Jumaat, 16 April 2010

Le Prof dituntut lebih berani!


Adakah kita akan melihat pembaharuan dari Wenger? Itu tidak pasti.Ini kerana Bulan Julai dahulu dia mengatakan ini adalah tahunnya buat Arsenal, tahun di mana Arsenal akan berjuang dan memberi cabaran.Ok , ya. Dia tak tipu, kita mencabar, tapi belum cukup bagus.Itu relaiti. Kelayakan minimum mungkin mampu dicapai tapi jangan cakap Wenger tidak merasai bahang di punggungnya dan tekanan yang ditanggung hanya orang2 yang terdekat sahaja memahami.Dia tahu dia perlu menghadiahkan sesuatu setelah 5 tahun berturut2 gagal menaikan papan tanda piala di Emirates yang nampak lompong setelah 2005.Dia tahu kritikan yang bakal dihadapi kenapa masih berdegil dengan prinsip dan falsafahnya.

Mungkin Wenger seorang manusia yang baik hati seperti seorang ketua keluarga tidak ingin menceritakan masalah rumah tangga kepada umum. Berapa pendapatan isi rumah sebenar yang ada, hanya dia yang tahu.Mengapa taknak beli perabot mahal2 berjenama sedangkan rumah baru banglo siap tersergam indah? Mungkin hutang bina banglo belum langsai, tapi biasalah anak2 kecik yang masih tak mengerti apa2 mesti merengek2 meronta2 inginkan hadiah mainan yang mahal2 walhal tak tahu betapa susahnya si bapa nak membina status keluarga hingga ke tahap itu.Si bapa mungkin tak mahu berhutang, tak mahu pinjam ah long takut terpotong segala benda yang boleh dipotong.Lalu pendekatan yang diambil adalah berjimat cermat demi masa hadapan.Baru 5 tahun tapi anak kecil makin tidak sabar kerana apa , kerana melihat anak jiran sebelah dapat main dengan patung mickey mouse!Si bapa cuba menanam prinsip dalam anak-nya bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian dan bersabarlah kerana hari bahagia pasti akan tiba.Tapi tekanan2 dari sanak saudara ,pak menakan ,AJK taman, tok siak , ahli mesyuarat tingkap, anggota Rela dan orang sekeliling semua mengata kenapalah si bapa tadi bakhil sangat, membiarkan anak-anaknya kebuluran, kebosanan. Si bapa sayang akan banglo, sepenuh hati atas kerjanya, dan jugak sudah pasti begitu sayang akan anak2nya.Jadi kerana hendak memujuk, jangan terkejut jika esok si bapak pulang dengan PS3 padahal sebelum tu begitu bersungguh2 mengelakkan diri anak2nya dari gejala2 hiburan dan kemanjaan melampau.Tapi setelah berfikir sedikit positif ,mungkin dengan pujukan kali ini,tidak salah sekali sekala mencuba. Siapa tahu sebuah PS3 itu mampu mengubah keharmonian keluarga di mana mereka lebih gemar bersantai di rumah bersama2 satu keluarga merasai keriangan.

Aku tidak cakap Wenger sedar akan perkara ini, kerana aku pun tak sedar sama ada dia sedar atau tidak yang Almunia adalah petualang Arsenal. Kalau Lehmann buat 3 kali kesalahan dah ditunjukkan jalan keluar, berapa persembahan sarkas tanpa bayar lagi yang perlu ditunggu wenger dari Almunia untuk berani menghukum kesilapan timbalan naib kapten.Sudahlah begitu , berjawatan macam tu pulak.Itu contoh faktor kenapa Arsenal tidak mampu bersaing hingga ke penghujung, bagus tapi tidak cukup bagus untuk status Arsenal. Cuma yang aku boleh beri jaminan, Wenger sekarang ini seperti bapa tadi yang takut anak2nya lari dari rumah.Anak2 tadi ibarat penyokong.Maka dia pasti akan merasa kesan selepas itu jadi bersedia melonggarkan sedikit ketegasan demi keharmonian keluarga. Wenger masih lagi akan meneruskan prinsip, tidak salah malah satu percubaan yang bagus.Tapi dia pasti tahu akan peristiwa yang sering berulang saban tahun jika tiada apa2 tindakan mulai sekarang.Aku menjangkakan sedikit pelaburan lebih sikit daripada biasa summer nanti.

Manusia boleh berubah, begitu juga kenyataannya.Dulu dia berkata pemain sudah cukup matang menyerap tekanan tapi selepas match spurs dia mengatakan pemain belum cukup matang untuk menang perlawanan2 penting.Satu yang kontra bukan? Sebenarnya dia tahu yang skuadnya memang belum mencapai standard seperti yang diinginkan tapi tetap sanggup menebalkan muka memberi perlindungan dalam setiap kenyataannya.Sentiasa cuba meyakinakan skuadnya sendiri dengan pujian2 melambung demi menaikkan moral tapi kesian dan agak malang, dibalas sambil lewa.Contoh lain yang boleh diingat selain bab mature tadi, Isu Lehman ketika tidak beraksi, alasannya kecederaan padahal boleh main baik punya dengan Germany masa tu , satu dunia tahu Lehmann digugurkan Wenger. Begitu jugak Adebayor di penghujung musim, le prof mungkin dah cukup meluat dan tak dapat terima kemalasan ade, alih2 keluar kenyataan Adebayor injured padahal kita dah tahu dia telah pun bermain last match untuk Arsenal, begitu jugak kes Vela terbaru, tidak tersenarai dalam list ke Nou Camp kerana kehilangan passport tapi Wenger cover baik dengan alasan sistem persaingan. Banyak lagi cover yang dilakukan. Ini adalah bukti di mana Wenger sangat2 menjaga maruah dan perasaan para pemainnya di khalayak ramai.Bagus,terpuji tapi mungkin sudah tiba masa untuk Le Prof menunjukkan sedikit kejantanan dan keteluran.

Kadang kala melihat Wenger sama seperti melihat media massa yang boleh disangkal pembawaannya.Tak tahu mana betul atau tidak, tidak tahu apa yang berlaku, tidak tahu kebenaran. Bukannya kita meminta Wenger terlalu outspoken seperti Harry Redknapp yang begitu bodoh mengelurakan kenyataan menghina kepada Darrent Bent musim lepas " bini aku kat rumah pun boleh score bola macam tu" itu tidak bagus, bukan itu yang kita mahu.Bukan jugak hair dryer Ferguson. Apa yang dituntut adalah ketegasan dan keberanian. Ketegasan dalam menggertak player yang tak meberi 100% di padang dan menghukum segala kesilapan agar pemain tak terlalu manja terhegeh2. Keberanian dalam tindakan, seperti berani mengaku kesilapan diri-jarang kita dengar dari Le Prof.- berani gamble- taktikal ,sub.Agak memalukan di WHL tempoh hari kerana dalam perlawanan yang sebegitu penting dengan Spurs yang menunjukkan persembahan najis seperti iutpun kita tak mampu menang , lebih teruk lagi player2 tidak bersemangat , tidak peduli dan tak ada winning mentaliti. Lagi teruk dan malu apabila satu satunya pemain yang bermain dengan hati dan jiwa adalah pemain paling tua atas padang iaitu Sol Campbell.Hanya seglintir yang nampak cuba mewarisi darah Sol seperti RVP dan Clichy, yang lain hanyut.




 

Para pemain harus berasa segan dengan Campbell kerana dia ni walaupun dah merasai pelbagai nikmat juara dengan Arsenal tapi tak henti2 bernafsu sedangkan kepala2 besar muda yang bajet star ni tak pernah menang apa pun sudah tu pula main macam memang tak nak menang.Terlalu banyak hype pada pemain2 seperti Walcott, Bendi , Diaby Denilson atau mungkin aku boleh selitkan Nasri tapi segala pujian tu tak setaraf dengan apa yang dipersembahkan.Pasang surut tenggelam timbul, mana konsistensi?Silvestere pulak memang tak boleh nak cakap apa la.Sesudah passing messi dan passing kepada Spurs itu hari, hati nakal aku terlintas kejap nak bawak bahan bukti kes ni ke SPRM kut2 dia ni masih jadi spy United dihantar fergie. Sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan terhadap cara kerja Wenger.Kita memerlukan lebih banyak  lagi  seperti '15 minit waktu rehat di Anfield'. Biar terkucil ke terbuang ke, biar pemain2 sedar mereka ni menyarung jersi kebanggaan merah putih, bukan sekadar makan gaji buta! Aku pun ada share oi dalam bayar gaji korang.. langgan ATVO!!(kalau jadi sumber kelab la)

Apapun selepas match semalam Wenger akhirnya berani.Diatanya peluang Arsenal menang liga tahun ini selamba badak jawapannya "No".Itu berani.Berani mengaku realiti tidal lagi dianggap delusional .Tapi aku jugak memuji Wenger apabila ditanya sama ada jiran perasan bagus tu dah memang nak jadi bagus, dia menjawab " Bagus tak bagus bergantung pada istiqamah.Jadi kalau nak tengok, mereka kena la kalahkan Chelsea minggu ini" ,Haha, ini jawapan yang bagus, perang minda.Saja nak kasi up Spuds untuk tundukkan Chelsea dalam hati masih menyimpan sekelumit harapan agar keajaiban berlaku membantu Arsenal muncul juara.Tidak salah memasang mimpi kerana tanpa mimpi impian tak akan tercapai.Masalahnya sekarang mimpi di penghujung musim sentiasa ngeri.

Tentang Fabregas? Tidak boleh untuk menutup cerita ini kerana pastinya akan ada sahaja cerita ini setiap musim selagi Fabregas menyarung armband Arsenal. Jadi setakat ini tidak ada perkara yang boleh mengurangkan keyakinan aku terhadap Fabregas dan aku yakin dia akan tetap menjadi talisman Arsenal musim depan.Keyakinan aku berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain antara Wenger dan Fabregas. Walaupun kata2 Hill Wood yang agak sengal tentang ketidak pastian sama ada Fabregas layak untuk Barcelona ketika ini, namun berita tu pun boleh disangkal kesahihannya.Wenger sendiri tak percaya itu yang keluar dari mulut pengerusi Asenal kerana telah lali dengan putar alam media.

Stesen berikutnya adalah away game di Wigan.Keadan bertambah parah dengan kehilangan satu lagi bintang, Mael Kerbau. Macam2 pulak nak dijadikan ceritanya.Kecederaan jugak sinonim dengan Arsenal.Misteri ini masih berlum terungkai.Aku pasti Sherlock Holmes pun takkan dapat menyelesaikannya.Sama ada berpunca dari pemakanan, training atau corak Arsenal yang sering jadi mangsa lawan, masih belum terjawab. Tugas besar Physio dan staff lain untuk menganalisis perkara ini.Song jugak out Ahad ini, Denilson pula masih samar-samar.Ada a ura2 untuk Van Perse start tetapi perkara itu masih dalam pertimbangan. Kita perlu terus berjuang, inilah masanya pemain nak tunjukkan di saat2 akhir macam ni, berbaloikah mereka dibayar untuk stay di Arsenal ataupun Wenger hanya akan mebuat 'untung' dari dagangan mereka summer nanti.Kita tidak boleh terlalu selamba kerana kelayakan UCL automatik masih belum dalam genggaman.Biarlah tak menang liga sekalipun, tunjukkanlah perjuangan sepenuh hati, habiskan musim ini dengan noktah yang tinggi.

COYG!!


0 ulasan: