Khamis, 22 April 2010

Mengepam bola

Menunggu match bertemu Man City.JIka tidak kerana Messi mungkin pengisian tengah minggu kita sedikit meriah.Melihat Messi yang dikekang oleh corak Mourinho membuat aku sekali lagi terpikir, jka Arsenal ingin menjadi sebuah pasukan yang terbaik, kita perlu menyediakan pelbagai plan dan strategi yang boleh digunakan mengikut kesesuaian lawan. Sama seperti yang diulas2 ulas sebelum ini, Arsenal nampat begitu flat, one way.Tiada pasukan yang tak mampu dikalahkan, walau sekuat Barcelona kalau dapat tutup punca mereka, satu sistem boleh mati. Tapi mana mungkin mana2 team yang terpaksa melihat 7-8 starter yang sepatut start tidak dapat diturunkan akibat kecederaan akan mampu mencapai prestasi sebenar. Kecederaan memang bukan alasan, tapi di Arsenal ia sememangnya agak melampau.


Terlalu banyak rumors menjelang akhir musim dan adakalanya tak masuk akal malah melucukan

Italian giants Juventus will offer Arsenal goalkeeper Buffon and midfielder Melo  in return for strike Robin Van Persie , according to the Daily Mirror. 

Kah kah.Ini adalah karutan. Tapi jika ingin mengajak aku berfantasi, dengan offer seperi ini aku tak sukar untuk menolak.Jangan salah paham, RVP memang antara bintang terbaik yang kita ada, tapi dengan hanya menjangkakan 1/4 musim daripadanya selain dari berehat di wad sakit, tidak rugi untuk mendapat pulangan Buffon dan jugak Melo yang kita kejar summer lepas.Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, department penjaga gol kita memang virus besar dan tawaran antara keeper terbaik dunia seperti Buffon jangan sesekali ditolak.Melo pulak adalah combatative fizikal DM yang mampu bersaing dengan Song.Sayangnya dia membuat pilihan yang salah menyertai Juve kerana bakatnya gagal digunapakai ex-manager, Cico Ferrara.Tak kisah jika dia ingin membuat pusingan U. Petik jari di depan mata, sedar dan bangun.Ia hanya fantasi..

Arshavin masih belum pasti diturunkan untuk match hujung minggu ini.Ada yang kata OK, ada sumber2 yang kata KO.Apapun kehadirannya dan RVP pasti akan menyuntik semangat terutama bahagian depan yang nampak sangat uzur.Melihat Eboue yang takde end product atau Walcott di depan front 3, anda boleh mentafsirakan betapa tandusnya kita ketika ini. Apapun jika Arshavin tidak dapat turut serta dalam misi melayan tetamu tak diundang minggu ini, dia mungkin lebih banyak masa dalam melayan pelbagai soalan dan pertanyaan bebas di laman web rasminya. [link]


0 ulasan: