Tak sampai 30 saat lagi untuk match habis, Komplot jahat pengadil Mike Dean dan pegawai keempat perlawaann Lee Probert menyaksikan Arsene Wenger dibuang padang diarahkan untuk meninggalkan toucline tanpa arah , hanya kerana menendang botol yang kosong akibat kecewa kerana gol RVP yang offside.Sebagai tindak malas manusia normal,siapa yang tak kecewa dan malah boleh memberi reaksi lagi teruk dari tendang sebijik botol, yang diakui Wenger satu tendangan yang boleh tahan jugak mantap.Sekali lagi aku menglangi aku salute Wenger atas keberanian die dengan slumber menghadapi tekanan sebegitu rupa.He's a true worrier!
Huh, setelah menyedari 'mereka' tersilap mengarahkan Arsene Wenger keluar padang tanpa sebarang specific direction dan tak dapat meng'handle' situasi ketika itu yang dianggap sesuatu yang memalukan, barulah Kesatuan Referee EPL ingin memohon maaf atas keterlanjuran tersebut.Terhegeh2.. siapa pulak nak mintak maaf pasal kat bawah ni??
Tanpa menyebut sebarang nama,Wenger juga meyelar pemain united yang hanya inginkan sepak terajang tapi terlepas dari hukuman walaupun kad kuning.Apabila wartawan menyebut nama Fletcher, Prof hanya menjawab " Apesal ko sebut namaGua tak point kat sape2.. lu yang bijak lu pk laa sendiri".
Daripada tackle tersebut jugak Arshavin mendedahkan die sebenarnya injured sebelum main lagi.Patut nampak agak senyap dan kadang2 passingnya yang merapu.Ape2 pun gol tu memang terbaik dan hanya yang berkemahiran teknikal tinggi mampu mengubahnya.Itu belum fit habis, bayangkanla kalau Arshavin yang 100% hari tu, pasti kelam kelibut lawan dibuatnya.Walaupun kecewa dan rasa dirompak, Arshavin beraharapan kekalahan ini akan dapat memberi lebih semangat dan pengajaran buat para pemain untuk berusaha lebih keras.
Ramai yang beranggapan setelah melihat video ulang tayang bahawa Rooney menjatuhkan badan sebelum sebarang kontak dilakukan oleh Almunia,tapi ia tetap penalti.Dah terlepas, ape yang aku ingin ceritakan di sini lebih kepada karma, mau taw kenapa? Pemain Celtic Aiden McGeady dibuang padang setelah kantoi diving.Hahahahaha.. inilah yang dinamakan mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih,Hipokritos!
Pengurus Celtic Tony Mowbray siap cakap lagi "Kalau laa korang tak besar2kan insiden cerita Eduardo tuh sampai gile2, aku yakin player aku ni takkan dapat kad kuning sekalipun"
Biarpun Arsenal tewas, tapi masih ade mereka yang waras dan mampu melihat positif kepada Arsenal atas apa yang terjadi.Masih ada lagi artikel2 seperti ini..Artikel1, Artikel2
Transfer Windows dah nak tutup esok.Anggap sajalah tak de muka baru dibawa masuk kerana kelak kecewa kalau erharap sangat biarpun ade desas desus mengatakan Wenger kembali memburu si Camak dan Viera masih lagi dalam radar hanay tunggu lampu hijau Inter untuk lepaskan.Cuma berita yang tak syok didengar adalah pasal kapten Fabregas yang diakatakan Baarcelona-bound. Tak semena2 mulut tempayan Joan Laporta cakap merapau " Kami hormat Wenger, kami mintak maaf lah kalaumenganggu..tapi die kene faham.Fabregas tu kami yang punye awal2 dulu, memang takde rahsia lagi kami memang terhegeh2 kat dia, Cesc Fabregas ni special case" Kepala otak die, aku harapa Orang tua Hill Wood kite keluar dari sarang tempat die menternak perut habiskan duit hasil jualan Adebayor dengan Toure dan attack balik si Laporta ni.Tak abis2 nak ganggu 'rumah tangga' orang.Ini mengingatkan aku pada dialog cerita Perempuan Isteri & dot3 di mana Tapa(lakonan Zaidi Omar) yang sangap kat bini orang(Sofea Jane) mengaku pada Nasir Bilal Khan.."Aku..err..aku..aku nak Dia!" ..Gila
Isnin, 31 Ogos 2009
Baru nak mintak maaf.
12:20 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan