Khamis, 30 April 2009

Post Match : Misi Old Kerepot terbantut



Bertandang ke Old Kerepot dengan misi penting , namun misi itu terbantut akibat kegagalan pemain untuk beraksi pada tahap sebenar.Tewas 1-0 tapi dalam banyak2 player paling membengkekkan adalah penjaringnya O'Shea.Oshea ala2 badut Sanderos memang selalu mencapub bile match2 penting ni.Tapi Arsenal memang patut kena berterima kasih pada Almunia yang entah berapa kali buat world class save, kalau tidak, masak.. Defend terutama Gibbs dan Toure beraksi dengan cukup baik , Silvestre pun ok la jugak selagi die tak buat mistake bodoh seperti biasa walaupun deflection die la yang menyebabkan bola betul2 dihadiahkan singgah ke kaki Oshea untuk gol yang agak clumsy.Baru masuk 20 minit pertama, Arsenal dah kene lebih berhati2 bile nak push forward sebab akan jadi lebih open dan Man U pastinya menggunakan counter attack.Itulah ruginya lepas gol awal2 camtu.

Agak tertipu dengan kenyataan Tun, away gol sangat penting sehingga nafsu menyerang kononnya membuak2, tapi apa yang dipersembahkannya jauh melencong.Dengan Meletakkan Nasri yang kreatif di defensive role merupakan satu pembaziran, bukan setiap masa taktik ini boleh dipraktikkan.Gap yang terlampau jauh antara Adebayor dan tengah seakan2 menunjukkan Adebayor dikuarantinkan, kalau begitu lebih baik turunkan Carlos Vela.Tapi memang Adebayor pun macam acuh tak acuh.

Bahagian tengah tak payah cakap la macam mana.Mati.Fabregas tak hidup, Diaby seperti biasa, anda boleh komen dan nilai sendiri, Nasri penat berlari ke sana ke sini, Walcott duk diam2 dikawal rapi sepatah haram tak nampak kelibat die malam ni Song cover back 4 dengan elok.Adebayor? Perpisahan terasing.Patutnya Eduardo awal2 lagi dimasukkan takpun mase2 macam ni la nak masuk Eboue untuk cari freekick.Diaby patut dibekukan gaji.kah kah, nak habaq tang baguih pasai wenger malam ni ialah tak masukkan denilson, satu pertukaran yang takde effect.Bercakap pasal sub, patutnya Bendi senang2 boleh cuit sket jek bola tanduk pakai ubun2 tapi die pilih untuk melambung tnggi.

Walaupun kelebihan sekarang dilihat pada kaki United,clean sheat dengan sebijik gol(walaupun lawan bukan full squad Arsenal, aiyak...malu la wei) namun ia bukan jaminan dan masih belum dalam genggaman kerana Arsenal tak akan hadiahkan lagi gol saguhati seperti awal pagi tadi.Positif dari match tersebut ialah kita hanya kalah 1-0.Janji Tun Arsene Wenger, anda akan lihat team Arsenal yang 'lain' Selasa depan.Aku harap 'lain' tu bukan bermaksud double Dungu berpasangan jadi striker kat atas.Sebagai penyokong kite kene tetap yakin di Emirates nanti, rumah kita, Arsenal pastinya mampu twist result ini dan sebaik sahaja wisel penamat, Tun Arsene Wenger bakal menari poco2 kegirangan.Itu yang kita mahukan.Siapa lagi kalau bukan kita untuk melaungkan harapan dan keyakinan.Kalah malam ni bukan penamat, baru half time.Janji clean sheat di Emirates, segalanya mampu!

Untuk hujung minggu ni nampaknya Fungus-son dah start sempat bermain dengan api.Nak perli2 pulak.Memandangkan teamnye kena lawan team Boroi maka die terang2 kate terpaksa menurunnkan 1st team player sebab pentingnya liga.Lawan Boro pun nak pakai 1st team ka? Lepas tu sempat pulak si Fungus ni kate Arsenal boleh la setakat lawan Pompey lepas tu tempat untuk ke UCL dah secure, bolehla letak Pat Rice main RB Wenger jadi CF! Oi, orang tua , pakai gigi palsu nak makan chewing gum, ko tengkolah nanti kalah baru nak meragam! Buat pengetahuan tua kerepot, berghidung merah (simptom2 selsema babi) Wenger masih power timang bola,setakat Barbatov berbatu die tinggalkan la.. Pat Rice lagi bagus dari Burung belatuk Neville tuh! kah kah kah kah.

Tapi paling best malam tadi menyaksikan betapa referee langsung tak mempedulikan, tak amek tahu, tak amek pot sket pun bila tengok seekor scuba diver cuba meraih simpati.Macam tak wujud, bagai sampah jalanan.Kah kah kah kah.Sekuarang2nya Referee Eropah pun tahu bezakan teater dengan wayang kulit.Sampai satu tahap makhluk itu gila meroyan kerana tidak dilayan.kah kah kah kah..


Ops, kenapa gelak? bukan kah kalah, 1-0 jek.Jumpa di Emirates.. kah kah kah..ops, simpan gelak... heheheh


Rabu, 29 April 2009

Pre Match: Pemain muda berazam tawan Old Kerepot



“I want to do it for the Club, for the players and the fans more than for me. You cannot always win everything but my desire is to do that so I will always be frustrated. I want to achieve it for the Club because it has never been done and I want this group of players to do it for the first time.”


Mungkin tak banyak yang boleh aku ulaskan sempena pertembungan paling penting Arsenal malam ini kerana jam telah menunjukkan pukul 10 malam.lebih kurang 4 jam lagi Arsenal akan bertandang ke Old Kerepot untuk misi mengulangi sejarah skuad 2006 apabila tibe2 muncul ke final ketika tiada siapa pun yang meletakkan harapan.Musim ini jalan ceritanya hampir sama dengan Arsenal pada awal musim diramalkan akan mengalami kesukaran untuk menempah saluran UCL tahun depan.Memang kite agak struggle tapi tidaklah sampai tahap skuad 2006 di mana kita hanya mampu layak di hari terakhir liga.

Lupekan liga, malam ini adalah malam penentuan 90 minit pertama, jika banyak gol yang hendak dijaringkan away adalah tempatnya.Dengan manU yang dah bolos 11 dalam 7 perlawanan, bukannya calon juara yang onform cuma calon bernasib baik yang sering dibodek.Itulah Man U.Ramai yang bertandang ke Old Kerepot dengan penuh rasa terlampau hormat sampai ketakutan tu muncul dalam diri.Sebenarnya tak payah nak takut apa pun , mereka bahasakan diri mereka setan jek padahal manusia biasa jugak yang tak special mana pun.Penuh dengan overated,overprice player dan scuba diver jek.



Gua pun tgh sabar menunggu, kene rehat yang sepenuhnya, tak de mende nak diulas sangat, cuma defend Gibbs tak tau lah macam mana, anggap je la kite tak dapat tgk aksi die malam ni, jadi dari Silvestre yang lembab kat LB baik letak Sagna di kiri.Kalo main 4-5-1 mungkin Nasri dan Song akan cover DM DIaby dijadikan wide player belah kiri walaupun bakal berlaku sumpah seranah.Fabregas akan membantu ADe yang keseorangan di atas.Senjata utama pastilah larian bak peluru meriam TW14.

------------Almunia------------
Eboue-----Toure---Jozan---Sagna
---------Nasri---Song----------
Walcott------Fabregas----Diaby
-------------Adebayor---------

Fabianski
Denilson
Bendi
Vela
Eduardo
Ramsey
Silvestre

Oleh kerana defend kite yang satu macam dengan ramai player utama takde, aku jangkakan saingan sengit dan match open yang menarik berbeza bertemu team seperti Chelsea.Jadi 3-3.Kelebihan away goal dan kemenangan pasti Di Emirates nant bakal menyaksikan Arsenal vs Henry , jom balik ke Rome!!


Carlos Vela bebas kuarantin.


Memandangkan wabak selsema babi yang melanda mexico dan membunuh 150 rakyat negara tersebut sehingga kini,penyerang Mexico Carlos Vela tak pasal2 dikurantinkan dari menjalani latihan semalam.Arsenal mengarahkan agar Vela duduk diam2 di rumah dan dlarang menyertai latihan kerana khuatir dirinya mungkin dijangkiti setelah dilawat oleh beberapa teman2 dari Mexico.Namun setelah beberapa pemeriksaan rapi, Vela telah disahkan bebas dari dijangkiti wabak tersebut dan boleh kembali menjalani latihan seperti biasa.

Satu kesilapan Tun Arsene Wenger di sini ialah patutnya dia mengambil kesempatan ni untuk bermain mind games. Declare Carlos Vela disahkan dijangkiti wabak tersebut kemdian turunkan dalam kesebelasan utama awal pagi nanti.Pasti lari lintang pukang semua player Man U terutama defend sekali2 dengan Van De Sar nak kene elak didekati Carlos Vela.Kompom senang bubuh gol cakap jek nak berapa.Takde larangan pindaan baru peraturan FIFA melarang pemain selsema beraksi.kah kah kah kah

Injury update- Gibbs sedang struggle bertahan dengan masalah groin makala Silvestre sakit belakang, maklumlah dah tua.Dengan Clichy injured, kesmua mereka adalah pemain pilihan bek kiri.Gibbs dan Silvestre masing2 50 50 dan hanya akan dapat diketahui awal pagi nanti.Kalau mereka gagal, Sagna adalah option untuk bermain di LB Eboue kekal di RB dan CB Jozan(pun tak fit lutut) dan Toure.Fabregas dengan masalah ankle waktu bertemu Boro tapi nampak macam ok, harap2 ok. RVP kompom out dan dengar khabar Eduardo pun injured tapi entah bile aku tak pasti,dalam Arsenal.Com tak disebut name Eduardo injured pun.Jadi, Carlos Vela akan mendapat peluang malam ni jika Ade dan BEndi start bersama.Vela, bersin kat muka Vidic!! keh keh keh..


Selasa, 28 April 2009

SAF vs TAW

"Yang penting menang, lebih baik menang dari rehatkan player untuk kalah" itulah yang diungkapkan Wenger apabila memilih untuk menurunkan skuad utama biarpun bertemu Boro.Pandai la pulak die.Utama tak utama sangat la tapi yang penting Fabregas taboh 2 bijik, semakin hari makin sharp, game by game katenye.Mujurlah tu, elok bebenor di saat2 musim tengah mencanak ni,pemain2 step up ke gear yang lebih tinggi.Semasa bertemu Boro, Fabregas diletakkan labih attacking manakala Nasri lebih ke dalam bawah sikit.Dan Wenger mengakui agak praktikal jugak taktik tu tapi perlu dikaji dengan lebih mendalam apa output yan bakal hadir.Nasri jugak dilihat seronok untuk mengutip bola dari bawah dan bertindak sebagai arkitek cuma no offense to Boro tapi memang kurang ancaman hari tu dan die belum dapat diuji dengan sebenarnya.Jadi adakah dengan merehatkan Song, 'Lagu' itu akan kelihatan nanti.



Menyentuh mengenai clash of the titans, Arsenal vs Man U di Old Trafford awal pagi Khamis nanti.Edisi pertama daripada 3 episod yang bakal mendatang.Medan Champins League Semi Final menjadi saksi 2 otai lama bola sepak Inggeris yang penuh dengan sejarah mewarnai pertembungan tradisi dan saling hormat menghormati, Sir Alex Ferguson vs Tun Arsene Wenger.Kenapa digelar Tun? kerana die bebas dari segala hukuman dan undang2 tubuh kelab Arsenal di mana beliau dijadikan pengurus paling selamat di dunia walau ape jua yang berlaku sekalipun.Tak perlulah diingatkan sejarah rivalry antara kedua2 tokoh ni, sebab nak crite berposting2 tak habis, tapi bagi yang dah mengikuti EPL sejak tahun gajah lagi pastinya sudah sedia maklum.Cuma 2 3 musim sekarang ni mereka dah semakin lama makin matang, ye la dah otai pun namanya. Tiada lagi gaduh2 , caci maki macam budak2, tuding menuding, mind games yang sering dicanangkan media sebagai batu api.Kini yang tingggal adalah bibit2 respect, cool and rilex membiarkan kepada pemain2 terutama penyokong2nya pulak berjuang dalam 'perang dingin'.



Untuk malam Rabu nanti Tun Arsene menyifatkan peraturan away gol adalah pemangkin untuk mereka menyerang bermati matian sebagai pasukan pelawat.Standard la tu , bile dah buat peraturan semacam ini, pasukan tuan rmah pastinya mengambil langkah berhati2 agar tak dibocori kerana clean sheat adalah amat penting dalam pertandingan kalah mati ni.Naib Kapten Kolo Toure yakin Arsenal boleh main dengan corak slumber 'Wenger ball' kerana tekanan pastinya lebih kepada Man U yang menjadi pasukan pilihan untuk dikalahkan selain bermain di tempat sendiri.

Kedua2 team bermain dengan corak yang agak open dan pastinya satu pertemuan yang menarik untuk ditonton bagi peminat2 bola sepak neutral.Biarpun serangan kedua2 pasukan tampak menggila tapi sejk kebelakangan ini mereka mempunyai masalah yang hampir sama iaitu defend yang buat gila.Arsenal lebih gila kerana kehilangan Gallas dan Clichy.Biarpun Almunia kembali ke gawang, Silvestre pulak yang 50/50.Alasan Tun Wenger kut taknak turunkan badut yang bakal jadi liabiliti kerana pastinya tempoh 9 tahun, SAF dah cukup masak dengan kelemahan Silvestre untuk dieksploitasikan.Jozan yang belum 100 fit dari kecederaan lutut pun nampak agak shaky tempoh hari.Tapi Toure mempunyai pengalaman untuk membantu para belia.Merupakan salah seorang dari survival skuad starting line up final 2006, Toure tau ape yang diperlukan untuk peringkat ini.Gibbs yang menggantikan Clichy jugak dipuji Toure dengan persembahan cukup meyakinkan membuatkan Fan rasa 'kurang rindu' pada Clichy.

Belum sempat Skuad Senior mara terlebih dahulu, skuad belia muda remaja rakan muda Arsenal berjaya mara ke final FA Youth Cup.Dan lawannya adalah Liverpool, 22 May di staidum Emirates dan 2nd leg 26 May di Anfield.Biarpun mereka yang mara ke final dulu, tapi diharapkan sewaktu tarikh tersebut Skuad Senior dah terlebih dahulu berarak dengan Piala idaman.


Ahad, 26 April 2009

Post Match : Kapten Fabtastic!


Setelah Arshavin menjaringkan 4 gola, kini giliranKapten Cesc Fabregas kembali ke sentuhan jaringan dengan 2 bijik gol.Masa yang paling sesuai untuk meneruskan momentum dengan pertemuan semi final UCL tinggal beberapa hari jek lagi.Fabregas menjaringkan gol pertamanya sejak kembali dari kecederaan ligamen yang memaksa dia diketepikan selama 3 bulan lebih.Terima kasih kepada assist Arshavin dan Eboue.Sebaik sahaja score gol kedua dia dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Adebayor sementara Walcott digantikan Diaby bagi merehatkan kedua2 key player.Arshavin digunakan sepenuhnya hingga kering.. peluhnya kering tapi idea tak.Walaupun nampak kepenatan, tapi Arshavin tetap merupakan anchor kepada serangan2 dan pergerakan Arsenal.

Firs half Arsenal turun dengan Bendi diletakkan di bahagian serangan disupport oleh Arshavin.Sagna yang masih belum menemui rentak direhatkan memberi peluang kepada Eboue, Denilson tetap disayangi Wenger.Dudu aku tak tahu ape masalah die mungkin Wenger kate "Alang2 ko dengan Rosicky aku bagi main season depan jek la sebab season ni aku tangkap cintan sama Diaby dengan Denilson".Almunia kembali ke pintu gol.Lagipun tak banyak ancaman cuma beberapa kali Almunia diuji dan tiada mistake atau tanda2 kerisaun pada riak wajahnya.Arsenal clean sheat sekaligus mencipta rekod 8 home clean sheat berturut2, satu rekod baru yang dipecahkan setelah 106 tahun.Tak sangka pulak aku boleh jadi rekod tu.huhu.

Jozan kembali ke aksi pada 2nd half, sama ada taktikal atau Silvestre dikatakan injured aku tak berapa pasti tapi Jozan perlu lebih fokus kerana ada beberapa saat di mana dia kelihatan leka dan boleh mendatangkan bahaya.Ferguson yang hadir tadi pastinya meneliti segala aspek dan hendak menggunakan semaksimum mungkin di mana lihatnya kelemahan pada Arsenal.

5 Match tanpa kemenangan bertemu Boro akhirnya Aliadiere berada di pihak yang kalah.Apekan daya,hari2 indah Southgate hanya tinggal dalam kiraan kerana mereka seakan2 pasti tergelincir dari saingan utama.Sedang Aston Villa seri dan Everton kalah, Arsenal terus mencabar kedudukan ketiga dan sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.

Fokus kembali ke satu-satunya harapan piala season ini dalam suasana yang amat positif.Ayuh!!


Pre Match : Pentingnya tempat ke-3

Barulah aku tahu mengapa Wenger begitu mementingkan Premier legaue walaupun peluang kejuaraan dah semakin jauh.Ini kerana peraturan baru UEFA tempat ke 3 juga telah boleh layak secara automatik ke peringkat kumpulan manakala tempat ke 4 perlulah melalui kelayakan terbuka sesuatu situasi yang membolehkan Arsenal bertemu dengan team2 seperti Valencia, Bayern mahupun Milan atau mane2 team yang masuk kelayakan jika terkena undian.Itulah fahaman aku setakat ini, betulkan jika aku tersilap.Tapi memang tempat ke 3 dan ke 4 adalah sesuatu yang membezakan.Ini mungkin salah satu idea bodoh si anti Wenger iaitu Michele Platini bagi mengurangkan penguasaan dari BPL secara strategi halus.

Kalau begitu memang satu kerugian la seri dengan Liverpool hari tu di saat kemennangan dalam genggaman.Chelsea ketika itu mampu dikejar.Jadi kemenangan adalah wajib malam ini bagi memberi tekanan sebelum masing2 bertemu di Emirates 2 minggu lagi.

Tiada kasihan kepada pasukan yang sedang dilanda masalah Boro.Hanya 2 menang dalam 21 perlawanan dan gagal score dalam last 16 game mereka.Amek ko Aliadiere.Kah kah kah.Tapi dalam 5 pertemuan sebelum ini Arsenal gagal menewaskan Boro bawah Southgate dan selalu diberi ruang sukar oleh mereka ini.Mereka jugak lah team yang entah muncul dari mana memberi kejutan musim ini mengalahkan Liverpool.

Almmunia kembali Jozan kembali dan begitu juga Adebayor kecuali RVP yang masih dibelenggu kecederaan.Kehadiran Almunia dan Jozan pastinya dapat memeberi peluang kepada defend agar mencari keserasian sebelum bertemu Unitaed dalam saingan UCL tgh minggu ni.Selain itu Silvestre Fabianski boleh berehat dan muhasabah diri mencari semula semangat yang hilang dari persembahan seperti yoyo ketika mereka mengambil alih tugas utama minggu lalu.Arshavin pasti menjadi tumpuan dengan persembahan hero pastinya diharapkan tapi Arshavin tetap manusia biasa, tiada magic yang boleh dilakukan setiap minggu. Aku ingin melihat Eduardo diberi peluang malam ini berbanding Bendi,Vela jugak patut diberi peluang.

-----------Almunia-------------
Sagna---Toure-----Jozan---Gibbs
---------Song---Fabregas-------
Arshavin-------------------Vela
----------Ade---Dudu-----------

Fabianski
Silvestre
Eboue
Walcott
Nasri
Ramsey
Wilshere

Tapi wenger agak sukar untuk tidak menyenariakan Double Dungu pastinya.

Macam takde live rasanya, mungkin sekadar match delayed.Ini yang membuatkan aku bertambah menyirap bandung dengan Astro.Match hanya akan disiarkan jam 1030 di ESPN, ape2 pun berlakon macam tak tahu result la nampaknya.Putuskan hubungan dengan dunia luar.Arsenal 4- Boro 0.


Jumaat, 24 April 2009

RVP ilek, Adebayor Almunia Jozan kembali

Bersempena dengan perlawanan Ahad ini menentang Boro, sedikit berita update tentang kecederaan.Dimulakan dengan berita yang kurang baik tapi dah dijangka, leading scorer Arsenal musim ini dengan 17 gol RVP masih terpaksa diketepikan termasuk match Champions League menentang Man U tengah minggu.Paling awal die kembali menentang Pompey minggu depan.RVP yang kite tahu memeng cukup penting ketika pertengahan liga dulu dengan prestasi yang memukau pantang cedera, sekali pergi international kalau cedera habislah.Dan perkara yang paling kite takuti nampaknya kini berulang kembali.Cuma season ni injury tak berpanjangan, itu yang positif.

Berita memberangsangkan apabila Almunia, telah kembali menjalani full training semalam begitu juga dengan Jozan.Kedua2nya bakal kembali dalam skuad.Fabianski yang mengakui minggu lepas adalah 'minggu gila' baginya boleh menarik nafas lega kerana kuranglah tekanan darah tinggi di usia muda.Seminggu yang lalu aku mnyebut minggu genting Arsenal dan resultnya 1 menang 1 seri 1 kalah.Kurang memuaskan tapi kita masih lagi dalam perebutan 1 piala.Jozan pula bakal memberi option untuk wenger membuat rotation kerana defend Arsenal yang sememangnya rapuh di bawah Mr Potato Head dan Kolo Toure kelihatan kesemputan dan kepenatan umpama pemain veteran yang tak mendapat duit pencen.Sagna yang merapu buat kali pertama season ni ketika bertemu Liverpool juga perlu kembali ke form sebenar secepat mungkin. Gael Clichy hanya akan kembali untuk 2nd leg tapi Gibbsy dilihat mampu mengawal keadaan.

Adebayor masih memerlukan 48 jam sebelum disahkan benar2 fit untuk bertemu bekas anak buah Tony Adams.Bendi lah harapan? aku harap Eduardo pulak kali ini mendapat peluang debut liga.Bayangkan jika Eduardo di depan dan kemudian di support oleh Arshavin pergh.. mantap beb.

Belia Arsenal pulak menghadiahkan kepada peminat sesuatu yang tak dapat dihadiahkan pemain senior apabila berjaya melangkah ke final Fa Youth Cup denagn menewaskan Mancis 4-1 sekaligus agregat 6-2.Tahniah! BIntang muda Sanchez Watt 18 score 2 bijik dan JAck Wilshere pun score tau penalti.Ada masae depan..

Last sekali, kalau anda sudah lama meninggalkan kerjaya di sebuah syarikat dan syarikat itu sebenarnya yang menaikkan nama anda, secara logiknya patutkah anda memburukkan2 syarikat lama anda?? Seseorang looser akan dilihat menjadikan syarikat lama sebagai alasan kegagalannya berjaya di tempat lain.Jadi pekerja yang tak mengenang budi semacam ini boleh pergi mampus.Kesimpulannya Anelka dan kenyataannya boleh pergi mampus!!Kini aku letakkan tarafnya serendah Cashley Hole.Nasib baik dia pindah,Henry sejuta kali lebih kualiti.

Bukan nak puji man u , nak kutuk anelka..


Rabu, 22 April 2009

Arshavin : Banyak lagi dari aku



Biarpun menjaringkan 4 gol di Anfield, Andrei Ashavin tetap merendah diri dan belum ingin meninggi diri yang sudah sedia katik itu.Arshavin masih belum cepat berpuas hati dengan persembahannya terutama kegagalan Arsenal bawak balik 3 mata yang sepatutnya.

"Aku tak rase aku dah dapat menyesuaikan keadaan dengan permaian kat England sebab 1st half aku memang diam malu2 kucing, kecuali la bile time aku score gol pertama tu.Susah tu memang la, tapi aku tetap akan cuba- Aku perlukan masa.Aku player baru, Dah la kene traning pra-musim sorang2 tapi lepas tu semuanya nampak cerah.Spanjang kerjaya aku pernah score hat-trick 2 kali jek.Jadi aku rasa bagus, tapi kecewa tu memang kecewa sebab tak menang.Apo nak dikato?Match yang cukup tak disangka2.. Inilah EPL.."

Arsene Wenger pulak begitu berbangga dengan Arshavin dan Fabianski.Ap lagi Wenger, cepat lah mengakui kesilapan..buat pengakuan cepat!! katekan maaf pada sema fan Arsenal yang buat kali ke berapa ko dah tersilap tapi kali ni kali pertama ko mintak maaf secara terbuka.Takkan nak suruh padang mintak maaf lagi..huhu.. Wenger jugak kecewa dengan defend yang melepaskan gol2 bodoh.

"The big regret we have is that 10 minutes into the second half we were 2-1 down, but not from something created by Liverpool - it was from balls we did not clear properly from the back."

Dan kite kembali ke Fanzone, ingat dulu klip2 fanzone 'pengulas' Arsenal sebelum ni yang lawak2 belaka? yang ini tak kurang hebatnya cuma di akhirnya mamat Arsenal ni yang terduduk.Tapi itu lah ragam orang..selamat terhibur


Post Match: Arshavin Acah Anfield

Liverpool 4 - Arsenal 4
Fernando Torres (49) Andrei Arshavin (36)
Yossi Benayoun (56) Andrei Arshavin (67)
Fernando Torres (72) Andrei Arshavin (70)
Yossi Benayoun (90) Andrei Arshavin (90)

"I liked the game but of course it's not good for the team...almost basketball.''





Permainan apa?! Permainan Apa? (what a game ..what a game..!) Hahahaha.. Adalah satu kerugian jika anda baik sebagai penyokong Arsenal, Liverpool mahupun neutral tidak bersengkang mata menyaksikan match sebentar sahaja tadi.2nd half yang macam pinball.Berbaloi memang berbaloi.Tapi lagi berbaloi kalau defend kite tak beraksi ala2 Din beramboi kerana Arshavin secara single handedly meratah pertahanan Liverpool dengan 4 bijik gol yang superB.Tenang , laju, mantap memang terbaik dari kebun! Arsahvin menjadi player kedua setelah Baptista menjaringkan 4 bijik gol di Anfield.Arshavin membuktikan bahawa betapa dialah 'the missing pieces' sewaktu Arsenal bertemu Chelsea dulu.Wenger pasti terbit kekesalan dan hanya menyimpan dalam hati.Bayangkanlah lagi betapa 4 shot on goal, semuanya masuk..Ape yang Reina buat?? tak save langsung, termasuklah offside dari Bendi dan Fabregas pun tak dapat di savenya..
Liverpool v Arsenal


Tapi di sebalik game yang high tempo dan box to box action, satu siuasi yang tak terdapat dalam mana2 liga lain di dunia ini kecuali BPL, kita juga dihidangkan dengan clumsy error oleh kedua2 team.Kombinasi Sagna Silvestre Toure Gibbs Fabianski masing2 berperanan dalam error mistake dan sebenarnya boleh dielakkan terutamanya
Silvestre yang beberapa kali aku menyirap bandung, asyik nak back pass waktu positioning tengah bahaya, keeper muda kite ape lagi gelabah labah la clear bola bagi kat Gibbs yang clear pnn tak lepas.Sagna pun bukan pada prestasi terbaik, clearing yang tak kemas mendatangkan gol penyamaan Torres.Fabianski, 1st half yang agak ok dengan bebrapa save menarik tapi ape yang die fikirkan mase gol kedua tu, kenapa die lari masuk dalam gol? kah kah..adui lawak..Toure yang diperlukan saat genting minit2 akhir jugak tak mampu diharapkan.Si Benayun belatuk entah datang dari mana sempat cilok 1 point.

Bile Arshavin score gol ke 4 tu gua ingat Anfield 89 akan berulang.4 gol bebe! Tengah2 team mates semua main macam haram, Arshavin bangkit dengan cara dan gear tersendiri.1st half yang senyap darinya, sorang lagi yang senyap tak nampak langsung ialah Denilson tapi no wonder la..baik korbankan die masuk striker sorang lagi, Dudu/Vela ke.Nak buat macam mane, Wenger lebih sayangkan Denilson. Berbalik pula pada si katik Russia ni, sungguh diam2 berubi.Bukan seperti Silvestre yang diam2 berpotato head.Entah dari mane die menyelinap masuk, Arshavin tibe2 ade di tempat dan waktu yang sepatutnya apabila Cesc dan Nasri bergandingan mengayamkan Mascherano.Gol kedua adalah paling smart, mencilok bola dari kaki Arbeloa, Arshavin merembat kencang cantik ke sudut yang tercapai akalmu oleh Reina.Gol ketiga adalh kesilapan dari pade Carigali yang mengasssist untuk Arhsavin, terima kasih, sorry Reina! Walcott mengulangi larian Anfield seperti tahun sudah cuma tahun ni tak ade objek2 atau susuk ghabi ynag menghalang, melorongkan bola kepada Arshavin yang burst dari bawah, 1st touch kaki kiri yang perfect dan rembatan tenang dan tepat sekali lagi meninggalkan Reina hopeless...

4-4.Memang gile.Biarpun kecewa tak dapat mata penuh kerana hanya beberapa saat?minit la,tapi aku lebih simpati pada Arshavin, 4 golnya hanya disia2kan oleh persembahan rakan sepasukan yang lain terutama defend.Agak pelik mengapa sampai 6 minit masa tambahan? Bias betul ref.Tapi yang lebih kecewa dengan keputusan ini pastilah Liverpool dan peminat2nya.Arsenal has nothing to lose.Saje main2 panaskan badan hantar Arshavin sorang jek.Sebenarnya tadi adalah lebih sebagai saje2 kacau,gertak Liverpool main acah2 dan Arshavin berjaya mengacah sorang2..menjadikan malam ini sebagai platform untuk menapak nama di BPL.Baru tak sampai setengah season lagi, die dah memberi impak yang cukup besar dalam liga.Tabik Wenger atas pembelian paling berbaloi ini.Sayang tak dapat beraksi UCL.Banyak lagi bakal menyusul dari player Russia ini, nantikanlah Yang Terbaik Dari Arshavin...


Selasa, 21 April 2009

Proton


Proton.Mengapa tajuk post kali ini begitu simple. Apakah kaitannya dengan Arsenal.Ini tidak ade kene mengena dengan 'keriangan keluarga' yang kini hangat di pasaran.Proton merupakan atom positif dan lawannya pastinya elektron.Jadi setelah melalui h ujung minggu yang suram, ak ingin kembali menamamkan keyakinan dalam diri dan mengajak anda semua kembali berrfikiran positif.Lupakan segala kekusutan, lapakan wembley minggu lalu, lupakan anfield 2008 kerana apa yang bakal kita lalui awal pagi nanti adalahh lebih penting bagi megji sejauh mana kekuatan mental yang dicanang2.

Walapun penyingkiran satu penyeksaan,kem Arsenal dikatakan positif.Toure, Gibbs, Eboue Walcott Wenger dikerumuni atom2 proton menjadikan tenaga mereka positif sekaligus mempengaruhi persekitaran menjadi positif.Ini hanyalah bagus untuk skuad pada mase yang sesuai.Toure kate "takpe, yang untungkan kite sebab kite hanya ade gap berapa hari jek sebelum lawan Liverpool, so dah takde mase nak sedih lame2 dan kembali fokus ke padang".

Gibbs pemain terbaik Arsenal match hari tu bagi aku juga pastinya tak sabar2 nak buktikan banyak lagi potensinya.Walcott pastinya nak mengulangi larian marathon ala2 Forest Gump di Anfield musim lepas.Wenger pulak, tetap memuji dan dilihat sebagai langkah amek hati Fabianski yang bernasib malang ketika hari jadi ke-24nya.Fabianski bakal keeper terhebat dunia(Wenger kate) juga mendapat sokongan penuh rakan sepasukan terutama RVP yang tak risau.Memang tak risau, sebab RVP(groin) dan Adebayor(rehat) disahkan tak akan diturunkan.Cuma Bacary Sagna yang selsema burung bakal kembali tapi tak tahu start ke tak.

Akibat terlalu positif,obses dengan atom proton mungkin, Wenger berharap dapat jumpa Chelsea di Final UCL dan tak gentar untuk membalas dendam.Fan pun tak gentar sebenarnya cuma gementar apakah bakal line up yang akan diturunkan waktu itu nanti.Tapi orang ramai semua nak jumpa Barcelona, selain memori 2006, baru syok, inikan kejohanan Eropah, biarlah final dari negara yang berbeza.



Untuk malam ni, Wenger teringat akan nostalgia 1989, biarpun die jurulatih monaco ketika itu dan tak tgk tv sebabmase tu takde live negara luar, masing2 berasa negara sendiri hebat.Ape yang berlaku 1989? gol last minit oleh Arsenal yang menang 2-0 akhirnya berjaya mencilok kejuraan liga dari Liverpool.Sehingga hari ini gol tersebut masih diulang tayang berkali2 dan menjadi sejarah indah permulaan era baru Arsenal.Sayang sekali jersey away tahu ni yang bertemakan skuad 1989 gagal dijelmakan sekali dalam liga domestik.Liverpool pastinya bermati mayatan bagai the corps untuk mengakhiri badi 19 tahun tak menang liga.Kedua2 team baru saja menyedekahkan kemenangan kepada Chelsea.Tapi silaplah kalau Liverpool mnegharapkan simpati Arsenal pulak untuk mereka meneruskan tekanan kepada man U.Arsenal akan tunjukkan jalan yang sukar, itu pasti.

Harapan semua agar padang di Anfield lebih 'hijau' dari ape yang disaksikan di Wembley tempoh hari.Padang yang begitu teruk , kalah padang lembu meragut rumput di new Zealand.Biarpun die menafikannya sebagai alasan, Wenger menempelak kualiti padang yang begitu memalukan tak standard dengan harganya bernilai 80 juta.Biarpun bukan sebagai alasan tapi dilihat bagai cuba mengalih perhatian, kerana kemaafan yang dipinta oleh jutaan fan arsenal akibat taktiknya, masih belum kedengaran. yang ada hanyalah bla bla bla..tak pernah mengakui kesilapan diri.Mengingatkan aku kepada sebuah lagu bertajuk Bukalah Hatimu..

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam


Namun Arsene Wenger boleh dimaafkan sekiranya membawa pulang Piala bertelinga besar berarak dari Emirates..


Ahad, 19 April 2009

Double Dungu ~ Liar Liat - Lebih lawak dari Jim Carrey



Aku tak tahu bagaimana perasaan anda yang lain, harap2 dah recover dari kemarahan dan simptom2 hendak memenggal kepala orang.Bagi aku , keadaan masih sugul, tak perlu lagi nak diperkembangkan secara terperinci kerana jika anda fan Arsenal sejati pasti anda faham kronologi yang berlaku dari dulu lagi tanpa sebarang kesudahan.Di mana2 blog Arsenal, non official website, rata2 meluahkan emosi yang sama, kita kongsi bersama, kita luah bersama tapi adakah Pak Cik itu bersama2 kita? Mungkin jauh di sudut hati die lebih serabut, banyak lagi perkara yang sebenarnya membelenggu menyebabkan die mengambil keputusan sebegitu,banyak lagi rahsia yang dipendam tak terbongkar, yang diperam tak diselongkar dengan harapan ada manusia yang memahami isi hatinya. Ahhh kenapa aku tibe2 cube bersikap positif, bukan.. aku bukan menghasut.. cuma rentetan siri penipuan dan kebodohan berlaku di depan mata dibiar berlalu tanpa rasa malu..Tapi jangan bimbang wahai Pak Cik, kami tetap akan positif, cume berikan masa dan ruang untuk mengkritis..

Sebelum aku beralih arah ke posting yang lebih positif, Sempat lah kiranya aku meluahkan segala perasaan melalui karya2 masterpiece aku petang ini.Anda peminat Jim Carrey? tapi semalam lawak Pak Cik lebih hebat dari Jim Carrey sehingga bukan sahaja dapat standing ovation malah standing, berdiri, dan terus blah..Khas buat mereka yang bergelar Double D dan Liar liar.2 filem yang cukup sinonim...




Amacam geng? ade seni tak?? kah kah kah..kembara seniman jalanan osman tikus..


Post Match : Aku tak faham ko Wenger

Arsene Wenger adalah makhluk paling sukar difahami.Di sebalik jalan senang yang dah terbentang luas die suka pilih jalan yang lebih pelik untuk untuk digelar adibahnor 'kau terlalu istimewa'.

Peluang di depan mata untuk mengulangi sejarah double dan die mempersia2kannya dalam tempoh 90 minit.Ya seperti sedia maklum baru tadi Arsenal terduduk lesu keluar dari FA Cup.Tak perlu diulas panjang lagi cuma yang aku nak tau sekarng nie beberapa persoalan yang belum dan takkan terjawab.Aku berperasaan lebih bengang dari kecewa, lebih meluat dari menyampah apabila aku dapat tahu awal2 lagi sesuatu yang buruk pasti berlaku sejak aku melihat senarai 1st eleven lagi.Bukan mencari alasan, tapi Arsenal memang telah kalah dan penyokong setia mereka ditipu hidup2 bulat2 oleh Wenger sebelum Arsenal melangkah ke padang lagi. Kepada Wenger, sila jawab!!

-Mengapa line up ko macam sial, terutama mase big2 match macam ni.ape yang ko pikir dalam kepala otak ko???

-kenapa Denilson Diaby boleh masuk 1st eleven sedangkan Arshavin Nasri ko peram kat bench????

-Kenapa ko tinggalkan langsung Eduardo yang ade mase sub lwn Villareal, sia2 gol-gol fa cup Eduardo, mesti die rase tak dipandang, aku takkan salahkan die klau die berhasrat pergi satu hari nanti.

-Kenapa oh kenapa ko tak masukkan Song main DM sedangkan ko tau die tgh onform dan amat2 diperlukan mengekang lampard ballack drogba sekali.

-Kenapa ko tunggu lama nak mampus serupa ko tak payah tukar player laa wei, apsal pulak tu ko tukar Arshavin ganti RVP??? ape yang ko pikir, RVP sikit punya kreatif boleh buat magic..Maca mane ko biarkan 2 Doble D badut tu main lagi????!!!!

-Then ko tukar lagi, kenapa ko tukar Adebayor pulak wahai Wenger lahanat?Masukkan Bendi same macam ko downgrade.Aduh..ko dah sawan, aku tak paham.

-Elok2 ko masuk ...BANG!! kene sebijik, terkulat laa ko kat Bench nak buat geleng2 kepala, apasal ko geleng kepala????ko yang salah dari mula!!

-Kenapa dan kenapa ko bagi Nasri masuk minit ke 85 apsal tak bagi die masuk bas balik terus??? Denilson gak yang kluarkan, tau pulak ko, aku ingat ko nak keluarkan Fabregas ke Toure ke, ko kan suke mende2 macam tu.Tengok muke nasri macam nak bagi penumbuk sulung jek kat wenger, mamat tu pun bengang tak dapat main.

-Kenapa Diaby boleh main selama2nya????????

-Soalan last , apsala ko bodoh sangat malam ni ,ok malam nie jek la, malam lain2 tu ko ok laa jugak, tapi malam ni..apsal ko bengap sangat malam ni..???!!!!

Itu jek la soalan yang aku nak sangat2 tanye, yang lain2 ko jawabla dengan lobah.

Kesian aku tengok besday boy Fabianski, memang salah die pun,2 2 gol tu soft gile. Budak ni memang tak sedia, kene banyak belajar lagi.Buat mase ni terpaksalaa bagi full support selagi die jek harapan kite sekarang ni...

Rakan2 seangkatan,berehatlah dulu~


Kenapa? Mengapa? Padayappa?

HUhu..aku terpanggil untuk bersuara setelah lama menyepi. Aku tau ramai fan arsenal skank tgh emo. Tp bile dikenangkan balik match td, OK LER TUE..huhu..Terang-terangan Cik FabianSkee kita gugup + barai telur malam ni. Mungkin takut melihat muke DOGbar yg dirasekannyer nak GONG GONG (gigit) die. Ditambah pula takut diludah malouda yg telah pun meludah die dgn sejibik goal. Tp kite xleh salahkan die, sbb die kurang diexpose dgn match2 camni. Walaupun match td nampak terang-terangan Fabianskee yg paling teruk, tp aku ingin persoalkan sekali lg taktik wenger.

Kenapa perlu bermain terlalu safed sehingga diletaknya Diaby & Denilson yg merapu rabai. Aku x nampak kenapa perlunya diletakkan Diaby berganding dgn denilson. Untuk defensive? Owhh tidak..Diababy itu dilat sering merabai-rabai dan kadang kala take over tempat fabegras. Pada aku td kalo dimasukkan Nasri seawal mungkin dan juga predator Arsenal, ArshaveVin, maybe walcott yg superb dan fabregas si mata eagles lebey mudah membuka match.

Adeebahnor ternyata terlalu istimewa hingga begitu mandom di barisan hadapan. Van PerSIE pula mensia-siakan posisi kirinya. Namun sekali lagi ingin aku katakan, nape pak cik wenger ubah posisi depa. Bio jelaa mamat due ekor tu kat atas bersama. Nape nak memandai2 tuko taktik. Aduyai, takut gaponyer dgn CHELshit. xpelaa..ape2pun, semuenyer dah berlalu. Aku pun dah cakap ape yg patut. Just aku rase, team arsenal skank dah superb. Tp kalo bleh, jual je diaby + Denilson, then beli sorang yg superb cam Alonso @ Barry. Nescaya Fabregas x lari ke mane2 kelab pasni.

Apepun2, aku still bangga dgn mutu permainan yang arsenal tunjukkan td. Kalo sebagai investor, semestinya arsenal yg menampakkan untung. Dgn player yg muda dan gaji murahan, bleh gak challenge dgn kelab yg kononnya bangsawan tp alih2, menang 1 majooriti je. Huhu. xpelaa, janji world...


Sabtu, 18 April 2009

Selamat Ulang Tahun Fabianski

Hari ini genap umur Fabiasnki menjadi 24 tahun.Dah mencapai tahap kematangan dah pun. Jika die mahu hadiah paling best dalam hidupnya die perlu mendapatkan sendiri malam ini, bagaimana? Senang saja dengan cara pastikan pintu gol Arsenal tak bolos malam ni.Itulah hadiah paling besar maknanya jika Arsenal mampu mara ke final piala FA.Bukan sahaja dia dapat merasai hadiah tersebut malah berkongsi kejayaan dengan fan2 Arsenal, itulah pengorbanan seorang besday man!


Lukasz(bace Wookash) Fabianski akan berentap bersam dengan Petr Cech yang tak perlu dibagitahu lagi kemampuannya.Jika permainan terikat sehingga extra time, maka penalti la jawapannya.Di sinilah mereka akan membuktikan kemampuan masing2.Jika tidak dapat menyamai sekalipun kemampuan Cech , biarlah Fabianski melebihi kebolean keeper teman senegara Rosicky ini.Menariknya klip video ini dibuat sebelum die menyertai Arsenal lagi, bermakna Fabianski bukan sembarangan pemain, ada potensi..


Pre Match: Selamat kembali ke Wembley



Akhirnya Arsenal pulang ke Wembley Yang pernah satu ketika menjadi 'rumah' Arsenal bagi kejohanan eropah biarpun Wenger lebih mengngati nostalgia dan merindui kegemilangan rumput padang lama berbanding yang baru.Namun cita2 sebahagian besar pemain Arsenal yang rata2 berwajah baru untuk beraksi di stadium tertua ini akhirnya tercapai, antara yang tersenyum riang pastinya RVP yang sudah lama mengidamkannya.



RVP biarpun terpaksa berdepan warga senegaranya Guss Hiddink yang dianggapnya mempunyai sentuhan Midas tak akan melepaskan peluang untuk bermati-matian agar Arsenal dapat kembali semula ke Wembley bulan depan dalam perebutan grand prize.Siapa tak kenal Gus Hiddink,lihat sahajalah apa sahaja team yang dipeganggnya pasti merasa nikmat kebahagiaan jika tidak pun kebanggaan.PSV, Holland,Korea Selatan, Australia dan kini Russia sambil Chelsea semua prestasi meraka sangat2 boleh dibanggakan. Biarpun hanya memegang Chelsea sebagai caretaker buat jangka masa yang sekejap tapi rekod menunjukkan 9 menang 2 seri dan sekali kalah dalam 12 perlawanan boleh cukup mendatangkan perasaan iri hati di kalangan manager2 seantero dunia.Jadi Chelsea adalah bodoh jika melepaskan Hiddink pergi begitu sahaja.Bagaimanapun Arshavin dan Hiddink masing saling menghormati dalam kem Russia dan mereka sama2 tiadak akan memburukkan atau membongkar kelemahan masing2.

Ape yang begitu dirisaukan pastinya adalah di bahagian pertahanan.Gallas, Jozan sudah awal2 terkeluar, kini derita ditambah dengan Bacary Sagna yang gagal recover dan telah kompom tak akan beraksi malam ini.Gibbsy pulak perlu menjalani scan kerana groin injury yang dihidapi selepas match Villareal, peluangnya hanya 80% untuk malam ini.Tinggal sahaja Kolo, Silvestre dan Eboue. Jika Gibbs tak dapat hadir, ini bermakna Alex Song bakal ditarik ke CB dan Silvestre dialihkan ke LB. Mimpi ngerikah Kolo dan siape jua gandingannya terpaksa berhadapan dengan in form Drogba? 8 gol semenjak dari bawah Hiddink.Cara terbaik kate Wenger, kalau selagi Chelsea tak dapat bola, Drogba ni takkan bahaya sepatah haram.



Tapi itulah pentingnya Song sebagai DM di tengah untuk mematikan Lampard kerana pastinya Fabregas akan dikawal ketat oleh Essien yang kembali bagai bulldozer seperti mana die mengikat pergerakan Gerrard.Tapi tak perlu dirisau tak perlu digentar, Arsenal mempunyai jauh lebih banyak option di bahagian serangan,setakat Drogba Adebayor boleh jentik, Diaby boleh terajang kepala Diaby sekali lagi mungkin(bukan ini yang diminta sebenarnye, fair play la..kihkih) RVP lebih berbakat dari Anelka, Eduardo lebih tajam dari Kalou.Yang paling penting dan paling aku suka Cup Domestic ni Arsenal boleh bermain dengan skuad yang lengkap.'Lengkap' bukan bermaksud lengkap semuanya la sebab memang takkan lengkap pun selagi senarai kecederaan dah berhelai2 muka surat,cuma lengkap ni bermaksud Arshavin jugak boleh main berbeza dengan UCL.



Ivanovic/Carvalho/Alex dan Terry pastinya tak senang duduk, BoxingGua pastinya terkincit hendak 'menari' dengan Nasri manakala tak lain dan tak bukan si traitor Gunners, Cashley Hole termengah2 mengejar kepantasan Walcott.7 gol bolos dari 2 perlawanan membuktikan mereka bukan tengah on form dan mempunyai masalah yang hampir sama dengan Arsenal iaitu pertahanan.Arsene Wenger mengeluarkan kenyataan berbaur 'Menyerang adalah cara paling bagus untuk bertahan'.Jadi tak serupa bikinlah kalau die cuma trunkan satu striker Adebayor untuk 'lead the line' sementara mengharapkan midfield yang compact , tapi mungkin, demi menurunkan anak buah kesayangannya, Denilson , die mungkin menggunakan 4-2-3-1 atau 4-5-1. Namun aku lebih prefer 4-4-2 dengan menentang pemain seperti Mikel, Essien Ballack dan Lampard, Arsenal perluakan lebih banyak man power yang kreatif, menggugurkan RVP, pemain yang boleh mencipta peluang magic seorang diri adalah suatu kesilapan yang besar oleh Wenger.Diingatkan kembali November tahun lepas, RVP dengan slumber menjaringkan 2 gol penting merobohkan jambatan buruk Stamford.

-------------fabianski--------------
Eboue-----Toure----Song------Silvestre
Arshavin--Diaby--Fabregas------Nasri
-----------Ade------RVP--------------

Manone
Vela
Eduardo
Walcott
Ramsey
Denilson
Bendi



Chelsea patut bersyukur dan berterima kasih pada RVP kerana dengan kerobohan itulah mereka mendapat arkitek baru bernama Guss Hiddink.Atau demi Denilson, Walcott mungkin disimpan sebagai senjata rahsia yang boleh mencucuk serta memberi impak sewaktu pemain sudah mula kepenatan.Biarpun Chelsea mempunyai masa rehat yang lebih sehari tapi merekalah yang dipaksa berhabis habisan sebelum seri dengan Liverpool tapi Arsenal hanya bermain bagai angin lalu jek menentang Villareal.



Tempat ke UCL yang dah semakin selamat, 2 semi final suatu kedudukan yang dah lama tak dirasai.Ayuh jangan sia2kan peluang.Terutama bagi pemain2 seperti Fabregas, Arshavin, Adebayor Nasri Gallas Toure Sagna Eduardo meereka semuanya patut layak sudah menjulang berbeapa piala dalam karieer mereka dan biarlah ia dilakukan bersama2 dengan Arsenal.Tiada impian yang lebih membanggakan selain menjulang paial sebagai kapten Arsenal bagi Cesc Fabregas.Ketika ini di saat ini, mimpi untuk menjadi juara berganda double masih belum terpadam, menyala terang dan semakin dekat jadi ayuh jangan persia2kan kesempatan ini.Tiada lagi 'next season'. It is now or future more than now or never for this Arsenal.

Astro Star Sports 813 12:00 AM.. Arsenal 3 Chelsea 2


Jumaat, 17 April 2009

Kasi Panazzzz!!



Khamis, 16 April 2009

Highlight

Walcott, " Arsenal bagaikan sedang terbang tinggi"......~

Namun die tetap beringat akan tragedi malang season lepas di peringkat ni sebaik larian solonya.Biarpun berbangga dapat ke semi, Walcott mengajak rakan2 berpijak di bumi yata dan terus jadi underdog, underground undercover dan wonderpet..Berikut disajikan highlight yang lebih panjang, cepat sementara tidak digam!

Arsenal v Villarreal


Post-Match : Mara Berbara!







JIka anda seorang penyokong Arsenal pagi ini anda sedang dalam keadaan riang2 ubi, tersengih, semangat untuk ker kerja walaupun ngantuk , gelak walaupun lawak bodoh dari rakan2 anda,breakfast nasi lemak siap tak kesah tambah ayam berempah biarpun harga yang lebih mahal dan segalanya seperti positif semuanya seperti tak kisah lagi.Ini kerana awal pagi tadi Arsnal secara sahihnya telah menempah tiket ke perlawanan separuh akhir liga juara2 eropah.



Biarpun turun dengan hanya kolo Toure sebagai defend utama di mana Almunida, Gallas, Clichy dah awal2 injured manakala Sagna tibe2 dilanda selsema burung (jangkitan nasri kut) Villareal agak segan menguji dan defend Arsenal tetap clean sheat buat keberapa kalitah di Emirates.Sekaligus rekod tanpa kalah di Emirates dalam kejohanan Eropah masih tersergam indah.

3-0 jaringannya.Agregat 4-1. Kesian Villareal, biarpun agak teknikal di first leg dan berjaya mengunci pergerakan arsenal namun skuad yang hadir ke Emirates ni bagai watak berbeza.Dengan Marcos Sena takde dan santi carzola yang patah kaki, takde ape yang boleh diharapkan oleh 2 3 ribu penyokong kapal selam yang hadir ke kota London. Pires start, dan awal2 diberi penghormatan apabila namanya disebutkan oleh announcer stadium.Arsenal menyenaraikan Eboue menggantikan Sagna di saat2 akhir melengkapkan back 5 yg cukup mencemaskan tapi mampu diharap.Cuba teka ape yang menarik, Denilson didropkan dan bagi Wenger perkataan yang paling sesuai 'direhatkan'.Fabregas digandingkan di tengah2 pelamin bersama Song, Nasri dan Walcott jadi pengapit.Depan letak RVP dan Adebayor.Ini bukti ARsenal nak main attack kate WEnger.Sambil commentator pada suatu ketika berkata Arsenal ni main Gung Ho walaupun dah leading 3 bijik.Tapi ulasan pengulas yang berat sebelah memanjang membuatkan aku perut aku memulas2 dengar die asyik berkata, Arsenal mngkin mampu ke separuh akhir dan prospek nya bertemu Manchester United, walaupun perlawana baru start seminit dua.Ok takpe, tapi ini duk ulang2 sepanjang match, mane hilangnya respect pada porto?

Kembali ke match, gol Walcott seawal minit ke 10 memudahkan segalanya, dengan tenang die chip bola lambung melepasi diego lopez hasil hantaran eboue dan back held Fabregas, memang smart.Gol kedua adalah kuncinya, ketika Villareal masuk memulakan separh masa kedua dengan lebih agresif dan mula mencari rentak, arsenal pantas melakukan counter attack tandukan fabregas sampai ke RVP yang membuka ruang untuk Adebayor kemudian passing ke arah pemain togo..2-0.Seakan2 tamparan buat Pallegrini yang baru terkial2 nak tukar taktik melakukan 2 pertukaran serentak.Kemudian gol ke 3 penalti RVP sekaligus menenggelamkan terus kapal selam ke dasar laut bawah kerak bumi dan tidak timbul2 lagi.Walaupun mereka bermain 10 orang akibat sebastian Eguren dibuang padang, sebenarnya mereka telah hilang rentak sebelum itu lagi. Pemain2 meraikan jaringan dengan tarian mula2 Adebayor, Eboue, Song dan Silvestre tbe2 nyampuk.Kemudian gol RVp pun die turut belajar menari.. Wenger pun dah macam menari kingkong.Aduhai, biarlah mereka merasai perasaan ini..mereka wajar bergembira dan berbangga.


Jadi semi final akan bertemu Manchester United seperti yang 'dijangka' oleh pengulas game tadi.Perlawanan yang bakal mencatat sejarah rekod pertemuan kali pertama dalam kejohanan eropah.Yang tak tahu hujung pangkal dan kesudahannya.50-50, mana2 team boleh layak atau tersungkur dalam peringkat kalah mati macam ni.Pendek kata, siapa yang tengah on form masa hari perlawanan, merekalah yang mara ke kemuncak piala bertelinga besar.Jadi tak perlu risau bukan, sebaliknya lebih yakin dan beremangat, pasti satu perlawanan yang menyeronokkan! Hey, inikan kejohanan Eropah, bawak je siapa2 pun, siapa yang datang , itulah yang kita layan untuk jadi juara. Landasan dah semakin dekat, cuma station berikutnya agak sesak sket..sesak dengan peminat di kedai mamak..

Bagaimanapun, lupekan dulu, sasaran short term seterusnya, Chelsea..


Rabu, 15 April 2009

Pre Match : Karamkan kapal selam


Arsenal mempunyai tugas getir malam ni bukan sahaja tembak, letup C4 malah perlu menenggelamkan terus kapal selam sebagai bahan bukti, bahan bukti yang Arsenal merupakan antara kelab terbaik di Eropah sebaik sahaja melangkah ke semi final ke 2 dalam tempoh 4 tahun. Ramai yang beranggapan minggu ini adalah minggu hidup mati Arsenal, ini kerana selepas match awal pagi nanti, Arsenal akan berdepan dengan Chelsea di Wembley kemudian Liverpool di Anfield.Tapi untuk jadi yang terbaik Wenger harus menurunkan barisan terbaik, takde gune nak simpan2 atau jimat tenaga, all out malam ni.Malam ni adalah malam ni.. esok lain punya cerita.Pandai2 lah.Sini adalah tahap di mana manager harus slumber gamble dan mengambil risiko agar tak berputih mata.Hidangan dah disediakan, tinggal nak makan jek.Bukannye Villareal mudah dimakan mahupun ditelan, tapi kene potong kecik2 dulu , kunyah perlahan2, baru terasa seksa Pallegrini dan anak2 buahnya.Biarpun Cani dan Marcos Senak takde, Robert Pires tetap ade dan Bobby, selamat 'pulang' ke gagang.

Wenger menyeru 'pemain ke-12' yakni para peminat supaya memberi sokongan menggila.Ya memang aku dah lama bagi sokongan menggila, sealalunya sanggup tak tdo berjaga malam biarpun esok terpaksa mencari sesuap rezeki, tak ke gila bola namanya.Tapi Wenger menuntut agar sokongan diberikan secara berhemah dan tidak seperti orang gila yang boleh memudaratkan.Kate2 ini disampaikan Wenger sempena ulang tahun ke 20 Hillsborough disaster dan juga kejadian yang menimpa dalam liga Malaysia sendiri.

Biarpun masalah kecederaan, Wenger pasti ade formulanya dan pemain back up akan step up.Silvestre akan menggunakan sepenuh pengalamannya untuk membimbing Gibbs.Biarpun skuad FA cup adalah skuad yang lengkap kerana Arshavin dilayakkan beraksi, tapi player lain juga mampu menggalas cabaran dan ini diakui Wenger sebagai teen spirit.Wenger peminat lagu nirvana mungkin.RVP yang masih mempunyai masalah sedikit akan discan terlebih dahulu, kalau lulus, die mungkin disenaraikan dalam skuad.Barisan dan skuad kemungkinan:

-------------Fabianski------------
Sagna-----Toure----Silvestre----Gibbs
----------Song-----Denilson-------
Walcott------Fabregas----------Nasri
-------------Adebayor--------------

Manone
Diaby
Eboue
RVP
Bendi
Eduardo
Ramsey

Kalau kite score first, ade pro dan kontra, mungkin kite akan duduk bertahan dan Villareal akan menyerang bertubi, walaupun leading 1-0, 5 minit tinggal pun masih belum selamat.Jika mereka score first, match akan menjadi sangat menarik dan open dan mengganggu psikologi para penonton.Jika 0-0 tinggal seminit pun, lagi laa... Itulah Champions League, anda tak akan tahu ape yang berlaku, home away goal, kejutan, banyak benda yang boleh diambil kire.Aku harap ini bukan kali terakhir (kecuali lawan liverpool minggu depan) aku berjaga awal2 pagi untk tgk aksi Arsenal season ni.Jadi kemenangan paling selesa mesti dimulakan dengan pendahuluan 2-0. Upah ayam belakang rumah berkokok 240 am.


Isnin, 13 April 2009

Masalah Perisai.


Atikel sebelum ni nampaknya keluar lebih awal dari Arsenal.Com. Memang betul interview bersama Arsene Wenger telah dilakukan oleh majalah Perancis Le Parisien, dengan intipatinya lebih kurang sama cuma pengolahannya mungkin sedikit berbeza.tak pasti pula sama ada NOTW menokok tambah tapi ape yang pasti ianya cukup direct dan kritis berbanding website rasmi yang cukup positif dan optimis.Pokok pangkalnya, ape yang telah diakui oleh Wenger itu memang ade benarnya.

Namun ape yang ingin disembangkan untuk post kali ini adalah mengenai masalah yang nampak tiada penghujungnya dalam skuad Arsenal tak lain dan tak bukan iaitu kecederaan.Abaikan Rosicky dalam kes ini. Seperti yang sedia maklum, di saat2 Arsenal melalui minggu yang begitu penting dan mendebarkan, bagi wenger ia paling menmpersonakan malah Wenger sendiri yang tidak sabar2 menunggu Selasa depan.Biarpun dalam keadaan sekarang dengan skuad yang masih belum terbaik, tapi Wenger begitu beriya2 tak sabar2 nak menghadapi cabaran dan risiko menghadapi Villareal, Chelsea dan Liverpool dalm tempoh mase seminggu.Perlu diingat, Rabu depan kite mungkin sudah melayakkan diri ke separuh akhir UCL, Final FA cup dan mengekalkan rekod tanpa liga dalam 18 perlawanan, tapi kita juga mampu untuk menjangkakan situasi paling teruk di mana kite tersingkir dari 2 2 piala, dan rekod tanpa kalah lebur di anfield.Aku tau ape yang bermain di fikiran anda ialah dengan masalah kecederaan terutama dibahagian paling penting seperti pertahanan, adakah kita mampu mengharapkan segalanya berjalan ikut nafsu kita yang sentiasa inginkan kemenangan.Dan paling cuak apabila anda terpaksa menantikan jawapan kini yang terletak di tangan Fabiansk, Sagna, Toure, Mr Potatao head, dan Gibbsy...

Bukan, bukan aku nak mengatakan yang lain tak ambil port , memang kita menang dan kalah sebagai satu pasukan tapi buat masa ini jentera pertahanan lah yang dilihat sebagai liabiliti dalam pasukan. Secara jujurnya aku pada awal2 permulaan tak kisah langsung Fabianski menjaga gawang dengan reputasinya sebagai penjaga gol terbaik liga Poland dan pilihan utama selain Boruc untuk negaranya.Dan aku akui aku agak kritis pada Almunia, sampai sekarang pun masih wujud tapi dah semakin berkurang.Lama kelamaan Almunia berjaya mendapatkan kepercayaan dan penghormatan aku.Sedikit lagi masa mungkin aku akan akui die sebagai penjaga gol no 1 Arsenal.Tapi bila melihat balik kegelabahan Fabianski terutama dalam game bertemu Wigan tempoh hari, timbul rase sedikit ragu2 dan kerisauan.Mampukah Fab menggalas cabaran di saat genting.Die sendiri mengakui agak sukar untuk dirinya mempersembahkan yang terbaik di saat2 yang genting.Fabianski, mampu tak mampu mung kene mampu gak, kalu dop, mampuh mung..Hidup mati Arsenal ni.

Nak dijadikan cerita lagi suspen, ditambah lah babak di mana arjuna malang William Gallas terpaksa melupakan baki musim ini.Segalanya berlaku akibat tackle bodoh Song terhadap Rossi yang bajet laju macam velentino RossiHanye song sahaja yang tau niat di hati.Tapi dah terlambat, Arsenal memang sah bakal kehilangan bekas kaptennye dalam tempoh masa yang panjang melainkan keajaiban berlaku.Lagi memburukkan kedaan, seperti sudah terkena sumpahan, seorang lagi CB Arsenal Jozan pulak diusung keluar mase match bertemu Wigan.Ini tak lain dan tak bukan memberikan peluang depan mata menguji perisai antiknya Mr.Potato Head.Untuk instant success, taktikal Wenger nampak berjaya dengan si potato head berjaya menjaringkan gol pendahuluan.Tapi untuk jangka masa panjang, bolehkah gandingan Sagna-Toure-Potato-Gibbs boleh coupe dengan tekanan2 yang bakal melanda terutama seminggu nih?Aku ketepikan Clichy yang cedera tulang belakang 2 minggu kerana kite sekarang sedan fokus untuk tempoh terdekat ni(3 match penting)

Dilihat dari wajah Jozan ketika diusung keluar mencerminkan suatu yang lebih buruk.Wenger belum memberitahu berapa lama tapi paling kurang die memang tak akan beraksi menentang Villareal.Beranikah Wenger mengamblekan Gibbs yang dilihat berpotensi tapi kurang pengalaman, beranikah wenger mengambil risiko seedangkan die tah betapa sangapnya peminat, pemain dan dia sendiri untuk menjulang piala biarpun FA Cup saje? Segalanya akan terjawab dalam match2 tersebut nanti ,bagaimanakah rombakan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah di kementerian pertahanan. ADe option lain, memanggil Eboue bermain RB, Sagna ke LB atau Sagna ke CB dan Silvestre ke LB dan yang agak mengerikan Song dipanggil ke CB(walaupun ade saat2 die beraksi cemerlang-lawan man u- season lepas- tapi perlu diakui DM adalah posisi paling baik bagi Song dan die kini sedang merangkak kemajuan di posisi tersebut). Pernahkah terfikir hendak memanggil pulang Sanderos tak pun Nordtveit dari pinjaman,masalahnya boleh ke tak boleh kerana aku sangsi Milan dan Salamanca ade masukkan option tu dalam deal mereka dulu.


Atau jika Song dipanggil ke CB Mungkin Fabregas akan beraksi lebih deeper bagi melindungi rakan2 di bawah.Wenger sendiri merasakan dalam sesuatu taktikal, posisi paling afdal bagi Cesc adalah lebih defensive kerana Cesc lebih suka kutip bola dari bawah dan merupakan akar kepada arkitek selain mampu melihat keseluruhan keadaan dari positioningnya ketika itu.Tambah Wenger lagi Cesc mempunyai long pass yang smart dan 4 assit dari 3 match membuktikan impak Cesc dalam pasukan.Biarlah die berehat awal season dulu, pulangannya, Arsenal semakin kuat dengan momenutm yang dibina oleh Cesc dan perlu diingat die belum menemui prestasi terbaik.Jadi banyak lagi yang boleh diharapkan.Dengan Cesc bermain lebih ke bawah, ni membuka ruang dan peluang kepada Diaby, Denilson(?) Walcott dan Nasri yang mempunyai lebih pace dan dalam perlawanan domestik Arshavin, cukup offensive bukan.

Tak kisahlah siapa pun yang mengemudi perisai Arsenal, siapa pun yang sarung jersey Arsenal atas padang tu, itulah yg akan disokong.Ramai yang bertanyakan tentang status Dudu, secara jujur, aku pun belum tahu, esok mungkin ade berita..


Ahad, 12 April 2009

Pengakuan tergempar Wenger tentang penyesalan transfer polisinya



Jika benar ianya sahih, ia akan menjadi pengakuan paling gempar abad ini mengalahkan akuan2 bersumpah individu2 lain.Kita dah sedia maklum bahawa Wenger mempunyai sifat dan egonya yang terlalu tinggi di mana die terlalu sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri dan sentiasa beranggapan dirinya adalah benar, Walaupun bukan dengan cara yang bongkak, tapi Wenger pandai menggunakan reverse psikologi dengan menukar sikap egonya supaya dipandang dengan sikap lebih optimis dan berkeyakinan diri yang tinggi. Tak tahulah sumbernya dapat dari mana(diaktakan interview dari majalah Perancis) kerana aku jugak meminjam dari Gunnerblog.com tapi apa yang anda akan baca di bawah ini merupakan suatu pendedahan exclusive di mana Wenger jugak adalah sama seperti manusia biasa dan jauh di sudut hatinya berperasaan seperti mana jutaan peminat Arsenal rasa terhadap prinsip dan falsafah terutama melibatkn polisi transfernya dan kegagalan Arsenal menjulang liga yang menghantuinya season lepas.Antara intipati pendedahan tersebut :
* Dia merasakan dirinya sendiri adalah mangsa penjara transfer polisinya

* Emmanuel Adebayor merungut nak keluar/kekal Arsenal menganggu formnya sendiri

* Tak pernah terlintas langsung Flamini sanggup tikamnya dari belakang pindah ke Milan

* Beli Barry/Alonso boleh membunuh karieer pemain2 mudanya.

Tapi demi maruah dan menjaga kenipisan kulit muka dari menjadi tebal, Wenger berselindung di sebalik keyakinan diri sendiri, dan bagi aku tahniah diucapkan kepada Wenger kerana bayangkanlah jika Wenger membuat pendedahan umum, went public, bagaimana dengan moral2 player semasa saat2 kejatuhan itu.Ikuti pendedahan pengakuan dan anda boleh kate juga penyesalan dari Pengurus terbaik Arsenal sepanjang zaman, Arsene Wenger:

“I did make a mistake in perhaps underestimating the harmful effects of last season, especially the loss of the title. I asked myself a lot of questions during the close season about the influence losing the title in the last two months might cause.

And we lost Hleb, Flamini and Rosicky. There was a midfield for me to rebuild. Should I have anticipated Flamini’s departure? I couldn’t because I really didn’t think he was going to leave.

The Adebayor business: ‘I’m going, I’m staying, I’m going, I’m staying’ was also an important factor. One thing followed another. Earlier this season, our game wasn’t there. Even the people who love Arsenal were saying: ‘This is a disaster.’

You wonder why, with the same players, our game could crumble so much. The staff and I wondered whether we had made mistakes, if the training was being done badly.

The most worrying match was our 3-0 defeat at Manchester City in November. That was one loss too many. We hit the bottom.But, just after that, we won 2-1 at Chelsea and I thought my team were not ready to totally go under.

The barometer is confidence and when that seizes up . . . now we are unbeaten for 18 Premier League matches and that leaves with me with a lot of regrets.

I think I have been tough because I have continued to believe in this team when nobody else did. And I remained faithful to my policy when everyone told me I was heading straight for a brick wall. People reproach me for not having bought Gareth Barry or Xavi Alonso. But I am a prisoner of my own policy. Buying Barry or Alonso is killing Alexandre Song, Abou Diaby and Denilson.

I don’t mind criticism. Win or lose, I try to look in the mirror and think I do the job as well as I can. What you cannot fault is my commitment. When the results are not at the right level, people have the right to criticise. I know what I do and why I do it.

I stood back from the criticism. I am not running after personal glory. Everything I do is for the club, the players and the supporters.

You can’t do a public job in a big club - not win matches and say they are all imbeciles.“


Arsene Wenger sebenarnya dah lame tahu, cuma dia sendiri tidak boleh tidak mengakuinya.Arsene knews...

Apepun yang terjadi, ia takkan menarik balik sedikitpun fakta mahupun mengubah sejarah bahawa Arsene Wenger adalah seorang pengurus terbaik dalam dunia bola sepak.


Post- Match: Tengok macam tak tengok

Terlebih dahulu, 'terima kasih' kepada pihak2 terlibat yang tidak menyiarkan perlawanan malam tadi yang penuh aksi dan antara comeback terbaik Arsenal musim ini.Jangan kate live, tertunda pun depa tak buat.Terima kasih diucapkan kerana mengganggu mood malam minggu aku dengan terpaksa menonton secara streaming online atau boleh dikatakan seperti menonton slideshow powerpoint yang statik, hanya beberpa pergerakan jek aku mampu tengok dengan keadaan streaming yang tersekat2.Argghhh.. tension2! Jadi untuk membalas 'budi' meraka, di sini ade highlight bagi peminat2 seMalaysia untuk menonton berkali2 sorotan perlawanan semalam.
Wigan Athletic v Arsenal


Arsenal turun tanpa Nasri dan merehatkan sumber serangan mereka Adebayor, RVP sebaliknya meletakkan Bendi dan Arshavin sebagai support.Tidak menurunkan Eboue, Wenger tetap sayang dengan beregu utama Denilson dan Song.First hald boleh dikatakan kalut dengan Arsenal ketinggalan hasil jaringan Mido, Fabianski agak gelabah mane taknye, defend pun belum serasi.gandingan Toure Jozan tibe2 Gibbs pulak yang main kiri, dan Sagna kekal konsisten di kanan.Lebih teruk, Jozan terpaksa dikeluarkan dan dengar kabo keadaanya tak memberangsangkan sekarang, segala harapan diletakkan ke bahu peman kuda tua Silvestre.Gibbs hampir menerima padah apabila pada satu sudut dilihat sebagai last man yang melakukan foul, ketika semua membayangkan kad merah, Gibbs bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning di mana penyokong Wigan begitu berbulu dengan si Gibson nih.Free kick dari foul itu hanya mencium tiang dengan Fabianski hanya mampu menoleh.Arsenal masih diberi ruang bernafas.

Separuh masa kedua, kebuluan penyokong Wigan kepada Gibbs bertambah apabila Fabianski dengan tidak semena2 gopoh meninggalkan gol dan tersalah kira2 lariannya.Ketika pintu gol kosong tandukan mido yang melantun2 nak masuk ke dalam di keluarkan oleh Gibbs dari kawasan bahaya.Sekali lagi, tuah menyebelahi Arsenal.Dan Gol penyamaan muncul menerusi Theo Walcott melalui gandingan 1 2 yang baik dengan pemain katik dari Russia Andrei Arshavin.Selepas gol tersebut, Wenger mukla menyedari ade keupayaan untuk menang dan mengubah taktikal serta barisan pemainnya.Lalu dimasukkan RVP menggantikan Denilson dan lima minit selepas itu Adebayor menggantikan Walcott.Percaya atau tidak, sebaik Denilson yang tak jarang2 sekali disubkan ini keluar digantikan, Arsenal berjaya menaikkan permainan ke gear 5.dengan 4 pemain attacking di hadapan, Bendi, Adebayor, Arshavin, RVP Arsenal atas kertas kelihatan mampu menggila.Dan terbukti.Nampaknya Wenger terpaksalah lebih berani seperti ini lain kali.Jika terpaksa keluarkan Eboue mahupun Denilson, keluarkan tanpa segan silu jika taktikal tersebut mampu merencanakan lebih banyak peluang gol.

Dan Arsenal kembali leading apabila pemain yang tidak disangka2, Silvestre jugak yang menjaringkan gol.Ini gol kedua peribadi bagi dirinya musim ini.Tak de care yang lebih baik dari ni , selain muncul setelah lame menyepi di saat2 anda bukanlah pilihan utama dan tak rasa berpeluang langsung diturunkan namun segala dibalsanya denga persembahan bertenga ditambah pula jaringan.Bagaimana Silvestre ade di dalam kotak penalti apda ketika itu adalah suatu yang jarang2 kite tengok, pengalaman memberikan pemain France itu keyakinan untuk berada pade posisinya. Gandingan baik Arshavin dan Fabregas sebagai arkitek jaringan tersebut turut dipuji.

Tidak hanya mencipta peluang untuk rakan, Arshavin berjaya merakamkan jaringan peribadi keduanya sejak menyertai Arsenal, terima kasih pada Jason Koumas yang meng'assist'.Tak cukup dengan 3 bijik, Song tibe2 bertindak ala2 Messi apabila membuat larian solo ke dalam kotak penalti menewaskan dalam 2 player sebelum merembat kencang, itu kalau EBoue tu mau ke laut agaknya takpun tibe2 ke grand stand penyokong pulak.huhuSong jugak wajr mendapat kredit hasil usha kerasnya malam ini membantu defend yang memang nampak takde clue ape yang mereka patut lakukan sebenarnya terutama di 1st half.

Mission done.3 mata away, terus menekan pasukan2 di atas tak perlu lagi hirau pasukan di bawah buat sementara waktu.Kemenangan yang pasti memberi semangat perjuangan harmoni dan kemantapan moral kepada para pemain bagi menyahut kepulangan Pires di Arsenal Rabu nanti.


Sabtu, 11 April 2009

Pre Match : Pemain Skuad sedia berkhidmat

Arsenal akan turun menentang wigan jam 10 malam nanti.Dan yang paling membengkekkan bagi peminat2 Arsenal di Malaysia ialah tiada live dan tiada siaran tertunda ditayangkan oleh Astro.Aku nak claim diskaun bil bulan ni. Nampaknya terpaksalah menghadap PC dan mencari2 siaran streaming online dengan harapan lobahTV ada menyediakannya, macam2 ada.

Berbalik semula untuk game malam ini, dengan jadual yang begitu padat 1 game setiap 3 hari, anda pilihlah mana satu yang jadi eutamaan.Pastinya kita memilih untuk menjulang trofi dengan FA Cup adalah yang paling hampir dan peluang terbaik, tapi Wenger tetap menamakan persaingan liga malam ni adalah keutamaannya.Ape yang penting adalah teruskan konsistensi dalam liga dan menjaraakn diri dengan pasukan bawah dalam masae yang samae merapatkan jurang dengan pasukan2 yang bernasib baik duduk di atas.

Arsenal bakal kehilangan 3 tonggak defensive di penghujung2 musim , Almunia Gallas dan Clichy sah tak main malam ini tinggal, Fabianski, gibbs, jozan atau alien workshop untuk bangkit sedia berkhidmat! Sepanjang musim menjadi skuad player dalam pasukan seperti Arsenal, itulah untungnya menjadi player Arsenal, anda tak boleh menjangka keadaan, walaupun semusim tidak digunapakai tapi jika nasib menyebelahi dan khidmat anda diperlukan , anda boleh melihat diri anda bermain dalan satu2 fina kejohanan.MEnarik bukan! itulah gunanya skuad yang besar dan berpengalaman, 2nd team mesti mengimbangi first team dan mempunyai kekuatan yang sama supaya rotation dan back up plan tidak menjadi masalah.Lebih menguntungkan jika pasukan mempunyai seorang dua player yang versatile seperti Arshavin yang boleh main di mana2 bahagian forward, Song yang boleh cover defends dan juga Silvestre yang boleh main CB dan LB juga berpengalaman.Fabianski? pengalaman antarabangsa lebih baik berbanding Almunia jadi aku rase tak ade masalah, bagi peluang dan kepercayaan, aku yakin Lukasz mampu membuat Almunia tak senang duduk leaps nih.Jozan dan Gibbs jugak matang seawal usia, kedua2nya boleh diharapkan dan aku melihat Jozan yang menjadi pilihan bergandingan dengan Toure malam ni.Ini bagi membina keserasian untuk sepanjang baki kempen dan Jozan pastinya option pertama berbanding Silvestre yang bile2 saje boleh injured.

Perlawanan ini juga pastinya inging digunakan sebagai pentas terbaik Eboue demi untuk menebus maruah,Ingat tragedi di Emirates, walaupun Arsenal menang sebijik melalui Adebayor, tapi bukan itu yang menjadi tumpuan, semua mate tertumpu pade seorang lagi pemain Afrika ni.Menggantikan Nasri yang injured pada separuh mase pertama, Eboue mula kelihatan tak senonoh dan tah ape2 yang dilakukannya,tidak kejam jika kau gambarkan itu adalah permainan terburuk sepanjang karieernya dan akibat daripada itu, tekanan yang amat dasyat diterima dari fan sendiri yang memboo dan memaki hamun Eboue sehingga Wenger terpaksa mengeluarkannya semula.MWalaupun muka merah padamnya yang tidak kelihatan , tapi isi hatinya jelas tiada siapa yang nak amek tahu.Huhu..Tak kiralah dari bench atau 1st eleven, Eboue akan menggunakan kesempatan terbaik ini.

Aku membayangkan Wenger akan menurunkan 2 orang striker dengan Bendi dan Adebayor bergandingan setelah lama mereka dipisahkan.Dengan Eduardo dan RVP yang tak tahu lagi ape nasib mereka, itulah option terbaik Wenger.Atau seelok2nya mereka disimpan untuk Villareal dan Chelsea kerana Vela mampu menyelesaikan Wigan dengan tangan sendiri.Arshavin pasti digunakan sehabis mungkin kerana tidak terlibat dalam match menentang Villareal Rabu nanti.Denilson seperti biasa akan bergandingan dengan Cesc yang setang mengumpul dan membina fitness nya dalam mase 3 game lagi katenye sebelum cergas 100%.

-------------Fabianski-------------
Sagna------Toure----Jozan------Gibbs
Arshavin---Fabregas-Denilson---Nasri
-----------Adebayor--Bendi---------

Vela
Eboue
Walcott
Silvestre
Song
Ramsey
Manone

Defend masih bereksperimental, jadi kita jangkakan yang paling teruk dalam yang paling selamat iaitu menang tapi bolos sebijik.Arsenal 2 - Wigan 1.


Jumaat, 10 April 2009

Arsenal terpaksa bayar mahal.


Arsenal terpaksa membayar harga mahal apabila pulang dari El madrigal.Walaupun berjaya mendapatkan keputusan seri dan sebijik own gol, kesemua itu terpaksa dibayar dengan pengorbanan William Gallas yang dijangka Wenger cedera hingga habis musim.Gallas yang biasanya cepat sembuh pun kali ni tak diberi harapan untuk muncul kembali dalam mase yang terdekat paling awal pre musim depan.Pergh... memang tamparan hebat setelah Arsenal kehilangan penjaga gol Almunia 3 minggu.Clichy pulak tibe2 mengalami kecederaan belakang dan terpaksa berehat 2 minggu.Ini bermakna Fabianski, Jozan, Silvestre dan Gibbs perlulah bersedia mental dan fizikal agar dapat mencari keserasian secepat mungkin memandangkan perlawanan2 mendatang ni bukan calang2.Semuanya penting banget, jadi momentum konsistensi perlu istiqamah.

Berita yang melegakan, esok ade test sama ade RVP dan Dudu lulus tak ujian kecergasan.Otak yang cerdas lahir dari badan yang cergas.Tidak hairanlah semua player2 Arsenal xde yang berkelakuan seperti dik cerdas. Rosicky? jangan ditanya, sampai lah aku nampak die boleh menendang bola dengan mata kepala ku sendiri barulah aku yakin die mampu membantu skuad musim ni.Nasib baik jersey home ni untuk 2010 sekali, sempat la kite tengok die sarung atas padang, itupun kalau tak dijual ke mane2, siapa berani ambil risiko beli.Kenapa Wenger sanggup beli Bischof? itu satu pembelian yang pelik..adekah kerana mendapat komisyen? jeng3..


Khamis, 9 April 2009

Wenger: Pemain2 ni degil2 belaka.

Anda pernah sering dimarah ooleh ibu bpa mahupun cikgu kerana bersikap degil, tak makan saman? Wenger juga mempunyai anak buah yang berperangai sama namun dia sikit pun tak marah bahkan lebih memuji menggunung.Ya, ape yang ditaksrikan sebagai 'degil' dalam kamus falsafah Wenger adalah para pemain mudanya tak mudah mengaku kalah.


Wenger menambah skuad ni dah mula menunjukkan kekuatan mental sejak mula season lagi.Bila ade rintangan dan tembok besar yang menghalang, pastinya pemain2 muda ini dapat mencari jalan keluar dan cara penyelesaian yang begitu mengagumkan bagi peringkat umur seperti mereka.Pemain begitu degil dan liat untuk mengaku kalah, fokus diberikan dan momentum diteruskan.Sedar tak sedar, konsistensi sudah mula dibina game by game dan buktinya sekarang, walaupun dalam tempoh yang sukar satu match setiap 3 hari mereka sudah mampu memberi perhatian.

Wenger begitu yakin skuadnya mempunyai segala ramuan untuk berada dalam kelompok 4 terbaik eropah season ni.Walaupun akan menjangkakan saingan menggila dari Villareal di Emirates minggu depan,Wenger tetap bersungguh2 dan percaya dengan kepulangan beberapa player, Arsenal mampu bermain dengan gaya tersendiri.

Pemain2 sendiri sudah mula melaungkan keyakinan mereka mampu pergi jauh dari sini tetapi tidak memandang rendah keupayaan Villareal yang menewaskan team Gilberto di Athens.Adebayor dengan gol nya yang di luar jangkaan turut menambah bahawa jika Arsenal mampu bermain seperti biasa di Emirates, masalah tak akan datang tapi kalau sengaja cari pasal main 'luar biasa', tengoklah macam mane nanti..



Selain itu , berita tentang kecederaan Gallas dan Almunia masih belum dapat disahkan tapi laporan awal mengatakan ia tak berapa baik.Almunia telah kompom hilang 2-3 minggu.Di sinilah Wenger mula memberi semangat kepada Lukasz(bace wookash) Fabianski.Wenger menyatakan betapa pentingnya mempunyai 2 world class goalkeeper di peringkat ini.Walaupun berasa agak simpati dengan nasib penjaga gol kedua yang kurang peluang bermain, tapi back up perlulah sentiasa bersedia kerana bila2 mase saja ape2 boleh jadi dan keeper tersebut perlulah step up dengan jayanya.Setakat ini, Fabianski telah menunjukkan die mampu mengawal keadaan biarpun kelihatan agak gugup, tapi setelah match bertemu Wigan, Villareal, Chelsea(semi fa) dan Liverpool nanti barulah kite dapat menilai betapa sedianya dia.Kebetulan, minggu ni die akan start bertemu Wigan, match yang mempunyai sejarah tersendiri baginya...


Gallas pulak masih perlu diberi rawatan lanjutan dan penelitian.Namun nampak kurang memberangsangkan kerana kecederaannya berkaitan ligamen lutut, same macam Cesc.Kalau tak teruk pun mau 2 3 minggu, dan paling teruk mungkin sampai habis season.Jadi pilihlah antara Jozan atau alien Workshop.Tapi dah seakan2 pattern di Arsenal, pemain cedera silih berganti.Bile laa nak ade skuad yang lengkap..hurmm..

Tak habis2 lagi, tengah dok syok2 Fabregas nak rase feel kembali di atas padang, banyak pulak kes2 luar padang yang membelenggu tak pasal2 kene turun naik 'court'.Kini FA hendak mendengar kenyataan Fabreegas dan Arsenal berkaitan dengan isu 'malouda' setelah Phil Brown yang dungu dan konco2nya telah membuat aduan.Walaupun dah dinafikan beberapa kali, Brown tak habis2 nak serang peribadi demi mengalih isu kekalahan Hull yang kini menghampiri Zone relegation.takut kene pecat laa tu.Bukan itu sahaja, kini UEFA pual tengah menyiasa insiden melontar syiling ke arah Cesc Fabregas pada ketika pertemuan dengan Villareal tempoh hari.Ketika Corner, Fabregas dilempar2 kan dengan objek2 antaranya kotak2 dan tbe2 ade pulak duit syiling.Syiling tersebut dikutip Cesc dan ditunjukkan kepada pengadil botak dari Norway.Perkara ini masih dalam siasatan dan akan diambil tindakan lanjut.
isk3..lempar batu sembunyi tangan.


Rabu, 8 April 2009

Post-Match: Silap mata Adebayor


Cukup melegakan.Arsenal diberi tali hayat apabila separuh mase kedua gol terbaik dari kebun milik Adebayor, menyamakan kedudukan sekaligus memberi kelebihan mungkin kepada Arsenal dari segi away gol.Perlawanan sebentar tadi agak menarik dan seimbang dengan gol2 magic dicipta dari kedua2 belah pasukan.Jika Marcos Senna mampu buat, Adebayor pun mampu buat!Villareal menguasai 1st half manakala Arsenal kembali ke landasan dan merampas pengusaaan di 2nd half.Jangan pandang rendah terutama pada si kuda tua.Awal2 lagi aku dapat rasakan Villareal akan memberi kesukaran dan mereka membuktikan mereka juga terdiri dari pasukan yang baik.

Arsenal turun dengan line up yang telah diramal tepat dengan 2 orang player yang baru melepasi ujian kecergasan diturunkan dalam 1st eleven Nasri dan Walcott.Tapi malang tidak berbau bacin apabila awal2 lagi Almunia kelihatan terhincut2 akibat ditackle oleh pemain Villareal.Dan minit ke 10, Marcos Senna entah dari mana muncul dengna tendangan torpedo yang dilepaskan kapal selam kuning membangkitkan Arsenal dari tido.Selang lebih kurang 20 minit selepas itu, Almunia dah tak boleh tahan, dan baru digantikan dengan Fabianski, masuk2 terus double save dapat mengembalikan konfidennya yang nampak gugup.Nasib Arsenal bertambah malang apabil CB konsisten paling berpengalaman, William Gallas pula terpaksa dikeluarkan, ramai pemerhati dan pengulas menyangka Silvestre yang nampak berlari2 kucing di tepi padang akan masuk, dan akhirnya Wenger memilih untuk mempercayai Jozan yang lebih mendapat banyak match season ni.Cesc Fabregas nampaknya tak sempat berguru dengan Henry sepenuhnya, free kick yang diambil ketika pihak lawan gelabah2 mencipta benteng menembusi gawang,namun ia tak dikira kerana ref botak masih belum meniup wisel malah lebih teruk, Cesc dilayangkan kad kuning.Fabregas lupe tanye Henry bahagian meyakinkan ref atau mintak izin sebelum amek free kick.Ketinggalan 1 gol, kehilangan penjaga gol dan CB utama, 3 kad kuning, dan main kalut tah pape merumuskan 1st half Arsenal yang begitu gelabah dan tak tersusun.

Separuh mase kedua, Arsenal bermula dengan penuh yakin, mula push forward, Dengan Fabianski lebih banyak melepak 15 minit pertama.Dan di minit ke 66 dengan tidak semena2, kite yang menyaksikan di TV ni tbe2 terpegun, aik, gol?? sambutan delay sekejap, kemudian barulah menjerit sakan.Ini kerana pada ketika Adebayor mengeluarkan bakat takrawnye itu, TV menyiarkan satu ulang tayang lain dan apabila sedar2 jek nampak dengan mata kasar macam Adebayor jatuh seperti nangka busuk, rupanya jika dilihat secara halus , itulah seni skill persembahannya malam ini dengan gol yang agak superb.Mendada bola hantaran lob Cesc Fabregas kapten unggul, Ade bijak membuat lipat gunting atau sepakan basikal azizul hasni..hahaha.. Diego Lopez hanya termangu di pintu gol.Ini adalah jaringan ke 3 buat Adebayor dalam 2 perlawanan dan paling menarik semuanya di assist oleh Fabregas.Korang main beregu 2 orang jek la lepas nih.Villareal terus memasukkan Robert Pires bagi menguatkan jentera mereka,Arsenal jugak mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menutup buku tapi sayang gagal menyudahkan dengan baik, on target pun tidak.10 minit terakhir Villareal mula mendapat rentak terus mengasak benteng gelabah Arsenal tapi ketenangan dan pengalaman mereka menyerap asakan mengekalkan kedudukan hingga wisel penamat.


1-1.Advantage kepada Arsenal dengan bermain di tempat sendiri berbekalkan sebijik away gol terimakasih pada Adebayor.Jumpe kembali di Emirates 15 April.