Isnin, 19 April 2010

Please Fix It Wenger..


Aku memahami ini adalah saat2 yang sukar ditelan bagi sesiapa yang mengatakan hatinya menyokong Arsenal.Ketika kita semakin hampir, kita semakin jauh. Perara ini saban berulang hampir 6 tahun dari kali terakhir kita menjuarai Liga.Hanya 07/08 dan musim ini sahaja yang kita begitu hampir dan mampu mencabar.Tapi musim ini seperti diberi peluang, melihat pesaing2 lain tidak konsisten, result upset sana sini, ada satu peringkat dan tahap di mana kita terfikir sejenak, adakah tahun ini tahun Arsenal? Inilah musimnya sebenarnya, aku gerenti Arsenal takkan dapat musim paling open macam ni lagi untuk bersaing dengan skuad yang begitu fragile macam ni , namun di saat2 genting rival tercicir mata, kita tidak memaksimumkan peluang malah mempersia-siakannya dengan lebih teruk.Di situlah kita tahu , tahun ini belum masanya.Dan jika sesuatu tidak dilakukan , musim depan juga belum tentu. Untuk memastikan nama2 bintang kekal setia dengan Asenal, Arsene Wenger perlu bertindak dan meyakinkan semua bahawa dia sedia berubah dan berkorban.Bukan piala yang diminta , tapi kesediaan dan semangat juang yang dituntut oleh barisan yang dipilih oleh Arsene Wenger. Melihat kepada persembahan amatur dalam beberapa occasion penting musim ini, ia adalah suatu yang sangat merisaukan dan memalukan.Kredit kepada RVP kerana memilih untuk stay dan percaya akan projek Wenger.Cesc selayaknya dapat lebih daripada ini, jadi bagaimanakah Wenger ingin memberi jaminan.Kesian melihat mereka ini dikelilingi oleh pemain2 yang tak berjiwa, tak bernafsu dan lembik.



Masalah, begitu banyak masalah yang perlu dikaji dalam Arsenal dan penyokong2 tidak perlu sebijak Arsene untuk mngetahui bahawa penjaga2 golnya adalah badut sarkas.Malah Mart Poom sendiri lagi hebat kerana menjadi satu2 nya keeper yang tidak pernah bolos walau sebijik gol di Arsenal.Tahukah anda Mart poom mendapat clean sheat dalam debut yang juga match treakhirnya bersama Arsenal.Statistik yang baik bukan?.Ok kesimpulanya , gugurkan Mart Poom! Gugurkannya dari jawatan penolong jurulatih penjaga gol yang disandangnya sekarang! huhu gurau di situ ..Oklah, mungkin kalau bercakap tentang siapa patut keluar, siapa patut masuk sekarang memang takkan habis dan senarai keluar mungkin lebih ramai daripada yang masuk jika dibuka untuk perbahasan. Sebagai pengurus yang berwibawa mungkin Arsene Wenger perlu menitik beratkan soal taktikal, dan soal plan B. Sedia maklum ,memang Arsenal terkenal dengan corak attacking football yang menarik, passing , total football.Tapi dalam masa yang sama lupa akan the Italian way, corak defensive kerana setiap kali pihak lawan datang menyerang, kita akan sentiasa rasa tak selamat kerana terlalu terbuka, tiada protection dari midfield terutama bahagian wide player.Pada aku musim ini, ada sesetengah game di mana Arsenal tidak sesuai untuk bermain 4-3-3 terutama dalam match2 besar yang menuntut awareness, disiplin dan alert dariapda setiap pemain. 4-3-3..hurmm..kita cuba bermain seperti Barcelona tapi masalahnya kita tidak punya pemain yang hebat seperti mereka yang mampu menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan.Apa kata kita back to basic 4-4-2 di mana ia lebih sesuai dengan Arsenal.Bukanlah bermakna 4-3-3 tidak efektif tetapi perlu ade selektif di situ.

Dan apa pulak jadi setelah dihambat 4 bijik gol Messi.Nampaknya pemain tak cukup matang dan bersedia untuk menukar fokus dari trauma UCL ke saingan BPL. Arsenal hanya perlu menang 5 perlawanan terakhir, tapi setelah dibelasah Barca, pemain2 nampaknya begitu 'main2', tak ambil peduli dan 'lantak p lah apa nak jadi '.Malah ada antara mereka yang langsung tidak memberi najis kepada apa yang betul2 Arsenal perlukan di atas padang pada ketika itu.Ini betul2 menyentap hati Wenger yang selama ini menatang mereka bagai menatang minyak yang penuh, diberi peluang dan kepercayaan tapi akhirnya ditikam idup2 dari belakang.Ini semua berpunca dari mentaliti. Mereka tidak pernah memenangi apa2, dalam masa yang sama, mereka dibayangi kehebatan skuad masa silam, mereka membawa nama besar, mereka tak dapat pikul tekanan2 seperti itu, malah makin teruk ia berlaku hampir setiap tahun di mana semua orang menjangkakan mereka akan melakukannya, walhal mereka tak pernah lakukannya.Anda dapat tak apa yang aku cuba sampaikan di sini? Pada pendapat aku, ini mungkin kerana mereka ini memang tak berkeyakinan untuk  mampu melakukannya kerana bukan mereka yang melakukannya sebelum2 ini.Mereka tak pernah dapat apa2 bersama  lagi!

Terlalu banyak hyperbola dan tekanan diletakkan.Terlealu banyak pujian bila kemenangan dan persembahan individu yang terbaik dan juga terlalu banyak kritikan apabila berlaku sebaliknya.tapi Wenger terus sabar2, menebalkan muka membela maruah setiap pemainnya2. Mereka ternyata masih naif dan perlukan pembimbing dan leadership. Viera pergi meninggalkan Arsenal, kemudian Henry yang inign melihat Arsenal berdikari, Gallas cuba dengan caranya tapi ternyata dianiaya (media).Fabregas cuba untuk lead by example dan kepimpinannya semakin lama semakin terserlah tapi sayang ktia kehilangan pada saat2 begini.Secara jujurnya aku merasakan Fabregas jugak tidak mampu untuk cope tekanan tanggungjawab ini seorang diri tapi ia dikongsi bersama oleh rakan2 di atas padang dalam masa yang sama belajar memimpin.Kini kita mungkin terlalu mintak agak terlebih dari Campbell yang kita tahu dah lakukan yang terbaik tapi apakan daya pemain2 lain masih tiada winning mentality. Selain dari Physio Arsenal perlu melantik pakar Psikologi.Sesiapa  yang takde nawaitu bersih sebelum masuk kepadang eloklah tidak dibenarkan langsung menyarung jersi merah putih lagi.

Arsene Wenger bertuah kerana mewarisi skuad yang ditinggalkan George Graham dan Bruce Rioch terutama bahagian defends di mana pada ketika itu adalah rocks of England.Dia mengadunkan kekerasan batu itu dengan style attacking nya yang bersahaja.Dia berjaya, tapi kerana apa, kerana satu skuad mampu bertahan, mapu defend sebagai satu unit.Itu yang Arsenal benar2 nampak kurang ketika ini.Dan aku harap dia bakal mewariskan suatu yang berharga pada siapa jua penggantinya andai kata musim depan adalah musim terakhirnya. Jika benar Wenger mengundurkan diri(tak sambung kontrak), ia pasti adalah suatu hari yang sedih bagi Arsenal Football Club melihat kepada segala title,sumbangan besar,stadium, drama dan kenangan2 yang dibinanya. Dialah yang membawa Arsenal ke globalisasi . Tapi aku masih belum terpikir akan 'hari itu' kerana aku yakin kudrantnya masih gagah untuk Arsenal.Dia masih ada setahun lagi untuk redemption! Dia akan melakukannya sebaik mungkin kali ini, mesti!Maruahnya sekarang sedang diperjudikan,Kalau betul dia masih orang yang terbaik untuk membimbing Arsenal , dia takkan membiarkan segala yang berlaku di depan mata dibiarkan begitu sahaja.Habiskan apa yang dimulakannya! I believe Arsene Wenger Can Fix it!

Agi Idup Agi Mengguners!


0 ulasan: