Rabu, 7 April 2010

Post Match : What a 'messi' night for Arsenal

Kejaiban yang diharapkan telah timbul di Nou Camp menyaksikan Arsenal collapsed dalam tempoh 21 minit kepada hat-trick Messi.Bendi memberi sekelumit harapan pada minit ke 18 melalui counter attack Arsenal tapi selepas hanya 3 minit, segalanya berubah. Arsene Wenger nampaknya terlupa cara untuk 'win ugly'.Aku yakin kalau kta berdisplin seperti Wolves tempoh hari, ruang2 dan peluang macam tu mati kutu Barca nak peroleh.Tapi itulah realiti, mereka jauh kehadapan berbeza dengan kita dan bukan hanya Messi yang membezakannya.Banyak lagi aspek yang boleh dipelajari melalui corak Barcelona.Cara defend ketika tak memegang bola, cara win the ball lepas terlepas bola, cara possession, mental strength, self belief, itu semua nampak ketara perbezaannya.Memang benar, kita tidak banyak pilihan dengan maslaah kecederaan, kita telah mencuba tapi kita belum lagi setanding. Seperti dirasakan, Barcelona pastinya gembira dapat bertemu dengan Arsenal yang corak permainan kita sangat open dan tiada plan untuk menutup corak permainan lawan. Bagai orang mengantuk dihulurkan tilam air, mereka atau aku boleh katakan Messi, mengajar Arsenal erti total football sebenar. Gol keempat hanya menambah duka mengingatkan kembali kepada gol Beletti celah kangkang Almunia. Terima kasih Barcelona atas kesedaran ini, tugas besar menanti Wenger untuk musim depan. Kita akan bangkit, kita pasti bangkit tapi Wenger and co. perlu bertindak. WHL adalah medan untuk menebus maruah.


1 ulasan:

Hak ptuih berkata...

apa lg gnr..btla petisyen singkirkan AW..kahkah hak ptuihhhhhhhh