Sabtu, 22 Ogos 2009

Pre Match: Rumah Terbuka


Malam ini adalah perlawanan pertama di rumah/gelangang sendiri.Jadi aku menjangkakan full house bagai rumah terbuka.Dan lawannya adalah Pompey yang jangan dianggap sayur kerana jika kene pada bayamnya, boleh jadi popeye.

Walaupun Arsenal telah membolot 2 kemenangan awal away tapi kemenangan di rumah sendiri adalah sesuatu yang lebih penting dan wajib bukan sahaja untuk fan tetapi untuk meneruskan tempo.Jika rentak kemenangan diteruskan, pasti keyakinan akan bertambah sebelum berdepan dengan Celtic dan menziarah 2 pasukan Manchester selepas ini.

Pompey pulak dengan takeover baru PAk Arab tapi ramai player yang establihed mula rasa terancam dengan ketidakstabilan dan dah pun meninggalkan pasukan sejak januari lalu.Ini semua berpunca dari si katak berbulu "hairy" tu.Diarra, Defoue dan terbaru johnson serta Crouch telah pun meninggalkan Pompey dan Paul Hart terkontang kanting.Segala beban terserah pada bahu Niko Krancjar, David Nugent, dan Kanu.Tapi dilihat pada senarai yang mereka ada tidak begitu lite sangat kerana ramai jugak player2 yang berpengalaman tapi suam2 kariernye.James, Distin,Finnan,Papa Dioup .Hanya perlu 1 2 muka baru untuk pastikan mereka dapat survive dalam BPL musim ini.

Arsenal,daripada senarai kecederaan tiada yang kembali.Carlos Vela seorang lagi yang tertarik dengan jururawat cun di Arsenal.Sebulan lamanya dia bakal terlepas aksi.

Pada firasat aku Eduardo akan diturunkan sebagai 1st eleven malam ni biarpun terpaksa dikeluarkan dari senarai saat2 akhir bertemu Celtic akibat hamstring.Tapi biasanya Wenger taknak mengambil risiko ke atas pemain.Jadi itu hanyalah harapan peribadi aku untuk melihat Dudu lebih diberi peluang mencari persefahaman dengan RVP dan Arshavin.

-----------Almunia------------
Sagna----Gallas--Mael----Clichy
------------Song--------------
----Fabregas------Denilson----
----RVP-----Dudu----Arshavin--

Arsenal 3 Pompey 0.Astro Star Sports 813 955PM.


0 ulasan: