Khamis, 15 April 2010

Post Match : Rekod sedekad lebur namun semangat tidak akan terkubur

Rekod sedekad tanpa kalah kepada rival terdekat Spuds, lebur melalui 2 bijik gol awal di setiap separuh masa. Aku memerlukan masa untuk recover dari kekecewaan ini. Yang sangat mengecewakan adalah bagaimana gol2 yang dilepaskan adalah suatu yang sukar diterima terutama 2nd gol dari Bale.Apa pun nice try lad. Mungkin mereka menang, siapa tahu mungkin mereka dipaksa tunggu 10 tahun lagi untuk menewaskan kita kembali kerana ternyata ini bukan barisan yang terbaik-itupun spuds struggle, mereka mendapat keyakinan yang awal walaupun Arsenal merata2 tempat di sluruh padang cuma ketumpulan dan kurang kreativiti membezakan nasib Arsenal dan Spuds. Tewas bermakna secara matematik dan subjek kebarangkalian, kita hanya ada peluang 0.00++% tapi realitinya ia bertambah sukar. Sesungguhnya aku tidak terpikir akan liga sebentar tadi kerana status NLD itu lebih memberi kesan di hati. Namun segalanya berakhir, jadi mungkin juga berakhirnya tekanan yang terpaksa dipikul generasi sekarang ini terhadap kehebatan generasi silam yang jelas tak boleh dipikul mereka.Kita boleh start membinanya(status NLD) kembali semula musim depan dengan tiada apa lagi yang hendak dipertahankan bermakna kurangnya tekanan.

- Kejutan gol awal, dari Rose. Mungkin ramai yang berkata Almunia sepatutnya memilih untuk menangkap daripada menumbuk bola itu, tapi mungkin jugak Almunia pikir yang dia dah melakukan cukup bagus malangnya tidak. Mungkin tiada komunikasi dan alert diberi dari rakan2 lain apa yang pasti kita masih lagi di takuk lama, defending set pieces umpama satu jenayah di Arsenal. walaupun boleh dikatakan agak bernasib baik dgn gol itu,Rose menghukum kita.

- Gallas, Arshavin, Fabregas, Song dah takde sudah cukup menyakitkan Arsenal dan kali ini tamparan  tiba2 apabila Mael mengalami kecederaan.Kemasukan Silvestre umpama menunggu tangga menimpa.

-Campbell.Top class performance.Hampir membuka jaringan malangnya ada E-Kotor2(x tau ejaan namanya) on the line. Tapi Campbell memang begitu bersemangat untuk game ini.Cukup pro, cuba menaikkan semangat rakan2 walaupun ketinggalan 2-0.Pengalaman benar2 membuatkannya selamba menyerap tekanan dari satu stadium.Jiwa tenang dan tidak mudah gelabah sepatutnya dipelajari oleh kaum muda seperti ditunjukkan muka Diaby yang nampak hilang arah tuju.Campbell Mr. Arsenal untuk malam ini.

-Kalau ketinggalan 0-1 dengan team yang sebegini anda rasa masih ada harapan, tapi jika 2-0 di awal separuh masa kedua, ia nyata menyentap semangat juang.Tak tahu dari mana gol akan datang.Malah gol Spuds sendiri pun tidak sepatutnya muncul kalau pemain2 fokus.Clichy agak switch off tidak aware akan positioning Sagna, Silvestre jugak mungkin terleka membiarkan Bale meloloskan diri.Sekali lagi defending yang cukup naif dari Arsenal.Tugas berat Le Prof untuk menganalisis.Adakah dengan penambahan CB baru atau benarkah CB kita yang benar2 bermasalah selama ini dan apa pula sumbangan FB.

-RVP nampak tajam.Itu yang posistif dari match ini.3 kali hampir memberikan kita nafas hidup dan menjadi arkitek untuk gol Bendi.Menunggu masa yang sesuai untuk melepaskan bola dengan timing yang tepat kepada Walcott merupakan bukti pengalaman.Itulah yang perlu ada pada seorang striker instinct dan awareness. Melihat Bendi keseorangan di atas sebelum itu benar2 frust, lebih sakit hati positioning nya yang kadang kala merapu tatkala rakan lain nak cross kemana dia mengular hanya dia yang tahu.Lebih menjengkelkan melihat dia mengunyah chewing gum bajet selamba.Tekanan2! maaf aku hanya perlu melepaskan sedikit pada kambing hitam.Bayangkan kalau RVP dimasukkan lebih awal.Kalaulah Wenger lebih berani..

- Gomes yang pada awal kemunculannya di BPL jadi flop tiba2 entah pakai susuk apa. 3 percubaan dari RVP dan satu dari Campbell berjaya ditepisnya.Cuma hari bertuah Spuds.

Kita tewas.Memang sukar diterima.Tapi apa pun jangan jadi alasan untuk berkata tiada apa lagi yang hendak diperjuangkan musim ini.Berilah 200% dalam setiap baki perlawanan.Jangan dilepaskan kelayakan automatik ini pulak. Semangat kita masih berlum terkubur, hadiahkanlah persembahan berjiwa untuk para penyokong. Aku yakin kita akan bangkit dari tempoh seminggu lepas yang malang.Biarpun harinya belum tiba, tetapi musim ini adalah musim yang boleh dipandang, ambil yang positif untuk kita terus aktif.

Agi idup agi mengguners!

P/S : Spuds will always be spuds.small club, small mentality.Lihatlah celebration bagai nak rak mereka.Biarkan luncai Harry terjun dengan labu-labunya.Penulisan ini dibawah kawalan emosi ketika ini.


2 ulasan:

kareem berkata...

menang ngan arsenal mcm menang carling cup...kehkehkeh...

Wan Faizal Shafi berkata...

sakit hati aku tgk game ni, cuma kemunculan RVP sedikit meredakan..hrp2 Le Prof lebih peka kat barisan pertahanan lepas ni, buatlah mcm mana pun..tgh, Diaby tu takyah nk ckp la..sakit hati je tgk dia main!