Ahad, 23 Ogos 2009

Post Match : poSEMUT MERAH padam.



Menang jadi Abou, kalah jadi arang..Abou Diaby pemain yang hebat dikritik musim lepas tibe2 mencuri tumpuan menjaringkan 2 gol dalam 2 minit ketika kemunculan ke2 nya musim ini beb.Jersey nombor 2 miliknya tibe2 bertuah malam ni.Diaby start menggantikan Alex Song begitu juga Eduardo Gibbs dan Eboue.

Sebelum ni aku berharap agar Eduardo start dan wenger sedar nampaknya malah tak sia2 apabila Eduardo beberapa kali terlibat dalam pergerakan menarik selain skill menariknya untuk assist gol pertama.GOl Kedua adalah satu typical counter attack Arsenal dengan Fabregas menhantar bola jauh kepada EBoue yang dah ada di flank kanan sebelum melorong ke tengah dan teka siapa tiba2 yang ada?Diaby...Kalau dia berpuasa, lagi besarlah maknanya..

Tapi yang paling merisaukan adalah bila kita nak clean sheet? Yunous Kaboul yang slumber entah datang dari mana tak dijaga melompat dah macam hantu galah mengalahkan Almunia yang terkapai2 mungkin akibat kesilauan.Alasan.Ini tak bagus untuk defend.Patutnya dah ade orang mark.Mael tak bergerak, Gallas entah kat mane.

Separuh masa tamat dengan kedudukan 2-1 namun itu tak menutup penguasaan Arsenal yang lebih banyak mendominasi menyebabkan Almunia kadang2 ditangkap leka menggigit kuku sedang James berhempas pulas separuh mati.

Separuh masa kedua, Arsenal terpaksa mengeluarkan Cesc Fabregas akibat hamstring.Diharap agar tidak begitu serious.Dalam post interview WEnger memberitahu kalau teruk mungkin sampai ke 3 minggu-Aduh!!!- tapi kalau biasa, die boleh diturunkan lawan Celtic.-48 jam adalah tempoh untuk mengetahui keadaan.Rambo masuk menggantikan kapten dan arm band kini milik RVP-pemain yang pada aku palinge kesian malam ni bersungguh2 tapi tak dapat2 lagi bubuh gol season ni,James pun kebal sangat.

Tibe2 satu ketika berlaku sedikit kontroversi di mana Gallas dilihat sebagai last man telah melakukan foul ke atas Utaka.Jika benar ia sepatutnya kad merah.Paul Heart pastinya kecewa dengan keputusan pengadil kerana Utaka pada ketika itu dah pun potong Gaallas yang pancit dan dalam perjalanan nak score equalizer.Wenger pulak berkata die tak nampak(haha..inikah yang dikatakan baru2 ini? ..Wenger mengakui kadang2 die nampak tapi terpaksa bercakap tak nampak demi membela pemainnya).Tapi die cover laa jugak, bukan tak nampak langsung tapi mende macam tu perlu ada tayangan slow motion sebab tak tau siape tarik siapa dulu.

Lebih memeritkan bagi Pompey, Gallas yang terlepas, menambah derita mereka menjaringkan gol ketiga.Biarpun gol yang boleh dikatakan buruk juga melihat reaksi pergerakan badannya tapi gol tetap gol dan Gallas sekali lagi dapat claim gol tersebut atas namanya menjadi penjaring terbanyak Arsenal setakat ini dengan 3 gol dalam 3 perlawanan.No Wonder die memakai jersey no 10.Bergkamp pasti menggaru kepala betul ke ape yang die saksikan..

Bendi dan Merida masing2 masuk menggantikan Eduardo dan Arshavin yang masih senyap dalam 3 perlawanan.Selepas persembahan Emirates cup yang mengujakan dia nampak keletihan dalam 3 match seminggu.Tapi selagi Arsenal menang ,takpe kut.Mungkin die menyimpan taring sebenar bila match2 besar.Bendi yang masuk pulak kadang boleh buat menyirap bila tengok.Kesian lagi tengok RVP struggle apabila decision making Bendi kadang2 silap dan lambat.

Aaron Ramsey melepasi perangkap offside untuk menjaringkan gol kr 4 dan terakhir.Walaupun James keluar kerana taku point fantasyleague nya jatuh, Arsenal tidak lagi menambah gol untuk menyamai jaringan ketika di foodison park.4-1.Sebenarnya boleh banyak lagi dengan James menjadi penghalang terutama buat RVP yang begitu dahagakan gol untuk menyuntik keyakinan awal musim.

Rabu beremu Celtic sebelum hujungg minggu bertandang ke Old Kerepot.Banayak lagi yang perlu diperbaiki terutama di bahagian pertahanan.Wenger perlu sedar dan segera mencari jalan agar ia tidak akan kembali menghantui masa depan.Transfer MArket masih dibuka seminggu...

Cepat sembuh Cesc!!


0 ulasan: