Jumaat, 14 Ogos 2009

Pre Match : Di sini segalanya bermula..


Yeah inilah masanya!!! Inilah saat yang ditunggu2.. setelah 3 bulan kehausan aksi , persaingan BPL akan secara rasminya bermula esok hari.Dah lama aku tak mengarang pre match, maafkan kiranya posting kali ini agak tumpul seperti biasa.Hahah.Ia mengambil masa untuk mencipta mood tapi jangan bimbang sejauh mana season itu akan berlangsung perlahan2 ilham dan skill akan datang membina.Ahh cukup dengan karutan.

Aku teruja, dan tak sabar! Arsenal bertandang ke Everton esok.Aku rasa dengan away jersey kita berwarna biru, maka secara automatik Arsenal mungkin akan kemerahan esok disebabkan tuan r umah yang sudah terlebih awal kebiruan.Aku tak rasa Arsenal akan pakai jersey ketiga putih mereka dan apa purpose die pun aku tak tau, mungkin skadar marketing.

Transfer market? Sudah cukuplah.Aku rasa inilah skuad yang akan dilenjan Wenger habis habisan season ni.Biarpun pintu perpindahan masih terbuka sehingga malam 31 Ogos dan aku tidak menutup pintu pada kebarangkalian player baru akan dibawa masuk tapi buat masa ini, aku percaya dan nak taknak terpaksa terima inilah barisan terbaik yang kita ada sekarang menyarung jersey Arsenal 09/10.Keluarnya 2 orang muka berpengalaman dan kemasukan seorang CB yang tidaklah begitu kurang pengalaman, ramai orang , pengkritik, naturalis, penganalisis malah peminat sendiri meragui kemampuan batch Wenger kali ini.Serba baru! tiada lagi penangan batch the untouchable, semuanya dibangunkan berpaksikan kapten muda Cesc Fabregas.Dalam temubual terbaru Wenger, Wenger menyatakan dia bakal jadi pengkhianat jika meninggalkan PROJEKnya dan berhijrah ke Real Madrid.Adalah selama ini 4 tahun ini sekadar satu projek dan eksperimen?Biar betul Wenger, jika benar, pasikan tahun ke 5 adalah tahun Output dan Hasil!! Kami yakin.

Tiada lagi ujian yang lebih bagus untuk menguji kelemahan Arsenal di awal musim.Kelemahan paling ketara adalah defending set pieces dan seperti mana kita ketahui Everton mampu mengancam terutama melalui Tim Cahill, Fellaini.Jika jika gandingan Mael dan Gallas esok mampu menyerap asakan dan membentuk persefahaman, ia pastinya membina keyakinan dan petanda yang baik untuk Arsenal buat musim ini.Aku suka keyakinan Mael yang baru2 ni bercakap mengenai ketinggian bagi seseorang pemain pertahanan."Aku sedar aku pendek, jadi ape aku perlu buat, aku mesti bijak baca permaianan" bijak dan smart pertuturannya.Jangan lupa Sanderos digelarkan rakan sepasukan lain sebagai pemain paling genius dalam dressing room tapi tak begitu genius pulak atas padang.Apepun, bile Sanderos nak ke sana? jadi ke?Dengan kecederaan jozan segalanya kembali samar2.

Untuk 1st match ini ,walaupun away, tak ade yang lebih menggembirakan dan meyakinkan dari 3 mata penuh.Kemunculan semula Eduardo pastinya menjanjikan episod baru.Di Merseyside inilah segalanya bermula apabila dia menjaringkan gol pertama liga dalam kerjayanya malah dapat 2 bijik lagi tu.Kesudahannya Arsenal menang 4-1.Kalau dapat mengulangi scoreline aku dah cukup berpuas hati.Tahun lepas kita hampir kecundang terimakasih pada magic saat2 akhir RVP.Yang menarik lagi musim ini ialah aksi Arshavin adalah dari akar musim! Ini adalah musim yang penting dan besar bagi dirinya secara peribadi dan juga pada Arsenal.Impak yang diberikan musim lepas memang perghhhh.... Champions league football menanti kehadiran wira baru.

Biaq pi laa depa suma nak kata apa.Mai sini aku nak habaq hangpa suma la ni Arsenal musti jadi juara punya!Inilah masanya player2 buktikan segalanya.Cukuplah dengan tohmahan media berat sebelah yang macam Arsenal jek tak menang piala tiap2 tahun padahal Liverpool dah 3 tahun senyap sunyi tapi tak jadi mangsa dan target.Musim ini milik Arsenal!!

Musim ini milik Arsenal sekiranya Almunia , dapat ulang tayang reflex-Tevez nya dalam setiap match,Fabianski dengan double Wigan savenya, manakala Manone..err cukupla dengan muka iras2 Joaquin Phoenix.

Ini musim Arsenal punya jika perisai dan kubu ampuh dalam setiap match umpama bertemu Real Madrid di Highbury 05/06.Pada ketika itu kita bukan dengan 3 first choice defender, siapa yakin Eboue-Sanderos-Kolo-Flamini mampu menggelak2kan gelaktikus pada masa itu.Ianya semua kerana self belief.Bacary Sagna dan Clichy jika mampu mempraktikkan semuala season 07/08 pastinya Arsenal terbaik.Mael jika muncul dengan watak keras dan bengis mampu meraih hormat lawan,Gallas..si kepala tua macam ini perlu ada dalam pasukan. Gibbs, Traore pulun betul2 ngaji biar habis.Silvestre..phew..kite kene sokong gak, ade sikit lagi kudrat yang boleh digunapakai.Pakai sampai kering!

Arsenal punya musim jugak bergantung pada tengah.Dah taklarat nak complaint lagi pasal partner terbaik Cesc Fabregas, holding role, DM semua tu masuk telinga kiri wenger keluar lubang hidung kanan dia.Kalau betul2 mau pakai Denilson Song, pastikan betul2 diorang ni tak lagi melalut.Hentikanlah passing2 ke kiri da ke kanan atau belakang, tackle terjah biar keras, timing kene betul.Diaby tu pulak bila dengar penyokong kata pass , pass la awal2, kalo kate lepas..lepaskanla bola awal.. takde lagi lari marathon tapi tak guna satu sen pun. Kene belajar backup member, tolong defensive track back.Jangan malas!!Kita ade Zidane baru dalam Nasri.Merida pasti nak claim merit. Rambo pasti akan menyelinap masuk ke dalam 1st eleven senyap2 macam rambo..Willshere akan kongsi pengalaman mudanya dengan rakan2 carling cup.Rosicky, ini bukan musim persaraannya! ayuh!

Siapa kata musim ini bukan milik Arsenal?? Siapa berani menidakkan Arshavin RVP Eduardo Vela Walcott Bendi.Takke mengganas bunyinya!!! Kamon Arsenal!! aku teruja.Esok adrenalin akan mengalir seluruh badan.

-----------Almunia-------------
Sagna-----Mael----Gallas---Clichy
---------Song----Denilson------
-------------Fabregas-----------
Arshavin-----Eduardo-----RvP-----

Arsenal 2 Everton 0. Astro 812 ESPN 12.25 AM...


2 ulasan:

eJAI berkata...

teruja dan bersemangat positif bile aku membaca posting 1st pre match ko GNR...Tahniah!! Harap musim ni musim gemilang arsenal sebab segalanya berpaksi baru...Badi the untouchable dah hilang moga2...

Gunners & Roses berkata...

tq ejai..gua pun agak rasa macam tu, mungkin pemergian toure selaku anggota terakhir ade kebaikan dari segi moral dan inspirasi, siapa tahu..walaupun musim yang mencabar tapi diakui menarik!