Kuda tua bukan sebarang kuda, bukan boleh diperkudakan sesuka hati tapi melihat Sol Campbell yang telah berumur umpama melihat seorang worrior yang makan pil kuda, tak henti2 berjuang.Kita perlukan lebih ramai pemain sepertinya, semangat, nafsu dan sedia menerima cabaran.Tidak memikirkan faktor umur, apa yang ada di atas padang dibelasahnya cukup2. Pada mulanya ketika Wenger melakukan re-signing Sol Campbell bulan Januari lalu, ramai yang ragu2.Ramai yang mengingati break down yang dihadapinya ketika bertemu West Ham 06 di Highbury. Dan selepas menjaringkan gol Arsenal terakhirnya(pada ketika itu) , dia meluahkan hasrat untuk beralih angin ke seberang.Alih2 destinasinya hanya Pompey- suatu yang menimbulkan rasa kurang senang di sestengah peminat tegar Arsenal.Dia mengetuai Pompey menjulang piala FA di Wembley.Apa yang difikirkan olehnya semasa memilih untuk menyertai Notts County pun orang tak tahu. Tapi biasalah,manusia mana yang tidak pernah membuat silap dalam pilihan hidup.Bagaikan terhantuk, Campbell kembali sedar bahawa dia sepatutnya mempunyai misi yang lebih penting dengan menghabiskan sisa kudratnya.
Namun telah ditakdirkan destinasi eternitinya dalam dunia bola sepak adalah di utara London. Dia kembali, kembali bagai singa lapar.Ketika ramalan kecederaan nostradamus terhadap Gallas berlaku seperti dijangka, Campbell bangkit. Pengisian slot CB itu bergandingan bersama prospek terabaik, Mael membuatkan kita kurang merasai kehilangan Gallas. Tapi sayangnya ketika dia bersungguh2 menaikkan moral rakan sepasukan, membimbing, memberi jeritan batin, cuba berkongsi keyakinan , Campbell seperti kita dihampakan oleh beberapa muka yang secara jiwanya tidak layak menyarung jersi Arsenal berlandaskan persembahan nak taknak yang mereka tunjukkan.Apapun, ia tidak sedikit pun mengeringkan darah goonernya. Tidak henti2 berjuang, memberi fokus 100% di atas padang walaupun dia tahu harapan piala dalam kabinetnya kali ini bersama Arsenal telah berkubur.Malang lagi , ketika hari dia diberikan armband, ketika itulah rakan-rakannya memilih untuk tersungkur dengan cara yang agak memalukan. Dan Sabtu lalu ketika orang ramai sedang sibuk fokus terhadap kepulangan si watak jahat, Campbell tak ambil peduli, malah sekali lagi memberikan segalanya.Bermula dari dalam terowong, berjalan ke atas padang cuba membakar semangat rakan sepasukan sehinggalah cuba masuk campur memberi 'perlindungan abang long' terhadap Song ketika pertembungan dengan Bellamy.
Arsenal memerlukan lebih ramai Campbell.Suatu yang aku nampak cuba diwarisi dalam diri Cesc, RVP, Mael atau ada kelihatan sedikit dalam Clichy, Nasri dan Song .Tapi masih belum cukup. Le Prof adalah seorang manager ekonomi dan teknikal yang hebat, aku akui tapi dari segi taktikal dan psikologi untuk memarakkan para pemainnya, itu masih belum jelas dibuktikan secara konsisten.Walaupun Fabregas dan Mael, berjaya muncul dalam kesebelasan utama BPL Team of The Year musim ini, Campbell mungkin boleh mencuri tajuk berita utama Jun nanti jika tersenarai dalam penerbangan ke Afrika Selatan!
Agi idup Agi MengGunners!!
1 ulasan:
aku sokong
Catat Ulasan