Ahad, 16 Ogos 2009

Post Match : Mesej untuk semua


*Kalau anda perasan klip minit 4:36 menunjukkan sedikit leadership mael yang menyuruh rakan2 seangkatannya push up forward.Sempoi..



ENAM BERSENAM! Arsenal berjaya menghantar mesej kepada seluruh pencabar BPL dan eropah bahawa mereka kita masih bertaring dan bernafsu dengan persembahan malam tadi yang cukup2 membanggakan dan boleh kata mengejutkan baik kepada fan Arsenal mahupun Wenger sendiri.Arsenal dengan slumber yaya nye membelasah Everton away 6 bijik cuma sekali lagi kurangnya konsentrasi di saat akhir membolehkan Everton mengurangkan defesit kemaluan menafikan Arsenal dari memperoleh clean sheat di awal musim.

3 gol untuk setiap separuh masa dengan unit pertahanan menjaringkan gol separuh masa pertama kemudian diikuti unit serangan menambahkan luka parah Everton yang nampak tak settle dengan cerita star trek lescott.Moyes pastinya akan berpikir 2 3 kali balik dengan persembahan macam ni adakah perlunya menjual player yang overrated dengan harga gila dan melabur wang itu untuk menguatkan pasukan yang penuh dengan kecederaan.Nasib baik, jika Wenger yang berada ditempatnya, mau 2 belas 3 belas muka surat di front page akhbar disembelih media.

Ape2 pun cerita Everton tak dapat nak menutup havoc berita kemenangan besar Asenal.Denilson pada mulanya nampak macam bakal mengulangi persembahan2 yoyo dgn beberapa floppy passing di awal2 minit tapi gol tersebut telah perlahan2 menanam keyakinan dirinya.Superb goal,cute assist dari Fabregas.Pujian harus diberikan juga kepada Bendi yang nampak bersungguh dengan posisi barunya.Jarang dapat lihat player tinggi bermain di bahagian sayap, tapi Bendi nampak lebih selesa sebagai provider dari finisher.EVP jugak memberi penglibatan yang secukupnya tapi sayang tak dapat score seperti biasa.

2 gol daripada CB.Bile kali terakhir ia berlaku? lawan spurs? Jadi mase tu aku agak risau perkara yang sama akan berulang kembali tapi nasib baik ia mengikuti situasai ketika bertemu Liverpool 06/07(gallas dan toure score) dan bukanya spurs.Mael, player yang nampak promising.Slumber control pertahanan udara TUDM.Rakan sepasukan Belgiumnya Fellaini fail la ni jugak.Tackle dan interception yang bagus, membaca game dengan cukup baik.Gallas di samping free headernya persembahannya top class.Cuma yang agak merisaukan bagi aku Sagna yang nampak tak capai standard.Beberapa kali membiarkan diri dan ruangnya dieksploitasi membiarkan Gallas membackup kawasan jajahannya.Clichy decent.



Atas kertas Fabregas adalah man of the match dengan 2 gol dan 2 assist.Terbaik dari ladang.Nampak takde kesan terhadap rumors2 yang menyelebungi dirinya.Post match interview jugak selaku kapten cukup matang memberi ulasan apabila ditanya tentang pemergian 2 player itu, lantas menjawab lebih suka bercakap tentang player yang ada dari yang dah pergi.They're gooner who had gone for good.

Di sebalik kecemerlangan Fabregas, jangan lupa pula pada anchornya.Song.Song, mantap, membaca game tackle, track back, perisai kepada back 4 di belakangnya membiarkan Denilson dan Fabregas push forward.Fabregas paling effective sekali berada di tengah2 tidak terlalu kedepan,dan tidak terlalu kebelakang dan Song telah memberikan ruang kepada Fabregas untuk mencipta kreativiti dalam dunianya sendiri.Song adalah the unsung hero malam tadi.



Arshavin pulak agak segan.Sunyi dari biasa tapi kredit perlu diberikan kerana tetap berlari walaupun scoreline dah 5-0.Jika result sebaliknya aku rasa dialah bakal menjadi mangsa kritikan dengan persembahan di bawah par.Dudu, musang dalam kotak.Memang terbukti.Ape lagi yang nak.Seringakli berada di tempat yang betul pada masa yang betul.Wenger bijak menggunakannya perlahan2 membina kekuatan dalam Dudu dan memprotect dirinya.Kerana jika dimasukkan sejak awal, agak risau melihat bagaimana RVP menerima beberapa terjahan2 keras dan disepak terajang, Wenger pastinya mahu memebela Eduardo sebaik mungkin.

Kesimpulannya Result adalah sesuatu yang menakjubkan, magic.Tapi persembahan masih lagi boleh diperbaiki dan ada ruang untuk dinaik taraf.Cuma risau tentang skuad depth, adakah benar backup setanding dengan skuad utama kerana ketika Eboue dan Ramsey masuk mampukah kita mengekalkan konsistensi adalah satu persoalan yang perlu dijawab Wenger.Tapi dengan Nasri Rosicky Vela Walcott yang belum lagi disenaraikan kita masa depan nampak baik dengan sedikit luck mungkin dapat membantu.

Ayuh, jangan biarkan kemenangan ini melekakan misi seterusnya.Jam Celtic pastinya sedang berdetik2..


0 ulasan: