Rabu, 28 April 2010

Masuk keluar keluar masuk

Nampaknya sekali lagi belum habis bulan April kita telah terikut2 rentak mainan media tentang siapa yang masuk dan siapa yang keluar, lebih daripada fokus untuk menghabiskan saki baki musim ini yang hanya satu mata lagi hampir pasti dapat mengesahkan Arsenal mendapat kelayakan automatik ke UCL tahun depan.

Siapa yang masuk? macam2 nama, macam2 posisi namun Wenger menafikan kesemuanya sekali kecuali Maroune Chamakh. Jadi mungkin sudah lengkap pencarian Wenger di bahagian serangan kalau begitu-kalau mengikut Wenger yang kita kenali.Wenger juga sempat memberi hint akan membeli belah awal kerana faktor Piala Dunia.

Siapa pulak yang keluar? calon2? ramai.. yang seakan pasti, ada juga yang timbul daripada wish list para penyokong yang tidak ingin lagi melihat si polan dan si polan menyarung jersey Arsenal.Aku menyebut si polan bukan bermakna penjaga gol Poland, anda yang berimiginasi sendiri dengan wish list tersebut dan itu adalah tanggungjawab anda.

Tapi spekulasi dan gosip tentang mereka yang akan menyarung jersey Arsenal buat kali terakhir tidak pernah lari.Gallas Silvestre Campbell tamat kontrak.Gallas mungkin mahu cabaran baru di negara asalnya atau menyertai ROma di Serie A tempat bintang2 pencen.Silvestre , secara jujur aku rasa Wenger pun sudah cukup menghisap madu itupun kalau ada lagi sisa2 madu yang ditinggalkan oleh Ferguson kerana apa yang ditinggalkan hanyalah sepah lalalitamplom.Campbell, mungkin boleh jadi moral booster bilik persalinan tapi Campbell tidak terdesak untuk sambung kontrak dan dia akan berkahwin, cuti panjang mungkin menjadi option. Dan jangan lupa bekas 'bintang' Milan dan Arsenal, Sanderos yang hanya mampu start 5 game di Everton. Wenger mungkin gagal mencari pembeli jadi option terbaik adalah loan dan Everton mendah tangan ketika itu .Kalau tak silap kontraknya akan habis musim ini, aku tak nampak dia boleh bertahan lama, mungkin memilih untuk beraksi di liga lain.

Sekarang kita mendengar berita tentang Arshavin dan 'mimpi basahlona' nye. Tak pasti daripada mana quote tersebut datang tapi agentnya sendiri memberitahu bahawa dia memang dah buat deal dengan Barcelona 6 bulan sebelum Arshavin ke Arsenal lagi.Namun dia cuba meredakan keadaan memberitahu biasalah jika player upset dengan injury dan kegagalan pasukan, dia akan meracau dan merapu namun Arshavin sayangkan Arsenal dengan syarat Wenger masih kekal di kelab ini musim depan.Itulah yang keluar dari mulut agentnya.Seperti mana kita tahu ejennya itu lah yang menyusahkan Arsenal dengan putar belit sewaktu kita mula2 hendak membelinya dari Zenit.Jadi aku tak terkejut jika perkara ini sengaja digembar gemburkan untuk meng 'unsettle'kan  pemain yang kita tahu satu lagi perpindahan glamor pasti memecahkan poket ejennya. Wenger akan stay, begitu juga Fabregas, dan jika begitu jaminan yang diberikan ejennya, Arshavin besar kemungkinan kekal untuk semusim lagi.

Namun nasib tidak pula diketahui buat Merida yang seakan pasti tidak dapat mengikut jejak langkah perjalanan kerjaya Fabregas. Ini kerana Fabregas adalah antara batch2 awal yang di recruit oleh Wenger dalam projek belianya. Jadi apabila sudah terlalu ramai, sesuatu yang berharga itu kadang2 tenggelam keistimewaannya. Memang sayang untuk melepaskan Merida tetapi aku tidak nampak yang dia boleh menembusi bahagian tengah Arsenal lebih2 lagi denagn 4-3-3 yang kita gunakan sekarang ini  membataskan slot pemain tengah. Antara nama2 belia yang besar reputasi tapi tak sempat menunjukkan prestasi, malah terbelakang sedikit di belakang Ramsey dan Wilshere dalam senarai harapan Wenger.Merida besar kemungkinan tidak memilih untuk menyambung kerjayanya di Arsenal. Wilshere berkemungkinan akan menyambung perpindahannya dengan kelap BPL bagi mencuri seberapa banyak pengalaman yang mungkin. Begitu jugak nasib Watt, M.Nasir( Barazite), JET, Jay Jay(simpson) ,Nordtveit dan rakan2.

Beberapa lagi nama besar yang kurang mendapat tempat seperti Vela dan Eduardo pastinya akan memikirkan kembali nasib mereka di Arsenal dengan kehadiran pemain2 baru nanti.(jika ada) Dengarnya Rosicky juga sedang diintai2 oleh beberapa kelab Jerman, agak sedih untuk melepaskan mereka tapi salah seorang daripada mereka digembar gemburkan semakin hampir menuju jalan kelar Emirates.Dan mengikut tinjauan, wish list pemain yang sepatutnya keluar dariapda para penyokong adalah seperti Almunia, Fabianski, Denilson , Diaby. Itu adalah nama2 kambing hitam yang popular selain Silvestre yang kita tahu Wenger tak sudi beli pengganti kerana akan 'membunuh' kerjaya mereka-suatu alasan yang setiap tahun akan kedengaran.

Dans etiap kali transfer, selain starmen talisman kita Fabregas, pemain versatile yang dulu menjadi cemuhan kini menjadai pujaan para peminat , Eboue jugak pasti berada dalam senarai transfer list media. Kepelbagaian gunanya membuatkan Eboue calon popular terutama di liga Italy dan Spanyol. Kelab yang mahukan mereka bukan calang2, Barca, Inter, Fiorentina, Juve .Pada aku , Eboue adalah backup yang baik untuk disimpan.Sagna Clichy, Wenger takkan melepaskan 2 orang CB hebat dalam defending walaupun overlap tak de hasil. Jdai lupakanlah hajat untuk kelab2 lain meminang 2 bakat besar yang dicungkil Wenger entah dari mana ini.Asyik nak memetik buah Wenger saje, tanam sendiri tak mau!


3 ulasan:

Sofea berkata...

aku tertarik nak bagi pendapat:

Keeper :
Aku rasa wenger kena amik world class keeper. Keeper yang kita ada sekarang memang hampeh tak byk membantu.

Defends:
Mael yang terbaik. Gallas ngan Campbell mantap bila partner ngan Mael. tapi kalau silvestre aku rasa tak patut beli. yang lain ok saja.

Midfield:
Fab nga Nasri kena wujud setiap game. Song pun terbaek season nie. Diaby biasa2 saja. Walcott kena boost up lebih. Rosicky boleh buat backup kalau dia mahu

Striker:
V.Persie ngan Arshavin memang patut stay. Bedtner pun penting ghak tapi dia nie ikut mood. Vela patut diberi pendedahan yang
lebih, bagus budak nie.

Style of playing:
Arsenal kena build up balik style of playing. Main slow sangat pastu lambat pickup. diorang kena refer balik game2 zaman invicible.

Injury:
Ini kena titik beratkan. senang sangat player arsenal injured. kenapa? mesti ada sebab. dah berapa tahun dah jadi macam nie. wenger kena kaji benda nie.

Harapan player yang patut beli:
Keeper - World Class
Defend - Kental macam mael
Midfield - Lincah dan cerdik macam Nasri& Fab
Striker - Gagah, kuat, bijak dan boleh score.

Gunners & Roses berkata...

Menarik.Dari senarai tu, semua posisi.Pendek kata, kene ada tulang belakang la maknanya, tak gitu Saed? huhu

Sofea berkata...

Betul.. tulang belakang penting babe.. kalau tak der yang lama.. mana nak ada yang baru.. yang lama dan bagus kena maintain, cuma kena add sedikit perencah untuk menyedapkan corak permainan dan jaringan gol.. tahun depan aku harapkan piala milik kita