Secara jujur, agak hambar, agak hambar match semalam dengan waktunya di awal pagi menambah kelesuan yang sudah lama tidak dirasai sepanjang menonton Arsenal . Tidak dapat untuk membuat posting sebaik perlawanan berakhir, aku memilih untuk melakukannya keesokan harinya sahaja namun apbila bangun pagi, agak sukar atau singkat ingatan aku terhadap apakah aksi2 yang ditonjolkan semalam . Shot on gol pertama datang dari RVP setelah 40 minit kalau tak silap, itu sudah cukup membuktikan kenegetifan atmosphere perlawanan semalam. Penyokong di stadium bagai dalam status 'mute' walaupun volume TV telah pun maksimum.Penonton hanya mula 'terbakar' bilamana watak jahat muncul menggantikan hero lagenda. Aksi yang hanya memukau adalah melihat RVP cuba memacak kaki Adebayor, itu sahaja hiburan yang boleh ditonton semalam.Dan highlight lain adalah kecederaan bahu Given yang salah landing ketika dive meneylamatkan sepakan Abou.Akibatnya masa tambahan berlanjutan 8 minit dan aku rasa ref sendiri dah tak sabar2 nak meniup wisel lebih awal sebenarnya akibat kekurangan nafsu para pemain.
Nak salah kan siapa, sebenarnya match telah seri sebelum masuk padang lagi.Dengan berita kekalahan Spurs kepada United, Mancini mengubah niat di hati memberitahu Toure Vieira dan rakan2 agar 'hari ini tak payah struggle, just tutup ruang, bawak balik satu mata, yang lain kita cerita belakang hari'. Dan hari ni aku nak membetulkan ralat semalam bukan 3 tapi 4 sebenarnya bekas pemain Arsenal , aku terlupa akan Sylvinho walaupun dia tidak menunjukkan muka semalam. Man City hanya puas untuk mematahkan Arsenal kerana jika mereka cuba bermain untuk menyerang, maka ruang2 tersebut akan dieksploitasi oleh Arsenal. Jadi salah siapa akan ketandusan malam tadi? Sifat negatif City atau pasiing-passing Arsenal ke kiri kanan belakang tapi tak ada peluang yang dicipta. Buat pertama kali defends kita yang dibarisi Silvestre Campbell dan Fabianski bermain dengan cukup baik terutama Silvestre dan Campbell yang langsung tak memberi ruang kepada Tevez Johson dan Bellamy.Fabianski, tidak banyak yang perlu dilakukan, bersyukurlah kerana dia mendapat clean sheet, dia amat memerlukannya ketika ini.
Wenger sendiri pelik melihat kedua2 team terlalu berhati2.Tapi aku lagi pelik kenapa sampai sekarang Wenger masih tidak ada plan2 lain selain mengharapkan wide player kita cross ke dalam kotak penalti yang kosong tak pun crossing ke laut. Pass -Pass, turn pass pass out.Lama kelamaan ia semakin boleh dibaca oleh lawan.Aku mula bimbang akan situasi ini, bimbang kepada Rosicky Nasri dan Diaby yang nampak terlalu mendatar. Kita perlukan lebih ramai lagi direct player yang sanggup burst ke dalam dan mencipta ruang sendiri. Shooter jugak tidak muncul untuk mengubah keadaan walaupuan City memasukkan keeper baru yang setahun jagung. Mana perginya sepakan padu Rosicky ala world cup 06 / Hamburg ? Aku tahu Nasri dan Diaby pun sebenarnya mampu merembat jauh begitu jugak RVP tapi kenapa pendekatan ini tidak diguna pakai.Mungkin ada arahan sulit dari Wenger yang hanya inginkan the perfect goal menjadikan player2 kita kurang yakin atau tidak berani mengambil risiko sendiri.
Tinggal hanya 2 perlawanan. Away di Blackburn sebelum finale season yang dulu sepatutnya grand finale kini tinggal angan2, home melayan Fulham.Kalau semalam kemenangan akan mengesahkan tempat automatik dan mungkin 1 mata sahaja lagi kini diperlukan untuk pengesahan ke UCL. Tapi kita Arsenal, kelab yang bercita - cita tinggi dan fokus kepada 6 mata haruslah diutamakan.Walaupun kita tahu Edwood Park bukanlah destinasi yang mudah. Menang 2 game ini, kemudian barulah boleh berfikir untuk musim depan.
1 ulasan:
ramai kot player arsenal main semalam.. diorang tak sampai hati nak main betul2.. tak sabar nak start next season
Catat Ulasan