Rabu, 14 April 2010

Pre Match : NLD, teruskan tradisi !



Hotspur.. Lebih hangat-hangat tahi ayam daripada biasa. White Hart Lane akan menjadi Hotspot awal pagi nanti.Hotspot untuk Arsenal membawa pulang 3 mata mengasak pendahulu liga, ho spot untuk Spurs terus memasang angan2 tiket ke UCL( semata-mata nak rasa tersingkir hanya di peringkat qualifying) dan pastinya juga hot untuk kepulangan Sol Campbell yang soul nya lebih Arsenal berbanding Spurs.Anda semestinya sudah cukup Arsenal untuk mengetaahui betapa impaknya perlawann ini, bukan sekadar cerita dalam jadual liga malah ada beberapa element yang lebih penting antaranya seperti tradisi, sejarah rivalry dan kemeluatan antara satu sama lain yang diwarisi turun temurun.

Menyaksikan Spurs sekali lagi tersungkur aib di Wembley adalah suatu yang indah.'From administration to relegation and now final jubilation '.Dari pasukan yang tak diberi harapan langsung, Pompey membelakangkan segala permasalahan dan kerumitan yang dialami dan mempersembahkan satu semangat juang yang tinggi.Itulah yang perlu ada pada sesebuah pasukan yang benar2 cinta akan bola sepak.Dan awal pagi nanti tugas Arsenal untuk membnuktikannya semula. Lebih manis Pompey memaksa Spurs ke tambahan masa yakni keletihan 120 minit mungkin satu kelebihan bagi Arsenal yang seperti jirannya, kecewa dalam persaingan UCL di tangan Barca.Kedua2nya baru mengalami kehampaan dengan Arsenal mempunyai lebih masa untuk recovery, persoalannya malam ini siapa yang nak lebih?Nafsu serakah siapa lebnih tinggi, adrenalin siapa lebih memuncak?

Suka aku mengulangi banyak kali sebagai peringatan manis, sudah lebih 10 tahun di mana kali terakhir Spurs menewaskan Arsenal dalam liga.Dan awal pagi nanti , Arsenal perlu memastikan rekod ini tidak lebur, tidak rosak demi maruah pejang2 terdahulu dan fan2 merah putih serata dunia.Dalam tempoh 5 tahun ini pula,biarkan merka bersorak dengan piala mickey mouse mereka .Spurs dan arsenal seperti 2 orang pesaing yang sedang mendaki, tapi masalah bagi Spuds adalah bila nak sampai puncak perasaan iri hati dan gelabah tak tentu pasal mereka dibalas dengan kegelinciran walaupun beberapa kaki saja lagi nak sampai puncak.Kasihan memang kasihan tapi itulah realiti kehidupan. 05/06 mereka hanya perlu menang di hari terakhir liga untuk memintas Arsenal ke kelayakan Champions League, tapi dek kerana cakap2 besar mereka , keracunan makan di hotel sebelum perlawanan menjadi alasan kekalahan kepada West Ham.

Cukuplah dengan sejarah yang kalau dicerita memang takkan habis.Ia memang hanya hebat sekadar secebis memori indah tapi jugak mampu memberi self belief dan keyakinan terutama kepada para pemain. Semangat dan daya juang tinggi yang dituntu malam ini.Biarpun tanpa wira2 seperti Fabregas, Gallas, Arshavin dan yang terbaru Song, kita mesti habiskan dengan pejuang2 yang ada.Song dikhabarkan terlepas aksi ini dan juga di Wigan hujung minggu berponca dari kecederaan.Match bertemu Barcelona BUKAN match terakhir Fabregas, itu jaminan Le Prof. Walaubagaimanapun, tiada jaminan pula buat Gallas kerana belum ada apa2 perkembangan lanjut dari rundingan kontrak. Tersebar meluas di internet, tentang bakal hari sedih bagi Arsenal selepas tamat penghujung musim ini, iaitu kejutan seorang pemain penting bakal keluar dari Arsenal.Banyak nama yang dicanang2, antaranya tak ketinggalan, Silvestre, Campbell, Gallas, Vela, Eduardo atau Arshavin.Tapi melihat kepada gaya penceritaan, 'sedih' dan kejutan itu lebih terarah kepada Arshavin. Ia hanya sekadar sepkulasi, yang entah datang dari sumber mana sedangkan apa yang keluar dari mulut Wenger sendiri tidak selalunya benar.Jadi aku tak mahu pergi dengan lebih mendalam belum sampai masanya. Maka jangan terbawa2 selagi kontrak masih ada, mereka adalah pemain Arsenal dan fokus harus diberikan untuk baki saingan musim ini.

Tonik ,super sonic, khabar gembira dari Emirates mengesahkan buat pertama kali selepas 3 bulan lebih, RVP akan kembali menyarung jersi Arsenal.Lebih best lagi , RVP bakal disenaraikan oleh Wenger dalam skuad ke WHL.Kepulangan RVP satu suntikan semangat buat Arsenal yang nampak tumpul di bahagian serangan lebih2 lagi tanpa kekereatifan Fabreags dan Arshavin.Ini pasti satu tamparan buat Spurs kerana RVP agak 'rajin' merobek gawang merka malah 2 daripada 3 ketika pertemuan di Emirates adalah jaringannya awal musim.Sepeninggalan Song, ruang2 kosong ini pasti akan disi oleh Denilson dan Diaby.Nasri dan Rosicky tidak boleh mengulangi persembahan di Nou Camp jika ingin memastikan Arsenal selesa. Spurs tanpa Palacios yang terlepas aksi akibat penggantungan umpama Spurs tanpa tulang belakang.Namun Nasri perlu berusaha gigih untuk menyelit2 dengan mudah bawah ketiak Tom 'Frankenstein' Huddlestone pulak.

Bercakap pasal Spurs, Harry Redknapp jugak mempunyai masalah dalam selection pemain.Aaron Lennon Jermain Jenas, Niko Kranjcar semua disahkan KO.Hanya Ledley King yang tak berapa nak King jek tengah sedaya upaya nak lepasi ujian kegergasan. Dengan kesilapan taktik 4-5-1 di Emirates dulu yang boleh bajet seri, Redknapp takde pilihan lain selain dari all out maka 4-4-2 sajalah option terbaik mereka. Hanay kemenangan mampu menyambungkan wayar alat bantuan nyawa pada mereka kerana selepas ini mereka terpaksa bertemu Chelsea, United dan Mancity. Arsenal boleh mengambil kesempatan atas kesempitan dan keterdesakan jiran. Denilson akan simpan Modric dalam poket seluar belakangnya. David Bentley boleh bawak kereta Bentley nya lepak2 menonton di rumah dari memenatka badan nak melepasi Clichy. Bale yang kalau dibaca bakunya macam bala hanay menanti bala nak lepasi kek lapis 2 lapis Eboue kemudian sagna.Aku prefer larian direct Eboue berbanding Walcott untuk match ini.Theo diharap mampu inject dari bench.

Sol Campbell.(the last return?) Ini isu besar.bekas kapten mereka kini berjiwa Gunners!! Mana nak letak muka oi Spuds! Aku yakin kompom Sol memang tunggu2 jek match ni.Sebelum sign konrak Januari pun aku rasa dia tengok dulu jadual, "NLD kat mana? WHL?!! ok aku set!!Kompom Prof, aku nak start game tu " sign terus takde pikir pajang.Begitulah berderaunya darah merah gooner dalam jiwa Pak Sol.Letaklah hantu galah Crouch ke, Pavlyuchneko ke, Chelsea pencen Gudjohnsen ke, Campbell dan Mael dah pagar baik punya.Tidak menghiraukan cacian dan makian, Campbell akan memastikan WHL sepi sama seperti hari di mana dia dengan cukup hormat pro tidak turut serta di padang meraikan kejayaan Arsenal muncul juara di WHL 6 tahun sudah.Kesian ,walaupun Sol dah sebegitu namun mereka masih berdendam api dalam sekam, tapi itulah yang membezakan Arsenal dan Spuds..class.

Terlalu awal untuk RVP start.Jadi Bendi mungkin akan terus mengemudi dan menggerudi lubang2 yang cuba ditampal Yunos/Dawson/King/Bassong. Barisan kemungkinan:

------------Almunia------------
Sagna----Sol-----Mael-----Gael
-------------Denilson---------
---------Nasri----Abou--------
Eboue-------Bendi------Rosicky

Sub: Walcott, Dudu, RVP

Menang adalah kewajipan.Tetapi andai ditakdirkan awal pagi nanti adalah saat bermulanya kita tak mampu lagi mencabar kejuaraan liga, usah sesekali menggugurkan diri sendiri dari kem The Red Army.Teruskan menyokong kerana kita adalah nadi.NLD bukan sekadar satu perlawanan, tapi ia adalah satu fenomena penting dalam kalendar musim bola sepak antara 2 kelab yang jelas berbeza visi dan misi mengikut tradisi.Nikmatilah keunikan dan hayatilah semangatnya.

Astro ESPN 812, 2.55 am.Spurs 1 - Arsenal 2. Apa kata Shebby?

Agi idup agi mengguners!


2 ulasan:

gula-gula berkata...

another great piece,

respect.

kareem berkata...

nampaknya...spurs lebih bernafsu...kita kalah kerana dr awal game kita dah terbeban dgn mentaliti mahu pintas MU shingga lupa pada game sendiri...

akibatnya memakan diri..