Khamis, 9 April 2009

Wenger: Pemain2 ni degil2 belaka.

Anda pernah sering dimarah ooleh ibu bpa mahupun cikgu kerana bersikap degil, tak makan saman? Wenger juga mempunyai anak buah yang berperangai sama namun dia sikit pun tak marah bahkan lebih memuji menggunung.Ya, ape yang ditaksrikan sebagai 'degil' dalam kamus falsafah Wenger adalah para pemain mudanya tak mudah mengaku kalah.


Wenger menambah skuad ni dah mula menunjukkan kekuatan mental sejak mula season lagi.Bila ade rintangan dan tembok besar yang menghalang, pastinya pemain2 muda ini dapat mencari jalan keluar dan cara penyelesaian yang begitu mengagumkan bagi peringkat umur seperti mereka.Pemain begitu degil dan liat untuk mengaku kalah, fokus diberikan dan momentum diteruskan.Sedar tak sedar, konsistensi sudah mula dibina game by game dan buktinya sekarang, walaupun dalam tempoh yang sukar satu match setiap 3 hari mereka sudah mampu memberi perhatian.

Wenger begitu yakin skuadnya mempunyai segala ramuan untuk berada dalam kelompok 4 terbaik eropah season ni.Walaupun akan menjangkakan saingan menggila dari Villareal di Emirates minggu depan,Wenger tetap bersungguh2 dan percaya dengan kepulangan beberapa player, Arsenal mampu bermain dengan gaya tersendiri.

Pemain2 sendiri sudah mula melaungkan keyakinan mereka mampu pergi jauh dari sini tetapi tidak memandang rendah keupayaan Villareal yang menewaskan team Gilberto di Athens.Adebayor dengan gol nya yang di luar jangkaan turut menambah bahawa jika Arsenal mampu bermain seperti biasa di Emirates, masalah tak akan datang tapi kalau sengaja cari pasal main 'luar biasa', tengoklah macam mane nanti..



Selain itu , berita tentang kecederaan Gallas dan Almunia masih belum dapat disahkan tapi laporan awal mengatakan ia tak berapa baik.Almunia telah kompom hilang 2-3 minggu.Di sinilah Wenger mula memberi semangat kepada Lukasz(bace wookash) Fabianski.Wenger menyatakan betapa pentingnya mempunyai 2 world class goalkeeper di peringkat ini.Walaupun berasa agak simpati dengan nasib penjaga gol kedua yang kurang peluang bermain, tapi back up perlulah sentiasa bersedia kerana bila2 mase saja ape2 boleh jadi dan keeper tersebut perlulah step up dengan jayanya.Setakat ini, Fabianski telah menunjukkan die mampu mengawal keadaan biarpun kelihatan agak gugup, tapi setelah match bertemu Wigan, Villareal, Chelsea(semi fa) dan Liverpool nanti barulah kite dapat menilai betapa sedianya dia.Kebetulan, minggu ni die akan start bertemu Wigan, match yang mempunyai sejarah tersendiri baginya...


Gallas pulak masih perlu diberi rawatan lanjutan dan penelitian.Namun nampak kurang memberangsangkan kerana kecederaannya berkaitan ligamen lutut, same macam Cesc.Kalau tak teruk pun mau 2 3 minggu, dan paling teruk mungkin sampai habis season.Jadi pilihlah antara Jozan atau alien Workshop.Tapi dah seakan2 pattern di Arsenal, pemain cedera silih berganti.Bile laa nak ade skuad yang lengkap..hurmm..

Tak habis2 lagi, tengah dok syok2 Fabregas nak rase feel kembali di atas padang, banyak pulak kes2 luar padang yang membelenggu tak pasal2 kene turun naik 'court'.Kini FA hendak mendengar kenyataan Fabreegas dan Arsenal berkaitan dengan isu 'malouda' setelah Phil Brown yang dungu dan konco2nya telah membuat aduan.Walaupun dah dinafikan beberapa kali, Brown tak habis2 nak serang peribadi demi mengalih isu kekalahan Hull yang kini menghampiri Zone relegation.takut kene pecat laa tu.Bukan itu sahaja, kini UEFA pual tengah menyiasa insiden melontar syiling ke arah Cesc Fabregas pada ketika pertemuan dengan Villareal tempoh hari.Ketika Corner, Fabregas dilempar2 kan dengan objek2 antaranya kotak2 dan tbe2 ade pulak duit syiling.Syiling tersebut dikutip Cesc dan ditunjukkan kepada pengadil botak dari Norway.Perkara ini masih dalam siasatan dan akan diambil tindakan lanjut.
isk3..lempar batu sembunyi tangan.


0 ulasan: