Ahad, 26 April 2009

Pre Match : Pentingnya tempat ke-3

Barulah aku tahu mengapa Wenger begitu mementingkan Premier legaue walaupun peluang kejuaraan dah semakin jauh.Ini kerana peraturan baru UEFA tempat ke 3 juga telah boleh layak secara automatik ke peringkat kumpulan manakala tempat ke 4 perlulah melalui kelayakan terbuka sesuatu situasi yang membolehkan Arsenal bertemu dengan team2 seperti Valencia, Bayern mahupun Milan atau mane2 team yang masuk kelayakan jika terkena undian.Itulah fahaman aku setakat ini, betulkan jika aku tersilap.Tapi memang tempat ke 3 dan ke 4 adalah sesuatu yang membezakan.Ini mungkin salah satu idea bodoh si anti Wenger iaitu Michele Platini bagi mengurangkan penguasaan dari BPL secara strategi halus.

Kalau begitu memang satu kerugian la seri dengan Liverpool hari tu di saat kemennangan dalam genggaman.Chelsea ketika itu mampu dikejar.Jadi kemenangan adalah wajib malam ini bagi memberi tekanan sebelum masing2 bertemu di Emirates 2 minggu lagi.

Tiada kasihan kepada pasukan yang sedang dilanda masalah Boro.Hanya 2 menang dalam 21 perlawanan dan gagal score dalam last 16 game mereka.Amek ko Aliadiere.Kah kah kah.Tapi dalam 5 pertemuan sebelum ini Arsenal gagal menewaskan Boro bawah Southgate dan selalu diberi ruang sukar oleh mereka ini.Mereka jugak lah team yang entah muncul dari mana memberi kejutan musim ini mengalahkan Liverpool.

Almmunia kembali Jozan kembali dan begitu juga Adebayor kecuali RVP yang masih dibelenggu kecederaan.Kehadiran Almunia dan Jozan pastinya dapat memeberi peluang kepada defend agar mencari keserasian sebelum bertemu Unitaed dalam saingan UCL tgh minggu ni.Selain itu Silvestre Fabianski boleh berehat dan muhasabah diri mencari semula semangat yang hilang dari persembahan seperti yoyo ketika mereka mengambil alih tugas utama minggu lalu.Arshavin pasti menjadi tumpuan dengan persembahan hero pastinya diharapkan tapi Arshavin tetap manusia biasa, tiada magic yang boleh dilakukan setiap minggu. Aku ingin melihat Eduardo diberi peluang malam ini berbanding Bendi,Vela jugak patut diberi peluang.

-----------Almunia-------------
Sagna---Toure-----Jozan---Gibbs
---------Song---Fabregas-------
Arshavin-------------------Vela
----------Ade---Dudu-----------

Fabianski
Silvestre
Eboue
Walcott
Nasri
Ramsey
Wilshere

Tapi wenger agak sukar untuk tidak menyenariakan Double Dungu pastinya.

Macam takde live rasanya, mungkin sekadar match delayed.Ini yang membuatkan aku bertambah menyirap bandung dengan Astro.Match hanya akan disiarkan jam 1030 di ESPN, ape2 pun berlakon macam tak tahu result la nampaknya.Putuskan hubungan dengan dunia luar.Arsenal 4- Boro 0.


0 ulasan: