Isnin, 17 Ogos 2009

Jangan sedetik memperkecilkan Celtic

Arsenal memulakan kempen BPL dengan kemenangan membanggakan 6-1 di tempat lawan.Celtic pula slumber menewaskan Aberdeen 3-1 juga di tempat lawan ketika saingan hari pertama SPL.Kita menewaskan juara liga Scotland musim lepas Rangers 3-0 baru2 ini di Emirates tapi kehadiran penyokong fanatik mereka dikagumi.Jadi Arsenal berdepan ranjau lebih besar 58K penonton di Parkhead yang merupakan salah satu venue sukar di Europe. Sebab Platini, selepas esok dan minggu depan salah satu team terkuat Eropah akan terkeluar, menceritakan betapa bodohnya format baru ini.Dan pertembungan England dan Scotland pastinya penuh tradisi cuma beza kemungkinan esok tiada player berdarah England akan diturunkan Arsenal.

Tapi bagi Arsene Wenger, pemain2nya dah cukup matang nak menghadapi provoke dan sokongan ribuan penyokong pihak lawan.Celtic jarang kalah di tempat mereka dengan Milan dan ManU juga gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika bertandang dalam beberapa musim sebelum ini.Tapi setelah membelasah Everton tempoh hari, Arsenal dilihat sebagai pasukan pilihan.Dan Wenger tak ade sebab untuk tidak mempercayainya.Bernebau, San Siro, Stadio Olimpico pernah menjadi saksi kekuatan mental Arsenal ketika menziarah.Aku dapat rasakan satu lagi sejarah malam eropah akan tercipta esok.

Pundit still berkata Arsenal hanya akan mengharapkan seri daripada perlawanan esok dan kemudian menghabiskannya ketika 2nd leg di Emirates minggu depan.Seri adalah suatu keputusan yang baik, tapi menang akan lebih memberi suntikan moral terhadap konsistensi dan keyakinan para pemain kerana perlu melayan Pompey hujung minggu ini.



Dalam sibuk2 persiapan esok, Wenger sempat memuji Mael aka Verminataor gelaran yang diberikan sesetengah peminat.Corak agresif dan keras pantas mengundang rasa cinta dan tertarik di kalangan para penokong Arsenal namun Mael tak mudah hanyut dengan segalapujian melangit kerana baru1 match.Aku tertarik nak lihat bagaimana dia membina partnership dengan Gallas.Segala pertuturannya sejak sam[ai ke sini sentiasa positif dan profesional.Sebelum ini bercakap mengenai ketinggian dan kepentingan membaca permainan sebagai seorang defender, kini bercakap pula tentang permulaan yang baik dan tiada yang lebih baik untuk score mase debut mengikut jejak Nasri musim lepas.



Persembahan cemerlang Fabregas juga membuktikan komitmennya pada kelab setelah Pep Guardiola mengaku kalah memburunya musim ini.Segala perhatian diberikan kepada Vidic, bagus, jika dapat meng'unsettled'kan player seperti mana Lescott, Arsenal pastinya mempunyai advantage untuk pertembungan minggu depan.

Ape2pun pk esok punya dulu.Kamon Gunners!!


0 ulasan: