Rabu, 26 Ogos 2009

Peluang Rambo

Aaron Ramsey aka mat Ramzi aka Rambo telah dijanjikan sekurang2nya 15-20 perlawanan untuk musim ini-Termasuklah esok malam(pagi khamis) bertemu Celtic.Fabregas masih lagi dibelenggu hamstring ini dan kompom tak akan diturunkan, ini bermakana peluang sekali lagi untuk Rambo fit the role tanpa perlu menukar taktik formasi 4-3-3 yang kini giat diusahakan Wenger.BAgi hujung minggu, Fabregas masih dalam pemerhatian.Ramsey adalah seorang pemain yang berpotensi,a british style atau type jenis fabregas, pandai membaca game dan mencari killer pass.Rambo dengan pendedahan setakat ini, aku yakin bakal menjadi antara pemain penting untuk musim2 depan tapi untuk mengharapakan player berumur 18 tahun week in week out sekarang ni, agak mencabar.



Tapi pantas Tun menafikan sebarang bentuk pembelian Matuidi.Seperti mana pantas die menutup sebarang spekulasi Hangeland.Ini bermakna Arsenal boleh melupakan hajat untuk melihat sorang lagi player muda di bawa masuk untuk posisi tengah.Yang dijanjikan Wenger adalah seorang defensive player tak kire midfield atau CB, orang tersebut kaau dibeli perlulah ada impak maksima dan bukan nak tunggu buah masak, Arsenal dah pun banyak buah2 yang mentah lagi.Dalam pada itu Sanderos masih mencari jalan hidup walapun Wenger sendiri tak tahu hala tuju pemain Swiss ini.Dengan Everton mendapat duit gila dari penjualan bintang star trek Lescott, mungkin ada harapan untuk kita 'berkongsi' sedikit wang Everton menjual Sandy kepada Moyes.Sandy adalah player yang bagus, tapi tak cukup bagus untuk Arsenal, mungkin dapat membantu kelab2 pertengahan yang tengah struggle.Memikirkan tahun depan adalah Piala Dunia, aku percaya masa depan Sanderos di Arsenal hanya menghitung hari kerana dia pastinya akan memikirkan ape yang terbaik untuk kelab.Di belakang Jozan dan Silvestre malah Song, Sanderos tahu yang hijrah adalah jalan paling selamat.Dijangkakan muka baru akan muncul dalam posisi ini.


Jangan berfikir tentang Manchester.Tak kisahlah mancis yang mana satu tapi fokus kini lebih terjerumus kepada Celtic yang tak boleh dipandang mudah walaupun kelebihan 2 gol.Kekalahan Liverpool semalam adalah sebagai ketukan pintu kesedaran agar jangan terlalu overkonfiden yang kelak memakan diri.WEnger bercakap tentang kenapa die rest player kononnya takde kaitan dengan match2 selepas itu.Ini semua dongeng.Berapa kali Wenger dah restkan player2 utama ketika musim2 lalu.Arshavin semi final FA siapa ingat, keputusan paling silap dalam kerjaya Wenger selama ini.Wenger pasti akan merehat player dan melakukan rotation itupun jika die fikir kita telah berada dalam kedudukan yang selesa.Segala penafian ini dibuat sekadar permainan psikologi menunjukkan die yakin bahawa semua peringkat playernya mampu untuk membendung asakan dan mencipta serangan setanding lawan.

Dengarnya Rosicky dah kembali ke training tapi mungkin tak akan dirisikokan sehingga lepas Mancis Double.Yang lain2 tak ade siapa ang kembali.

P/S : Intai2 jiran beraya sakan, biarkan Shebby dengan 'fantasi' yang jarang2 berlaku..bagi chance die rase sekali seumur hidup.


0 ulasan: