Rabu, 15 April 2009

Pre Match : Karamkan kapal selam


Arsenal mempunyai tugas getir malam ni bukan sahaja tembak, letup C4 malah perlu menenggelamkan terus kapal selam sebagai bahan bukti, bahan bukti yang Arsenal merupakan antara kelab terbaik di Eropah sebaik sahaja melangkah ke semi final ke 2 dalam tempoh 4 tahun. Ramai yang beranggapan minggu ini adalah minggu hidup mati Arsenal, ini kerana selepas match awal pagi nanti, Arsenal akan berdepan dengan Chelsea di Wembley kemudian Liverpool di Anfield.Tapi untuk jadi yang terbaik Wenger harus menurunkan barisan terbaik, takde gune nak simpan2 atau jimat tenaga, all out malam ni.Malam ni adalah malam ni.. esok lain punya cerita.Pandai2 lah.Sini adalah tahap di mana manager harus slumber gamble dan mengambil risiko agar tak berputih mata.Hidangan dah disediakan, tinggal nak makan jek.Bukannye Villareal mudah dimakan mahupun ditelan, tapi kene potong kecik2 dulu , kunyah perlahan2, baru terasa seksa Pallegrini dan anak2 buahnya.Biarpun Cani dan Marcos Senak takde, Robert Pires tetap ade dan Bobby, selamat 'pulang' ke gagang.

Wenger menyeru 'pemain ke-12' yakni para peminat supaya memberi sokongan menggila.Ya memang aku dah lama bagi sokongan menggila, sealalunya sanggup tak tdo berjaga malam biarpun esok terpaksa mencari sesuap rezeki, tak ke gila bola namanya.Tapi Wenger menuntut agar sokongan diberikan secara berhemah dan tidak seperti orang gila yang boleh memudaratkan.Kate2 ini disampaikan Wenger sempena ulang tahun ke 20 Hillsborough disaster dan juga kejadian yang menimpa dalam liga Malaysia sendiri.

Biarpun masalah kecederaan, Wenger pasti ade formulanya dan pemain back up akan step up.Silvestre akan menggunakan sepenuh pengalamannya untuk membimbing Gibbs.Biarpun skuad FA cup adalah skuad yang lengkap kerana Arshavin dilayakkan beraksi, tapi player lain juga mampu menggalas cabaran dan ini diakui Wenger sebagai teen spirit.Wenger peminat lagu nirvana mungkin.RVP yang masih mempunyai masalah sedikit akan discan terlebih dahulu, kalau lulus, die mungkin disenaraikan dalam skuad.Barisan dan skuad kemungkinan:

-------------Fabianski------------
Sagna-----Toure----Silvestre----Gibbs
----------Song-----Denilson-------
Walcott------Fabregas----------Nasri
-------------Adebayor--------------

Manone
Diaby
Eboue
RVP
Bendi
Eduardo
Ramsey

Kalau kite score first, ade pro dan kontra, mungkin kite akan duduk bertahan dan Villareal akan menyerang bertubi, walaupun leading 1-0, 5 minit tinggal pun masih belum selamat.Jika mereka score first, match akan menjadi sangat menarik dan open dan mengganggu psikologi para penonton.Jika 0-0 tinggal seminit pun, lagi laa... Itulah Champions League, anda tak akan tahu ape yang berlaku, home away goal, kejutan, banyak benda yang boleh diambil kire.Aku harap ini bukan kali terakhir (kecuali lawan liverpool minggu depan) aku berjaga awal2 pagi untk tgk aksi Arsenal season ni.Jadi kemenangan paling selesa mesti dimulakan dengan pendahuluan 2-0. Upah ayam belakang rumah berkokok 240 am.


0 ulasan: