Akhirnya Arsenal pulang ke Wembley Yang pernah satu ketika menjadi 'rumah' Arsenal bagi kejohanan eropah biarpun Wenger lebih mengngati nostalgia dan merindui kegemilangan rumput padang lama berbanding yang baru.Namun cita2 sebahagian besar pemain Arsenal yang rata2 berwajah baru untuk beraksi di stadium tertua ini akhirnya tercapai, antara yang tersenyum riang pastinya RVP yang sudah lama mengidamkannya.
RVP biarpun terpaksa berdepan warga senegaranya Guss Hiddink yang dianggapnya mempunyai sentuhan Midas tak akan melepaskan peluang untuk bermati-matian agar Arsenal dapat kembali semula ke Wembley bulan depan dalam perebutan grand prize.Siapa tak kenal Gus Hiddink,lihat sahajalah apa sahaja team yang dipeganggnya pasti merasa nikmat kebahagiaan jika tidak pun kebanggaan.PSV, Holland,Korea Selatan, Australia dan kini Russia sambil Chelsea semua prestasi meraka sangat2 boleh dibanggakan. Biarpun hanya memegang Chelsea sebagai caretaker buat jangka masa yang sekejap tapi rekod menunjukkan 9 menang 2 seri dan sekali kalah dalam 12 perlawanan boleh cukup mendatangkan perasaan iri hati di kalangan manager2 seantero dunia.Jadi Chelsea adalah bodoh jika melepaskan Hiddink pergi begitu sahaja.Bagaimanapun Arshavin dan Hiddink masing saling menghormati dalam kem Russia dan mereka sama2 tiadak akan memburukkan atau membongkar kelemahan masing2.
Ape yang begitu dirisaukan pastinya adalah di bahagian pertahanan.Gallas, Jozan sudah awal2 terkeluar, kini derita ditambah dengan Bacary Sagna yang gagal recover dan telah kompom tak akan beraksi malam ini.Gibbsy pulak perlu menjalani scan kerana groin injury yang dihidapi selepas match Villareal, peluangnya hanya 80% untuk malam ini.Tinggal sahaja Kolo, Silvestre dan Eboue. Jika Gibbs tak dapat hadir, ini bermakna Alex Song bakal ditarik ke CB dan Silvestre dialihkan ke LB. Mimpi ngerikah Kolo dan siape jua gandingannya terpaksa berhadapan dengan in form Drogba? 8 gol semenjak dari bawah Hiddink.Cara terbaik kate Wenger, kalau selagi Chelsea tak dapat bola, Drogba ni takkan bahaya sepatah haram.
Tapi itulah pentingnya Song sebagai DM di tengah untuk mematikan Lampard kerana pastinya Fabregas akan dikawal ketat oleh Essien yang kembali bagai bulldozer seperti mana die mengikat pergerakan Gerrard.Tapi tak perlu dirisau tak perlu digentar, Arsenal mempunyai jauh lebih banyak option di bahagian serangan,setakat Drogba Adebayor boleh jentik, Diaby boleh terajang kepala Diaby sekali lagi mungkin(bukan ini yang diminta sebenarnye, fair play la..kihkih) RVP lebih berbakat dari Anelka, Eduardo lebih tajam dari Kalou.Yang paling penting dan paling aku suka Cup Domestic ni Arsenal boleh bermain dengan skuad yang lengkap.'Lengkap' bukan bermaksud lengkap semuanya la sebab memang takkan lengkap pun selagi senarai kecederaan dah berhelai2 muka surat,cuma lengkap ni bermaksud Arshavin jugak boleh main berbeza dengan UCL.
Ivanovic/Carvalho/Alex dan Terry pastinya tak senang duduk, BoxingGua pastinya terkincit hendak 'menari' dengan Nasri manakala tak lain dan tak bukan si traitor Gunners, Cashley Hole termengah2 mengejar kepantasan Walcott.7 gol bolos dari 2 perlawanan membuktikan mereka bukan tengah on form dan mempunyai masalah yang hampir sama dengan Arsenal iaitu pertahanan.Arsene Wenger mengeluarkan kenyataan berbaur 'Menyerang adalah cara paling bagus untuk bertahan'.Jadi tak serupa bikinlah kalau die cuma trunkan satu striker Adebayor untuk 'lead the line' sementara mengharapkan midfield yang compact , tapi mungkin, demi menurunkan anak buah kesayangannya, Denilson , die mungkin menggunakan 4-2-3-1 atau 4-5-1. Namun aku lebih prefer 4-4-2 dengan menentang pemain seperti Mikel, Essien Ballack dan Lampard, Arsenal perluakan lebih banyak man power yang kreatif, menggugurkan RVP, pemain yang boleh mencipta peluang magic seorang diri adalah suatu kesilapan yang besar oleh Wenger.Diingatkan kembali November tahun lepas, RVP dengan slumber menjaringkan 2 gol penting merobohkan jambatan buruk Stamford.
-------------fabianski--------------
Eboue-----Toure----Song------Silvestre
Arshavin--Diaby--Fabregas------Nasri
-----------Ade------RVP--------------
Manone
Vela
Eduardo
Walcott
Ramsey
Denilson
Bendi
Chelsea patut bersyukur dan berterima kasih pada RVP kerana dengan kerobohan itulah mereka mendapat arkitek baru bernama Guss Hiddink.Atau demi Denilson, Walcott mungkin disimpan sebagai senjata rahsia yang boleh mencucuk serta memberi impak sewaktu pemain sudah mula kepenatan.Biarpun Chelsea mempunyai masa rehat yang lebih sehari tapi merekalah yang dipaksa berhabis habisan sebelum seri dengan Liverpool tapi Arsenal hanya bermain bagai angin lalu jek menentang Villareal.
Tempat ke UCL yang dah semakin selamat, 2 semi final suatu kedudukan yang dah lama tak dirasai.Ayuh jangan sia2kan peluang.Terutama bagi pemain2 seperti Fabregas, Arshavin, Adebayor Nasri Gallas Toure Sagna Eduardo meereka semuanya patut layak sudah menjulang berbeapa piala dalam karieer mereka dan biarlah ia dilakukan bersama2 dengan Arsenal.Tiada impian yang lebih membanggakan selain menjulang paial sebagai kapten Arsenal bagi Cesc Fabregas.Ketika ini di saat ini, mimpi untuk menjadi juara berganda double masih belum terpadam, menyala terang dan semakin dekat jadi ayuh jangan persia2kan kesempatan ini.Tiada lagi 'next season'. It is now or future more than now or never for this Arsenal.
Astro Star Sports 813 12:00 AM.. Arsenal 3 Chelsea 2
Sabtu, 18 April 2009
Pre Match: Selamat kembali ke Wembley
11:18 PG
Gunners & Roses
0 ulasan:
Catat Ulasan