Rabu, 19 Ogos 2009

Post Match :Deposit 2 bijik

Arsenal 2 Celtic 0






Tony Mowbray tak bergurau apabila mengatakan dia ada taktik untuk mengekang Arsenal.Sampai minit ke 43 segalanya tampak lancar bagi Celtic tetapi dengan bantuan sedkit tuah,Arsenal berjaya memecahkan kebuntuan melalui jaringan biasan badan belakang Gallas yang dilihat cuba mengelak dari sepakan percuma kapten Cesc Fabregas.Seronok tengok bagaimana satu team mengeremuni Gallas meraikan jaringan.Setelah gol itu, perlawanan barulah terbukak sedikit dan Arsenal boleh kongker tengah di 2nd half apabila Mowbray menukar formasi ke 4-4-2 menukarkan Samaras kepada McD+Fortune.Namun tuah sekali lagi milik Arsenal.Satu2nya pertukaran Diaby menggantikan Arshavin dan tak sampai beberapa minit Diaby mengutip bola dengan cantik dan perfect 1st touch sebelum melorongkan kepada Clichy di wide kiri yang membuat hantaran lintang rendah, malang buat kapten Celtic,Gary Caldwell apabila terjahannya menewaskan Boruc masuk gol sendiri.Terima kasih.

2 Gol dari Celtic Park adalah bukan suatu yang mudah dan perlukan suatu yang istimewa dan tuah menyebelahi Arsenal malam ini.Ringan sket beban di Emirates.Mael sekali lagi bagai verminator..Terus mencuri tumpuan dengan top class defending begitu juga dengan Gallas.Arshavin dan Bendi nampak burn out.Song makin lama makin selesa dengan tugasnya.Fabregas sering menjadi mangsa terjahan tapi stand up untuk buktikan die cukup kuat dan matang serta dah cukup berpengalaman.Sabtu ini Pompey, mungkin dapat lihat kelibat Eduardo, Ramsey dan Eboue pulak.Harap Vela jugak diberi peluang.Jom tido~ zzzz....


0 ulasan: