Khamis, 13 Ogos 2009

Internationaleleh + nombor skuad.

0910 adalah nombor bertuah buat Arsenal.Harap2 begitulah.Walaupun perjalanan dalam transfer market agak lembap, tapi kita semua masih mengharap agar sesuatu yang membanggakan bakal bermula dengan musim ini.Nombor jersey skuad telah pun keluar.Takde banyak perubahan, Mael menggunapakai no 5 yan ditinggalkan Toure, manakala Bendi menggandakan nombornya dari 26 ke 52.Baginya ade tuah peribadi.Tak taulah pasal apa tapi katenye die sudi menanggung kos pertukaran nombor kepada para peminat yang membeli jersey Bendi 26 di kedai rasmi Arsenal.Err..pada sesiapa yang membeli di rantau panjang atau padang besar mungkin boleh try hantar emel pujuk rayu.Susah2 tambah jek "x2" kat bawah nombor.

Minggu ni jugak adalah minggu internationaleleh yang mengisi kekosongan jiwa tatkala tiada transfer yang berlaku.Tinggal lagi 2 hari sebelum musim bermula kita disajikan dengan perlawanan2 persahabatan dan kelayakan piala dunia.Antara yang terlibat semalam ialah RVP bermain 1st half ketika seri 2-2 dengan England.Walcott sub yang tak main.Eduardo menjaringkan gol ketika membenam bekas rakan sepasukan Hleb dari belarus.Arhsavin senyap ketika Russiatewas kepada Argentina.Wilshere dapat debut England u-21 dalam game yang berkesudahan seri 0-0.Fabregas main 2nd half ketika menewaskan Macedonia 3-2.Oh lupe, Jozan awal2 lagi dihantar pulang ke kem Arsenal setelah kecederaan lutut.Situasi lanjut akan diumumkan oleh Arsenal.Keadaan ini pasti mencemaskan dan memberi tekanan kepada Tun untuk bertindak.Ini mungkin bermakna Wenger menurunkan gandingan Gallas Sanderos utk Sabtu ini jika Mael belum betul2 fit.Kejap, ape cerita Sanderos ke Everton? senyap pulak..

Tapi berita2 yang kedengaran sekarang ni tak begitu memberangsangkan.Terbaru pasal player Serbia partner si Vidic, Subotic berumor 20 tahun dari Dortmund.Agentnya menafikan sebarang bentuk perhubungan telah berlaku antara Dormund dan Arsenal mahupun Subotic sendiri.Subotic yang tinggi lampai mungkin boleh membuat tarian robotic seperti Crouch dan dilihat sebagai defender ang baik untuk masa depan.

Masih ingat Jose Mourinho menggelar Wenger si pengintai aka Voyeur? Sebenarnya aku rasa Voyeur sebenar adalah Steve Bruce pengurus Sunderland.Setiap player yang pernah dikaitkan dengan Arsenal Steve Bruce nak sambar dan sebahagiannya dah dapat pun. Antaranya, Loric Cana, Chamakh dan terbaru Lee Cattermole.Wenger, takkan duduk saje??


0 ulasan: