Rabu, 8 April 2009

Post-Match: Silap mata Adebayor


Cukup melegakan.Arsenal diberi tali hayat apabila separuh mase kedua gol terbaik dari kebun milik Adebayor, menyamakan kedudukan sekaligus memberi kelebihan mungkin kepada Arsenal dari segi away gol.Perlawanan sebentar tadi agak menarik dan seimbang dengan gol2 magic dicipta dari kedua2 belah pasukan.Jika Marcos Senna mampu buat, Adebayor pun mampu buat!Villareal menguasai 1st half manakala Arsenal kembali ke landasan dan merampas pengusaaan di 2nd half.Jangan pandang rendah terutama pada si kuda tua.Awal2 lagi aku dapat rasakan Villareal akan memberi kesukaran dan mereka membuktikan mereka juga terdiri dari pasukan yang baik.

Arsenal turun dengan line up yang telah diramal tepat dengan 2 orang player yang baru melepasi ujian kecergasan diturunkan dalam 1st eleven Nasri dan Walcott.Tapi malang tidak berbau bacin apabila awal2 lagi Almunia kelihatan terhincut2 akibat ditackle oleh pemain Villareal.Dan minit ke 10, Marcos Senna entah dari mana muncul dengna tendangan torpedo yang dilepaskan kapal selam kuning membangkitkan Arsenal dari tido.Selang lebih kurang 20 minit selepas itu, Almunia dah tak boleh tahan, dan baru digantikan dengan Fabianski, masuk2 terus double save dapat mengembalikan konfidennya yang nampak gugup.Nasib Arsenal bertambah malang apabil CB konsisten paling berpengalaman, William Gallas pula terpaksa dikeluarkan, ramai pemerhati dan pengulas menyangka Silvestre yang nampak berlari2 kucing di tepi padang akan masuk, dan akhirnya Wenger memilih untuk mempercayai Jozan yang lebih mendapat banyak match season ni.Cesc Fabregas nampaknya tak sempat berguru dengan Henry sepenuhnya, free kick yang diambil ketika pihak lawan gelabah2 mencipta benteng menembusi gawang,namun ia tak dikira kerana ref botak masih belum meniup wisel malah lebih teruk, Cesc dilayangkan kad kuning.Fabregas lupe tanye Henry bahagian meyakinkan ref atau mintak izin sebelum amek free kick.Ketinggalan 1 gol, kehilangan penjaga gol dan CB utama, 3 kad kuning, dan main kalut tah pape merumuskan 1st half Arsenal yang begitu gelabah dan tak tersusun.

Separuh mase kedua, Arsenal bermula dengan penuh yakin, mula push forward, Dengan Fabianski lebih banyak melepak 15 minit pertama.Dan di minit ke 66 dengan tidak semena2, kite yang menyaksikan di TV ni tbe2 terpegun, aik, gol?? sambutan delay sekejap, kemudian barulah menjerit sakan.Ini kerana pada ketika Adebayor mengeluarkan bakat takrawnye itu, TV menyiarkan satu ulang tayang lain dan apabila sedar2 jek nampak dengan mata kasar macam Adebayor jatuh seperti nangka busuk, rupanya jika dilihat secara halus , itulah seni skill persembahannya malam ini dengan gol yang agak superb.Mendada bola hantaran lob Cesc Fabregas kapten unggul, Ade bijak membuat lipat gunting atau sepakan basikal azizul hasni..hahaha.. Diego Lopez hanya termangu di pintu gol.Ini adalah jaringan ke 3 buat Adebayor dalam 2 perlawanan dan paling menarik semuanya di assist oleh Fabregas.Korang main beregu 2 orang jek la lepas nih.Villareal terus memasukkan Robert Pires bagi menguatkan jentera mereka,Arsenal jugak mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menutup buku tapi sayang gagal menyudahkan dengan baik, on target pun tidak.10 minit terakhir Villareal mula mendapat rentak terus mengasak benteng gelabah Arsenal tapi ketenangan dan pengalaman mereka menyerap asakan mengekalkan kedudukan hingga wisel penamat.


1-1.Advantage kepada Arsenal dengan bermain di tempat sendiri berbekalkan sebijik away gol terimakasih pada Adebayor.Jumpe kembali di Emirates 15 April.


0 ulasan: