukan salute untuk taktikal tadi, Diaby main 95 minit?? what a joke!!
Satu Manchester berlalu dengan frust, ade satu lagi Manchester tengah tunggu..Adebye2 pasti sedang tersenyum sinis dan punya misi yang lebih dasyat lagi.
Season masih panjang, ape2 pun dah ku kata match United dan Arsenal memang sarat dengan aksi dan wajar ditengok kerana perasaan kecewa dan riang yang amat sangat boleh silih berganti sekelip mata.Mana nak dapat beb.Walaupun kita berada di pihak yang kecewa akhirnya, tapi esoknya kita bangun memikirkan ape yang tak kena dan hey,taklah teruk sangat, cuma terkena salah satu hari yang malang jek.Not bad at all, masih ade ruang, sabar dan terus berusaha.Keep the faith.Kamon Gunners!
Ahad, 30 Ogos 2009
Post Match: Sedekah di bulan yang mulia
2:34 PG
Gunners & Roses
2 ulasan:
thanks bro..ayat memujuk yang last tu buatkan aku cool down balik.kalau tidak angin betul satu badan.
Biasa laa tuu..panas2 kita siram air..tendang botol air pun boleh..huhu
Catat Ulasan