Rabu, 26 Ogos 2009

Pre Match: Tiada istilah sebelah kaki


Awal pagi besok, slot untuk ke peringkat kumpulan saingan UCL bakal sah diisi sama ada oleh Arsenal mahupun Celtic.Walaupun Arsenal dengan kelebihan 2 gol away, tiada istilah sebelah kaki kerana di peringkat ini apa2 saja boleh terjadi.Layak sebelah kaki tapi tersadung akhirnya buat apa jugak, jadi biarlah tunggu kedua2 belah kaki masuk dan berdirii megah-Orang yang pasti sangat kecewa tentulah Michelle Platipusni.



Tony Mowbray tau ketinggian puncak yang perlu didaki pemain2nya dan berhasrat untuk melawan secepat mungkin mencarik gol awal.Mereka bagai diberi tele hayat apabila mengetahui kapten Arsenal Cesc Fabregas tidak dapat beraksi akibat hamstring. Kesilapan taktik bertahannya pada 1st leg lalu memakan diri.Tapi sekurang2nya kini die tau die boleh pergi menyerang habis habisan ke kubu Arsenal kerana takdek ape yang merugikan bagi mereka, nothing to lose.Tiada siapa yang menjangkakan selepas tamat match ini mereka akan keluar selaku pengisi slot dan pemenang jackpot wang habuan Eropah.Tapi itu bukan tiket untuk Arsenal berasa overkonfiden.

Bagi Wenger match ini lebih penting daripada clash of the titans hujung minggu ini.Diaby yang menabuh 2 bijik Sabtu lepas mungkin diberi peluang sekali lagi untuk start bertemankan Song dan Denilson.Kalau jadi, memang perfectlah!! perfect bukan sebab apa tapi sebab 3 muka ni lah yang sering menjadi kecaman dan makian beberapa musim kebelakangan ini dan tibe2 dapat bergandingan dalam salah satu match terpenting musim ini dalam formasi baru 3 midfield! Siapa pernah menyangka sebelum ini ia terjadi.Ia terjadi jugak malam ini.Jangah harapkan Matuidi atau siapa2 kerana Arsene tak ade nawaitu nak membeli, jauh sekali memanggil pulang Viera yang nak membuktikan pada Mourinho.Terima hakikat dan support, trio inilah bakal jadi The Three Musketeers Arsenal musim ini.Tapi di hari2 tak menjadi, mereka boleh kembali bertukar menjadi watak tetap Double Dungu+Lagu.


------------Almunia-------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
-------------Song---------------
------Denilson------Diaby-------
Bendi---------RVP-------Arshavin

Semua mata tertumpu pada Gallas untuk menjaringkan gol ke4nya musim ini.
Apa jua keputusan awal pagi nanti, bagi yang Muslim jangan pulak tak sahur selepas itu.
Arsenal 2 Celtic 0 Astro 812 ESPN 2.40am.


0 ulasan: