Ahad, 18 April 2010

Pre Match : Habiskan setinggi yang mungkin

United mendapat 3 mata dalam 30 saat terakhir, Chelsea tumpas dalam derby-pastinya Spuds sekarang tengah perasan mereka adalah jaguh London- bola yang bulat telah menceritakan segalanya, boleh bergolek ke mana2 arah.Tapi Arsenal, bagi aku tidak perlu terpikir sangat tentang BPL untuk musim ini , anggap saja bagai tiada apa2, main tanpa tekanan, hanya tumpukan pada baki perlawanan.Kerana Wenger sendiri telah declare out dari title race, mungkin sebagai taktik psikologi untuk mengurangkan tekanan yang betul2 tak terpikul dek minda pemain2 yang muda tidak seperti Campbell.Menang dan terus menang, itu sahaja yang dituntut.Kita akan mulakannya dengan bertandang ke JJB malam ini.


Sebelum bercerita tentang pertemnbungan dengan Wigan, aku tertarik untuk mengulas apa yang disembang Wenger dalam pre match conference terbarunya.Selain dengan ayat2 lamanya seperti pasukan muda, stadium baru, keweangan yang semakin kukuh dan musim depan Le Prof sempat jugak memerli La liga, Real madrid , Spurs dan Chelsea. Katanya buat apa nak terhegeh2 main dekat La Liga yang hanya 2 kelab saja bersaing sedangkan no 3 beza lebih 20 mata.kata2 ini ditujukan khas buat Fabregas dan siapa2 sebagai peringatan, meninggalkan BPL adalah satu kemunduran kerjaya.Menambah hyperbolanya lagi, Wenger menceritakan bagaimana die tak sanggup untuk menonton lebihan Real Madrid vs Almeria yang hanya membuang masa, dia lebih rela menonton Wonderpets mungkin. Dia jugak tak setuju kata2 tentang dia begitu obses membina pasukan masa depan sehingga terlupa untuk memantapkan pasukan yang sedang bersaing sekarang. Memerli Spurs, Wenger berkata Spurs berbelanja sakan, beli macam2 konon untuk masa depan tapi 10 tahun berturut2 siapa yang layak ke UCL sedangkan mana pulak kedudukan jiran seekor tu.Kata2 ini dibalas direct kepada bekas anak buahnya di Monaco dan bekas perngurus Spurs dan England Glenn Hoddle.Bab kewanang pulak katanya Arsenal mampu memintas Chelsea, mungkin ya atau mungkin tidak. Alasannnya, kewangan Arsenal makin kukuh setelah berjaya mengurangkan hutang stadium  tapi memang benar kita tak mampu bersaing dengan gaji gila yang ditawarkan jiran London itu.Tapi bukan semua pemain2 berkualiti ini boleh dibeli Chelsea kerana itulah Arsenal juga adalah satu alternatif prospek yang lebih hebat. Salah seorangnya Chamakh yang hampir pasti menyarung jersi Arsenal,yang diberitahu Wenger  hanya menunggu saingan liga tamat untuk diumumkan.


Aapa yang ditinggalkan Wenger hari ini adalah bukan sekadar dongeng kosong, ini adalah masa depan Arsenal.Tempoh 6 tahun tanpa sebarang gelaran liga pastinya perit tapi itulah satu perngorbanan yang terpaksa ditelan.Dengan nada sedih, dia menambah Arsenal bukan tiada tanpanya.Namun dia tetap akan menghormati kontrak sebelum memikirkan apa tindakan selanjutnya. Adakah pasukan sedia ada ini telah bersedia dengan era selepas WEnger ataupun dia perlu mewariskan sebuah Arsenal yang cukup mantap kepada bakal penggantinya. Kontrak Le Prof hanya tinggal semusim.Bercakap sebagai pak tua yang sangat luka, dia mungkin akan all out di musim terakhir dalam kontrak sekarang ini. Mungkin sedikit suntikan kewangan dengar2 dekat 30M boleh memancing WEnger untuk membuat pelaburan yang lebih berbaloi..

Berbalik kepada match malam ini. Arsenal turun tanpa kelibat Song dan kini ditambah Mael dalam senarai yang menghabiskan cuti tahunan.Denilson masih lagi tidak pasti sama ada diturunkan atau tidak.  Yang pasti kita harus akan sekali lagi melihat gandingan Sol dan Silvestre mengemudi benteng di hadapan Almunia. Berdoalah  tiada malapetaka akan berlaku sekali lagi.Selain itu, padng yang teruk akibat liga ragbi yang bermula Februari di JJB turut menjadi kerisauan Wenger. Ini adalah aspek2 yang perlu dipikirkan sebelum menurunkan pemain2 terutama seperti RVP.

----------------Almunia------------------
Eboue--------Sol-----Silvestre-----Clichy
-----------------Denilson-----------------
--------Diaby-------------Nasri----------
-------RVP-------Bendi-------Rosicky--

Astro 812 ESPN..8.40 pm . Wigan 1- Arsenal 2


0 ulasan: