Khamis, 29 April 2010

Wahai Camak, kemana kau akan tercampak?

Maroune Chamakh. Belum sah dan rasmi tapi rata2 media telah meletakkan namanya di dalam senarai skuad Arsenal musim depan . Wenger sendiri memberi harapan besar tentang perkara ini dan jika ia benar2 berlaku hanya akan diumumkan selepas tamat musim -memang selalu dilakukan Wenger pun, recall balik, jarang signing yang diumumkan ketika di luar musim perpindahan,tambahan pula sikap Wenger yang suka berahsia. Jadi hanya sekadar untuk suka2, mari kita lihat sikit personaliti Si Camak ni.Zasss...




Rabu, 28 April 2010

Masuk keluar keluar masuk

Nampaknya sekali lagi belum habis bulan April kita telah terikut2 rentak mainan media tentang siapa yang masuk dan siapa yang keluar, lebih daripada fokus untuk menghabiskan saki baki musim ini yang hanya satu mata lagi hampir pasti dapat mengesahkan Arsenal mendapat kelayakan automatik ke UCL tahun depan.

Siapa yang masuk? macam2 nama, macam2 posisi namun Wenger menafikan kesemuanya sekali kecuali Maroune Chamakh. Jadi mungkin sudah lengkap pencarian Wenger di bahagian serangan kalau begitu-kalau mengikut Wenger yang kita kenali.Wenger juga sempat memberi hint akan membeli belah awal kerana faktor Piala Dunia.

Siapa pulak yang keluar? calon2? ramai.. yang seakan pasti, ada juga yang timbul daripada wish list para penyokong yang tidak ingin lagi melihat si polan dan si polan menyarung jersey Arsenal.Aku menyebut si polan bukan bermakna penjaga gol Poland, anda yang berimiginasi sendiri dengan wish list tersebut dan itu adalah tanggungjawab anda.

Tapi spekulasi dan gosip tentang mereka yang akan menyarung jersey Arsenal buat kali terakhir tidak pernah lari.Gallas Silvestre Campbell tamat kontrak.Gallas mungkin mahu cabaran baru di negara asalnya atau menyertai ROma di Serie A tempat bintang2 pencen.Silvestre , secara jujur aku rasa Wenger pun sudah cukup menghisap madu itupun kalau ada lagi sisa2 madu yang ditinggalkan oleh Ferguson kerana apa yang ditinggalkan hanyalah sepah lalalitamplom.Campbell, mungkin boleh jadi moral booster bilik persalinan tapi Campbell tidak terdesak untuk sambung kontrak dan dia akan berkahwin, cuti panjang mungkin menjadi option. Dan jangan lupa bekas 'bintang' Milan dan Arsenal, Sanderos yang hanya mampu start 5 game di Everton. Wenger mungkin gagal mencari pembeli jadi option terbaik adalah loan dan Everton mendah tangan ketika itu .Kalau tak silap kontraknya akan habis musim ini, aku tak nampak dia boleh bertahan lama, mungkin memilih untuk beraksi di liga lain.

Sekarang kita mendengar berita tentang Arshavin dan 'mimpi basahlona' nye. Tak pasti daripada mana quote tersebut datang tapi agentnya sendiri memberitahu bahawa dia memang dah buat deal dengan Barcelona 6 bulan sebelum Arshavin ke Arsenal lagi.Namun dia cuba meredakan keadaan memberitahu biasalah jika player upset dengan injury dan kegagalan pasukan, dia akan meracau dan merapu namun Arshavin sayangkan Arsenal dengan syarat Wenger masih kekal di kelab ini musim depan.Itulah yang keluar dari mulut agentnya.Seperti mana kita tahu ejennya itu lah yang menyusahkan Arsenal dengan putar belit sewaktu kita mula2 hendak membelinya dari Zenit.Jadi aku tak terkejut jika perkara ini sengaja digembar gemburkan untuk meng 'unsettle'kan  pemain yang kita tahu satu lagi perpindahan glamor pasti memecahkan poket ejennya. Wenger akan stay, begitu juga Fabregas, dan jika begitu jaminan yang diberikan ejennya, Arshavin besar kemungkinan kekal untuk semusim lagi.

Namun nasib tidak pula diketahui buat Merida yang seakan pasti tidak dapat mengikut jejak langkah perjalanan kerjaya Fabregas. Ini kerana Fabregas adalah antara batch2 awal yang di recruit oleh Wenger dalam projek belianya. Jadi apabila sudah terlalu ramai, sesuatu yang berharga itu kadang2 tenggelam keistimewaannya. Memang sayang untuk melepaskan Merida tetapi aku tidak nampak yang dia boleh menembusi bahagian tengah Arsenal lebih2 lagi denagn 4-3-3 yang kita gunakan sekarang ini  membataskan slot pemain tengah. Antara nama2 belia yang besar reputasi tapi tak sempat menunjukkan prestasi, malah terbelakang sedikit di belakang Ramsey dan Wilshere dalam senarai harapan Wenger.Merida besar kemungkinan tidak memilih untuk menyambung kerjayanya di Arsenal. Wilshere berkemungkinan akan menyambung perpindahannya dengan kelap BPL bagi mencuri seberapa banyak pengalaman yang mungkin. Begitu jugak nasib Watt, M.Nasir( Barazite), JET, Jay Jay(simpson) ,Nordtveit dan rakan2.

Beberapa lagi nama besar yang kurang mendapat tempat seperti Vela dan Eduardo pastinya akan memikirkan kembali nasib mereka di Arsenal dengan kehadiran pemain2 baru nanti.(jika ada) Dengarnya Rosicky juga sedang diintai2 oleh beberapa kelab Jerman, agak sedih untuk melepaskan mereka tapi salah seorang daripada mereka digembar gemburkan semakin hampir menuju jalan kelar Emirates.Dan mengikut tinjauan, wish list pemain yang sepatutnya keluar dariapda para penyokong adalah seperti Almunia, Fabianski, Denilson , Diaby. Itu adalah nama2 kambing hitam yang popular selain Silvestre yang kita tahu Wenger tak sudi beli pengganti kerana akan 'membunuh' kerjaya mereka-suatu alasan yang setiap tahun akan kedengaran.

Dans etiap kali transfer, selain starmen talisman kita Fabregas, pemain versatile yang dulu menjadi cemuhan kini menjadai pujaan para peminat , Eboue jugak pasti berada dalam senarai transfer list media. Kepelbagaian gunanya membuatkan Eboue calon popular terutama di liga Italy dan Spanyol. Kelab yang mahukan mereka bukan calang2, Barca, Inter, Fiorentina, Juve .Pada aku , Eboue adalah backup yang baik untuk disimpan.Sagna Clichy, Wenger takkan melepaskan 2 orang CB hebat dalam defending walaupun overlap tak de hasil. Jdai lupakanlah hajat untuk kelab2 lain meminang 2 bakat besar yang dicungkil Wenger entah dari mana ini.Asyik nak memetik buah Wenger saje, tanam sendiri tak mau!


Isnin, 26 April 2010

Selayaknya mendapat tiket ke Afrika!


Kuda tua bukan sebarang kuda, bukan boleh diperkudakan sesuka hati tapi melihat Sol Campbell yang telah berumur umpama melihat seorang worrior yang makan pil kuda, tak henti2 berjuang.Kita perlukan lebih ramai pemain sepertinya, semangat, nafsu dan sedia menerima cabaran.Tidak memikirkan faktor umur, apa yang ada di atas padang dibelasahnya cukup2. Pada mulanya ketika Wenger melakukan re-signing Sol Campbell bulan Januari lalu, ramai yang ragu2.Ramai yang mengingati break down yang dihadapinya ketika bertemu West Ham 06 di Highbury. Dan selepas menjaringkan gol Arsenal terakhirnya(pada ketika itu) , dia meluahkan hasrat untuk beralih angin ke seberang.Alih2 destinasinya hanya Pompey- suatu yang menimbulkan rasa kurang senang di sestengah peminat tegar Arsenal.Dia mengetuai Pompey menjulang piala FA di Wembley.Apa yang difikirkan olehnya semasa memilih untuk menyertai Notts County pun orang tak tahu. Tapi biasalah,manusia mana yang tidak pernah membuat silap dalam pilihan hidup.Bagaikan terhantuk, Campbell kembali sedar bahawa dia sepatutnya mempunyai misi yang lebih penting dengan menghabiskan sisa kudratnya.

Namun telah ditakdirkan destinasi eternitinya dalam dunia bola sepak adalah di utara London. Dia kembali, kembali bagai singa lapar.Ketika ramalan kecederaan nostradamus terhadap Gallas berlaku seperti dijangka, Campbell bangkit. Pengisian slot CB itu bergandingan bersama prospek terabaik, Mael membuatkan kita kurang merasai kehilangan Gallas. Tapi sayangnya ketika dia bersungguh2 menaikkan moral rakan sepasukan, membimbing, memberi jeritan batin, cuba berkongsi keyakinan , Campbell seperti kita dihampakan oleh beberapa muka yang secara jiwanya tidak layak menyarung jersi Arsenal berlandaskan persembahan nak taknak yang mereka tunjukkan.Apapun, ia tidak sedikit pun mengeringkan darah goonernya. Tidak henti2 berjuang, memberi fokus 100% di atas padang walaupun dia tahu harapan piala dalam kabinetnya kali ini bersama Arsenal telah berkubur.Malang lagi , ketika hari dia diberikan armband, ketika itulah rakan-rakannya memilih untuk tersungkur dengan cara yang agak memalukan. Dan Sabtu lalu ketika orang ramai sedang sibuk fokus terhadap kepulangan si watak jahat, Campbell tak ambil peduli, malah sekali lagi memberikan segalanya.Bermula dari dalam terowong, berjalan ke atas padang cuba membakar semangat rakan sepasukan sehinggalah cuba masuk campur memberi 'perlindungan abang long' terhadap Song ketika pertembungan dengan Bellamy.



Arsenal memerlukan lebih ramai Campbell.Suatu yang aku nampak cuba diwarisi dalam diri Cesc, RVP, Mael atau ada kelihatan sedikit dalam Clichy, Nasri dan Song .Tapi masih belum cukup. Le Prof adalah seorang manager ekonomi dan teknikal yang hebat, aku akui tapi dari segi taktikal dan psikologi untuk memarakkan para pemainnya, itu masih belum jelas dibuktikan secara konsisten.Walaupun Fabregas dan Mael, berjaya muncul dalam kesebelasan utama BPL Team of The Year  musim ini, Campbell mungkin boleh mencuri tajuk berita utama Jun nanti jika tersenarai dalam penerbangan ke Afrika Selatan!

Agi idup Agi MengGunners!!


Ahad, 25 April 2010

Post Match : Tiada nafsu

 



Secara jujur, agak hambar, agak hambar match semalam dengan waktunya di awal pagi menambah kelesuan yang sudah lama tidak dirasai sepanjang menonton Arsenal . Tidak dapat untuk membuat posting sebaik perlawanan berakhir, aku memilih untuk melakukannya keesokan harinya sahaja namun apbila bangun pagi, agak sukar atau singkat ingatan aku terhadap apakah aksi2 yang ditonjolkan semalam . Shot on gol pertama datang dari RVP setelah 40 minit kalau tak silap, itu sudah cukup membuktikan kenegetifan atmosphere perlawanan semalam. Penyokong di stadium bagai dalam status 'mute' walaupun volume TV telah pun maksimum.Penonton hanya mula 'terbakar' bilamana watak jahat muncul menggantikan hero lagenda. Aksi yang hanya memukau adalah melihat RVP cuba memacak kaki Adebayor, itu sahaja hiburan yang boleh ditonton semalam.Dan highlight lain adalah kecederaan bahu Given yang salah landing ketika dive meneylamatkan sepakan Abou.Akibatnya masa tambahan berlanjutan 8 minit dan aku rasa ref sendiri dah tak sabar2 nak meniup wisel lebih awal sebenarnya akibat kekurangan  nafsu para pemain.

Nak salah kan siapa, sebenarnya match telah seri sebelum masuk padang lagi.Dengan berita kekalahan Spurs kepada United, Mancini mengubah niat di hati memberitahu Toure Vieira dan rakan2 agar 'hari ini tak payah struggle, just tutup ruang, bawak balik satu mata, yang lain kita cerita belakang hari'. Dan hari ni aku nak membetulkan ralat semalam bukan 3 tapi 4 sebenarnya bekas pemain Arsenal , aku terlupa akan Sylvinho walaupun dia tidak menunjukkan muka semalam. Man City hanya puas untuk mematahkan Arsenal kerana jika mereka cuba bermain untuk menyerang, maka ruang2 tersebut akan dieksploitasi oleh Arsenal. Jadi salah siapa akan ketandusan malam tadi? Sifat negatif City atau pasiing-passing Arsenal ke kiri kanan belakang tapi tak ada peluang yang dicipta. Buat pertama kali defends kita yang dibarisi Silvestre Campbell dan Fabianski bermain dengan cukup baik terutama Silvestre dan Campbell yang langsung tak memberi ruang kepada Tevez Johson dan Bellamy.Fabianski, tidak banyak yang perlu dilakukan, bersyukurlah kerana dia mendapat clean sheet, dia amat memerlukannya ketika ini.

Wenger sendiri pelik melihat kedua2 team terlalu berhati2.Tapi aku lagi pelik kenapa sampai sekarang Wenger masih tidak ada plan2 lain selain mengharapkan wide player kita cross ke dalam kotak penalti yang kosong tak pun crossing ke laut. Pass -Pass, turn pass pass out.Lama kelamaan ia semakin boleh dibaca oleh lawan.Aku mula bimbang akan situasi ini, bimbang kepada Rosicky Nasri dan Diaby yang nampak terlalu mendatar.  Kita perlukan lebih ramai lagi direct player yang sanggup burst ke dalam dan mencipta ruang sendiri. Shooter jugak tidak muncul untuk mengubah keadaan walaupuan City memasukkan keeper baru yang setahun jagung. Mana perginya sepakan padu Rosicky ala world cup 06 / Hamburg ? Aku tahu Nasri dan Diaby pun sebenarnya mampu merembat jauh begitu jugak RVP tapi kenapa pendekatan ini tidak diguna pakai.Mungkin ada arahan sulit dari Wenger yang hanya inginkan the perfect goal menjadikan player2 kita kurang yakin atau tidak berani mengambil risiko sendiri.

Tinggal hanya 2 perlawanan. Away di Blackburn sebelum finale season yang dulu sepatutnya grand finale kini tinggal angan2, home melayan Fulham.Kalau semalam kemenangan akan mengesahkan tempat automatik dan mungkin 1 mata sahaja lagi kini diperlukan untuk pengesahan ke UCL. Tapi kita Arsenal, kelab yang bercita - cita tinggi dan fokus kepada 6 mata haruslah diutamakan.Walaupun kita tahu Edwood Park bukanlah destinasi yang mudah. Menang 2 game ini, kemudian barulah boleh berfikir untuk musim depan.


Sabtu, 24 April 2010

Pre Match : Fight For Redemption


Tiada lagi piala untuk dikejar bukan bermakna tiada lagi maruah yang harus diperjuangkan. Itulah sebabnya kepulangan 3 bekas pemain malam ini ke Emirates harus dibuktikan bahawa Wenger benar dalam melepaskan mereka. 2 Daripada mereka adalah lagenda manakala yang satu itu hanyalah si tanggang.Peminat pasti bijak dalam melayani kunjungan mereka dengan cara berbeza, Vieira Dan King Kolo pasti mendapat sambutan hangat manakala Adebayor bakal mendapat sambutan hangit berbaur hanyir.

Bukan salah Paddy4 kerana tidak memilih Arsenal January lalu tetapi Wenger sendiri mengakui terpaksa melakukan keputusan yang agak sukar dengan memilih untuk tidak menyambar bekas kapten Arsenal. Ia memang keputusan yang sukar kata Wenger tapi aku ingin menambah, ia satu keputusan yang silap. Kehadiran Vieira ke dalam skuad Arsenal sepatutnya tidak akan membiarkan player2 tengah kita dibuli Barcelona-mungkin suatu yang sukar diduga kerana tempo dan pace game itu.Ok tapi jika adanya Vieira semasa kita bertarung hidup mati di WHL, kita akan ada 2 orang legend yang tahu ape erti NLD dan semangat menggila mereka takkan membiarkan Arsenal tewas buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.Dan ketika bagai orang mati yang dihidupkan semula sebelum bertemu Wigan, adanya seorang Vieira di atas padang dalam tempoh 10 minit terakhir takkan membiarkan anak2 muda ini sambil lewa hilang fokus menyaksikan kemaluan Wenger paling dasyat dalam 1000 game,Wenger benar2 membuat pengakuan terkejut akan turnover malam itu. Dan itu semua 'hanya jika' tapi realitinya Vieira kini milik Tok Sheikh Arab dan ada tugas lain, membawa Money City ke arah UCL buat kali pertama dalam modern football. Dan tugas Arsenal pula adalah untuk menghabiskan musim ini dengan setinggi yang mungkin.Pengesahan automatik ke UCL cepat2 pastinya meringankan beban yang membelenggu benak pemikiran 2 minggu sudah.

Kali terakhir Man City menang di Arsenal adalah 35 tahun dahulu , 1975.Tapi 2 game musim ini mereka telah berjaya menundukkan Arsenal, kedua2nya di Eastland walaupun satu daripada game tersebut hanyalah Carling Cup. Man City, Mancini City mahupun Money City, ia tetap tidak boleh dinafikan sebagai bakal pesaing domestik dan Eropah dalam tempoh terdekat yang akan datang.Kuasa wang dan pelaburan mereka adalah suatu aset yang dicemburui oleh kelab2 serantau. Itu adalah fenomena baru yang terpaksa dihadapi sekarang, bagimana kelab2  yang kurang berada ataupun yang membina pendapatan dengan sumber sendiri perlu mencari alternatif lain dalam survival masing2. Arsene Wenger adalah satu contoh yang perlu dicontohi dari segi aspek ini. Dengan resource yang limited tapi sah, Arsenal diletakkan setaraf ke era globalisasi dengan fan-base yang cukup popular. Tapi manusia bukan semuanya sabar. Dengan penuh hormat atas pandangan mereka, ada antara mereka yang lebih inginkan piala dari menggemari seni dan semangat bola sepak itu sendiri kerana itulah Wenger tidak dapat memuaskan semua pihak.

Kita kini hidup di dunia yang penuh pancaroba. Sedangkan penghuni2 Manchester sendiri tidak pernah mengimpikan nama2 besar seperti Tevez, Robinho(kini dipinjam ke Santos) akan menjadi milik kelab hometown mereka.Dan list ini akan berpanjangan, dan berubah dari setahun ke tahun berikutnya menjadi makin bintang.Fasa pertama mereka  ingin melepaskan diri ke peringkat UCL suatu yang nampak boleh dicapai kini, itulah sebabnya Mark Hughes mengambil pemain2 yang berpengalaman dalam BPL untuk musim pertama projek ini, agar ia menjadi mee segera.Dan jika mereka layak, suatu gelombang kuasa besar akan mengubah senario bola sepak di mana gelombang kewangan memanggil2 nama2 besar cuba menjadikan Man City jenama global. Itu adalah kuasa wang- suatu yang perlu disaingi dengan kuasa sukan itu sendiri oleh Arsenal.Dan sebab itulah, anda patut berbangga menjadi penyokong setia Arsenal tak kira sejak bila, sejak dahulu atau pun baru sebentar tadi anda memilih untuk bersama The Gunners . Buat masa kini, City masih 'a small club with big ambition and big resource'.  Rakanku baru sahaja berpeluang singgah di Eastland di hadapan City of Manchester semasa di England baru2 ini.Seorang penyokong United, dia sempat menyatakan bahawa Man City masih belum setaraf dengan kuasa besar kerana harga tiketnya hanya 5 paun, itu yang diberitahu aku. Tapi tak mustahil perkara ini akan berubah dalam masa terdekat, nilai dan harga mereka akan bertambah, jika Arsenal tidak menafikan peluang mereka malam ini dengan mengalahkan mereka.

Tugas untuk menghalang kemaraan Tevez, Bellamy dan Adebayor bukannya suatu yang senang. Oleh sebab itu tiada ruang lagi untuk kesilapan budak2 sekolah oleh Fabianski yang seklai lagi diletakkan sebagai penjaga gol dan mendapat backing penuh dari Wenger.

"It is not my speciality to be a goalkeeper [coach],On that front I take advice from people who are specialists."
Kenyaan seperti di atas itulah sebabnya aku berkata kita perlu memikirkan balik kedudukan Gerry Peyton dan Mart Poom. Aku sebenarnya berharap agar baki game musim ini deberikan peluang seadilnya kepada Manone.Lagipun dia masih belum merasai sebarang kekalahan untuk tidak dipertimbangkan sebagai benteng terakhir Arsenal. Walaupun Fabianski bersedih atas pemergian Presiden Poland nya namun ia bukan bermakna kesedihan itu boleh terbawa2 ke dalam padang sehinggan menganggu tugas asas dalam menjaga pintu gol. 4 lagi pertahanan adalah muka sama dari Wigan walaupun kemunculan semula Alex Song.Arsene Wenger sendiri belum yakin akan kemampuan Song yang terkantoi membaca perlawanan terutama ketika dihukum Barcelona di Emirates lalu. 2 pemain yang hampir tamat kontrak bergandingan menjadi CB dengan harapan mereka fokus dan belum lagi memikirkan hidup selepas Arsenal. Yang pasti Campbell benar-benar akan teruja dengan prospek berseteru rakan lamanya Patrick Vieira.Di bahagian Tengah ada sedikit penambahan kualiti dengan kehadiran kembali Song.Denilson masih belum pulih begitu juga dengan Arshavin.Hanya Eduardo yang kembali dari broken toe, sejak bila patah pun aku tak tahu sebenarnya.

Aku berharap  agar Wenger kembali back to basic dengan 4-4-2.Inilah masanya agar Eduardo diberi peluang dalam formasi terbaiknya, bergandingan dengan RVP di atas.RVP yang nampak tajam perlu diberi starting, tiada guna untuk menyimpan sumber jaringan terbaik dalam match2 seperti ini.Wenger harus berani bergamble sperti mana Belanda memperjudikan nasib  RVP sendiri. Di bahagian tengah aku ingin melihat Song dan Nasri bergandingan manakala diapit Rosicky serta Walcott.Tiada lagi si pengecut, penakut Diaby yang kelihatan lemah semangat kurang tenaga batin dalam 2 game terakhir.Berikan dia tempoh muhasabah diri.Mengapa kembali ke 4-4-2? Ini kerana dengan line up seperti ini , dengan kualiti yang ada pada pemain2 ketika ini tak setaraf dengan pemain2 yang mampu memikul tanggungjawab ketika 4-3-3.Perkara ini telah terbuktik ketika bertemu lawan competitive seperti Barca, liat seperti Spurs malah fragile sekalipun seperti Wigan. Bendi nampak terasing diri sendiri jadi option super sub adalah idea yang menarik ketika kita ingin menambah fizikal sewawktu match berlangsung.Line up harapan:

---------------Manone--------------
Sagna------Sol-----Silvestre----Gael
Theo----Nasri-----Song-----Rosicky
-----------RVP----Dudu------------

Cukuplah dengan 3 kekalahan berturut2.Inilah masanya untuk Arsenal menyelamatkan diri dengan bermaruah.melepaskan diri dari zon perebutan tempat ke UCL. Buat masa ini hanya satu slot yang menjadi rebutan iaitu tempat keempat, janganlah pula dibiarkan ia menjadi 2 slot rebutan .Arsenal wajib menang, kerana menang itu sinonim dengan Arsenal ketika lawannya adalah Man City. 9 bulan bertarung, 3 game memusnahkan harapan, jangan biarkan hanya 3 game tersebut terus menjadi bahan cerita berlanjutan. Fight for redemption! COYG!!

Astro 812 ESPN 12:25 am. Arsenal 3- Man City 1.

P/S: Komen Wenger mengenai khabar angin Ferguson hendak melambaikan selamat tinggal selepas akhir musim depan, sebenarnya telah memberikan kita sedikit hint akan niat tersirat di  hati Wenger.

"It's always interesting facing him. It has been very tight this year and I am confident we will do a few more years [together]."
Fikir-fikirkanlah..


Khamis, 22 April 2010

Mengepam bola

Menunggu match bertemu Man City.JIka tidak kerana Messi mungkin pengisian tengah minggu kita sedikit meriah.Melihat Messi yang dikekang oleh corak Mourinho membuat aku sekali lagi terpikir, jka Arsenal ingin menjadi sebuah pasukan yang terbaik, kita perlu menyediakan pelbagai plan dan strategi yang boleh digunakan mengikut kesesuaian lawan. Sama seperti yang diulas2 ulas sebelum ini, Arsenal nampat begitu flat, one way.Tiada pasukan yang tak mampu dikalahkan, walau sekuat Barcelona kalau dapat tutup punca mereka, satu sistem boleh mati. Tapi mana mungkin mana2 team yang terpaksa melihat 7-8 starter yang sepatut start tidak dapat diturunkan akibat kecederaan akan mampu mencapai prestasi sebenar. Kecederaan memang bukan alasan, tapi di Arsenal ia sememangnya agak melampau.

Terlalu banyak rumors menjelang akhir musim dan adakalanya tak masuk akal malah melucukan

Italian giants Juventus will offer Arsenal goalkeeper Buffon and midfielder Melo  in return for strike Robin Van Persie , according to the Daily Mirror. 

Kah kah.Ini adalah karutan. Tapi jika ingin mengajak aku berfantasi, dengan offer seperi ini aku tak sukar untuk menolak.Jangan salah paham, RVP memang antara bintang terbaik yang kita ada, tapi dengan hanya menjangkakan 1/4 musim daripadanya selain dari berehat di wad sakit, tidak rugi untuk mendapat pulangan Buffon dan jugak Melo yang kita kejar summer lepas.Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, department penjaga gol kita memang virus besar dan tawaran antara keeper terbaik dunia seperti Buffon jangan sesekali ditolak.Melo pulak adalah combatative fizikal DM yang mampu bersaing dengan Song.Sayangnya dia membuat pilihan yang salah menyertai Juve kerana bakatnya gagal digunapakai ex-manager, Cico Ferrara.Tak kisah jika dia ingin membuat pusingan U. Petik jari di depan mata, sedar dan bangun.Ia hanya fantasi..

Arshavin masih belum pasti diturunkan untuk match hujung minggu ini.Ada yang kata OK, ada sumber2 yang kata KO.Apapun kehadirannya dan RVP pasti akan menyuntik semangat terutama bahagian depan yang nampak sangat uzur.Melihat Eboue yang takde end product atau Walcott di depan front 3, anda boleh mentafsirakan betapa tandusnya kita ketika ini. Apapun jika Arshavin tidak dapat turut serta dalam misi melayan tetamu tak diundang minggu ini, dia mungkin lebih banyak masa dalam melayan pelbagai soalan dan pertanyaan bebas di laman web rasminya. [link]


Isnin, 19 April 2010

Please Fix It Wenger..


Aku memahami ini adalah saat2 yang sukar ditelan bagi sesiapa yang mengatakan hatinya menyokong Arsenal.Ketika kita semakin hampir, kita semakin jauh. Perara ini saban berulang hampir 6 tahun dari kali terakhir kita menjuarai Liga.Hanya 07/08 dan musim ini sahaja yang kita begitu hampir dan mampu mencabar.Tapi musim ini seperti diberi peluang, melihat pesaing2 lain tidak konsisten, result upset sana sini, ada satu peringkat dan tahap di mana kita terfikir sejenak, adakah tahun ini tahun Arsenal? Inilah musimnya sebenarnya, aku gerenti Arsenal takkan dapat musim paling open macam ni lagi untuk bersaing dengan skuad yang begitu fragile macam ni , namun di saat2 genting rival tercicir mata, kita tidak memaksimumkan peluang malah mempersia-siakannya dengan lebih teruk.Di situlah kita tahu , tahun ini belum masanya.Dan jika sesuatu tidak dilakukan , musim depan juga belum tentu. Untuk memastikan nama2 bintang kekal setia dengan Asenal, Arsene Wenger perlu bertindak dan meyakinkan semua bahawa dia sedia berubah dan berkorban.Bukan piala yang diminta , tapi kesediaan dan semangat juang yang dituntut oleh barisan yang dipilih oleh Arsene Wenger. Melihat kepada persembahan amatur dalam beberapa occasion penting musim ini, ia adalah suatu yang sangat merisaukan dan memalukan.Kredit kepada RVP kerana memilih untuk stay dan percaya akan projek Wenger.Cesc selayaknya dapat lebih daripada ini, jadi bagaimanakah Wenger ingin memberi jaminan.Kesian melihat mereka ini dikelilingi oleh pemain2 yang tak berjiwa, tak bernafsu dan lembik.



Masalah, begitu banyak masalah yang perlu dikaji dalam Arsenal dan penyokong2 tidak perlu sebijak Arsene untuk mngetahui bahawa penjaga2 golnya adalah badut sarkas.Malah Mart Poom sendiri lagi hebat kerana menjadi satu2 nya keeper yang tidak pernah bolos walau sebijik gol di Arsenal.Tahukah anda Mart poom mendapat clean sheat dalam debut yang juga match treakhirnya bersama Arsenal.Statistik yang baik bukan?.Ok kesimpulanya , gugurkan Mart Poom! Gugurkannya dari jawatan penolong jurulatih penjaga gol yang disandangnya sekarang! huhu gurau di situ ..Oklah, mungkin kalau bercakap tentang siapa patut keluar, siapa patut masuk sekarang memang takkan habis dan senarai keluar mungkin lebih ramai daripada yang masuk jika dibuka untuk perbahasan. Sebagai pengurus yang berwibawa mungkin Arsene Wenger perlu menitik beratkan soal taktikal, dan soal plan B. Sedia maklum ,memang Arsenal terkenal dengan corak attacking football yang menarik, passing , total football.Tapi dalam masa yang sama lupa akan the Italian way, corak defensive kerana setiap kali pihak lawan datang menyerang, kita akan sentiasa rasa tak selamat kerana terlalu terbuka, tiada protection dari midfield terutama bahagian wide player.Pada aku musim ini, ada sesetengah game di mana Arsenal tidak sesuai untuk bermain 4-3-3 terutama dalam match2 besar yang menuntut awareness, disiplin dan alert dariapda setiap pemain. 4-3-3..hurmm..kita cuba bermain seperti Barcelona tapi masalahnya kita tidak punya pemain yang hebat seperti mereka yang mampu menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan.Apa kata kita back to basic 4-4-2 di mana ia lebih sesuai dengan Arsenal.Bukanlah bermakna 4-3-3 tidak efektif tetapi perlu ade selektif di situ.

Dan apa pulak jadi setelah dihambat 4 bijik gol Messi.Nampaknya pemain tak cukup matang dan bersedia untuk menukar fokus dari trauma UCL ke saingan BPL. Arsenal hanya perlu menang 5 perlawanan terakhir, tapi setelah dibelasah Barca, pemain2 nampaknya begitu 'main2', tak ambil peduli dan 'lantak p lah apa nak jadi '.Malah ada antara mereka yang langsung tidak memberi najis kepada apa yang betul2 Arsenal perlukan di atas padang pada ketika itu.Ini betul2 menyentap hati Wenger yang selama ini menatang mereka bagai menatang minyak yang penuh, diberi peluang dan kepercayaan tapi akhirnya ditikam idup2 dari belakang.Ini semua berpunca dari mentaliti. Mereka tidak pernah memenangi apa2, dalam masa yang sama, mereka dibayangi kehebatan skuad masa silam, mereka membawa nama besar, mereka tak dapat pikul tekanan2 seperti itu, malah makin teruk ia berlaku hampir setiap tahun di mana semua orang menjangkakan mereka akan melakukannya, walhal mereka tak pernah lakukannya.Anda dapat tak apa yang aku cuba sampaikan di sini? Pada pendapat aku, ini mungkin kerana mereka ini memang tak berkeyakinan untuk  mampu melakukannya kerana bukan mereka yang melakukannya sebelum2 ini.Mereka tak pernah dapat apa2 bersama  lagi!

Terlalu banyak hyperbola dan tekanan diletakkan.Terlealu banyak pujian bila kemenangan dan persembahan individu yang terbaik dan juga terlalu banyak kritikan apabila berlaku sebaliknya.tapi Wenger terus sabar2, menebalkan muka membela maruah setiap pemainnya2. Mereka ternyata masih naif dan perlukan pembimbing dan leadership. Viera pergi meninggalkan Arsenal, kemudian Henry yang inign melihat Arsenal berdikari, Gallas cuba dengan caranya tapi ternyata dianiaya (media).Fabregas cuba untuk lead by example dan kepimpinannya semakin lama semakin terserlah tapi sayang ktia kehilangan pada saat2 begini.Secara jujurnya aku merasakan Fabregas jugak tidak mampu untuk cope tekanan tanggungjawab ini seorang diri tapi ia dikongsi bersama oleh rakan2 di atas padang dalam masa yang sama belajar memimpin.Kini kita mungkin terlalu mintak agak terlebih dari Campbell yang kita tahu dah lakukan yang terbaik tapi apakan daya pemain2 lain masih tiada winning mentality. Selain dari Physio Arsenal perlu melantik pakar Psikologi.Sesiapa  yang takde nawaitu bersih sebelum masuk kepadang eloklah tidak dibenarkan langsung menyarung jersi merah putih lagi.

Arsene Wenger bertuah kerana mewarisi skuad yang ditinggalkan George Graham dan Bruce Rioch terutama bahagian defends di mana pada ketika itu adalah rocks of England.Dia mengadunkan kekerasan batu itu dengan style attacking nya yang bersahaja.Dia berjaya, tapi kerana apa, kerana satu skuad mampu bertahan, mapu defend sebagai satu unit.Itu yang Arsenal benar2 nampak kurang ketika ini.Dan aku harap dia bakal mewariskan suatu yang berharga pada siapa jua penggantinya andai kata musim depan adalah musim terakhirnya. Jika benar Wenger mengundurkan diri(tak sambung kontrak), ia pasti adalah suatu hari yang sedih bagi Arsenal Football Club melihat kepada segala title,sumbangan besar,stadium, drama dan kenangan2 yang dibinanya. Dialah yang membawa Arsenal ke globalisasi . Tapi aku masih belum terpikir akan 'hari itu' kerana aku yakin kudrantnya masih gagah untuk Arsenal.Dia masih ada setahun lagi untuk redemption! Dia akan melakukannya sebaik mungkin kali ini, mesti!Maruahnya sekarang sedang diperjudikan,Kalau betul dia masih orang yang terbaik untuk membimbing Arsenal , dia takkan membiarkan segala yang berlaku di depan mata dibiarkan begitu sahaja.Habiskan apa yang dimulakannya! I believe Arsene Wenger Can Fix it!

Agi Idup Agi Mengguners!


Ahad, 18 April 2010

Post Match : Pemain2 patut malu kepada semangat Wigan

Tergamam tapi tak terkejut.Fabianski seperti dijangka hanya bom masa.Hanya menunggu detik saja nak melakukan kesilapan bodoh semacam itu.Sesudah 'declare war' dengan Almunia apabila mengatakan Al injured dan tak akan bermain lagi musim ini( padahal tanda2 dah tak percaya) adakah kita akan lihat 'keajaiban' apabila Almunia tiba2 cergas untuk beraksi menentang ManCity nanti.Sanggupkah Wenger menjilat kembali ludahnya.Fabianski, hurmm malang nasib budak ni, keeper terbaik liga poland tapi maaf BPL memang tak sesuai untuk anda.Setaiap kali dapat peluang untuk buktikan kemampuan, dia pasti akan menghampakannya.Tiba giliran Manone untuk bolot 3 aksi terakhir.

Setelah tamatnya pengejaran liga kita disahkan oleh Spuds, kini ia diganda sahkan semula oleh Wigan dalam fesyen yang cukup memalukan tapi tahniah kepada Wigan kerana menunjukkan mereka lebih mahukan kemenangan ini.Martinez sendiri bagai terkejut tak menyangka tapi taktikal dan pertukarannya nyata membuahkan hasil dan ada impak.Di pihak Wenger pulak, malang dan sungguh malang, pertukaran yang useless dan tiada plan B. Bukan kali pertama arsenal mempersiakan leading 2 bijik, West ham telah mengajar, jangan kata tiada pengalaman.Cuma 10 minit 3 gol? wow itu hanya keajaiban dan kesungguhan yang boleh menghasilkannya di samping kehancuran defends Arsenal yang collapsed bagai runtuhnya tembok Berlin. Padahal tak sampai standard tembok China sekalipun.Campbell dan Silvestre anda akan persoalkan berapa lama gandingan ini mampu bertahan.Posisi penjaga gol pulak adalah mimpi ngeri.Mampukah kita membayangkan gandingan2 ini hingga ke akhir musim sedangkan tempat ketiga sekarang pun dah mula diintai orang.Berdoa dan berharaplah.

Lupekan Gol Walcott dan Silvestre yang dah tak bernilai untuk diceritakan sekarang ini.Pemain2 tadi patut berasa malu, patut berasa segan pada semangat juang Wigan.Mereka tahu ketika 2-0 dengan 10 minit mereka tak boleh nak buat apa, tapi gamble terus push, mengasak, kemasukan Moses nyata taktikal yang cukup bagus.Ape kejadahnya pulak yang bermain di fikiran player Arsenal ketika itu? Tiada siapa yang track back Watson! tiada marking, lihat posisi Nasri, Diaby ?? Beberapa minit selepas itu,Kemudian  Nasri cuba memenangi balik dengan menyelamatkan bola di bahagian tiang atas garisan.Pada masa tu dah nampak petanda2 buruk bakal berlaku. Wenger pulak perlu disalahkan dengan pertukaran entah apa2 yang tak menyumbang.Dia nak buat pertukaran ketika 2-0, tapi tiba2 Wigan dah dapat sebijik.Manager yang bagus takkan meneruskan niat, malah akan menukar taktikal.Merida tidak perlu dimasukkan kerana Rosicky dah buat cukup elok untuk memenangi bola dan memberi cover baik pada Clichy sebelum itui.Yang logik hanya Eboue dimasukkan sebagai perlindungan kepada back 4.Diaby hanya perlu duduk di hadapan defends dengan disiplin, itupun dia tak boleh nak selesaikan tugas.Gol penyamaan memang suar diterima bukan apa kerana dalam ramai2 orang mengapa badut bramble?!! Itu sudah cukup mensetarafkan dirinya dengan Fabianski.Aiyoooo....School boy error, sekali lagi defending naif, keeper peringkat MSSM dan taktikal nyanyuk yang tiada sebarang urgency telah memakan diri Arsenal malam ini.

Kita selayaknya kalah, dan kita belum cukup ramuan untuk memasang impian tinggi ketika ini, buktinya jelas terang dan nyata.Seringkali digelar raja gol lewat, malam ini giliran kita pulak makan 3 bijik sekaligus.Kecewa tapi inilah yang dramatik bagi penyokong2 Arsenal. Aku hanya berharap agar cepat2 sahajalah kita mengesahkan tiket ke UCL.Itu sahaja yang dipinta, tiada lagi. Hanya satu yang positif dari game tadi, Arsenal boleh dikatakan SAH akan mendapat penjaga gol baru musim depan.

P/S : Wenger mungkin  tengah call David Seaman sekarang ni tanya apa sumpahan yang sudah dia tinggalkan.


Aku sudah tidak Percaya Padamu Lagi....

Dedicated to our Beloved Prof...


Pre Match : Habiskan setinggi yang mungkin

United mendapat 3 mata dalam 30 saat terakhir, Chelsea tumpas dalam derby-pastinya Spuds sekarang tengah perasan mereka adalah jaguh London- bola yang bulat telah menceritakan segalanya, boleh bergolek ke mana2 arah.Tapi Arsenal, bagi aku tidak perlu terpikir sangat tentang BPL untuk musim ini , anggap saja bagai tiada apa2, main tanpa tekanan, hanya tumpukan pada baki perlawanan.Kerana Wenger sendiri telah declare out dari title race, mungkin sebagai taktik psikologi untuk mengurangkan tekanan yang betul2 tak terpikul dek minda pemain2 yang muda tidak seperti Campbell.Menang dan terus menang, itu sahaja yang dituntut.Kita akan mulakannya dengan bertandang ke JJB malam ini.

Sebelum bercerita tentang pertemnbungan dengan Wigan, aku tertarik untuk mengulas apa yang disembang Wenger dalam pre match conference terbarunya.Selain dengan ayat2 lamanya seperti pasukan muda, stadium baru, keweangan yang semakin kukuh dan musim depan Le Prof sempat jugak memerli La liga, Real madrid , Spurs dan Chelsea. Katanya buat apa nak terhegeh2 main dekat La Liga yang hanya 2 kelab saja bersaing sedangkan no 3 beza lebih 20 mata.kata2 ini ditujukan khas buat Fabregas dan siapa2 sebagai peringatan, meninggalkan BPL adalah satu kemunduran kerjaya.Menambah hyperbolanya lagi, Wenger menceritakan bagaimana die tak sanggup untuk menonton lebihan Real Madrid vs Almeria yang hanya membuang masa, dia lebih rela menonton Wonderpets mungkin. Dia jugak tak setuju kata2 tentang dia begitu obses membina pasukan masa depan sehingga terlupa untuk memantapkan pasukan yang sedang bersaing sekarang. Memerli Spurs, Wenger berkata Spurs berbelanja sakan, beli macam2 konon untuk masa depan tapi 10 tahun berturut2 siapa yang layak ke UCL sedangkan mana pulak kedudukan jiran seekor tu.Kata2 ini dibalas direct kepada bekas anak buahnya di Monaco dan bekas perngurus Spurs dan England Glenn Hoddle.Bab kewanang pulak katanya Arsenal mampu memintas Chelsea, mungkin ya atau mungkin tidak. Alasannnya, kewangan Arsenal makin kukuh setelah berjaya mengurangkan hutang stadium  tapi memang benar kita tak mampu bersaing dengan gaji gila yang ditawarkan jiran London itu.Tapi bukan semua pemain2 berkualiti ini boleh dibeli Chelsea kerana itulah Arsenal juga adalah satu alternatif prospek yang lebih hebat. Salah seorangnya Chamakh yang hampir pasti menyarung jersi Arsenal,yang diberitahu Wenger  hanya menunggu saingan liga tamat untuk diumumkan.


Aapa yang ditinggalkan Wenger hari ini adalah bukan sekadar dongeng kosong, ini adalah masa depan Arsenal.Tempoh 6 tahun tanpa sebarang gelaran liga pastinya perit tapi itulah satu perngorbanan yang terpaksa ditelan.Dengan nada sedih, dia menambah Arsenal bukan tiada tanpanya.Namun dia tetap akan menghormati kontrak sebelum memikirkan apa tindakan selanjutnya. Adakah pasukan sedia ada ini telah bersedia dengan era selepas WEnger ataupun dia perlu mewariskan sebuah Arsenal yang cukup mantap kepada bakal penggantinya. Kontrak Le Prof hanya tinggal semusim.Bercakap sebagai pak tua yang sangat luka, dia mungkin akan all out di musim terakhir dalam kontrak sekarang ini. Mungkin sedikit suntikan kewangan dengar2 dekat 30M boleh memancing WEnger untuk membuat pelaburan yang lebih berbaloi..

Berbalik kepada match malam ini. Arsenal turun tanpa kelibat Song dan kini ditambah Mael dalam senarai yang menghabiskan cuti tahunan.Denilson masih lagi tidak pasti sama ada diturunkan atau tidak.  Yang pasti kita harus akan sekali lagi melihat gandingan Sol dan Silvestre mengemudi benteng di hadapan Almunia. Berdoalah  tiada malapetaka akan berlaku sekali lagi.Selain itu, padng yang teruk akibat liga ragbi yang bermula Februari di JJB turut menjadi kerisauan Wenger. Ini adalah aspek2 yang perlu dipikirkan sebelum menurunkan pemain2 terutama seperti RVP.

----------------Almunia------------------
Eboue--------Sol-----Silvestre-----Clichy
-----------------Denilson-----------------
--------Diaby-------------Nasri----------
-------RVP-------Bendi-------Rosicky--

Astro 812 ESPN..8.40 pm . Wigan 1- Arsenal 2


Jumaat, 16 April 2010

Le Prof dituntut lebih berani!


Adakah kita akan melihat pembaharuan dari Wenger? Itu tidak pasti.Ini kerana Bulan Julai dahulu dia mengatakan ini adalah tahunnya buat Arsenal, tahun di mana Arsenal akan berjuang dan memberi cabaran.Ok , ya. Dia tak tipu, kita mencabar, tapi belum cukup bagus.Itu relaiti. Kelayakan minimum mungkin mampu dicapai tapi jangan cakap Wenger tidak merasai bahang di punggungnya dan tekanan yang ditanggung hanya orang2 yang terdekat sahaja memahami.Dia tahu dia perlu menghadiahkan sesuatu setelah 5 tahun berturut2 gagal menaikan papan tanda piala di Emirates yang nampak lompong setelah 2005.Dia tahu kritikan yang bakal dihadapi kenapa masih berdegil dengan prinsip dan falsafahnya.

Mungkin Wenger seorang manusia yang baik hati seperti seorang ketua keluarga tidak ingin menceritakan masalah rumah tangga kepada umum. Berapa pendapatan isi rumah sebenar yang ada, hanya dia yang tahu.Mengapa taknak beli perabot mahal2 berjenama sedangkan rumah baru banglo siap tersergam indah? Mungkin hutang bina banglo belum langsai, tapi biasalah anak2 kecik yang masih tak mengerti apa2 mesti merengek2 meronta2 inginkan hadiah mainan yang mahal2 walhal tak tahu betapa susahnya si bapa nak membina status keluarga hingga ke tahap itu.Si bapa mungkin tak mahu berhutang, tak mahu pinjam ah long takut terpotong segala benda yang boleh dipotong.Lalu pendekatan yang diambil adalah berjimat cermat demi masa hadapan.Baru 5 tahun tapi anak kecil makin tidak sabar kerana apa , kerana melihat anak jiran sebelah dapat main dengan patung mickey mouse!Si bapa cuba menanam prinsip dalam anak-nya bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian dan bersabarlah kerana hari bahagia pasti akan tiba.Tapi tekanan2 dari sanak saudara ,pak menakan ,AJK taman, tok siak , ahli mesyuarat tingkap, anggota Rela dan orang sekeliling semua mengata kenapalah si bapa tadi bakhil sangat, membiarkan anak-anaknya kebuluran, kebosanan. Si bapa sayang akan banglo, sepenuh hati atas kerjanya, dan jugak sudah pasti begitu sayang akan anak2nya.Jadi kerana hendak memujuk, jangan terkejut jika esok si bapak pulang dengan PS3 padahal sebelum tu begitu bersungguh2 mengelakkan diri anak2nya dari gejala2 hiburan dan kemanjaan melampau.Tapi setelah berfikir sedikit positif ,mungkin dengan pujukan kali ini,tidak salah sekali sekala mencuba. Siapa tahu sebuah PS3 itu mampu mengubah keharmonian keluarga di mana mereka lebih gemar bersantai di rumah bersama2 satu keluarga merasai keriangan.

Aku tidak cakap Wenger sedar akan perkara ini, kerana aku pun tak sedar sama ada dia sedar atau tidak yang Almunia adalah petualang Arsenal. Kalau Lehmann buat 3 kali kesalahan dah ditunjukkan jalan keluar, berapa persembahan sarkas tanpa bayar lagi yang perlu ditunggu wenger dari Almunia untuk berani menghukum kesilapan timbalan naib kapten.Sudahlah begitu , berjawatan macam tu pulak.Itu contoh faktor kenapa Arsenal tidak mampu bersaing hingga ke penghujung, bagus tapi tidak cukup bagus untuk status Arsenal. Cuma yang aku boleh beri jaminan, Wenger sekarang ini seperti bapa tadi yang takut anak2nya lari dari rumah.Anak2 tadi ibarat penyokong.Maka dia pasti akan merasa kesan selepas itu jadi bersedia melonggarkan sedikit ketegasan demi keharmonian keluarga. Wenger masih lagi akan meneruskan prinsip, tidak salah malah satu percubaan yang bagus.Tapi dia pasti tahu akan peristiwa yang sering berulang saban tahun jika tiada apa2 tindakan mulai sekarang.Aku menjangkakan sedikit pelaburan lebih sikit daripada biasa summer nanti.

Manusia boleh berubah, begitu juga kenyataannya.Dulu dia berkata pemain sudah cukup matang menyerap tekanan tapi selepas match spurs dia mengatakan pemain belum cukup matang untuk menang perlawanan2 penting.Satu yang kontra bukan? Sebenarnya dia tahu yang skuadnya memang belum mencapai standard seperti yang diinginkan tapi tetap sanggup menebalkan muka memberi perlindungan dalam setiap kenyataannya.Sentiasa cuba meyakinakan skuadnya sendiri dengan pujian2 melambung demi menaikkan moral tapi kesian dan agak malang, dibalas sambil lewa.Contoh lain yang boleh diingat selain bab mature tadi, Isu Lehman ketika tidak beraksi, alasannya kecederaan padahal boleh main baik punya dengan Germany masa tu , satu dunia tahu Lehmann digugurkan Wenger. Begitu jugak Adebayor di penghujung musim, le prof mungkin dah cukup meluat dan tak dapat terima kemalasan ade, alih2 keluar kenyataan Adebayor injured padahal kita dah tahu dia telah pun bermain last match untuk Arsenal, begitu jugak kes Vela terbaru, tidak tersenarai dalam list ke Nou Camp kerana kehilangan passport tapi Wenger cover baik dengan alasan sistem persaingan. Banyak lagi cover yang dilakukan. Ini adalah bukti di mana Wenger sangat2 menjaga maruah dan perasaan para pemainnya di khalayak ramai.Bagus,terpuji tapi mungkin sudah tiba masa untuk Le Prof menunjukkan sedikit kejantanan dan keteluran.

Kadang kala melihat Wenger sama seperti melihat media massa yang boleh disangkal pembawaannya.Tak tahu mana betul atau tidak, tidak tahu apa yang berlaku, tidak tahu kebenaran. Bukannya kita meminta Wenger terlalu outspoken seperti Harry Redknapp yang begitu bodoh mengelurakan kenyataan menghina kepada Darrent Bent musim lepas " bini aku kat rumah pun boleh score bola macam tu" itu tidak bagus, bukan itu yang kita mahu.Bukan jugak hair dryer Ferguson. Apa yang dituntut adalah ketegasan dan keberanian. Ketegasan dalam menggertak player yang tak meberi 100% di padang dan menghukum segala kesilapan agar pemain tak terlalu manja terhegeh2. Keberanian dalam tindakan, seperti berani mengaku kesilapan diri-jarang kita dengar dari Le Prof.- berani gamble- taktikal ,sub.Agak memalukan di WHL tempoh hari kerana dalam perlawanan yang sebegitu penting dengan Spurs yang menunjukkan persembahan najis seperti iutpun kita tak mampu menang , lebih teruk lagi player2 tidak bersemangat , tidak peduli dan tak ada winning mentaliti. Lagi teruk dan malu apabila satu satunya pemain yang bermain dengan hati dan jiwa adalah pemain paling tua atas padang iaitu Sol Campbell.Hanya seglintir yang nampak cuba mewarisi darah Sol seperti RVP dan Clichy, yang lain hanyut.




 

Para pemain harus berasa segan dengan Campbell kerana dia ni walaupun dah merasai pelbagai nikmat juara dengan Arsenal tapi tak henti2 bernafsu sedangkan kepala2 besar muda yang bajet star ni tak pernah menang apa pun sudah tu pula main macam memang tak nak menang.Terlalu banyak hype pada pemain2 seperti Walcott, Bendi , Diaby Denilson atau mungkin aku boleh selitkan Nasri tapi segala pujian tu tak setaraf dengan apa yang dipersembahkan.Pasang surut tenggelam timbul, mana konsistensi?Silvestere pulak memang tak boleh nak cakap apa la.Sesudah passing messi dan passing kepada Spurs itu hari, hati nakal aku terlintas kejap nak bawak bahan bukti kes ni ke SPRM kut2 dia ni masih jadi spy United dihantar fergie. Sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan terhadap cara kerja Wenger.Kita memerlukan lebih banyak  lagi  seperti '15 minit waktu rehat di Anfield'. Biar terkucil ke terbuang ke, biar pemain2 sedar mereka ni menyarung jersi kebanggaan merah putih, bukan sekadar makan gaji buta! Aku pun ada share oi dalam bayar gaji korang.. langgan ATVO!!(kalau jadi sumber kelab la)

Apapun selepas match semalam Wenger akhirnya berani.Diatanya peluang Arsenal menang liga tahun ini selamba badak jawapannya "No".Itu berani.Berani mengaku realiti tidal lagi dianggap delusional .Tapi aku jugak memuji Wenger apabila ditanya sama ada jiran perasan bagus tu dah memang nak jadi bagus, dia menjawab " Bagus tak bagus bergantung pada istiqamah.Jadi kalau nak tengok, mereka kena la kalahkan Chelsea minggu ini" ,Haha, ini jawapan yang bagus, perang minda.Saja nak kasi up Spuds untuk tundukkan Chelsea dalam hati masih menyimpan sekelumit harapan agar keajaiban berlaku membantu Arsenal muncul juara.Tidak salah memasang mimpi kerana tanpa mimpi impian tak akan tercapai.Masalahnya sekarang mimpi di penghujung musim sentiasa ngeri.

Tentang Fabregas? Tidak boleh untuk menutup cerita ini kerana pastinya akan ada sahaja cerita ini setiap musim selagi Fabregas menyarung armband Arsenal. Jadi setakat ini tidak ada perkara yang boleh mengurangkan keyakinan aku terhadap Fabregas dan aku yakin dia akan tetap menjadi talisman Arsenal musim depan.Keyakinan aku berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain antara Wenger dan Fabregas. Walaupun kata2 Hill Wood yang agak sengal tentang ketidak pastian sama ada Fabregas layak untuk Barcelona ketika ini, namun berita tu pun boleh disangkal kesahihannya.Wenger sendiri tak percaya itu yang keluar dari mulut pengerusi Asenal kerana telah lali dengan putar alam media.

Stesen berikutnya adalah away game di Wigan.Keadan bertambah parah dengan kehilangan satu lagi bintang, Mael Kerbau. Macam2 pulak nak dijadikan ceritanya.Kecederaan jugak sinonim dengan Arsenal.Misteri ini masih berlum terungkai.Aku pasti Sherlock Holmes pun takkan dapat menyelesaikannya.Sama ada berpunca dari pemakanan, training atau corak Arsenal yang sering jadi mangsa lawan, masih belum terjawab. Tugas besar Physio dan staff lain untuk menganalisis perkara ini.Song jugak out Ahad ini, Denilson pula masih samar-samar.Ada a ura2 untuk Van Perse start tetapi perkara itu masih dalam pertimbangan. Kita perlu terus berjuang, inilah masanya pemain nak tunjukkan di saat2 akhir macam ni, berbaloikah mereka dibayar untuk stay di Arsenal ataupun Wenger hanya akan mebuat 'untung' dari dagangan mereka summer nanti.Kita tidak boleh terlalu selamba kerana kelayakan UCL automatik masih belum dalam genggaman.Biarlah tak menang liga sekalipun, tunjukkanlah perjuangan sepenuh hati, habiskan musim ini dengan noktah yang tinggi.

COYG!!


sekali dalam 10 tahun? kah kah


Khamis, 15 April 2010

Post Match : Rekod sedekad lebur namun semangat tidak akan terkubur

Rekod sedekad tanpa kalah kepada rival terdekat Spuds, lebur melalui 2 bijik gol awal di setiap separuh masa. Aku memerlukan masa untuk recover dari kekecewaan ini. Yang sangat mengecewakan adalah bagaimana gol2 yang dilepaskan adalah suatu yang sukar diterima terutama 2nd gol dari Bale.Apa pun nice try lad. Mungkin mereka menang, siapa tahu mungkin mereka dipaksa tunggu 10 tahun lagi untuk menewaskan kita kembali kerana ternyata ini bukan barisan yang terbaik-itupun spuds struggle, mereka mendapat keyakinan yang awal walaupun Arsenal merata2 tempat di sluruh padang cuma ketumpulan dan kurang kreativiti membezakan nasib Arsenal dan Spuds. Tewas bermakna secara matematik dan subjek kebarangkalian, kita hanya ada peluang 0.00++% tapi realitinya ia bertambah sukar. Sesungguhnya aku tidak terpikir akan liga sebentar tadi kerana status NLD itu lebih memberi kesan di hati. Namun segalanya berakhir, jadi mungkin juga berakhirnya tekanan yang terpaksa dipikul generasi sekarang ini terhadap kehebatan generasi silam yang jelas tak boleh dipikul mereka.Kita boleh start membinanya(status NLD) kembali semula musim depan dengan tiada apa lagi yang hendak dipertahankan bermakna kurangnya tekanan.

- Kejutan gol awal, dari Rose. Mungkin ramai yang berkata Almunia sepatutnya memilih untuk menangkap daripada menumbuk bola itu, tapi mungkin jugak Almunia pikir yang dia dah melakukan cukup bagus malangnya tidak. Mungkin tiada komunikasi dan alert diberi dari rakan2 lain apa yang pasti kita masih lagi di takuk lama, defending set pieces umpama satu jenayah di Arsenal. walaupun boleh dikatakan agak bernasib baik dgn gol itu,Rose menghukum kita.

- Gallas, Arshavin, Fabregas, Song dah takde sudah cukup menyakitkan Arsenal dan kali ini tamparan  tiba2 apabila Mael mengalami kecederaan.Kemasukan Silvestre umpama menunggu tangga menimpa.

-Campbell.Top class performance.Hampir membuka jaringan malangnya ada E-Kotor2(x tau ejaan namanya) on the line. Tapi Campbell memang begitu bersemangat untuk game ini.Cukup pro, cuba menaikkan semangat rakan2 walaupun ketinggalan 2-0.Pengalaman benar2 membuatkannya selamba menyerap tekanan dari satu stadium.Jiwa tenang dan tidak mudah gelabah sepatutnya dipelajari oleh kaum muda seperti ditunjukkan muka Diaby yang nampak hilang arah tuju.Campbell Mr. Arsenal untuk malam ini.

-Kalau ketinggalan 0-1 dengan team yang sebegini anda rasa masih ada harapan, tapi jika 2-0 di awal separuh masa kedua, ia nyata menyentap semangat juang.Tak tahu dari mana gol akan datang.Malah gol Spuds sendiri pun tidak sepatutnya muncul kalau pemain2 fokus.Clichy agak switch off tidak aware akan positioning Sagna, Silvestre jugak mungkin terleka membiarkan Bale meloloskan diri.Sekali lagi defending yang cukup naif dari Arsenal.Tugas berat Le Prof untuk menganalisis.Adakah dengan penambahan CB baru atau benarkah CB kita yang benar2 bermasalah selama ini dan apa pula sumbangan FB.

-RVP nampak tajam.Itu yang posistif dari match ini.3 kali hampir memberikan kita nafas hidup dan menjadi arkitek untuk gol Bendi.Menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan bola dengan timing yang tepat kepada Walcott merupakan bukti pengalaman.Itulah yang perlu ada pada seorang striker instinct dan awareness. Melihat Bendi keseorangan di atas sebelum itu benar2 frust, lebih sakit hati positioning nya yang kadang kala merapu tatkala rakan lain nak cross kemana dia mengular hanya dia yang tahu.Lebih menjengkelkan melihat dia mengunyah chewing gum bajet selamba.Tekanan2! maaf aku hanya perlu melepaskan sedikit pada kambing hitam.Bayangkan kalau RVP dimasukkan lebih awal.Kalaulah Wenger lebih berani..

- Gomes yang pada awal kemunculannya di BPL jadi flop tiba2 entah pakai susuk apa. 3 percubaan dari RVP dan satu dari Campbell berjaya ditepisnya.Cuma hari bertuah Spuds.

Kita tewas.Memang sukar diterima.Tapi apa pun jangan jadi alasan untuk berkata tiada apa lagi yang hendak diperjuangkan musim ini.Berilah 200% dalam setiap baki perlawanan.Jangan dilepaskan kelayakan automatik ini pulak. Semangat kita masih berlum terkubur, hadiahkanlah persembahan berjiwa untuk para penyokong. Aku yakin kita akan bangkit dari tempoh seminggu lepas yang malang.Biarpun harinya belum tiba, tetapi musim ini adalah musim yang boleh dipandang, ambil yang positif untuk kita terus aktif.

Agi idup agi mengguners!

P/S : Spuds will always be spuds.small club, small mentality.Lihatlah celebration bagai nak rak mereka.Biarkan luncai Harry terjun dengan labu-labunya.Penulisan ini dibawah kawalan emosi ketika ini.


Rabu, 14 April 2010

Pre Match : NLD, teruskan tradisi !



Hotspur.. Lebih hangat-hangat tahi ayam daripada biasa. White Hart Lane akan menjadi Hotspot awal pagi nanti.Hotspot untuk Arsenal membawa pulang 3 mata mengasak pendahulu liga, ho spot untuk Spurs terus memasang angan2 tiket ke UCL( semata-mata nak rasa tersingkir hanya di peringkat qualifying) dan pastinya juga hot untuk kepulangan Sol Campbell yang soul nya lebih Arsenal berbanding Spurs.Anda semestinya sudah cukup Arsenal untuk mengetaahui betapa impaknya perlawann ini, bukan sekadar cerita dalam jadual liga malah ada beberapa element yang lebih penting antaranya seperti tradisi, sejarah rivalry dan kemeluatan antara satu sama lain yang diwarisi turun temurun.

Menyaksikan Spurs sekali lagi tersungkur aib di Wembley adalah suatu yang indah.'From administration to relegation and now final jubilation '.Dari pasukan yang tak diberi harapan langsung, Pompey membelakangkan segala permasalahan dan kerumitan yang dialami dan mempersembahkan satu semangat juang yang tinggi.Itulah yang perlu ada pada sesebuah pasukan yang benar2 cinta akan bola sepak.Dan awal pagi nanti tugas Arsenal untuk membnuktikannya semula. Lebih manis Pompey memaksa Spurs ke tambahan masa yakni keletihan 120 minit mungkin satu kelebihan bagi Arsenal yang seperti jirannya, kecewa dalam persaingan UCL di tangan Barca.Kedua2nya baru mengalami kehampaan dengan Arsenal mempunyai lebih masa untuk recovery, persoalannya malam ini siapa yang nak lebih?Nafsu serakah siapa lebnih tinggi, adrenalin siapa lebih memuncak?

Suka aku mengulangi banyak kali sebagai peringatan manis, sudah lebih 10 tahun di mana kali terakhir Spurs menewaskan Arsenal dalam liga.Dan awal pagi nanti , Arsenal perlu memastikan rekod ini tidak lebur, tidak rosak demi maruah pejang2 terdahulu dan fan2 merah putih serata dunia.Dalam tempoh 5 tahun ini pula,biarkan merka bersorak dengan piala mickey mouse mereka .Spurs dan arsenal seperti 2 orang pesaing yang sedang mendaki, tapi masalah bagi Spuds adalah bila nak sampai puncak perasaan iri hati dan gelabah tak tentu pasal mereka dibalas dengan kegelinciran walaupun beberapa kaki saja lagi nak sampai puncak.Kasihan memang kasihan tapi itulah realiti kehidupan. 05/06 mereka hanya perlu menang di hari terakhir liga untuk memintas Arsenal ke kelayakan Champions League, tapi dek kerana cakap2 besar mereka , keracunan makan di hotel sebelum perlawanan menjadi alasan kekalahan kepada West Ham.

Cukuplah dengan sejarah yang kalau dicerita memang takkan habis.Ia memang hanya hebat sekadar secebis memori indah tapi jugak mampu memberi self belief dan keyakinan terutama kepada para pemain. Semangat dan daya juang tinggi yang dituntu malam ini.Biarpun tanpa wira2 seperti Fabregas, Gallas, Arshavin dan yang terbaru Song, kita mesti habiskan dengan pejuang2 yang ada.Song dikhabarkan terlepas aksi ini dan juga di Wigan hujung minggu berponca dari kecederaan.Match bertemu Barcelona BUKAN match terakhir Fabregas, itu jaminan Le Prof. Walaubagaimanapun, tiada jaminan pula buat Gallas kerana belum ada apa2 perkembangan lanjut dari rundingan kontrak. Tersebar meluas di internet, tentang bakal hari sedih bagi Arsenal selepas tamat penghujung musim ini, iaitu kejutan seorang pemain penting bakal keluar dari Arsenal.Banyak nama yang dicanang2, antaranya tak ketinggalan, Silvestre, Campbell, Gallas, Vela, Eduardo atau Arshavin.Tapi melihat kepada gaya penceritaan, 'sedih' dan kejutan itu lebih terarah kepada Arshavin. Ia hanya sekadar sepkulasi, yang entah datang dari sumber mana sedangkan apa yang keluar dari mulut Wenger sendiri tidak selalunya benar.Jadi aku tak mahu pergi dengan lebih mendalam belum sampai masanya. Maka jangan terbawa2 selagi kontrak masih ada, mereka adalah pemain Arsenal dan fokus harus diberikan untuk baki saingan musim ini.

Tonik ,super sonic, khabar gembira dari Emirates mengesahkan buat pertama kali selepas 3 bulan lebih, RVP akan kembali menyarung jersi Arsenal.Lebih best lagi , RVP bakal disenaraikan oleh Wenger dalam skuad ke WHL.Kepulangan RVP satu suntikan semangat buat Arsenal yang nampak tumpul di bahagian serangan lebih2 lagi tanpa kekereatifan Fabreags dan Arshavin.Ini pasti satu tamparan buat Spurs kerana RVP agak 'rajin' merobek gawang merka malah 2 daripada 3 ketika pertemuan di Emirates adalah jaringannya awal musim.Sepeninggalan Song, ruang2 kosong ini pasti akan disi oleh Denilson dan Diaby.Nasri dan Rosicky tidak boleh mengulangi persembahan di Nou Camp jika ingin memastikan Arsenal selesa. Spurs tanpa Palacios yang terlepas aksi akibat penggantungan umpama Spurs tanpa tulang belakang.Namun Nasri perlu berusaha gigih untuk menyelit2 dengan mudah bawah ketiak Tom 'Frankenstein' Huddlestone pulak.

Bercakap pasal Spurs, Harry Redknapp jugak mempunyai masalah dalam selection pemain.Aaron Lennon Jermain Jenas, Niko Kranjcar semua disahkan KO.Hanya Ledley King yang tak berapa nak King jek tengah sedaya upaya nak lepasi ujian kegergasan. Dengan kesilapan taktik 4-5-1 di Emirates dulu yang boleh bajet seri, Redknapp takde pilihan lain selain dari all out maka 4-4-2 sajalah option terbaik mereka. Hanay kemenangan mampu menyambungkan wayar alat bantuan nyawa pada mereka kerana selepas ini mereka terpaksa bertemu Chelsea, United dan Mancity. Arsenal boleh mengambil kesempatan atas kesempitan dan keterdesakan jiran. Denilson akan simpan Modric dalam poket seluar belakangnya. David Bentley boleh bawak kereta Bentley nya lepak2 menonton di rumah dari memenatka badan nak melepasi Clichy. Bale yang kalau dibaca bakunya macam bala hanay menanti bala nak lepasi kek lapis 2 lapis Eboue kemudian sagna.Aku prefer larian direct Eboue berbanding Walcott untuk match ini.Theo diharap mampu inject dari bench.

Sol Campbell.(the last return?) Ini isu besar.bekas kapten mereka kini berjiwa Gunners!! Mana nak letak muka oi Spuds! Aku yakin kompom Sol memang tunggu2 jek match ni.Sebelum sign konrak Januari pun aku rasa dia tengok dulu jadual, "NLD kat mana? WHL?!! ok aku set!!Kompom Prof, aku nak start game tu " sign terus takde pikir pajang.Begitulah berderaunya darah merah gooner dalam jiwa Pak Sol.Letaklah hantu galah Crouch ke, Pavlyuchneko ke, Chelsea pencen Gudjohnsen ke, Campbell dan Mael dah pagar baik punya.Tidak menghiraukan cacian dan makian, Campbell akan memastikan WHL sepi sama seperti hari di mana dia dengan cukup hormat pro tidak turut serta di padang meraikan kejayaan Arsenal muncul juara di WHL 6 tahun sudah.Kesian ,walaupun Sol dah sebegitu namun mereka masih berdendam api dalam sekam, tapi itulah yang membezakan Arsenal dan Spuds..class.

Terlalu awal untuk RVP start.Jadi Bendi mungkin akan terus mengemudi dan menggerudi lubang2 yang cuba ditampal Yunos/Dawson/King/Bassong. Barisan kemungkinan:

------------Almunia------------
Sagna----Sol-----Mael-----Gael
-------------Denilson---------
---------Nasri----Abou--------
Eboue-------Bendi------Rosicky

Sub: Walcott, Dudu, RVP

Menang adalah kewajipan.Tetapi andai ditakdirkan awal pagi nanti adalah saat bermulanya kita tak mampu lagi mencabar kejuaraan liga, usah sesekali menggugurkan diri sendiri dari kem The Red Army.Teruskan menyokong kerana kita adalah nadi.NLD bukan sekadar satu perlawanan, tapi ia adalah satu fenomena penting dalam kalendar musim bola sepak antara 2 kelab yang jelas berbeza visi dan misi mengikut tradisi.Nikmatilah keunikan dan hayatilah semangatnya.

Astro ESPN 812, 2.55 am.Spurs 1 - Arsenal 2. Apa kata Shebby?

Agi idup agi mengguners!


Isnin, 12 April 2010

Masihkah kau ingat... 11 saat ini

Masihkah kau ingat..(lagu kopratasa) .Sengaja kasi hangat lagi dengan menyegarkan memori.Masihkan anda ingat akan detik2 manis happening lagi havoc ini.Ketika NLD di Emirates dulu, setelah RVP membuka pekung Gomez, selepas kickoff Spurse semula, tak sampai 11 saat Fabregas meletakkan Arsenal di hadapan dengan 2 bijik melalui gol larian solo yang luar dari imaginasi penyokong2 Spurs.Menakjubkan!



P/S: Perlawanan Blackburn vs Arsenal yang dijadualkan pada Hari Buruh 1 May telah ditunda atas sabab2 tertentu (Blackburn tak mampu bayar gaji Diouf tripple kerana Big Sam kuat makan) .Tarikh baru adalah pada 3 May jam 3 pagi waktu Malaysia.Salah satu jadual yang sukar, tapi kemenangan Rabu ini boleh memberi keyakinan!


Kasi bahang..

Kalau berjaya elak kekalahan minggu ini, mengikut perkiraan, genap 10 musim Arsenal tak pernah tewas dengan rival seekor ni. Agi idup Agi tu la hangpa(spurs) takkan menang oi!!




Jumaat, 9 April 2010

Masih boleh, WHL medan penentu.


Bagaimana dengan luka anda? Mungkin ada yang kecewa dengan realiti sebenar dan cuba membalas dendam di alam maya dengan permainan playstation, tidak juga, anda pasti akan teringatkan Messi ketika itu. Cukuplah kerana luka yang kalau dirawat tak akan menjadi kudis, tapi paling tidak pun hanya meninggalkan kesan parut.Parut ini terasa dalamnya, parut ini jelas kelihatan kepada semua goonerian, staff, pemain dan paling trauma adalah Wenger sendiri.Mana taknya, dikatakan hampir sama dengan Barcelona tapi dari segi kualiti skuad,skuad depth, kita masih lagi tak dapat menandingi penyandang Juara Eropah.Malam itu memperceritakan serba sedikit mengenai  the good and the ugly side of Project Wenger. Banyak yang telah diulas, aku tidak prelu menambah, cuma yang aku ingin tegaskan, Wenger masih makhluk yang terbaik untuk memimpin Arsenal ketika ini. Belum tiba bulan May, jadi belum masanya untuk mengadili Le Prof.Tapi bersyukur dengan apa yang ada,Liverpool,  Spurs, Mancity Villa sanggup bermatia2an bunuh diri untuk berada di kedudukan situasi kita sekarang ini.

 
Memang tak mencapai hajat , tapi  lihatlah di sekliling Emirates, apa yang dapat diperhatikan selain dari rumput segar yang menghijau, tangguhkan dulu perbicaraan tentang papan2 tahun beserta piala yang berakhir di 2005, lihat pada perspektif lain.Kita masih ada masa depan! Angin bertiup kencang membawa persoalan sama ada Wenger akan kekal selepas kontraknya tamat 2011, apa jawapannya, Le Prof menjawab dengan tenang, 'lihat dulu , kemampuan untuk bersaing mendapatkan piala dan terus menjadi pencabar'. Apa yang tersirat dari yang tersurat? Dia tidak pula spesifik mengatakan dia akan step down, sama ada Arsenal mampu bersaing atau tidak. Teoriku , mungkin jika Arsenal belum cukup bersedia untuk berjuang tanpa Wenger, dia akan terus membimbing dan jika dia benar2 yakin skuad binaannya telah benar2 matang dan mampu berdiri sendiri, dia akan meninggalkan tapak yang cukup stabil untuk siapa jua penggantinya.Wenger cuba meninggalkan legasinya di Arsenal. Dan kita akan berterimakasih atas segala pengorbanan terutama 5 tahun terakhir yang begitu sanggup dia menelan segala kritikan dan cacian. Betapa sukarnya untuk mengekalkan kejayaan adalah lebih perit berbanding menciptanya buat pertama kali. Emirtaes adalah projeknya, pasukan belia ini adalah projeknya, pengorbanan terpaksa dilakukan, perngorbanan dari segi the big prize yang dituntut2 dan dirindui oleh peminat. Tapi untuk menjadikan kita menyayangi Arsenal, kita harus memhami cara kerja Arsenal. Belum tiba masanya untuk kita berbelanja besar sakan,sabar hari itu pasti akan tiba.Rangkaian scouts,Tony Colbert, Colin Lewin, Boro Primorac, Pat Rice , Arsene Wenger bertungkus lumus dengan sumber yang ada untuk menyediakan sebuah pasukan yang boleh bermain bola dengan corak yang cukup menarik dan dikagumi serata dunia.Biarpun bukan yang terbaik tapi sering dijadikan contoh dan ikutan serta drama2 yang disajikan boleh dibawak bersembang di kedai kopi malah boleh digunakan untuk memulakan sebuah perkenalan.Banyak cerita dalam dan di luar padamg, politik kelab tapi brand of football yang dibawa Wenger kini topik yang mengatasi semua itu.

 
Stick together, Wenger menciptakan sebuah pasukan yang berpaksikan Fabregas, dan hanya tuhan sahaja yang tahu berapa lama lagi Fabregas akan mengetuai Arsenal sebelum pulang ke kampung halaman.Tapi percayalah selagi Wenger masih bersama Arsenal aku yakin Faregas masih lagi bersabar dan setia membalas segala kepercayaan yang diberi Le Prof. Fabtastic juga sanggup mati untuk memenangi sesatu di Arsenal terlebih dahulu. Memang ketika ini sibuk dengan nama2 siapa keluar, siapa masuk terutama di penghujung musim. Diakui akan ada beberapa muka yang akan meninggalkan Arsenal dan dipersetujui sekarang pasti beberapa nama akan dicop di belakang jersi baru home Arsenal nanti.Perlukah kita bincangkannya sekarang, tidak salah malah terpulang. Maroune Chamakh mempunyai ikatan yang kuat ketika ini lebih lagii pasukannya tersingkir dari Eropah tempoh hari. Nama yang samar2 lagi masa depan mereka di Arsenal terdiri dari Gallas(Roma dan PSG mengetuk pintu), Silvestre, Campbell.


 Maka yang tinggal adalah pembelian terbaik musim ini Mael dan jugak Johan yang masih terlantar. Aku tak kisah jika Gallas diberi peluang untuk setahun dua tapi ia mungkin satu permintaan yang agak lebih.Gallas kekal di Arsenal berjuang di padang demi maruah, dan menghormati kontrak, namun kecederaan yang sering dialami di penghujung musim seperti win win situation buat Arsenal.Jika sign bagus, jika tak sign , hidup mesti diteruskan.Campbell, aku mengakui dia seorang lagenda di Arsenal, dan sekembalinya semula , dia tetap lagenda di hati dengan persembahan top class setakat ini  tapi masalahnya faktor tenaga dan kecergasan.Kita memerlukan skuad yang sentiasa aware dan boleh memberi jaminan penuh ketika keadaan memerlukan. Tapi jika Gallas meninggalkan Arsenal, aku tak kisah untuk memberi Campbell setahun sebagai Pengetua Bilik Persalinan dan pengalamannya nyata memberi kemantapan kepada aksi pemain muda seperti Johan dan Mael. Silvestre, secara jujur aku tak dapat lihat di mana dia boleh membantu Arsenal untuk semusim lagi.Seorang defender semulajadi, melalui prime time nya bersama United sebelum menghabiskan kudrat dan sisanya di Arsenal.Mungkin kerana status dan sejarahnya , dia diterima dengan agak janggal di Arsenal tapi aku akan memberi penghormatan padanya kerana mencuba sehabis boleh apabila diturunkan musim ini, abaikan Silvestre vs Messi- yang memang anda tak ingin bayangkan sebenarnya dari awal lagi - aku rasa itu sudah memang standardnya setakat ini.Jadi aku memberi jaminan akan ada CB baru masuk, dan harap Wenger dapat recruit yang benar2 bersedia mental dan fizikal dan mampu memberi sepenuh jiwa di atas padang.Slot ini perlu ditinggalkan pada ciri2 yang lebih berpengalaman untuk bergandingan dengan Mael untuk musim2 berikutnya.Dari situlah mungkin terbinanya tembok Emirtates.Masa untuk melobi nama2, kita boleh bincangkannya di lain masa, masa panjang lagi.



Aku lebih berminat bercerita tentang  kempen kita di White Hart Lane nanti tapi mungkin dalam entry brikutnya.Sekarang kita lihat lebih kepada proses mengembalikan semangat kepada para pemaian.Dalam semua interview, mereka kata kecederaan bukan alasan, bagaimana mereka menghormati Barca, mereka akan bangkit, Mereka akan lupakan hari malang dan fokus terhadap derby di WHL.Itu semua penting dan nampak positif. Derby day adalah suatu yang istimewa, dan jika anda meminati Arsenal , anda akan tahu betapa puas hatinya jika pulang dari WHL dengan kemenangan selain dari peristiwa 2 kali kita menang liga di kandang jiran, belum lahir lagi, 70/71 dan invincible 03/04. Antara memori indah 5-4 thriller dengan gol selamba dari Pires masih kuat terbayang di ingatan, "Dynamite, absolutely dynamite!' gol fabregas masih lagi ternyiang2 di telinga.07/11/1999 adalah tarikh kali terakhir mereka mengalahkan kita dalam aksi liga.( Lupakan hari malang 5-1 carling cup yang umpama piala Dunia buat mereka). Tapi  Secara jujur aku merasai kerisauan tentang tahun ini di mana segala rekod baik  berakhir, tapi aku taknak begitu memikirkannya.Inilah tahun di mana mereka boleh mengalahkan kita dan claim merekalah yang menghancurkan impian kita sekali lagi untuk memenangi liga. Dan jika kita menang, kita boleh cakap pula kitalah sekali lagi yang menghantarnya bungkus keluar dari perebutan top 4 /tempat ke UCL setelah pernah melakukkannya 05/06 pada hari terakhir di Highbury. Mereka semakin hampir, tapi semakin jauh.Jika seri ia mungkin lose-lose situation bagi kedua2 kelab.

 
Aku tidak terpikir akan trofi BPL pada ketika ini tapi yang lebih utama adalah kemenangan ke atas Spuds, lakukan double ke atas mereka musim ini, boleh menjadi  bahan hiburan untuk dikenang2kan.Aku ingin melihat Shebby sebagai pengulas jemputan minggu depan dan mendengar apa komen2 terhadap pasukan kesayangannya. Kelebihan rehat hujung minggu diharap dapat diguna pakai sebaik mungkin bagi pemain mencari tonik dan fokus terhadap pertemuan Rabu nanti.Sedikit bantuan daripada kebengisan Belhadj dan magic dari Kanu amat2 dialukan minggu ini.Lebih manis jika Pompey mengempunankan para Spuds untuk bertandang buat kali kedua ke Wembley. Sambil itu tumpuan pastinya diberi kepada Campbell yang akan menerima sambutan dingin dan amukan meracau tak tentu pasal daripada para Spuds.Tidak sabar melihat reaksi bagaimana jika Campbell pula yang menjaringkan gol. Ura- ura RVP bakal diselitkan, sedikit cameo dan sebijik tambahan gol darinya sudah cukup menceriakan awal pagiku nanti.

COYG!!


Khamis, 8 April 2010

Misteri kehilangan Vela



Misteri kehilangan Carlos Vela daripada senarai 18 nama yang diterbangkan ke Nou Camp terjawab.Dan kalau benar, jawapannya agak kelakar dan sukar diterima akal.Sedang Wenger melindungi perkara ini dengan menjawab soalan tentang mengapa dia tidak menyenaraikan bintang Mexico itu, Agent Carlos Vela telah membuka rahsia di sebalik peninggalan Vela. Wenger mengatakan bahawa Vela tidak tersenarai adalah kerana 'sistem persaingan dan perebutan tempat'. Tiba2 agent Vela, Eduardo Hernandez mempunyai idea sendiri.

"Carlos did not find his passport. He didn't mislead the club, he just didn't know where the document was."
Kehilangan passport?? aduih, di saat2 genting seperti itu.Bayangkanlah saudara jika Vela berada dalam pasukan, adakah nasib Arsenal berbeza atau keadaan tak berubah.Tapi di peringkat ini siapa yang rugi, Arsenal atau pun Carlos Vela sendiri? Benda sudah berlaku dan berlalu, mungkin ada hikmahnya. Vela masih lagi penting untuk persaingan baki liga. 'Persaingan perebutan tempat'? huhu..kali ini dia memang perlu betul2 bagi saingan kepada Bendi dan Eduardo agar mereka lebih tajam lagi. RVP jugak dalam proses menyiapkan diri.Nantikan kemunculanya.

P/S: Jangan makan semut banyak sangat.


Rabu, 7 April 2010

Post Match :Arselona Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera fellow Gunners..huhu..kita tersungkur di quater final UCL season ni...memang frust..geram..marah..semua perasaan negatif ada...tapi tak salah kalau kita cungkil sedikit perasaan positif dari ape yang terjadi malam ni..kita bertemu barca dengan status underdog..dengan status kita yang tak seberapa dengan barca..memang kita dijangka akan tersungkur..tapi tak semudah tu...Jogho percaya game tadi semua player kita dah beri persembahan habis-habisan untuk mengekang lawan..

Kita bertandang ke Nou Camp dengan keadaan yang amat menyakitkan..kita kehilangan 7 pemain utama..saat2 akhir seblum match..sekali lagi kita kehilangan player yang boleh di anggap key figure untuk tahun ni iaitu Campbell..situ saje kita dah mula rasa frust...sedia maklum..nak di banding kan Campbell dengan Silvestre..mmg 100% fan akan pilih Campbell..tapi ape kan daya..beliau tak dapat berjuang..brmain di tempat lawan..dengan penyokong yang memenuhi stadium( 90,000 orang) memang agak sukar..situ kita dah tau memang kita underdog..apae tah lagi kalau kita tgk status player lawan malam ni..semua nye star player..tapi masih kita berjuang..kita masih lagi menjaringkan gol..we alway score..tak kira di stadium mane skali pon..kita tetap ada potensi untuk score..

Keseluruhan game kita tak dpt control..1st half pasukan lawan dapat 135 passing completed..kita hanya 36 passing completed(30min pertama)..bayangkan keadaan itu yang sebelum ni tak penah kita nampak dalam Arsenal..sebab tu kita nampak di ayam2 kan...ape yang Jogho nampak..Arsenal dan Barca memang syle nye sama...cuma yang membezakan kita..quality...bukan kita tak de quality..tapi lawan lagi berquality..tak heran dengan quality lawan..dah sedia maklum..mereka menghabis kan wang beratus juta untuk mendapat kan khidmat player2 mereka..kita dah la tak leh nak spend banyak..key player plak ramai tak leh main..kena 4-1 pon dah kira bernasib baik..

Walaupon kalah..Jogho masih berbangga dengan club kesayagan kita..frust memang la frust..tapi ape kan daya..pujian buat Messi..tak pernah dalam hidup Jogho walaupon masih kurang pengalaman tgk player semacam beliau..kate kan la Jogho hidup di zaman maradona dan zaman skarang..Jogho rasa..Messi ni lebih dari Maradonna..tapi tak tau la..Jogho tak hidup zaman tu...kena tanya pada yang pernah lihat aksi2 Maradonna..tapi bg Jogho..Messi adalah "dewa bola"...beruntung Barca dapat khidmat beliau. tapi kita juga ada bintang kita..captain kita Fabregas tak kurang hebat nye..dah terbukti salah sorang midfield terbaik dunia..world class..tapi ape kan daya..beliau tak dapat nak teruskan perjuangan untuk musim ni.

Kita masuk ke section post moterm individu...Almunia..tak de ape yang nak di kate...walupon lepas 4 gol..tapi bukan kesilapan bodoh yang biasa kita lihat dari beliau..so bg Jogho..persembahan dia baik..Sagna pulak..baik persembahan...cuma tak leh wat ape..sebab kita tak dapat possesion yang slalu kita dapat dalam game2 sebelum ni..Vermaelen..pon agak baik..cuma satu kesilapan dia..chlalange terlalu awal dan hilang positioning..dan bolos satu gol akibat itu..Silvestre...cleareance yang tak baik menghasilkan satu lagi gol untuk pihak lawan..seperti yang Jogho kata..kita tak de pilihan..dah dia je tinggal CB kita..Clichy bg Jogho..man of the match untuk Arsenal..penuh semangat..defending agak baik..overlap bagus..crossinig cantil tapi sayang..tak gol..Denilson..pelik sangat Jogho ngan mamat ni..setiap game Jogho tgk..macam tak wujud dia ni..tak tau la kenapa...tak wujud bukan maksud nye tak bagus..Denilson ni sebnar nye bukan defensive player..dia lebih kepada offensive player yang mempunyai sedikit defensive quality...sekali lagi..kita tak de pilihan setelah Song tak dapat main terpaksa kita letak Denilson untuk main DM...sebab tu la season ni..AW letak Song untuk posisi DM..sebab dia nampak..Denilson lebih kepada Offensive player..sikit2 je defensive..campur lak ngan dia injured sebelum ni..kurang menarik persembahan beliau bg Jogho..

Diaby...di letakkan berganding dengan Denilson..kita sebenar nye pakai dua DM untuk game malam ni...tapi still tak dapat mengekang penguasaan Barca..Diaby jugak lebih kepada offensive..cuma fizikal nye yang wat kita nampak dia DM..tapi pujian jugak kat beliau..pressing dan tackle beliau la mula2 yang menghasilkan gol kita malam ni..agak baik persembahan...Abg Nasri kita diberi tugas untuk mengemudi midfield serangan kita..mengganti kan tempat Fabregas..memang suatu yang sukar..bagus persembahan beliau..cuma cam tu la..kita tak leh pegang bola..so tak nampak sangat la ape dia boleh buat..Walcott..masih baik..cuma cam tu la..tak nampak sumbangan..sebab..cam tadi la..tak leh pegang bola..haha..nampak kan mmg tak leh wat ape kalau tak leh pegang bola..sebab tu la Jogho sangat2 berminat dengan cara kita main..build up baik punye..patience..bangg gol..tapi skali malam ni..tak leh plak..frust2...melalut sket..haha

Rosiky plak..strugle..agak sukar Rosiky nak main malam ni..dengan ref lak slalu tipu wisel..tak kira la foul cam ne pon..tiup je keja dia..typical uefa ref..jauh beza dengan EPL nye ref..sebab tu la team2 english kalau main UCL ni salu je kena kad..susah beliau nak masuk..nak passing bola..
Bendi..credit kat dia..satu gol lagi dari beliau..walaupon ada peluang tak gol..bg Jogho..dah puas hati kat Bendi season ni..dah banyak imprive..dari segi heading..challange..movement..finishing pon dah main baik..walaupon masih below par untuk player club top 4..ada beberapa lagi yang perlu di perbaiki..seperti anticipation dan 1st touch..kurang mnarik lagi dari Bendi untuk dua benda ni..masih lagi muda..banyak yang leh di improve..peak sorang striker ialah pada umur 26..masih ada masa lagi...

itulah saje rentetan untuk post moterm individual dari Jogho..malas nak letak rating..pandai2 la korang letak..haha..ape2 pon..teruskan perjuangan..masih ada 5 game EPL..cuma cam GNR cakap..kena menang kat WHL...tu pon dah cukup..lagi satu..kat shoutbox tu..bukan Jogho nak gaduh..hehe..bagi pandangan je..jangan mare ye saudara Bayu..hehe.peace..

Come On Gunners....

P/S: cam biasa..highlight akan di upload oleh GNR..intenet slow..haha..


Post Match : What a 'messi' night for Arsenal

Kejaiban yang diharapkan telah timbul di Nou Camp menyaksikan Arsenal collapsed dalam tempoh 21 minit kepada hat-trick Messi.Bendi memberi sekelumit harapan pada minit ke 18 melalui counter attack Arsenal tapi selepas hanya 3 minit, segalanya berubah. Arsene Wenger nampaknya terlupa cara untuk 'win ugly'.Aku yakin kalau kta berdisplin seperti Wolves tempoh hari, ruang2 dan peluang macam tu mati kutu Barca nak peroleh.Tapi itulah realiti, mereka jauh kehadapan berbeza dengan kita dan bukan hanya Messi yang membezakannya.Banyak lagi aspek yang boleh dipelajari melalui corak Barcelona.Cara defend ketika tak memegang bola, cara win the ball lepas terlepas bola, cara possession, mental strength, self belief, itu semua nampak ketara perbezaannya.Memang benar, kita tidak banyak pilihan dengan maslaah kecederaan, kita telah mencuba tapi kita belum lagi setanding. Seperti dirasakan, Barcelona pastinya gembira dapat bertemu dengan Arsenal yang corak permainan kita sangat open dan tiada plan untuk menutup corak permainan lawan. Bagai orang mengantuk dihulurkan tilam air, mereka atau aku boleh katakan Messi, mengajar Arsenal erti total football sebenar. Gol keempat hanya menambah duka mengingatkan kembali kepada gol Beletti celah kangkang Almunia. Terima kasih Barcelona atas kesedaran ini, tugas besar menanti Wenger untuk musim depan. Kita akan bangkit, kita pasti bangkit tapi Wenger and co. perlu bertindak. WHL adalah medan untuk menebus maruah.


Selasa, 6 April 2010

Pre Match : Arselona Part 2



Nothing to lose, nothing to fear but it doesn't mean nothing to fight for.Jadi main macam biasa, tenang, relax, mudah-mudahan gaya permainan sendiri dapat ditonjolkan.Kita adalah underdog, bukan pilihan, dan bahan kritikan sudah siap sedia dikarang mereka untuk kita pulang dari Nou Camp nanti.Kata mereka hanya keajaiban sahaja boleh mengekalkan arsenal dalam persaingan dan membawa kita ke separuh akhir.Tapi perlu diingat dalam bola sepak keajaiban bukan tidak pernah berlaku malah sering terjadi ketika kita menjangkakan yang sebaliknya.Venue2 seperti Wembley, San Siro, Bernebau, Istanbul, Nou Camp, Stade de France, Hampden Park  pernah menjadi saksi.






Tiada apa yang nak disegankan andai kita tersengkur di medan ternama juara eropah dan juara dunia, cuma berilah tentangan yang bagai tiada lagi esok.Usah dipersia2kan pengorbanan Fabregas yang beraksi sepenuh hati tanpa memikirkan status barcelona dan kaitan DNA nya. Perjuangan tanpa Fabregas Arshavin, RVP Gallas ditambah sukar dengan ketiadaan Song. Mereka jugak bakal terencat option apabila pasti merindui fizikal Bang Brahim dan Pique.Aku tak tau la pulak apa mereka dapat dengan Tarzan yang  bertugas sebagai kapten mereka tapi yang pasti kapten kita benar2 mempengaruhi perlawanan.Kehilangan Fabregas memang bakal dirasai, malah skuad yang akan diturunkan secara jujurnya bukanlah yang terbaik.Bagaimanapulakah kita mendefinasikan 'yang terbaik'. 'Yang terbaik' itu hanya kulitnya, hanya pada nama, status tapi isinya yang itu lebih penting.Kadang2 nama2 besar pun ada hari tenggelam timbulnya, maka 'terbaik' itu wajar diadili melalui persembahan, bukannya hanya pada status atau sejarah silam.



Maka dengan ini , sekali lagi diingatkan bahawa pemain2 ,pendekar2 yang tinggal mampu mencipta sejarah tersendiri. Tidak perlu gentar, tidak perlu terlalu hormat bahkan selepas komen ego Dani Alves yang mengatakan kita hanya lucky 1st leg, aku lebih rela melihat Denny boy kita menutup mulut rakan sebraziliannya itu. Mereka ada Messi, pedulik apa kita ada Eboue! Mereka mempertaruhkan Xavi, kita percaya akan Nasri! Mereka beri pelali kepada Iniesta, Diaby boleh langkah saja barisan tengah mereka.Marquez? Mael jauh lebih bertenaga.Mereka memperjudikan Bojan, kita menanam Bendi! Keita + Toure baru dapat seorang lagenda macam Campbell. Walcott kini lebih laju dari Henry.Belum cerita kelicikan Clichy dan Rosicky.Kita ada Almunia, nasib baik mereka juga ada Valdes yang tak banyak jauh beza.Sagna lebih hensem dari Abidal. Pedro belum cukup matang untuk menghadapi kesengsaraan Eduardo dan bangkit semula! Mereka ada semangat darah muda Guardiola, kita ada prinsip dan falsafah dalam Wenger! mereka ada Nou Camp dan ratusan ribu penyokong.Kita ada jutaan penyokong dari seluruh pelosok dunia dan yang paling penting kita ada Arsenalaysia! Doa dan harapan menjadi bekalan.

----------------Almunia----------------
Sagna----Sol/Silvestre--Mael----Gael
---------------Denilson--------------
--------Nasri-----------Diaby-------
---Eboue------Bendi----Rosicky/Walcott.

Campbell masih bergelut dengan hamstring, jika tak fir Silvestre akan ambil alih. Rosicky 50-50, jika dia tak start kemungkinan Walcott dan Eboue akan swap position.Merida dan Eastmond boleh banyak belajar dari pengalaman di bangku simpanan.



Siapa2 sahaja yang menyarung jersi putih away awal pagi nanti, tidak perlu rasa gentar dan terlalu rendah diri.Press dan pressure mereka secepat yang mungkin,Jangan dibiarkan terlalu lama mereka memegang bola dan sempat berfikir mencari peluang. Attack melalui counter attack agar senjata makan tuan bagi mereka. Kita ada 'Plan Bendi', 'Plan Walcott' dan 'Plan belasah je apa nak jadi jadi lah'. Kadang2 bila takde plan pun boleh datang hasilnya jika pemain2 berusaha bagai nak mati. Tapi selagi wisel penamat belum langsung ditiup pengadil , jangan sesekali menyerah kalah.jangan sesekali buat tak endah kerana jika itu berlaku, itu yang pemain2 patut malu.Malu kepada komitemen Fabregas, malu kepada Ramsey yang hanya patah kaki sia2 kalau begitu, malu pada Wenger yang memberi kepercayaan sehingga sanggup menebalkan muka menanggung malu dikrtitik hebat semata2 mempertahankan prinsip dan menyelamatkan kerjaya pemain2 muda harapannya, malu pada penyokong yang seharian 24/7 mengingati akan kedebaran match ini. Kami hanya inginkan yang terbaik dari para pemain tidak kira apa jua keputusan malam ini asalkan ia adalah satu perlawanan bola sepak yang tak boleh dilupakan dan menjadi ingatan sampai bila2.Supaya biarlah kita dapat bercakap esok pagi, 'Kita bangga MengGUNNERS!!'.

Kamon Arsenal!

ASTRO ESPN 812 2:40 am. Barcelona 1- Arsenal 2.


Double 'W' cabar Barcelona.

Wenger dan Walcott dalam sembang-sembang mereka memanaskan lagi bahang perlawanan awal pagi nanti.