Atikel sebelum ni nampaknya keluar lebih awal dari Arsenal.Com. Memang betul interview bersama Arsene Wenger telah dilakukan oleh majalah Perancis Le Parisien, dengan intipatinya lebih kurang sama cuma pengolahannya mungkin sedikit berbeza.tak pasti pula sama ada NOTW menokok tambah tapi ape yang pasti ianya cukup direct dan kritis berbanding website rasmi yang cukup positif dan optimis.Pokok pangkalnya, ape yang telah diakui oleh Wenger itu memang ade benarnya.
Namun ape yang ingin disembangkan untuk post kali ini adalah mengenai masalah yang nampak tiada penghujungnya dalam skuad Arsenal tak lain dan tak bukan iaitu kecederaan.Abaikan Rosicky dalam kes ini. Seperti yang sedia maklum, di saat2 Arsenal melalui minggu yang begitu penting dan mendebarkan, bagi wenger ia paling menmpersonakan malah Wenger sendiri yang tidak sabar2 menunggu Selasa depan.Biarpun dalam keadaan sekarang dengan skuad yang masih belum terbaik, tapi Wenger begitu beriya2 tak sabar2 nak menghadapi cabaran dan risiko menghadapi Villareal, Chelsea dan Liverpool dalm tempoh mase seminggu.Perlu diingat, Rabu depan kite mungkin sudah melayakkan diri ke separuh akhir UCL, Final FA cup dan mengekalkan rekod tanpa liga dalam 18 perlawanan, tapi kita juga mampu untuk menjangkakan situasi paling teruk di mana kite tersingkir dari 2 2 piala, dan rekod tanpa kalah lebur di anfield.Aku tau ape yang bermain di fikiran anda ialah dengan masalah kecederaan terutama dibahagian paling penting seperti pertahanan, adakah kita mampu mengharapkan segalanya berjalan ikut nafsu kita yang sentiasa inginkan kemenangan.Dan paling cuak apabila anda terpaksa menantikan jawapan kini yang terletak di tangan Fabiansk, Sagna, Toure, Mr Potatao head, dan Gibbsy...
Bukan, bukan aku nak mengatakan yang lain tak ambil port , memang kita menang dan kalah sebagai satu pasukan tapi buat masa ini jentera pertahanan lah yang dilihat sebagai liabiliti dalam pasukan. Secara jujurnya aku pada awal2 permulaan tak kisah langsung Fabianski menjaga gawang dengan reputasinya sebagai penjaga gol terbaik liga Poland dan pilihan utama selain Boruc untuk negaranya.Dan aku akui aku agak kritis pada Almunia, sampai sekarang pun masih wujud tapi dah semakin berkurang.Lama kelamaan Almunia berjaya mendapatkan kepercayaan dan penghormatan aku.Sedikit lagi masa mungkin aku akan akui die sebagai penjaga gol no 1 Arsenal.Tapi bila melihat balik kegelabahan Fabianski terutama dalam game bertemu Wigan tempoh hari, timbul rase sedikit ragu2 dan kerisauan.Mampukah Fab menggalas cabaran di saat genting.Die sendiri mengakui agak sukar untuk dirinya mempersembahkan yang terbaik di saat2 yang genting.Fabianski, mampu tak mampu mung kene mampu gak, kalu dop, mampuh mung..Hidup mati Arsenal ni.
Nak dijadikan cerita lagi suspen, ditambah lah babak di mana arjuna malang William Gallas terpaksa melupakan baki musim ini.Segalanya berlaku akibat tackle bodoh Song terhadap Rossi yang bajet laju macam velentino RossiHanye song sahaja yang tau niat di hati.Tapi dah terlambat, Arsenal memang sah bakal kehilangan bekas kaptennye dalam tempoh masa yang panjang melainkan keajaiban berlaku.Lagi memburukkan kedaan, seperti sudah terkena sumpahan, seorang lagi CB Arsenal Jozan pulak diusung keluar mase match bertemu Wigan.Ini tak lain dan tak bukan memberikan peluang depan mata menguji perisai antiknya Mr.Potato Head.Untuk instant success, taktikal Wenger nampak berjaya dengan si potato head berjaya menjaringkan gol pendahuluan.Tapi untuk jangka masa panjang, bolehkah gandingan Sagna-Toure-Potato-Gibbs boleh coupe dengan tekanan2 yang bakal melanda terutama seminggu nih?Aku ketepikan Clichy yang cedera tulang belakang 2 minggu kerana kite sekarang sedan fokus untuk tempoh terdekat ni(3 match penting)
Dilihat dari wajah Jozan ketika diusung keluar mencerminkan suatu yang lebih buruk.Wenger belum memberitahu berapa lama tapi paling kurang die memang tak akan beraksi menentang Villareal.Beranikah Wenger mengamblekan Gibbs yang dilihat berpotensi tapi kurang pengalaman, beranikah wenger mengambil risiko seedangkan die tah betapa sangapnya peminat, pemain dan dia sendiri untuk menjulang piala biarpun FA Cup saje? Segalanya akan terjawab dalam match2 tersebut nanti ,bagaimanakah rombakan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah di kementerian pertahanan. ADe option lain, memanggil Eboue bermain RB, Sagna ke LB atau Sagna ke CB dan Silvestre ke LB dan yang agak mengerikan Song dipanggil ke CB(walaupun ade saat2 die beraksi cemerlang-lawan man u- season lepas- tapi perlu diakui DM adalah posisi paling baik bagi Song dan die kini sedang merangkak kemajuan di posisi tersebut). Pernahkah terfikir hendak memanggil pulang Sanderos tak pun Nordtveit dari pinjaman,masalahnya boleh ke tak boleh kerana aku sangsi Milan dan Salamanca ade masukkan option tu dalam deal mereka dulu.
Atau jika Song dipanggil ke CB Mungkin Fabregas akan beraksi lebih deeper bagi melindungi rakan2 di bawah.Wenger sendiri merasakan dalam sesuatu taktikal, posisi paling afdal bagi Cesc adalah lebih defensive kerana Cesc lebih suka kutip bola dari bawah dan merupakan akar kepada arkitek selain mampu melihat keseluruhan keadaan dari positioningnya ketika itu.Tambah Wenger lagi Cesc mempunyai long pass yang smart dan 4 assit dari 3 match membuktikan impak Cesc dalam pasukan.Biarlah die berehat awal season dulu, pulangannya, Arsenal semakin kuat dengan momenutm yang dibina oleh Cesc dan perlu diingat die belum menemui prestasi terbaik.Jadi banyak lagi yang boleh diharapkan.Dengan Cesc bermain lebih ke bawah, ni membuka ruang dan peluang kepada Diaby, Denilson(?) Walcott dan Nasri yang mempunyai lebih pace dan dalam perlawanan domestik Arshavin, cukup offensive bukan.
Tak kisahlah siapa pun yang mengemudi perisai Arsenal, siapa pun yang sarung jersey Arsenal atas padang tu, itulah yg akan disokong.Ramai yang bertanyakan tentang status Dudu, secara jujur, aku pun belum tahu, esok mungkin ade berita..
Isnin, 13 April 2009
Masalah Perisai.
8:36 PTG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan