Khamis, 13 Ogos 2009

Ape kejadahnya Arsenal.Com


Ape relevannya Arsenal.Com mengulang cetak artikel ini?? Ketika rumors2 kian berkumandang tentang Barca nak bawak balik kampung boynya, Arsenal.Com yang seringkali terkenal dengan sikap tak amek pot tentang berita2 transfer dan ape jua gosip yang melanda tibe2 seperti bermain api menyalakan bara dengan tajuk semacam itu walhal isinya dah lama basi.Aku harap hanya sekadar nak perli atau sakitkan hati Barca dan tak ade bende2 merapu di sebaliknya.

Artikel yang menyiarkan kenyataan lama Fabregas tentang bagaimana Arsenal mula2 memancing dirinya ketika berumur 16 tahun dengan perlunya 44 kali scout turun padang.Dia pada mulanya rasa Arsenal macam nak taknak kat die sebab kenapa sampai 44 kali kene tengok? betul2 tak meyakinkan ke die ni?? Tapi setelah batang hidung Wenger sendiri yang turun bertemu dengan mak bapak dan dirinya sendiri face to face, nyata dia membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup.Itulah yang diceritakan artikel tersebut.Tapi kenapa baru sekarang nak publish balik dengan tajuk begitu?Ini mungkin lama sangat menanti kenyataan rasmi dari Fabregas yang lebih suka berdiam diri dah bosan nak bagitau yang die memang stay kat Arsenal season ni.

Ape pun kate2 Wenger dan Arsenal.com tentang berita2 rasmi kita akan dapat ketahui pertama kali dari Arsenal.com hanyalah omongan semata2 kerana aku rasa Arsenal.com adalah tempat terakhir untuk mereka sahkan cerita.Aku lebih suka kalau mereka lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat tidak membiarkan peminat semua tertanya2.


0 ulasan: