Ahad, 18 April 2010

Post Match : Pemain2 patut malu kepada semangat Wigan

Tergamam tapi tak terkejut.Fabianski seperti dijangka hanya bom masa.Hanya menunggu detik saja nak melakukan kesilapan bodoh semacam itu.Sesudah 'declare war' dengan Almunia apabila mengatakan Al injured dan tak akan bermain lagi musim ini( padahal tanda2 dah tak percaya) adakah kita akan lihat 'keajaiban' apabila Almunia tiba2 cergas untuk beraksi menentang ManCity nanti.Sanggupkah Wenger menjilat kembali ludahnya.Fabianski, hurmm malang nasib budak ni, keeper terbaik liga poland tapi maaf BPL memang tak sesuai untuk anda.Setaiap kali dapat peluang untuk buktikan kemampuan, dia pasti akan menghampakannya.Tiba giliran Manone untuk bolot 3 aksi terakhir.

Setelah tamatnya pengejaran liga kita disahkan oleh Spuds, kini ia diganda sahkan semula oleh Wigan dalam fesyen yang cukup memalukan tapi tahniah kepada Wigan kerana menunjukkan mereka lebih mahukan kemenangan ini.Martinez sendiri bagai terkejut tak menyangka tapi taktikal dan pertukarannya nyata membuahkan hasil dan ada impak.Di pihak Wenger pulak, malang dan sungguh malang, pertukaran yang useless dan tiada plan B. Bukan kali pertama arsenal mempersiakan leading 2 bijik, West ham telah mengajar, jangan kata tiada pengalaman.Cuma 10 minit 3 gol? wow itu hanya keajaiban dan kesungguhan yang boleh menghasilkannya di samping kehancuran defends Arsenal yang collapsed bagai runtuhnya tembok Berlin. Padahal tak sampai standard tembok China sekalipun.Campbell dan Silvestre anda akan persoalkan berapa lama gandingan ini mampu bertahan.Posisi penjaga gol pulak adalah mimpi ngeri.Mampukah kita membayangkan gandingan2 ini hingga ke akhir musim sedangkan tempat ketiga sekarang pun dah mula diintai orang.Berdoa dan berharaplah.

Lupekan Gol Walcott dan Silvestre yang dah tak bernilai untuk diceritakan sekarang ini.Pemain2 tadi patut berasa malu, patut berasa segan pada semangat juang Wigan.Mereka tahu ketika 2-0 dengan 10 minit mereka tak boleh nak buat apa, tapi gamble terus push, mengasak, kemasukan Moses nyata taktikal yang cukup bagus.Ape kejadahnya pulak yang bermain di fikiran player Arsenal ketika itu? Tiada siapa yang track back Watson! tiada marking, lihat posisi Nasri, Diaby ?? Beberapa minit selepas itu,Kemudian  Nasri cuba memenangi balik dengan menyelamatkan bola di bahagian tiang atas garisan.Pada masa tu dah nampak petanda2 buruk bakal berlaku. Wenger pulak perlu disalahkan dengan pertukaran entah apa2 yang tak menyumbang.Dia nak buat pertukaran ketika 2-0, tapi tiba2 Wigan dah dapat sebijik.Manager yang bagus takkan meneruskan niat, malah akan menukar taktikal.Merida tidak perlu dimasukkan kerana Rosicky dah buat cukup elok untuk memenangi bola dan memberi cover baik pada Clichy sebelum itui.Yang logik hanya Eboue dimasukkan sebagai perlindungan kepada back 4.Diaby hanya perlu duduk di hadapan defends dengan disiplin, itupun dia tak boleh nak selesaikan tugas.Gol penyamaan memang suar diterima bukan apa kerana dalam ramai2 orang mengapa badut bramble?!! Itu sudah cukup mensetarafkan dirinya dengan Fabianski.Aiyoooo....School boy error, sekali lagi defending naif, keeper peringkat MSSM dan taktikal nyanyuk yang tiada sebarang urgency telah memakan diri Arsenal malam ini.

Kita selayaknya kalah, dan kita belum cukup ramuan untuk memasang impian tinggi ketika ini, buktinya jelas terang dan nyata.Seringkali digelar raja gol lewat, malam ini giliran kita pulak makan 3 bijik sekaligus.Kecewa tapi inilah yang dramatik bagi penyokong2 Arsenal. Aku hanya berharap agar cepat2 sahajalah kita mengesahkan tiket ke UCL.Itu sahaja yang dipinta, tiada lagi. Hanya satu yang positif dari game tadi, Arsenal boleh dikatakan SAH akan mendapat penjaga gol baru musim depan.

P/S : Wenger mungkin  tengah call David Seaman sekarang ni tanya apa sumpahan yang sudah dia tinggalkan.


3 ulasan:

kareem berkata...

wenger anak sial...mmg nampak taktikal tadi mcm lancau...

lepas 2 lead mmg butoh pd team mcm wigan nih..

Wenger, thanks 4 everything...musim depan last utk lu...Pastu lu blah ngan thormat

Sofea berkata...

musim nie bagi aku sudah tamat. arsenal cuma kena maintain tempat ke-3.

Harap tahun depan wenger kena melabur banyak skit untuk beli player.

wallicot berkata...

wenger kluarkan rosicky&walcott mcm dh cnfirm bleh mng dgn 2-0. dgn shot pun bleh kira brapa kerat. dikluarnye key player, msuk merida & eboue xda smbangan apa sgt.

pnya ler aku tunggu minit 60,70 & 80.last2 minit ke-90 jgk baru nk msukkan rvp. hampehnye wenger.kesian rvp, aku tgk minit ke 60 lg dh warm-up kt tepi pdg tuh. arrrhhhh..kekalahan yg aku xbley terima lgsung...!!

wigan bangun lepas diorg skor 1st gol.arsenal terus down.terutama skali diaby!