Ahad, 12 April 2009

Post- Match: Tengok macam tak tengok

Terlebih dahulu, 'terima kasih' kepada pihak2 terlibat yang tidak menyiarkan perlawanan malam tadi yang penuh aksi dan antara comeback terbaik Arsenal musim ini.Jangan kate live, tertunda pun depa tak buat.Terima kasih diucapkan kerana mengganggu mood malam minggu aku dengan terpaksa menonton secara streaming online atau boleh dikatakan seperti menonton slideshow powerpoint yang statik, hanya beberpa pergerakan jek aku mampu tengok dengan keadaan streaming yang tersekat2.Argghhh.. tension2! Jadi untuk membalas 'budi' meraka, di sini ade highlight bagi peminat2 seMalaysia untuk menonton berkali2 sorotan perlawanan semalam.
Wigan Athletic v Arsenal


Arsenal turun tanpa Nasri dan merehatkan sumber serangan mereka Adebayor, RVP sebaliknya meletakkan Bendi dan Arshavin sebagai support.Tidak menurunkan Eboue, Wenger tetap sayang dengan beregu utama Denilson dan Song.First hald boleh dikatakan kalut dengan Arsenal ketinggalan hasil jaringan Mido, Fabianski agak gelabah mane taknye, defend pun belum serasi.gandingan Toure Jozan tibe2 Gibbs pulak yang main kiri, dan Sagna kekal konsisten di kanan.Lebih teruk, Jozan terpaksa dikeluarkan dan dengar kabo keadaanya tak memberangsangkan sekarang, segala harapan diletakkan ke bahu peman kuda tua Silvestre.Gibbs hampir menerima padah apabila pada satu sudut dilihat sebagai last man yang melakukan foul, ketika semua membayangkan kad merah, Gibbs bernasib baik hanya dilayangkan kad kuning di mana penyokong Wigan begitu berbulu dengan si Gibson nih.Free kick dari foul itu hanya mencium tiang dengan Fabianski hanya mampu menoleh.Arsenal masih diberi ruang bernafas.

Separuh masa kedua, kebuluan penyokong Wigan kepada Gibbs bertambah apabila Fabianski dengan tidak semena2 gopoh meninggalkan gol dan tersalah kira2 lariannya.Ketika pintu gol kosong tandukan mido yang melantun2 nak masuk ke dalam di keluarkan oleh Gibbs dari kawasan bahaya.Sekali lagi, tuah menyebelahi Arsenal.Dan Gol penyamaan muncul menerusi Theo Walcott melalui gandingan 1 2 yang baik dengan pemain katik dari Russia Andrei Arshavin.Selepas gol tersebut, Wenger mukla menyedari ade keupayaan untuk menang dan mengubah taktikal serta barisan pemainnya.Lalu dimasukkan RVP menggantikan Denilson dan lima minit selepas itu Adebayor menggantikan Walcott.Percaya atau tidak, sebaik Denilson yang tak jarang2 sekali disubkan ini keluar digantikan, Arsenal berjaya menaikkan permainan ke gear 5.dengan 4 pemain attacking di hadapan, Bendi, Adebayor, Arshavin, RVP Arsenal atas kertas kelihatan mampu menggila.Dan terbukti.Nampaknya Wenger terpaksalah lebih berani seperti ini lain kali.Jika terpaksa keluarkan Eboue mahupun Denilson, keluarkan tanpa segan silu jika taktikal tersebut mampu merencanakan lebih banyak peluang gol.

Dan Arsenal kembali leading apabila pemain yang tidak disangka2, Silvestre jugak yang menjaringkan gol.Ini gol kedua peribadi bagi dirinya musim ini.Tak de care yang lebih baik dari ni , selain muncul setelah lame menyepi di saat2 anda bukanlah pilihan utama dan tak rasa berpeluang langsung diturunkan namun segala dibalsanya denga persembahan bertenga ditambah pula jaringan.Bagaimana Silvestre ade di dalam kotak penalti apda ketika itu adalah suatu yang jarang2 kite tengok, pengalaman memberikan pemain France itu keyakinan untuk berada pade posisinya. Gandingan baik Arshavin dan Fabregas sebagai arkitek jaringan tersebut turut dipuji.

Tidak hanya mencipta peluang untuk rakan, Arshavin berjaya merakamkan jaringan peribadi keduanya sejak menyertai Arsenal, terima kasih pada Jason Koumas yang meng'assist'.Tak cukup dengan 3 bijik, Song tibe2 bertindak ala2 Messi apabila membuat larian solo ke dalam kotak penalti menewaskan dalam 2 player sebelum merembat kencang, itu kalau EBoue tu mau ke laut agaknya takpun tibe2 ke grand stand penyokong pulak.huhuSong jugak wajr mendapat kredit hasil usha kerasnya malam ini membantu defend yang memang nampak takde clue ape yang mereka patut lakukan sebenarnya terutama di 1st half.

Mission done.3 mata away, terus menekan pasukan2 di atas tak perlu lagi hirau pasukan di bawah buat sementara waktu.Kemenangan yang pasti memberi semangat perjuangan harmoni dan kemantapan moral kepada para pemain bagi menyahut kepulangan Pires di Arsenal Rabu nanti.


0 ulasan: