Sabtu, 24 April 2010

Pre Match : Fight For Redemption


Tiada lagi piala untuk dikejar bukan bermakna tiada lagi maruah yang harus diperjuangkan. Itulah sebabnya kepulangan 3 bekas pemain malam ini ke Emirates harus dibuktikan bahawa Wenger benar dalam melepaskan mereka. 2 Daripada mereka adalah lagenda manakala yang satu itu hanyalah si tanggang.Peminat pasti bijak dalam melayani kunjungan mereka dengan cara berbeza, Vieira Dan King Kolo pasti mendapat sambutan hangat manakala Adebayor bakal mendapat sambutan hangit berbaur hanyir.

Bukan salah Paddy4 kerana tidak memilih Arsenal January lalu tetapi Wenger sendiri mengakui terpaksa melakukan keputusan yang agak sukar dengan memilih untuk tidak menyambar bekas kapten Arsenal. Ia memang keputusan yang sukar kata Wenger tapi aku ingin menambah, ia satu keputusan yang silap. Kehadiran Vieira ke dalam skuad Arsenal sepatutnya tidak akan membiarkan player2 tengah kita dibuli Barcelona-mungkin suatu yang sukar diduga kerana tempo dan pace game itu.Ok tapi jika adanya Vieira semasa kita bertarung hidup mati di WHL, kita akan ada 2 orang legend yang tahu ape erti NLD dan semangat menggila mereka takkan membiarkan Arsenal tewas buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.Dan ketika bagai orang mati yang dihidupkan semula sebelum bertemu Wigan, adanya seorang Vieira di atas padang dalam tempoh 10 minit terakhir takkan membiarkan anak2 muda ini sambil lewa hilang fokus menyaksikan kemaluan Wenger paling dasyat dalam 1000 game,Wenger benar2 membuat pengakuan terkejut akan turnover malam itu. Dan itu semua 'hanya jika' tapi realitinya Vieira kini milik Tok Sheikh Arab dan ada tugas lain, membawa Money City ke arah UCL buat kali pertama dalam modern football. Dan tugas Arsenal pula adalah untuk menghabiskan musim ini dengan setinggi yang mungkin.Pengesahan automatik ke UCL cepat2 pastinya meringankan beban yang membelenggu benak pemikiran 2 minggu sudah.

Kali terakhir Man City menang di Arsenal adalah 35 tahun dahulu , 1975.Tapi 2 game musim ini mereka telah berjaya menundukkan Arsenal, kedua2nya di Eastland walaupun satu daripada game tersebut hanyalah Carling Cup. Man City, Mancini City mahupun Money City, ia tetap tidak boleh dinafikan sebagai bakal pesaing domestik dan Eropah dalam tempoh terdekat yang akan datang.Kuasa wang dan pelaburan mereka adalah suatu aset yang dicemburui oleh kelab2 serantau. Itu adalah fenomena baru yang terpaksa dihadapi sekarang, bagimana kelab2  yang kurang berada ataupun yang membina pendapatan dengan sumber sendiri perlu mencari alternatif lain dalam survival masing2. Arsene Wenger adalah satu contoh yang perlu dicontohi dari segi aspek ini. Dengan resource yang limited tapi sah, Arsenal diletakkan setaraf ke era globalisasi dengan fan-base yang cukup popular. Tapi manusia bukan semuanya sabar. Dengan penuh hormat atas pandangan mereka, ada antara mereka yang lebih inginkan piala dari menggemari seni dan semangat bola sepak itu sendiri kerana itulah Wenger tidak dapat memuaskan semua pihak.

Kita kini hidup di dunia yang penuh pancaroba. Sedangkan penghuni2 Manchester sendiri tidak pernah mengimpikan nama2 besar seperti Tevez, Robinho(kini dipinjam ke Santos) akan menjadi milik kelab hometown mereka.Dan list ini akan berpanjangan, dan berubah dari setahun ke tahun berikutnya menjadi makin bintang.Fasa pertama mereka  ingin melepaskan diri ke peringkat UCL suatu yang nampak boleh dicapai kini, itulah sebabnya Mark Hughes mengambil pemain2 yang berpengalaman dalam BPL untuk musim pertama projek ini, agar ia menjadi mee segera.Dan jika mereka layak, suatu gelombang kuasa besar akan mengubah senario bola sepak di mana gelombang kewangan memanggil2 nama2 besar cuba menjadikan Man City jenama global. Itu adalah kuasa wang- suatu yang perlu disaingi dengan kuasa sukan itu sendiri oleh Arsenal.Dan sebab itulah, anda patut berbangga menjadi penyokong setia Arsenal tak kira sejak bila, sejak dahulu atau pun baru sebentar tadi anda memilih untuk bersama The Gunners . Buat masa kini, City masih 'a small club with big ambition and big resource'.  Rakanku baru sahaja berpeluang singgah di Eastland di hadapan City of Manchester semasa di England baru2 ini.Seorang penyokong United, dia sempat menyatakan bahawa Man City masih belum setaraf dengan kuasa besar kerana harga tiketnya hanya 5 paun, itu yang diberitahu aku. Tapi tak mustahil perkara ini akan berubah dalam masa terdekat, nilai dan harga mereka akan bertambah, jika Arsenal tidak menafikan peluang mereka malam ini dengan mengalahkan mereka.

Tugas untuk menghalang kemaraan Tevez, Bellamy dan Adebayor bukannya suatu yang senang. Oleh sebab itu tiada ruang lagi untuk kesilapan budak2 sekolah oleh Fabianski yang seklai lagi diletakkan sebagai penjaga gol dan mendapat backing penuh dari Wenger.

"It is not my speciality to be a goalkeeper [coach],On that front I take advice from people who are specialists."
Kenyaan seperti di atas itulah sebabnya aku berkata kita perlu memikirkan balik kedudukan Gerry Peyton dan Mart Poom. Aku sebenarnya berharap agar baki game musim ini deberikan peluang seadilnya kepada Manone.Lagipun dia masih belum merasai sebarang kekalahan untuk tidak dipertimbangkan sebagai benteng terakhir Arsenal. Walaupun Fabianski bersedih atas pemergian Presiden Poland nya namun ia bukan bermakna kesedihan itu boleh terbawa2 ke dalam padang sehinggan menganggu tugas asas dalam menjaga pintu gol. 4 lagi pertahanan adalah muka sama dari Wigan walaupun kemunculan semula Alex Song.Arsene Wenger sendiri belum yakin akan kemampuan Song yang terkantoi membaca perlawanan terutama ketika dihukum Barcelona di Emirates lalu. 2 pemain yang hampir tamat kontrak bergandingan menjadi CB dengan harapan mereka fokus dan belum lagi memikirkan hidup selepas Arsenal. Yang pasti Campbell benar-benar akan teruja dengan prospek berseteru rakan lamanya Patrick Vieira.Di bahagian Tengah ada sedikit penambahan kualiti dengan kehadiran kembali Song.Denilson masih belum pulih begitu juga dengan Arshavin.Hanya Eduardo yang kembali dari broken toe, sejak bila patah pun aku tak tahu sebenarnya.

Aku berharap  agar Wenger kembali back to basic dengan 4-4-2.Inilah masanya agar Eduardo diberi peluang dalam formasi terbaiknya, bergandingan dengan RVP di atas.RVP yang nampak tajam perlu diberi starting, tiada guna untuk menyimpan sumber jaringan terbaik dalam match2 seperti ini.Wenger harus berani bergamble sperti mana Belanda memperjudikan nasib  RVP sendiri. Di bahagian tengah aku ingin melihat Song dan Nasri bergandingan manakala diapit Rosicky serta Walcott.Tiada lagi si pengecut, penakut Diaby yang kelihatan lemah semangat kurang tenaga batin dalam 2 game terakhir.Berikan dia tempoh muhasabah diri.Mengapa kembali ke 4-4-2? Ini kerana dengan line up seperti ini , dengan kualiti yang ada pada pemain2 ketika ini tak setaraf dengan pemain2 yang mampu memikul tanggungjawab ketika 4-3-3.Perkara ini telah terbuktik ketika bertemu lawan competitive seperti Barca, liat seperti Spurs malah fragile sekalipun seperti Wigan. Bendi nampak terasing diri sendiri jadi option super sub adalah idea yang menarik ketika kita ingin menambah fizikal sewawktu match berlangsung.Line up harapan:

---------------Manone--------------
Sagna------Sol-----Silvestre----Gael
Theo----Nasri-----Song-----Rosicky
-----------RVP----Dudu------------

Cukuplah dengan 3 kekalahan berturut2.Inilah masanya untuk Arsenal menyelamatkan diri dengan bermaruah.melepaskan diri dari zon perebutan tempat ke UCL. Buat masa ini hanya satu slot yang menjadi rebutan iaitu tempat keempat, janganlah pula dibiarkan ia menjadi 2 slot rebutan .Arsenal wajib menang, kerana menang itu sinonim dengan Arsenal ketika lawannya adalah Man City. 9 bulan bertarung, 3 game memusnahkan harapan, jangan biarkan hanya 3 game tersebut terus menjadi bahan cerita berlanjutan. Fight for redemption! COYG!!

Astro 812 ESPN 12:25 am. Arsenal 3- Man City 1.

P/S: Komen Wenger mengenai khabar angin Ferguson hendak melambaikan selamat tinggal selepas akhir musim depan, sebenarnya telah memberikan kita sedikit hint akan niat tersirat di  hati Wenger.

"It's always interesting facing him. It has been very tight this year and I am confident we will do a few more years [together]."
Fikir-fikirkanlah..


1 ulasan:

odd berkata...

sukar untuk menang
maybe 1-0