Selasa, 28 April 2009

SAF vs TAW

"Yang penting menang, lebih baik menang dari rehatkan player untuk kalah" itulah yang diungkapkan Wenger apabila memilih untuk menurunkan skuad utama biarpun bertemu Boro.Pandai la pulak die.Utama tak utama sangat la tapi yang penting Fabregas taboh 2 bijik, semakin hari makin sharp, game by game katenye.Mujurlah tu, elok bebenor di saat2 musim tengah mencanak ni,pemain2 step up ke gear yang lebih tinggi.Semasa bertemu Boro, Fabregas diletakkan labih attacking manakala Nasri lebih ke dalam bawah sikit.Dan Wenger mengakui agak praktikal jugak taktik tu tapi perlu dikaji dengan lebih mendalam apa output yan bakal hadir.Nasri jugak dilihat seronok untuk mengutip bola dari bawah dan bertindak sebagai arkitek cuma no offense to Boro tapi memang kurang ancaman hari tu dan die belum dapat diuji dengan sebenarnya.Jadi adakah dengan merehatkan Song, 'Lagu' itu akan kelihatan nanti.



Menyentuh mengenai clash of the titans, Arsenal vs Man U di Old Trafford awal pagi Khamis nanti.Edisi pertama daripada 3 episod yang bakal mendatang.Medan Champins League Semi Final menjadi saksi 2 otai lama bola sepak Inggeris yang penuh dengan sejarah mewarnai pertembungan tradisi dan saling hormat menghormati, Sir Alex Ferguson vs Tun Arsene Wenger.Kenapa digelar Tun? kerana die bebas dari segala hukuman dan undang2 tubuh kelab Arsenal di mana beliau dijadikan pengurus paling selamat di dunia walau ape jua yang berlaku sekalipun.Tak perlulah diingatkan sejarah rivalry antara kedua2 tokoh ni, sebab nak crite berposting2 tak habis, tapi bagi yang dah mengikuti EPL sejak tahun gajah lagi pastinya sudah sedia maklum.Cuma 2 3 musim sekarang ni mereka dah semakin lama makin matang, ye la dah otai pun namanya. Tiada lagi gaduh2 , caci maki macam budak2, tuding menuding, mind games yang sering dicanangkan media sebagai batu api.Kini yang tingggal adalah bibit2 respect, cool and rilex membiarkan kepada pemain2 terutama penyokong2nya pulak berjuang dalam 'perang dingin'.



Untuk malam Rabu nanti Tun Arsene menyifatkan peraturan away gol adalah pemangkin untuk mereka menyerang bermati matian sebagai pasukan pelawat.Standard la tu , bile dah buat peraturan semacam ini, pasukan tuan rmah pastinya mengambil langkah berhati2 agar tak dibocori kerana clean sheat adalah amat penting dalam pertandingan kalah mati ni.Naib Kapten Kolo Toure yakin Arsenal boleh main dengan corak slumber 'Wenger ball' kerana tekanan pastinya lebih kepada Man U yang menjadi pasukan pilihan untuk dikalahkan selain bermain di tempat sendiri.

Kedua2 team bermain dengan corak yang agak open dan pastinya satu pertemuan yang menarik untuk ditonton bagi peminat2 bola sepak neutral.Biarpun serangan kedua2 pasukan tampak menggila tapi sejk kebelakangan ini mereka mempunyai masalah yang hampir sama iaitu defend yang buat gila.Arsenal lebih gila kerana kehilangan Gallas dan Clichy.Biarpun Almunia kembali ke gawang, Silvestre pulak yang 50/50.Alasan Tun Wenger kut taknak turunkan badut yang bakal jadi liabiliti kerana pastinya tempoh 9 tahun, SAF dah cukup masak dengan kelemahan Silvestre untuk dieksploitasikan.Jozan yang belum 100 fit dari kecederaan lutut pun nampak agak shaky tempoh hari.Tapi Toure mempunyai pengalaman untuk membantu para belia.Merupakan salah seorang dari survival skuad starting line up final 2006, Toure tau ape yang diperlukan untuk peringkat ini.Gibbs yang menggantikan Clichy jugak dipuji Toure dengan persembahan cukup meyakinkan membuatkan Fan rasa 'kurang rindu' pada Clichy.

Belum sempat Skuad Senior mara terlebih dahulu, skuad belia muda remaja rakan muda Arsenal berjaya mara ke final FA Youth Cup.Dan lawannya adalah Liverpool, 22 May di staidum Emirates dan 2nd leg 26 May di Anfield.Biarpun mereka yang mara ke final dulu, tapi diharapkan sewaktu tarikh tersebut Skuad Senior dah terlebih dahulu berarak dengan Piala idaman.


0 ulasan: