Jumaat, 24 April 2009

RVP ilek, Adebayor Almunia Jozan kembali

Bersempena dengan perlawanan Ahad ini menentang Boro, sedikit berita update tentang kecederaan.Dimulakan dengan berita yang kurang baik tapi dah dijangka, leading scorer Arsenal musim ini dengan 17 gol RVP masih terpaksa diketepikan termasuk match Champions League menentang Man U tengah minggu.Paling awal die kembali menentang Pompey minggu depan.RVP yang kite tahu memeng cukup penting ketika pertengahan liga dulu dengan prestasi yang memukau pantang cedera, sekali pergi international kalau cedera habislah.Dan perkara yang paling kite takuti nampaknya kini berulang kembali.Cuma season ni injury tak berpanjangan, itu yang positif.

Berita memberangsangkan apabila Almunia, telah kembali menjalani full training semalam begitu juga dengan Jozan.Kedua2nya bakal kembali dalam skuad.Fabianski yang mengakui minggu lepas adalah 'minggu gila' baginya boleh menarik nafas lega kerana kuranglah tekanan darah tinggi di usia muda.Seminggu yang lalu aku mnyebut minggu genting Arsenal dan resultnya 1 menang 1 seri 1 kalah.Kurang memuaskan tapi kita masih lagi dalam perebutan 1 piala.Jozan pula bakal memberi option untuk wenger membuat rotation kerana defend Arsenal yang sememangnya rapuh di bawah Mr Potato Head dan Kolo Toure kelihatan kesemputan dan kepenatan umpama pemain veteran yang tak mendapat duit pencen.Sagna yang merapu buat kali pertama season ni ketika bertemu Liverpool juga perlu kembali ke form sebenar secepat mungkin. Gael Clichy hanya akan kembali untuk 2nd leg tapi Gibbsy dilihat mampu mengawal keadaan.

Adebayor masih memerlukan 48 jam sebelum disahkan benar2 fit untuk bertemu bekas anak buah Tony Adams.Bendi lah harapan? aku harap Eduardo pulak kali ini mendapat peluang debut liga.Bayangkan jika Eduardo di depan dan kemudian di support oleh Arshavin pergh.. mantap beb.

Belia Arsenal pulak menghadiahkan kepada peminat sesuatu yang tak dapat dihadiahkan pemain senior apabila berjaya melangkah ke final Fa Youth Cup denagn menewaskan Mancis 4-1 sekaligus agregat 6-2.Tahniah! BIntang muda Sanchez Watt 18 score 2 bijik dan JAck Wilshere pun score tau penalti.Ada masae depan..

Last sekali, kalau anda sudah lama meninggalkan kerjaya di sebuah syarikat dan syarikat itu sebenarnya yang menaikkan nama anda, secara logiknya patutkah anda memburukkan2 syarikat lama anda?? Seseorang looser akan dilihat menjadikan syarikat lama sebagai alasan kegagalannya berjaya di tempat lain.Jadi pekerja yang tak mengenang budi semacam ini boleh pergi mampus.Kesimpulannya Anelka dan kenyataannya boleh pergi mampus!!Kini aku letakkan tarafnya serendah Cashley Hole.Nasib baik dia pindah,Henry sejuta kali lebih kualiti.

Bukan nak puji man u , nak kutuk anelka..


0 ulasan: