Khamis, 8 April 2010

Misteri kehilangan Vela



Misteri kehilangan Carlos Vela daripada senarai 18 nama yang diterbangkan ke Nou Camp terjawab.Dan kalau benar, jawapannya agak kelakar dan sukar diterima akal.Sedang Wenger melindungi perkara ini dengan menjawab soalan tentang mengapa dia tidak menyenaraikan bintang Mexico itu, Agent Carlos Vela telah membuka rahsia di sebalik peninggalan Vela. Wenger mengatakan bahawa Vela tidak tersenarai adalah kerana 'sistem persaingan dan perebutan tempat'. Tiba2 agent Vela, Eduardo Hernandez mempunyai idea sendiri.

"Carlos did not find his passport. He didn't mislead the club, he just didn't know where the document was."
Kehilangan passport?? aduih, di saat2 genting seperti itu.Bayangkanlah saudara jika Vela berada dalam pasukan, adakah nasib Arsenal berbeza atau keadaan tak berubah.Tapi di peringkat ini siapa yang rugi, Arsenal atau pun Carlos Vela sendiri? Benda sudah berlaku dan berlalu, mungkin ada hikmahnya. Vela masih lagi penting untuk persaingan baki liga. 'Persaingan perebutan tempat'? huhu..kali ini dia memang perlu betul2 bagi saingan kepada Bendi dan Eduardo agar mereka lebih tajam lagi. RVP jugak dalam proses menyiapkan diri.Nantikan kemunculanya.

P/S: Jangan makan semut banyak sangat.


0 ulasan: