Khamis, 16 April 2009

Post-Match : Mara Berbara!







JIka anda seorang penyokong Arsenal pagi ini anda sedang dalam keadaan riang2 ubi, tersengih, semangat untuk ker kerja walaupun ngantuk , gelak walaupun lawak bodoh dari rakan2 anda,breakfast nasi lemak siap tak kesah tambah ayam berempah biarpun harga yang lebih mahal dan segalanya seperti positif semuanya seperti tak kisah lagi.Ini kerana awal pagi tadi Arsnal secara sahihnya telah menempah tiket ke perlawanan separuh akhir liga juara2 eropah.



Biarpun turun dengan hanya kolo Toure sebagai defend utama di mana Almunida, Gallas, Clichy dah awal2 injured manakala Sagna tibe2 dilanda selsema burung (jangkitan nasri kut) Villareal agak segan menguji dan defend Arsenal tetap clean sheat buat keberapa kalitah di Emirates.Sekaligus rekod tanpa kalah di Emirates dalam kejohanan Eropah masih tersergam indah.

3-0 jaringannya.Agregat 4-1. Kesian Villareal, biarpun agak teknikal di first leg dan berjaya mengunci pergerakan arsenal namun skuad yang hadir ke Emirates ni bagai watak berbeza.Dengan Marcos Sena takde dan santi carzola yang patah kaki, takde ape yang boleh diharapkan oleh 2 3 ribu penyokong kapal selam yang hadir ke kota London. Pires start, dan awal2 diberi penghormatan apabila namanya disebutkan oleh announcer stadium.Arsenal menyenaraikan Eboue menggantikan Sagna di saat2 akhir melengkapkan back 5 yg cukup mencemaskan tapi mampu diharap.Cuba teka ape yang menarik, Denilson didropkan dan bagi Wenger perkataan yang paling sesuai 'direhatkan'.Fabregas digandingkan di tengah2 pelamin bersama Song, Nasri dan Walcott jadi pengapit.Depan letak RVP dan Adebayor.Ini bukti ARsenal nak main attack kate WEnger.Sambil commentator pada suatu ketika berkata Arsenal ni main Gung Ho walaupun dah leading 3 bijik.Tapi ulasan pengulas yang berat sebelah memanjang membuatkan aku perut aku memulas2 dengar die asyik berkata, Arsenal mngkin mampu ke separuh akhir dan prospek nya bertemu Manchester United, walaupun perlawana baru start seminit dua.Ok takpe, tapi ini duk ulang2 sepanjang match, mane hilangnya respect pada porto?

Kembali ke match, gol Walcott seawal minit ke 10 memudahkan segalanya, dengan tenang die chip bola lambung melepasi diego lopez hasil hantaran eboue dan back held Fabregas, memang smart.Gol kedua adalah kuncinya, ketika Villareal masuk memulakan separh masa kedua dengan lebih agresif dan mula mencari rentak, arsenal pantas melakukan counter attack tandukan fabregas sampai ke RVP yang membuka ruang untuk Adebayor kemudian passing ke arah pemain togo..2-0.Seakan2 tamparan buat Pallegrini yang baru terkial2 nak tukar taktik melakukan 2 pertukaran serentak.Kemudian gol ke 3 penalti RVP sekaligus menenggelamkan terus kapal selam ke dasar laut bawah kerak bumi dan tidak timbul2 lagi.Walaupun mereka bermain 10 orang akibat sebastian Eguren dibuang padang, sebenarnya mereka telah hilang rentak sebelum itu lagi. Pemain2 meraikan jaringan dengan tarian mula2 Adebayor, Eboue, Song dan Silvestre tbe2 nyampuk.Kemudian gol RVp pun die turut belajar menari.. Wenger pun dah macam menari kingkong.Aduhai, biarlah mereka merasai perasaan ini..mereka wajar bergembira dan berbangga.


Jadi semi final akan bertemu Manchester United seperti yang 'dijangka' oleh pengulas game tadi.Perlawanan yang bakal mencatat sejarah rekod pertemuan kali pertama dalam kejohanan eropah.Yang tak tahu hujung pangkal dan kesudahannya.50-50, mana2 team boleh layak atau tersungkur dalam peringkat kalah mati macam ni.Pendek kata, siapa yang tengah on form masa hari perlawanan, merekalah yang mara ke kemuncak piala bertelinga besar.Jadi tak perlu risau bukan, sebaliknya lebih yakin dan beremangat, pasti satu perlawanan yang menyeronokkan! Hey, inikan kejohanan Eropah, bawak je siapa2 pun, siapa yang datang , itulah yang kita layan untuk jadi juara. Landasan dah semakin dekat, cuma station berikutnya agak sesak sket..sesak dengan peminat di kedai mamak..

Bagaimanapun, lupekan dulu, sasaran short term seterusnya, Chelsea..


1 ulasan:

retrofungus berkata...

Commentator tu sebijik mcm hasbullah awang yang berat sebelah kat selangor,muahaha