Sabtu, 28 Februari 2009

Pre Match- Hapuskan badi seri.

Arsenal dihadiahkan jadual yang cukup cantik sebenarnya tetapi mengapa berada di kedudukan ini ketika ini di saat ini membincangkan tempat ke empat-kelayakan UCL, uefa cup season depan?Jawabnya lihat sahajalah 4 match terdahulu, Arsenal seri berturut2 dan 3 daripadanya gagal score-cuma yang positif ,juga gagal dibolosi.Arsenal memang tak balance, dulu di awal sesason, kite score banyak, tapi bolos macam ribut tatakala atap bocor,sekarang defend dah agak bagus, tapi peluru plak macam tak mau keluar, nak tak nak jek.Jadi tiada lain lagi selain daripada mengalahkan Fulham sesuatu yang ditunggu2 kerana Fulham telah mencalarkan imej dan memberi gangguan mental yang terbawak2 dek player di awal season.Baru match kedua, Arsenal bermain entah hapa2 di Craven Cottage lalu tersungkur malu dan segan.Start tu, seperti biasa, media prima telah mula menyerang dan mempersoalkan kreadibiliti Arsenal sebagai sebuah pasukan utama malangnya kekalahan tersebut benar2 menghantui player.

Arsenal tanpa kalah dalam 14 perlawanan setakat ini dalam semua kejuaraan.Jadi bagi Wenger , itu dah cukup untuk die berasa optimistik dan sempat memperli mereka2 yang terlalu negatif terutama para wartawan semasa press conference.

"In every press conference, everything is always dark and black,So I worry a bit about you!I am more of an optimist. I see everything in the future is bright and positive. With the potential of our players and everything at the Club, I have more reasons to be an optimist than a pessimist, so I feel sorry for you."
memang pakar psikologi pakcik kite nih.

Ape yang menambahkan lagi keoptimism die? kononnye keajaiban laa tu apabila Diaby yang dikatakan tak boleh beraksi sebab calf injury kini tibe2 disahkan available dan match fit, jadi melompat sakanlah Wenger gumbira bukan kepalang.Arshavin juga bakal kembali ke dalam skuad selepas tidak mendapatlesen untuk beraksi melawan Roma.JAdi skuad yang beraksi nanti adalah skuad yang sedia ada dengan Walcott Eduardo dan Adebayor adalah antara2 muke2 awal yang bakal kembali dalam tempoh 2 minggu.Silvestre, Fabregas Rosicky akan menyusul di kemudian hari, bulan atau tahun ,mungkin?Jadi barisan kemungkinan?

-------------Almunia----------
Sagna----Toure----Gallas---Clichy
Arshavin---Diaby--Denilson--Nasri
---------RVP-----Bendi------


Arsenal juga tak mengharap Fulham akan main open game malam nih.Jadi bersedialah untuk mengploitasi segenap walaupun seinci ruang yang terbukak.Harap tiada lagi peluang2 terbuka yang dilepaskan secara bodoh di depan pintu gol.Kememangan malam nanti amat pentng, bukan sahaja demi kedudukan dalam liga, tapi demi kekuatan mental dan kepercayaan-pemain sendiri dan penyokong.

Arsenal sempat menyatakan yang Bendi mempunyai future di Arsenal -sesuatu yang becanggah dengan kebanyakan peminat2 arsenal.Arsenal lebih mengharapkana agar fan dapat bersabar kerana umurnya baru leh 21 jagung.Die juga memberi hint mungkin die sanggup menyimpan player ni lagi 2 tahun walaupun finishing, decision making dan stop ball yang agak menghampakan. (itupun kalau takde org yang nak beli atau die sendiri tak request transfer)

"I have seen a lot of players who don’t score when they’re 20 but score when they’re 23."

Maknanya die takkan beli la Sailormoon Kalau.Oh,bersyukurlah...

Sudah aku cakpkan bahawa Arsenal sering di anak tirikan media tak kire la media prima ke UK ke mane2 same jek.Ape kate game malam nie ditayangkan di Astro Awani ke Astro Oasis (sebab fly emirates UAE..huhu)Tension betul, terpaksa la buat2 tak tau result semasa kerana live memang tak ade malam ni pukul 11 sebaliknya hanya delayed yang ditunjukkan jam 1 pagi di channel star sport 813.Tapi berharapla, kadang2 website Astro ni tak update dan seirng ade perubahan-saje senangkan hati.
Arsenal 2- Fulham 0. 1 pagi pun 1 pagi laa janji layan....Streaming?kalau berkesempatan ade laa nanti.Tak dapat ke stadium, tengok tiket lame pun jadi lah, suatu mase nanti ade rezeki lebih, bolehlah ke sane..Pergi haji dulu..=)


Peraturan baru?

International Football Association’s Board tetap akan mengadakan mesyuarat esok di Ireland bagi membincangkan cadangan Persatuan Bola Sepak Ireland untuk mengubah suai sedikit perautaran baru dalam bola sepak walaupun mendapat reaksi bantahan dari kebanyakan LMA (League Managers Association).Turut menyatakan kerisauan ialah suara Arsene Wenger.

Anatara proposal yang dicadangkan ialah peraturan baru berkenaan :

1.Sin Bin-Penggantungan player yang melakukan foul untuk tempoh mase tertentu dan boleh kembali masuk ke dalam padang selepas tamat tempoh edah. Biasanya digunakan dalam Ice Hockey atau rugby.Alasannye untuk mengetengahkan peraturan ini ialah supaya player berhati2 tidak melakukan foul yang boleh menyebabkan team mungkin tinggal 8-9 orang utnuk satu tempoh mase.Bagi aku, tak munasabah, lagipun player akan lebih berani melakukan foul trutama ketika situasi saat genting one on one ke, last man tackle ke tahan bola gune tangan.Player dah tak takut sebab akan daapat masuk balik, sementara tu team boleh lah regroup main berkampung sementara tuggu player habis edah.Brape banyak kali team lawan ambil kesempatan atas team yang kekurangan player, tak mendatangkan keuntungan lagipun padang yang besar bebanfing dengan ice hockey.

2.Mase rehat halftime dari 15 ke 20 minit- kononnye bagi peluang refresh kaw2.dari persepektif tontonan,Juga tak masuk akal, 15 minit pun dah kire lame bagi penonton dan penyokong.Siap boleh pergi bilik air, makan burger, masak maggie, nanyi karoueke 3 4 lagu.Alang2 apsal tak buat macam kriket jek sambung hari esoknya.tak pyaha buat pun takpe, Gallas dengan Topure dah pun ade 'rule' sendiri hari tu.(masuk lewat terhegeh2)

3.Pertukaran pemain ke-4(untuk mase tambahan)-Yang ni gua agak setuju, mungkin boleh menyegarkan match dan menyuntik semangat baru kepada pasuan.Lagipun sekarang player sub standard sampai 7 orang, yang main cume 3 ..kesian lagi 4.huhu..

Tapi dimintak FIFA pikirlah masak2 sebelum meluluskan ape jua saranan dan proposal bagi kemajuan sukan bola sepak.Kalau peraturan sekadar mencari publisiti murahan baik lupakan jelah.Kenapa peraturan menggunakan video bagi referee masih belum diusul atau dibincangkan walhal FIFA sibuk fairplay nak bagi adil?Tapi kadang2 tu tak silap aku pegawai ke 4 perlawanan boleh pulak dok usha video lepas tu bagitau referee ape sebenarnye yang berlaku, banyak gak insiden dah terjadi tapi bile tang offside atau gol tak pulak nak tengok video.Err.. aatau betulkan aku jika aku tersilap.

Malaysia dulu pun pernah jadi tikus makmal FIFA dengan peraturan 2 ref macam hoki, lepas tu kalau seri tambahan satu mata lagi pagi pemenang melalui penentuan penalti.Hampeh tak meriah langsung.Hilang originality , hilang seri.YAng dah sedia ada just nice bagi aku, tapi kalau ade yang lebih menghiburakan,logik dan bagus, tak salah untuk diketengahkan.


Jumaat, 27 Februari 2009

Awek Mantop!


Siapa kate musim ini Arsenal pulang dengan kekecewaan.Haaa..kalau nak tahu, Arsenal dah pun berjaya memiliki piala untuk muism ini! seperti sudah menjadi acara tahunan wajib, apabila team awek2 Arsenal berjaya merangkul Piala Liga buat kali ke 10 tanpa sebarang cabaran dan ancaman oleh kelab2 feminin lain yang lembik.Anak buah Vik Akers membelasah Doncasters 5-0 di final dengan jaringan hat-trick oleh penyerang sensasi Kelly Smith dan 1 gol masing bagi Alex Scott dan new signing, Suzzane Grant.Pastinya ini perlawanan yyang penuh emosi buat Kelly Smith dan Alex Scott kerana kedua2nya akan berpindah ke pasukan baru mereka di US iaitu Boston Breakers.Diucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada kedua2 pemain lagenda yang sudah memenangi semua trofi di Arsenal.Tapi mase depan Arsenal cerah kerana bakal disambung oleh new siging seperti Suzanne Grant dan Lauren Bruton yang berjanji akan menyambung legasi awek2 Arsenal.

Sementara itu Kapten Arsenal Xesc Fabregas memuji rakan2 sepasukan terutama yang menggantikannya mengisi kekosongan tengah DenilSong(Denilson +Song).

"Mereka bagus...rajin dan jujur pulak tu.Kite kene ingat, skuad ni adalah tanggungjawab kesemua player dalam pasukan.kalo nak diingati mase aku,viera, edu dan gilberto main pun arsenal pernah kalah dulu-dulu"

Emmm...bagus la kate2 sebagai kapten, tapi cepatlah pulang fabregas oi!!!


Rabu, 25 Februari 2009

Keyakinan Nasri + Drama kantoi lewat


Kedua2nya spendapat, pemain dan manager, Nasri dan Wenger berpendapat bahawa Arsenal sepatutnya layak menerima lebih imbuhan gol pada perlawanan yang didominasi semalam.

Wenger terserlah sedikit kekesalan di raut wajahnya apabila menyangka Arsenal sepatutnya dah boleh tidur lene sebelum bermimpi ke suku akhir dengan gol2 selesa untuk ke Colosseum Rome.Tapi malangnya sesudah penalti RVP yang memecahkan kebuntuan Arsenal dalam 3 match, segala peluang di depan mata dipersia-siakan.Kali ini skripnya lebih positif dengan Arsenal lebih banyak mencipta peluang daripada match2 lepas cume penyudahnye entah ke mana.

"That is the regret we have tonight. I am happy with our performance, but of course there was room to score more goals,From tonight we know we can create chances. You never know what a good result is in the European Cup.One of the positives is we didn't concede a goal. It's put us in a position where we know we need to attack over there. If we score once that should be enough."

Wenger juga menambah pace yang laju dari Arsenal menyukarkan Roma untuk bergerak dan mengikut tempo.Jika diiringi irama sehati berdansa pastinya gandingan Baptista dan Totti menjadi pasangan pertama tersingkir disebabkan kelampian mereka.Kini, 1 gol lagi dikatakan bakal memadai buat Arsenal di sana nanti dengan Wenger memberi jaminan, Arsenal takkan main secara defensive sepanjang masa yang boleh membawa padah.Cume yang dirisaukan adalah tempoh 2 minggu itu diselitkan dengan 3 match lain yang tidak kurang penting jugak.

Bagi Samir Nasri pulak yang merupakan calon man of the match semalam dengan usaha gigihnya, juga meluah kekecewaan dan rasa pelik mengapa Arsenal tak dapat tukarkan laungan 'one nil to the arsenal' itu.Nasri yang dilihat selesa di posisi asalnya sebagai backup forward kepada RVP, posisi yang selalu diisi Hleb dan ljungberg jika Arsenal main seeokor striker, percaya match di Rome nanti akan bertambah lebih menarik dan open.

“Unlike in the league, tonight we had more space to move.We have managed to create the gaps we needed and we made a lot of movement. Now we have to try to repeat the same performance again. With a 1-0 lead one would try to play the second leg in its usual way.We have seen that it is important not to let this team play their own game, that’s what we succeeded very well tonight.”

Sementara itu apekah yang berlaku di sebalik drama aneh ini:


Jika mengikut kesedaran sivik pastinya Referee menunggu kedua2 team cukup bilangan player baru meyambung semula match tapi ape kejadahnye bukan 1 tapi 2 CB Arsenal , maknenye kalau Arsenal bolos awal2 minit mase tengah lompong gitu, siapa yang hendak dipersalahkan.Toure memberi alasan die selalunya merupakan player terakhir tinggalkan bilik persalinan untuk masuk ke padang bagi memastikan semua rakan2 sepasukan dah siap sedia, kebetulan Gallas sedang menjalani treatment sikit jadi Toure dengan penuh semangat setia kawan berhasrat menunggu Gallas dan baru terhegeh2 nak pakai boot.Diorang pun tak sedar yang match dan berlangsung! Hah ape lagi, berlari sakan laa 22 CB yang pernah digosipkan tak sebulu dada.Gallas menunggu di touchline sedang Toure pulak main selamba dewa jek nak masuk padang tgh2 game dengan harapan curi2 masuk tapi last2 kantoi.Alamak, kad kuning laa jawabnya pada Toure.ape jawapan Toure?Tak tau pulak yang takleh masuk padang suke hati katenye.

Wenger pulak taknak salahkan sesiapa seperti kebiasaanye sebab mungkin mood menang kut.Jadi die menerima dengan hati terbuka dan mengaku kesalahan pemain2nya yang tido sewaktu loceng sekolah dibunyikan.Teringat pulak time2 nak curi masuk kelas sebab dah lewat, last2 kantoi kat belkang pulak..hahaha..

"It's explainable by the fact that Kolo always goes out last. He waited for William, but didn't know William had treatment. He didn't know the game had started without them. He was putting on his boots.I don't know if it is superstition. It is our fault. You have to be ready when the bell rings." kata Encik Wenger yang bertindak sebagai guru Pendidikan Jasmani Toure dan Gallas.


Post Match : 'One Nil to the Arsenal'

Kedengaran laungan sokongan 'One nil to the Arsenal' di setiap penjuru stadium Emirates.Itulah realiti Arsenal sekarang ini yang terpaksa kembali ke old fashion dengan hanya kemenangan 1 gol untuk dibawa ke Olimpiaco 2 minggu lagi.Sebenarnya jika tidak kerana ketumpulan Eboue dan Bendi yang mempersia2kan 2-3 peluang antara diorang , pastinya bekalan gol lebih selesa.

LIHAT GOL<<--Klik sini

Terima kasih kepada cool superb penalty daripada RVP yang sebelum itu dijatuhkan oleh Philip Mexes.Agak mengejutkan kerana Diaby yang baru pulih kecederaan terus membuat kemunculan dalam starting eleven.Namun pujian harus diberikan kepada Denilson dan Diaby yang mengawal baik bahagian midfield menyukarkan Roma bergerak merencana peluang.Totti tak berkembang selain Baptista yag hanya kembang badan.Rossi seperti bunga ros yang layu.Walaupun Vucinic dengan 'aksi lucahnya' namun kemasukannya tak dapat menarik perhatian nafsu2 Arsenal.Gallas dan Toure mengekalkan clean sheet mereka.tapi RVP Nasri Clichy memang adalah mereka2 yang terbaik dari kebun malam ini.


1-0? cukupkah? Tapi dengan skuad macam ini kite takleh nak merungut banyak, terima seadanya, ia lebih baik dari 0-0 mahupun 1-1.Tapi pertempuran belum berakhir.Masih ade perjuangan yang lebih dasyat di 'Colosseum' nanti!!


Selasa, 24 Februari 2009

Pre Match:Menunggu Gladiator

ARSENAL VS ROMA STREAMING LIVE <<--Klik Sini!!!


Sedar tak sedar dah sampai dah masenye untuk Arsenal kembali bertarung ke gelanggang UCL kali ini terpaksa melayan amukan sang gladiator dari Itali AS Roman Picisan. Entah mengapa, saingan untuk kali ini aku rase kurang kehangatan, jangan salah paham,ini hanya buat diri aku.Bukan ape, kalau tahun lepas aku tertunggu2 dan tak sabar2 menanti perlawanan AC Milan bertemu dengan Arsenal suatu match yang cukup epik.Tapi kali ni bagi diri aku, alih2 dah match day, tak tau kenapa mungkin kerana terlalu sibuk tugasan harian.Tapi aku tetap menantikan perlawanan ini dengan penuh debaran dan emosi, kerana kalender aku telah pun dibulatkan.Namun jangan risau..Sokongan aku kepada Arsenal tak pernah luntur walaupun sesaat, letaklah sesiapa pun, Gunners tak gentar!!


Berbalik ke match malam ini, ini bukanlah mase yang diidam2 kan untuk bermain dengan match sepenting ini.Adebayor, Eudardo, Fabregas, Walcott, Rosicky, Arshavin, Silvestre adalah name yang kompom tak akan menjejak kaki ke padang at least buat kedua2 leg tersebut.Yang pulang cumalah Abou Diaby, seekor lagi on off performer untuk sesason nih.Memang kalau dianilisis mengikut 4 perlawanan terakhir liga, bagaimana dan dari manakah gol2 akan muncul dengan song dan denilson di tengah Eboue di kanan dan Bendi di atas.Sungguh tempang tapi tiada pilihan, Arsenal mengharapkan sesuatu magis berlaku.Dengan Roma yang terkenal dengan corak permainan italia yang lebih defensive terkenal dengan pizza dan pasta, tetapi aku menjangkakan mereka akan go forward selain dari duduk berkampung dan play long ball bagai old boring english style football.JIka Roma beraksi baik, maka Arsenal akan lebih baik dari mereka ini kerana berdasarkan fakta dfan statsitik, arsenal punye lebih peluang mencipta jaringan jika bertemu dengan attacking team.Ini juga dapat menaikkan keghairahan di awal pagi dengan satu perlawanan bola sepak box to box action.Itulah harapan peminat2 bola sepak yang akan menyaksikannye awal pagi nanti.

Perlu diberi tumpuan pada Roma tak lain dan tak bukan talisman mereka, Totti yang masih belum pasti diturunkan atau tak, Perotta, De Rossi, Matteo Brighi dan tidak asing lagi Baptista yang wenger tak pernah menyesal tak permanentkan kontraknya.Philip Mexes pemain yang disebut2 sentiasa ke Arsenal setiap musim perlu mengekang asakan Bendi dan RVP yang dalam mood untuk sign kontrak baru.Denilson pula bagai dihempap dengan pokok kelapa apabila diberi beban yang berat untuk menang battle of gladiator di midfield dengan menentang otai seperti De Rossi.Bagi Denilson, ini ialah perlawanan paling penting dalam hidupnya setakat ini.Harap jiwa muda dan seamangat kentalnya setara dengan aksi bersahajanya di padang walaupun denilson antara player yang sering mengecewakan aku, kita dah tiada siapa, inilah pilihan yang ada, jadi..kamon, tak kire siapa tak kire sejarah, ko blasah je la denilson oi.Hantar balik roman2 picisan nie balik ke kampung dengan telur ayam kampung.Jangan bagi mereka 'bolos sahaja dinding itu' kalau itu yang dibangga2kan sangat almunia dalam 'clean shit' 3 match terakhir jadi kekalkan sampai bile2, aku dah tak kisah.Ini jek sumber asli yang kite ade, jadi kerah sambil pasrah biarlah keluar darah merah..

--------Almunia----------
Sagna----Toure--Gallas---Clichy
Eboue----Song---Denilson---Nasri
-------Bendi----RVP-------

Vela
Diaby
Ramsey
Wilshere
Jozan
Gibbs
Fabianski

Orang cakap kite perlu menang champions League dan aku berdiri belakan Wenger, bukan final Champions League yang menentukan Arsenal layak ke UCL tahun depan.Tapi tak bermakna Arsenal tak payuah menang awal pagi nanti.Aku mengahrapkan sebijik gol dari Nasri dan satu dari RVP.itu jek lah yang ade rekod jaringan.Mungkin Gallas boleh muncul, siapa tahu. jadi 2-0 adalh suatu keputusan yang cemerlang, aku tak mintak lebih dari itu, tapi harap tak kurang.Cleah Sheet adalah wajib!!

24/2/09 Astro Star Sport 813 3:45am.


Isnin, 23 Februari 2009

Wenger dedahkan sransfer deal paling hebat dengan Real Madrid Januari lalu!



Pengakuan exclusive dari Wenger bahawa Real Madrid dalam diam2 telah berjaya mendapatkan 'signing hebat' dari Arsenal pada bulan Januari lalu.Jangan panik, jangan terkejut, sebenarnya yang berpindah adalah pemenang groundsman terbaik atau penjaga padang di Emirates Paul Burgess telah dibenarkan berhijrah ke Real Madrid kerana keadaan padang Bernabeu yang macam tanah lumpur.heheh.

“Itu adalah 'signing' terhebat bulan Januari lalu.Ape yang harus kami lakukan setiap malam ialah mengunci pintu pejabat press, department akaun dan semuanya sekali sebab kalau tak, Real Madrid angkat semua orang sekali”gurau Wenger..ewah sempat kau bergurau waktu2 Arsenal tengah sakit camni ek.

Padang Emirates yang sentiasa menghijau merupakan padang idaman di England mahupun di Eropah jadi tak hairan jika Paul yang juga penyelenggara padang di Highbury dulu berjaya memenangi beberapa anugerah kecemerlangan.Terima kasih dan selamat maju jaya Paul,diharap agar baja yang ditanam tak subur di sane nanti.kah kah kah..

Paul Burgess 2 dari kiri

P/S : Si hidung merah sepatutnya tutup mulut yang busuk dengan chewing gum basi tu dan duduk diam2.tak payah kecoh2.Biarlah Wenger dengan dunianya sendiri buat kepala tau walaupun kadang2 die sebenarnya memang tak tau kerana 'Arsene Knows'.


Ahad, 22 Februari 2009

Pre Match:Daging kucing liat

SEKALI LAGI 0-0???? Everton, West Ham, Spurs dan kini giliran Sunderland membuntukan Arsenal. 3 seri tanpa jaringan, apekah alasan Wenger? pastinya die akan berbangga dengan rekod clean sheet.Tapi kalau seri memanjang ia mungkin boleh ditafsirkan sebagai clean shit.

Arshavin membuat debut dengan kemunculan sulung, berambut baru bersemangat baru.Bagiku, die lakukan dah 'ok'.Standardla, baru nak panas, tapi 1st half nampak agak promising sebelum mule tenggelam 2nd half akibat kepenatan mungkin.Kerap switch side dengan Nasri, bertukar2 idea.

RVP, Vela, cukup mengecewakan dan tak sampai standard sepatutnya.Bendi, memang standard takat tu dah, takleh nak buat ape.Termasuklah Denilson yang mencukupkan korum.Clichy, macam tak wujud 2nd half, dikeluarkan mungkin akibat kecederaan, kurang overlapping seperti biasa.

Song Gallas Toure Sagna sudah melakuakn ape yang sepatutnya malah tak segan asyik membantu, cume bebrerapa serangan Toure dan Gallas tak bernasib baik.

Eboue.. lambat masuk, lambat panas pendek kate otak lembab.(saje cari kambinhg hitam) Gibbs tak banyak yang boleh dibantu.Almunia, buat kerje tapi tak banyak pun, nak claim OT pun tak lepas nih.

Ape nak jadi? Entah, sekali lagi lepaskan peluang sedang Villa pun dah drop point, arsenal gagal mengambil kesempatan.Cacat.Sayang sekali bulan Feburari belum pun berakhir, tapi Arsenal sepatutnya bersaing untuk keuaraan tapi kini masih bergelut nak tempat ke 4 jek.

Udah2 la tu, tak gune dipikirkan lagi.Ayuh tumpu pada Roma.Memang Arsenal ditakdirkan struggle dengan team2 bawahan nih.

P/S: Tension tengok muke Kepala Putih aka 'Faizal Hussein' kapten sunder...


Sabtu, 21 Februari 2009

Iklan2 NIke Fabregas, Arshavin, Arsenal




Pre Match : Arsenal dera kucing hitam

Arsenal vs the Black cat.Arsenal akan melayan dengan penuh garang si kucing hitam di emirates jam 11 malam ini.Ape yang pasti signing baru Arsenal ARshavin bakal diturunkan buat kali pertama tetapi Wenger masih berteka teki tentang status debut Arshavin adakah dari bench ataupun starting eleven.Tetapi nampaknye Wenger telah memberi hint bahawa die masih sayangkan anak emasnya Eboue, suatu yang bahaya bagi mase depan Arsenal kerana aku ingat game Spurs hari tu adalah yang terakhir untuk die start tapi wenger ade percaturan lain,

It has been a bit of a hate and love season for him but I don’t believe [he is hated now]. He had quite a good start at Tottenham and he wanted to do so well that maybe he got over frustrated.He is not the first player to do that. He has been punished, he has learnt from that, he is still a young player and he is a talented player.

Adakah ini bermakna Arshavin hanya akan dimasukkan di minit2 terakhir, 60, 70, 80, 90++??Rata2 soalan pada press conference pre matcg menyentuh tentang Arshavin.Awal2 lagi Wenger sudah memuji Arshavin yang katik dan walaupun pendek tapi sepadan dengan nama2 besar seperti Pele, Maradona dan Ljungberg.

“Yes he is quite small,I think Arshavin is 5ft 6ins. But what is amazing in football is that people are always concerned about size.But if you take the best players in the world you had Maradona who was 5ft 7in and Pele, 5ft 7ins - so it is not a handicap.“For me the [creative] potential is there, the skill is there and the technical quality is there.We have always played with two creative players on the flanks. We have had players like Freddie Ljungberg who have had that creative influence. It is very important for our efficiency. And Arshavin can make runs in behind without the ball.”


Tapi die tetap berhati2 dan berjaga2, baginya Arshavin bakal berdepan dengan kejutan budaya dan mindanya yang cekal yang lebih membantu untuk die menyesuaikan diri berbanding dengan fizikalnya.

"You can never be sure 100 per cent about any player.But [Arshavin] has personality, class and vision. In football those are the most important things.Yes, there has always been a question mark about whether Russian players would make it over here or not. I believe there is a culture-shock. It is not like coming from Wales!But I have watched him many times over the seasons. It wasn't only at the Euros, I saw him against Munich, Real Madrid and a few other games.Also Russia is a massive country. He played for years with a club which wasn't successful but in the last few years everyone has started to speak about Zenit.Today, he is a super player in Russia and that is not easy. It means you're an outstanding player and you must have some talent.”


HAri Isnin depan genap lah ulang tahun setahun tragedi di St Andrews dan taia apa yang boleh diunkgapkan Wenger selain daripada mengatakan kepulangan Eduardo bermakna 'sumpahan' telah berakhir.Wenger juga menggesa supaya tidak diulangtanyang lagi klip2 video berkenaan di hadapan Dudu kerana mahukan semua playernye terus fokus ke depan bermula match Sunderland malam ini.Wenger juga mendedahkan bahawa pada mulanya, die kurang yakin Eduardo dapat bermain dalam EPL semula kerana kemalangan tersebut adalah kecederaaan paling seram yang pernah ditontonnya.

LAgi berita positif ialah kepualangan Rosicky ke skuad utama adalah dalam tempoh 3 minggu.Yeszaaa.. Rosicky telah mula menunjukkan tanda2 pemulihan akhlak yang baik dan sudah jemu duduk di bilik sakit.Die kemudian bakal beraksi dalam reserve match 3 minggu lagi, lebih awal dari yang dijangkakan.Wenger juga mnyenaraikan player2 yang injured iaitu Walcott 2 minggu,Eduardo 2minggu Rosicky 3 minggu dan Fabregas 4 minggu.Selain itu , Diaby , Silvestre dan Adebayor juga semakin pulih.Jozan pun sudah baik dari demam.Maknanya pendek kata jika semua berjalan dengan lancar, akhir bulan 3, skuad arsenal akan kembali menjadi skuad yang lengkap dan akan terus memberi tekanan kepada team2 lain.INi mungkin dengan kehadiran Dr. baru iaitu Gary O’Driscoll bekas dr ragbi!!

Malam ini sebelum match start, arsenal akan dapat mengetahui sejauh mana mereka akan mencucuk dari belakang apabila tempat ke 3 dan 4 chelsea dan Villa bertemu di Villa Park.Harap2nya seri, Chelsea kalah pun ok gak.NAmun Wenger tak amik pot sangat dengan mengharapkan keda2 team kalah sebenarnya.hahah.Yang penting adalah Arsenal fokus ke game sendiri, barulah sibuk2 ke pasukan lain.

Ricky Sbragia adalah pengganti Roy Keane.Namenye mengingatkan aku kepada Pemain badminton beregu tahun 90 an Ricky Subagja.kah kah.Tapi mereka kini bolehlah dikire masih dalam zon selamat tempat ke 11 , 7 mata dari relegation.Persaingan untuk terperosok ke bawah juga begitu sengit nampaknya.2 orang pemain yang perlu diberi perhatian pastinya ialah Djibril Cisse dan Kenwyne Jones.Dulu Fabregas sempat menyelamatkan Arsenal dari malu di tangan Roy Keane dengan last minit header.Malam ini mungkin Arsenal akan membiarkannya lewat lagi? saki jantung woo...sudah2 lah tu, bikin suspen sajek.Sunderland mungkin akan memakai taktik yang biasa dipakai oleh pelawat Emirates iaitu berkampung dan counter, dan mungkin juga hit and run bak kate Wennger.

---------Almunia------------
Sagna-----Toure----Gallas--Clichy
Arshavin--Denilson--Song--Nasri
------Bendi-----RVP--------

Sama ade Arshavin/Vela/Eboue yang akan start hanya akan diumumkan oleh Wenger beberapa minit sebelum match.Dengan moral yang tengah high,Aku predict kemenangan selesa Arsenal 3-Sunderland 0.channel 812 Astro ESPN 10:55 pm.


Jumaat, 20 Februari 2009

Ape-ape aje

Tiung Man aka Theo Walcott sedang dalam prosess perundingan untuk kontrak baru. Kontrak nye dari Southampton yang dikhabarkan memberi 20K seminggu bakal tamat hujung season ni.Walaupun ade kate2 positif dari sumber2 dalaman iaitu Walcott semakin hampir menyetujui untuk menandatangani kontrak baru yang mengekalkannye di Emirates sehingga 2014 dgn gaji 50K seminggu, namun kedua2 belah pihak baik Arsenal mahupun Walcott masih diam seribu bahasa tanpa ade ape2 perkembangan yang membina.Adelah tidak wajar Anak emas Don Capello yakni satu2nya star England(dah established selain jack) yang ade di Arsenal dibayar gaji seciput itu,jadi Wenger pasti berfikir panjang tidak mahu 'Flamini' muncul kembali.Liverpool pernah dikaitkan berminat dengan penyokong die hard fan mereka sewaktu kecil, tapi adalah janggal untuk melihat Walcott berjersey lain selain daripada merah putih Arsenal sesason depan.Walcott adalh mase depan Arsenal, malah masa depan England! Lagipun sudah tertulis jersey keramat no 14 adalah untuknya bagi sesaon2 mendatang, mustahil hanya pakai sekali jek.Jika jersey 14 itu berpindah2 tangan , ape pula penghormatan yang tinggal pada no 14 itu..

Arsenal tak perlukan Central midfielder sebenarnya -kata Samir Nasri.Di sebalik rumors2 dan ramalan2 penganalisis2 bola sepak dan bookie2 haram yang arsenal akan mendapatkan seorang 'viera' , Wenger mengejutkan orang ramai dengan membeli player yang attacking minded , Arshavin.Pembelian yang sangat2 dipersetujui oleh Samir.

"Aku tak rase yang central midfielder adalah posisi yang kitorang kehilangan.Ape yang sebenarnya kite rinduan ialah player yang injured dan bile diorang kembali, korang tengok lah 'Arsenal baru'"

"Aku dah main lawan die mase die kat zenit aku kat Marseille.Pergh wa cakap lu, die memang terbaik dari kebun!Die akan bagi lebih suntikan dan ketajaman di mana pasukan kite betul2 nampak kekurangan semenjak 2 menjak nih"

Dan selepas Eduardo membuat kemunculan sulung dengan jaya, pengharapan dan debaran kini tertumpu pada satu lagi bakal arsenal idol baru iaitu Arshavin.Arshavin belum lagi membuat penampilan bersama Arsenal dan perlawanan dengan Sunderland minggu ini dianggap sebagai debut buatnya.Bukan sahaja rakan2 seperti Fabregas, Toure dan Nasri tak sabar2 untuk menyerap kudrat yang ade padenye, malah fan juga tak sabar2 setelah Eduardo mencuri tumpuan dengan cara yang agak CLASSic!!

Adebayor pula tak putus2 cube memberi semangat yang positif walaupun die tak tau, ade ke tak orang yang endahkan kate2nye.Adebayor sejak dulu lagi lebih mementingkan piala dan pasukan daripada permainan cantik dan anugerah individu.Katenye, die tak kisah jika die hanya score 12 bijik gol season ni setakat ini jek asalkan Arsenal menang apae2 piala.Ape2 je la kamu ni.Tapi bagus la, die dah sedar dan tak bangga diri.Mungkin gosip2 liar yang mengatakan die bakal berhijrah summer lalu memberi pengajaran selain bermuka tebal, Adebayor pernah claim die tak pasti sama ade bermain untuk arsenal atau tidak season ni tapi realitinya, tiada kelab pun yang membuat bidaan dan offer.Itu hanya spekulasi media menyebabkan Adebayor duduk diam2 menutup muka dan makan kate2nye sendiri.Wenger menyelamatkan karier Adebayor dan masih memberi peluang, walaupun tak score katenye die masih assist-tetap tak mahu kalah.Bersainglah dengan sihat wahai adebayor kerana RVP, Eduardo, Bendi, Vela Walcott dan Arshavin takkan biarkan kamu rampas tempat Eboues sebagai anak emas Wenger.

Walaupun summer jauh lagi dari perbincangan, namun ade rumors2 yang mengatakan arsenal sedang mengintai beberapa name,intai sahaja tak ambil gambar, haha.. mereka adalah Pak Sako, Nene_k 25 striker dari Nacional,Yohan Pele,26 Keeper Le Man dan juga rakan Nene Micael Ruben,22 dari Nacional jugak.Masih terlalu awal hendak dibincangkan.Tunggu ianya sampai tahap kritikal dan serius.Tak sabar nak mengalami simptom2 kearshavinan dan kenasrian sekali lagi.


BaptiSTA bajet STAr!


Bekas pemain Arsenal Julio Baptista yang kini bakal menjadi musuh ketika arsenal bertemu Roma dalam perlawaan kalah mati last 16 UCL Rabu depan telah memberi amaran kepada bekas rakan2 sepasukannya, dengan tagline'darah muda tak ke mana'. Baptista yang terkenal dengan sejarah malam gemilang di anfield dengan 4 gol membelasahliverpool 6-3 pernah dipinjamkan semusim ke Arsenal dari Real Madrid,suatu perpindahan di saat2 akhir awal musim 06/07 dengan Jose Antonioo banteras Reyes berpindah ke arah berlawanan.DIe pada akhirnya berhajat untkk stay tapi sebaik sahaja tau Wenger tiada plan untuk menyambung kontraknye menjadikan permanent , memilih faktor cuaca dan kehidupan sebagi alasan terpaksa meninggalkan London.Dan kini, die kembali tapi dengan misi lain.

"Don't get me wrong, it isn't a defect,But when you're playing at this level, the last 16 of the Champions League, a lack of international experience can give your opponents the advantage."

Die juga bajet teamnye yang dibarisi rata2 pemain berpengalaman dan kuda tua seperti totti, perotta, panucci, de rossi ade segala ramuan untuk makan mentah2 budak2 Arsenal.Dia juga membayangkan team dari Italy bakal overtake team dari BPL dalam UCL season ni.

"For sure they will be three great matches between the best teams in Europe.For us, as for Juventus and Inter, it will be hard because at the moment English football is the forefront.Inter, Roma and Juventus have everything needed to do well against Manchester United, Arsenal and Chelsea, but it will be fundamental not to make any mistakes because if you mess up even briefly, you're out and can't recover.For this reason, us, Inter and Juventus cannot commit any errors."
Kenape die tak sebut Liverpool?? hanya Baptista yang tau jawapannya..

Sementara itu, berita negatif melanda kem arsenal apabila kepulangan Eduardo dihimpit kembali dengan kecederaan hamstring selama 2 minggu.Namun bagi Wenger, walaupun ia satu mimpi ngeri, itu adalah adat bagi player yang dah tak main hampir setahun.

"Eduardo is out for two weeks.He picked up a hamstring injury two minutes before I took him off. What a nightmare.Nobody knows how it happened but I knew straight away after the game it would be a two-week job. It is nothing like he had before but I do know that little setbacks like this are part of being nine months out. After that long out nobody plays six months on the trot. It is impossible. But at the same time it is a blow because, of course, he can score goals."



Eduardo akan duduk di sideline bersama Fabregas ,Adebayor dan Walcott sekurang2nya sehingga 1st leg bertemu Roma.Arshavin tidak layak main UCL, Rosicky masih 'berbulan madu' dengan nurse2 arsenal yang masyuk dan mantop.Dalam pada itu, Martin Taylor membuat satu tawaran kepada Eduardo.Sejauh manakah keikhlasannye, itu tak pasti.Tetapi diharapkan cepat2la telenovela crotia alih bahasa ini segera berakhir bagi Eduardo terus pandang ke depan.


Khamis, 19 Februari 2009

Fabregas bergegas cerdas dan cergas!


Berita baik bagi semua peminat Arsenal apabila dilaporkan Cesc Fabregas yang dalam proses speedy recovery sudah hampir pulih dari kecederaan lebih awal dari yang dijangka.Cesc Dikhabarkan akan kembali menjalani latihan dalam tempoh 10 hari, sesuatu yang pastinya menambah boost pada moral player2 Arsenal dengan sebelum ini kehadiran Arsahavin dan kembalinya predator Eduardo! Kini hari2 mendatang semakin cerah buat Arsenal.

Fabregas sebelum ni dijadualkan kembali pertengahan Mac tapi rehabnye berjalan lebih lancar dari dijangka dan die dah tak sabar2 nak membantu 1st team.Fabregas kelihatan di stand berdekatan bench bersama dengan Arshavin dan Adebayor ketika Arsenal membelasah Cardiff 4-0.Sebelum ni, die ke Barcelona balik kampung.

"Beberapa minggu yang sudah aku dah bersusah payah kerje keras walaupun sakit tapi bagus untuk otot.Aku sangat2 gembira dengan perkembangan.Ia nampak positif, harap dalam 10 hari aku dah boleh train dengan bola, jadi memang lebih awal dari yang dijangka.eee..syoknye bola!"

"Aku memang dah tak boleh tunggu, dah tak tahan nak sentuh bola sebab dah 8 minggu aku tak buat, tempoh paling lame yang pernah berlaku dalam hidup aku.Mulai minggu ni aku dah kembali ke kelab(dari kampung Barcelona) dan duduk kat bilik persalinan,di kelilingi rakan2, travel dengan rakan sepasukan ke games dan memang aku akan betul2 jealous.Taip takpe, lagi menignkatla nafsu aku nak bermain balik"

"Minggu2 sudah aku asyik terpikir pasal injury aku jek, tapi sekarang tibelah masanya bagi aku kembali ke pasukan.Aku adalah kapten dan aku ade tanggungjawab.Aku kena ade di sisi rakan2 sepasukan walaupun aku tak bermain!"

Satu lagi contoh kapten metarial iaitu dari pemangku kapten, Kolo Toure.Walaupun pernah merequest transfer dari pak Wenger dan disogok dengan jawatan kapten, Toure terus rofesional dan cintanya pada kelab tidak perlu dipersoalkan.Die juga dipetik sebgai berkata Arshavin merupakan signing yang hebat dan peminat serta orang ramai hanya perlu menuggu mase yang sesuai jek untuk pemain Russia ini menunjukkan belang sebenarnya sambil mengaum.Tapi sebelum itu Toure meminta fan2 arsenal bersabar bagi Arshavin menyesuaikan diri dengan budaya, cuaca dan cara hidup yang jauh berbeza dari tempat asalnya.

"Kalau aku beraksi kat jepun pun contohnya, badan aku kene amek mase nak sesuaikan dengan persekitaran iklim.Itu adalah bagaimana kite membina.Jadi kite kene same2 lah sabar dan bantu die fit ke dalam pasukan"

Apabila diajukan soalan sam ada Arshavin mapu mengikuti rentak 'The Arsenal Way' Toure selamba badak mejawab,

"Aku rase yakin, die memang player yang berjenis arsenal(berdarah arsenal /dilahirkan untuk arsenal).Kite boleh tengok yang die ni laju, sangat laju, pintar, passer yang cun malah boleh score gol pulak tu.Aku rase memang die akan dapat bantu kita - Dari mule2 training lagi ko boleh tengok keupayaan die"


Hari terbaik dari ladang dalam hidup-Eduardo

BErikut adalah tembual post match Eduardo berikutan malam penuh bersejarah dan emosi bagi Eduardo.



Eduardo juga sempat menceritakan rahsia di sebalik kecekalannya ialah orang2 di sekelilingnya yang sering memberi sokongan dan dorongan terutama Tony Colbert, physio Arsenal yang banyak menghabiskan mase bersama Eduardo dalam membentuk kembali karieernye yang hampir musnah.Begitu besar peranan Colbert dan diekspresikan melalui sambutan gol kedua di mana Eduardo meluru ke arah bench lantas memeluk erat Tony yang dianggapnya sebagai bapa kedua.Wenger membuka satu gossip dengan mendedahkan Eduardo lebih masa bersam Tony berbanding isterinya.hahah.Eduardo rancak berkata,

“The first goal was for me, my family, but for the second one, I went to Tony Colbert,We worked hard and he was like my second father. We spent a lot of time together every day and I think this goal was special for him and for all the staff. I spent a lot of time with Tony.”
Di sebalik aksi cemerlangnye, Eduardo dikeluarkan 20 minit sebelum tamat akibat hamstring ringan, namun kebarangkalian untuk beraksi hujung minggu ini masih sukar diramal.Wenger juga walaupun yakin dan percaya dengan kebolehn Eduardo tidaklah meletakkan harapan yang tinggi agar Eduardo mampu menjadi orang harapan kerana meletakkan bebanan di atas bahu player yang baru boleh menyepak bola adalah sesuatu yang berat.Bagi Wenger, Eduardo telah melakukan yang terbaik dan lebih dari mencukupii.Tapi Eduardo tetap berdegil dan bersemangat untuk menyahut cabaran demi pasukan tercinta.

"It was hard as it’s one week away from one year now,I know it was very hard for me, my family and my friends, but I think I have to forget what happened and feel happy now.”


“I think we have three or four months until the end of the championship and I’m here to help Arsenal to be on top of the Premier League or in the first three.We’re in the FA Cup, I want to get to the final and in the Champions League we want to go far. I received a lot of cards from England and Croatia and this made me stronger and helped me get back quicker.”


Rabu, 18 Februari 2009

Bendi kecam Arsenalaysia?

Adakah Bendi terbaca Arsenalaysia? Tidak, sebenarnya Bendi terbaca laporan songsang yang memutarbelitkan wawancaranya bersama sebuah majalah terbitan Denmark.Apabila sampai ke media Britain, mereka cube copy paste tapi hanye sebahagian sahaja diameknys suke hati citarasa editor.Ayat2 yang diambil telah diputar belit bagi menjadikan suatu artikel yang meembesarkan keegoan dan kesombongan Bendi.Artikel "Bend it like Bendi??" melalui Arsenalysia adalah tempias reflect akibat daripada artikel yang diputarbelitkan.Minta maaf Bendi dan peminatnya.Jadi untuk kali ini lebih baik aku mengambil bulat2 ape yang diucapkannye sendiri tanpa menterjemah ikut cara aku.huhu.

“I've never said anything like what they put in the newspapers,And it makes me upset because it comes across really bad.None of it was said like that. Basically I did a long interview for the Danish press recently, they asked me a lot of questions and the press over here have taken my answers and twisted them out of proportion.I was happy with the article in the Danish magazine and if you saw it you would realise that what was reported over here was not true."


“There is nothing you can do about it when they change what has been said and it's annoying because it makes people think 'what is he playing at?If I feel the need to say something to my team-mates to explain it then I will do, but they know that I am right behind the team and wouldn't say things like that.”


Dalam pada itu Bendi sempat berkongsi rahsia peningkatan mutu permainanye sejak kebelakangan ni.Nak tahu?katenye makan bendi 5 kali sehari.heheh.. sebenarnye ialah, peluang bermain di right flank dalam beberapa perlawanan menyebabkan die rase lebih selesa dan serasi dengan corak permaianan pasukan.Katenye, walaupun right wing bukan posisi asalnya tapi peluang bermain di situ meembolehkan die menyerang bola hasil hantaran lintang dari kiri dan juga dapat bergerak dari posisi bawah,ktip bola dan serang secara total laa kire.Ini kerana Bendi mungkin bukan penunggu yang hebat, atau die jenie yag tak sabar2..heheh ok2 tak3, nanti merajuk lagi plak kluar artikel macam2.

"Obviously it's not my favourite position but I'm happy to do a job there if the boss asks me to. When I look back though I think I have done quite well there so it's been good for me, it's helped me develop as a player.Good players can always play in different positions. It's similar to playing as a second striker, but a bit wider."


Eduardo masih menunggu permohonan maaf


Di sebalik perasan gembira dan apa yang disifatkan baginya sebagai hari paling gembira dalam sejarah hidupnya, Eduardo masih terasa sedikit kekesalan kerana orang yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku setahun lepas masih belum berani berdepannya secara face to face untuk memohon maaf.Kalau betul, memang aku tak dapat nak terima keegoan dan kesombongan Martin Taylor.

"Some friends told me he was saying he'd spoken to me - but he never did. I've never met him.And someone at Arsenal received an email from him when I played for the reserves at Barnet a short while back and it said he was pleased I was playing again.
I have received lots of mail from other people. I've had around 25,000 emails - from Croatia, Brazil and England - wishing me a speedy recovery and I've had letters by the sack-full. But he's never sent anything directly to me."



Dalam pada itu Martin Taylor cuba mengalih perhatian bermadah puitis dengan mengatakan die sebenarnye dah berapa kali try jenguk Eduardo, ade sekali tu die pergi tapi alasan martin Taylor ialah Eduardo tak sedarkan diri kerana terlampau banyak disuntik dadah kat hospital mase tuh.Bengong.ADe tu, die berkomunikasi melalui staff2 arsenal la konon keep in tpuch la ape la.Banyak lagi la alasan2 yang cube diputarbelitkan.Ok la, kalau betul ko dah pergi berjumpa dengan die Martin Taylor oi, apesal ko beriya2 cerita kat media tapi sket pun kau tak pernah mintak maaf atau sebut perkatan "im sorry" tu kat media.At least ucapla walau pahit sekalipun.Sungguh tinggi egonya!! JIka di situ pun die tak mintak maaf, Eduardo boleh la lupekan hajat untuk Martin Taylor berhadapan dengannya secara face to face kerana pemain Birmingham itu adalah orang yang jenis si ego tapi pengecut.


Selasa, 17 Februari 2009

Malam Penuh Emosi

ARSENAL 4 - CARDIFF CITY 0

Beliau menunjukkan mengapa Arsenal begitu kehilangannya dalam 12 bulan yang lepas.Arsenal begitu merindukan sentuhan berbisa dan dengan rentetan beberapa perlawanan outdoor dan friendly, Eduardo kembali menyarung jersey Arsenal buat kali pertama dalam competitive match dan terus menjadi kesebelasan utama.Suatu kepercayaan tinggi daripada Wenger.Jika Wenger bersikap terus terang dan awal2 memberitahu, pastinya stadium Emirates yang hanya mencapai 57,237 tadi full house dipenuhi para peminat yang ketagih aksinya.

Malam penuh emosi sekembalinya Eduardo ke dalam padang dan tiada cara yang lebih gemilang daripada meraikannya dengan 2 jaringan.Dengan kehadiran Eduardo yang nampak tajam, lively , fokus ,kreatif barisan serangan Arsenal begitu mantop tadi.Kecekapan Heaton dan tiang saje yang menjadi penghalang buat Arsenal berpesta menuai.Apepun kecemerlangan Eduardo dibantu oleh rakan2 sepasukan yang bermain sebagai satu unit, defend, attack semuanya lancar dan smart.Sehinggakan Gallas dan Toure masing2 mempunyai peluang untuk mengancam gawang lawan. Bendi, seperti mana yang diucapkan dalam posting sebelum ini, menunjukkan die bukan cakap kosong, sekurang2nya die telah berusaha sekeras mungkin walaupun dengan tiada boot pinknya kekerasan tu tetap ade.Satu gol, satu assist dan banyak miss, itulah pembelajran yang sedang ditimba oleh pemain Denmark ini.Walapun kadangkala beberapa tindakannya boleh dipersoalkan.Jika ini berteursan, tiada tiket free bagi jawatan striker di Arsenal.

1st half adalah semuanya milik Arsenal.Fabianski jarang2 memegang bola.Gibss yang menggantikan Clichy yang direhatkan mula2 agak gugup tapi setelah itu lama kelamaan persembahannya makin matang dibantu oleh defend2 yang lain cuma jika die lebih banyak overlapping pastinya lebih syok dengan kepantasan dan gandingannya bersama Vela.Carlos Vela,pemain Mexican yang diberi pengharapan tinggi tak pernah mengecewakan.Walaupun tak berada dalam senarai penjaring tapi set up nya melalui one two bersama Eduardo untuk gol pertama memang layak mendapat kucupan kesyukuran dari pemain crotia itu.Yang paling penting die dan Nasri yang bermain di seberang sana tak gentar untuk go forward malah mencuba dari jarak jauh.Lihatlah betapa tingginya keyakinan yang mereka perolehi.Bendi pula dilihat agak serasi bergandingan dengan Eduardo mendapat gol yang selayaknya hasil kerje keras.Berjaya mengelirukan lawan dengan larian dalam kotak penalti sebelum menanduk kencang dari sepakan sudut.Jika nasib menyebelahinya, mungkin sepatutnya 4 atau 5 gol malam ini.


2nd Half tetap milik Arsenal, dengan defend menutup segala ruang buat cardiff yang langsung tak berpeluang bergerak khas.Tetapi Fabianski kali ini dipaksa lebih banyak bertindak.Denilson dan Song hanya perlu duduk diam di tengah2 alam itu dan menjalankan tugas mereka dengan jayanya.Nasri dapat dilihat merata di seluruh padang dengan rambut baru membuatkan Sagna tak segan silu naik ke atas.Pendek kate, ini lah Arsenal yang dah lame tak main care Arsenal sebenarnye.Memang fan merindui persembahan macam tadi.Eduardo seperti panggilannya fox in the box, selalu ade pada tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai.Berjaya memenangi penalti, Eduardo sendiri tengan menyempurnakannya dan disambut penuh emosi dari segenap sudut Emirates Eduardo terus menerpa ke arah medical Arsenal yang mana telah berkorban besar menyelamatkan karieernye dari peristiwa malang setahun lepas.

Menerima standing ovation, Eduardo dikeluarkan setelah aksinya yang dikatakan lebih dari mencukupi.Beliau digantikan oleh RVP pada minit ke 67 menunjukkan betapa Wenger masih bernafsu menyerang.Ramsey yang 50/50 juga dapat berjejak kasihan dengan rakan2 lama apabila menggantikan Nasri.Amaury Bsichoff jugak dimasukkans ecara gamble ketika kemenangan nampak pasti buat Arsenal malah hampir2 menciluk perhatian dengan tendangan sipi2 ke penjuru gol.Dan di minit2 terakhir, kalo orang putih cakap icing on the cake,aku kate kuah atas nasi la. Bermula dengan Denilson yang mematikan penguasaan Cardiff, bola dikutip Bendi yang melorongkan cantik kepada RVP sebelum disudahkan dengan sempoi oleh on form star Arsenal.Dekat last2 minit pun tandukannye hanya mencium tiang membuatkan Wenger dan Nasi Pat senyum tersipu2 macam kucing dapat anak kembar.

Pendek kate kesimpulannya, Arsenal bermain superB kali ini.Burnley menunggu mase untuk diburn.Inilah peluang keemasan untuk Arsenal merangkul piala sejak kemarau 3 season jadi harap2 Arsenal dapat merealisasikannya.Dengan fixture2 selepas ini yang lebih berpihak kepada Arsenal, tiada lagi jalan mudah yang boleh diharapkan.Dan kite boleh menarik nafas lega , berbesar hati dengan sekembalinya Eduardo dan pemain2 yang sedang beratur di barisan Walcoot, Fabregas Rosicky segalanya sangat silau buat Arsenal.

P/S: Penyokong2 cardiff,sesiapa hilang kasut dan Handphone boleh kutip dekat pegawai perlawanan.Tertinggal atas padang mungkin.





Isnin, 16 Februari 2009

Bend it like Bendi??


Tak cukup dengan penyesalan pemain Cardiff City Jay Bothroyd yang menyesal tinggalkan Arsenal, Kini Bendi yang terkenal dengan egonye kelihatan mungkin bakal mengikut jejak Jay jika die terus dengan perangai tak sabar dan besar kepalanya.

Terbaru, di sebalik mendedahkan rahsia di sebalik boot merah jambunya di Arsenal TV (yang aku tak tau kenapa sebab tak tengok lagi), Bendi mengeluarkan dengan penuh yakin die sebenarnya sepatutnya main setiap match Arsenal season nie dan merasakan dirinya striker paling hebat di Arsenal ketika ini.

"Aku kesian kat Adebayor, ketika Arsenal perlukan die, die injured pulak(padahal die suke laa tu).Tapi sebenarnya aku tak kisah pun siapa fit siapa available.Sepatutnya aku lah yang start setiap match kat Arsenal."

Kate2 ini bagaikan memberi amaran bahawa die bersedia memberi kata dua kepada wenger supaya die dirutunkan ataupun die akan meningalkan pasukan summer nanti.-Sesuatu berita yang telah lame diwar2kan sejak musim perpindahan Januari lalu.Ade juga pendapat yang mengatakan Bendi bukan Arsenal type player dan sepatutnya hanya main di kelab2 yang tengah struggle, barulah die boleh mebantu.Ade benar juga pendapat itu kadang kala, dengan persembahan yang tak konsisten dan peluang yang telah banyak diberikan.Ape2 pun Bendi masih lagi punya waktu untuk meyakinkan peminat Arsenal, walaupun kelihatan 2 3 match terbaru sebelum ini, die lebih menyeralah ketika dimauskkan sebagai sub.

Lebih mengeruhkan keadaan, Bendi seperti memperkecilkan pemain baru Arsenal Arshavin.Jika benarlah kenyataan ini keluar dari mulutnya, sifat ego ini tak akan padam dan mustahil akan menerima satu lagi head butt dari mane2 player selepas Adebayor tahun lepas merasmikannye.

"Aku tak pernah tengaok Arshavin.Aku tak tengok langsung pun Euro 2008.Aku takdek idea siapa dia ni dan player jenis macam mane"


Wenger pula punye idea lain dengan menyatakan strikernye masih lagi berlambak dalam simpanan.Kecederaan Adebayor bukanlah bererti peluang untuk Bendi seorang jek.Ramai lagi RVP, Carlos Vela, Eduardo dan Arshavin.Die juga masih berteka teki siapa bakal dirutunkan malam ini bagi meledak jaringan buat Arsenal.Ditanya mengenai Bendi ,katenye Bendi telah banyak diberikan peluang, oleh itu mungkin pemain2 lain juga bakal diberi layanan yang adil.Tak kire la Bendi lobak ke ke serai ke siapa2 yang diturunkan pastinya memikul tanggungjawab besar dan paling penting diharap tidak mengecewakan.

Atau mungkin aku yang terlalu prejudis terhadap kenyataan2 Bendi, jika benar aku silap, aku mohon maaf kepada peminat Bendi, tapi setiap kudrat dari kesemua player adalah sangat3 penting buat masa ni,dengan harapan tiada lagi kecederaan.We win as a team, fight as a team and loose as a team.


Pre-Match: Arsenal vs Cardiff City


Internationalelehan menyebabkan aku berehat seketika dari dunia pemblogan.Itulah sebabnye dipanggil international break kut.Di hujung minggu lepas pula yakni semalam dan kelmarin berlangsung perlawanan FA pusingan ke berapa tah bagi merebut tempat ke pusingan ke 4 dan suku akhir.Arsenal pula terpaksa berdepan dengan Cardiff city dalam perlawanan ulangan awal pagi nanti.Walaubagaimanapun jadual suku akhir telah dikeluarkan dengan pemenang match malam nih akan menentang Burnley dalam pusingan seterusnya.Pemenang match tu pulak akan menjadi tuan rumah kepada Sheffield Utd atau pun Hull City.Jika Arsenal menang, ia pastnya perlawanan yang ditunggu2 di Emirates dengan Hull City pernah memalukan Arsenal di depan fan sendiri, manakala Arsenal pastinya teringat pesta budak2 ke atas sheffield United 6-0 dalam carling cup.

Dalam Press conference pre match untuk awal pagi nanti, Wenger seperti biasa mengaitkan isu2 semasa terlebih daulu dengan merasakan simpati terhadap rakannya yang Score pastu lari..dan bekas kaptennye Tony Adams.Kedua2 nya dipecat dan bagi mase tidak diberi mase yang secukupnyaWenger pasti sedar mase yg diberi padanye dah terlebih2 dan silap2, die boleh terhutang mase untuk mengembalikan piala di Arsenal.Begitu juga dengan pujian yang diberikan kepada master of taktik atau 'orang seni' gelaran yang diberi Wenger kepada Pemangku pengurus Chelsea hingga akhir musim ini.Wenger menyifatkan Chelsea membuat pilihan yang tepat dengan perlantikan pakar seni pengurusan tersebut.

Berbalik kepada match malam ini, Arshavin awal2 telah out kerana tak layak beraksi untuk perlawanan ulangan.Fan Arsenal terpaksa bersabar lagi.Tapi bagi Wenger, ia keputusan yang amat bagus memandangkan Arshavin belumlah match fit sepenuhnya jadi masa rehat yang panjang begitu diharapkan dapat mengembalikan staminanye.Eduardo? Wenger, tidak mahu memberi harapan kepada peminat dengan masih bertarik tali sama ada Eduardo akan diturunkan atau tak.Tapi reaksi yang diterima dari match international cukup positif di mana Eduardo tampak sudah bersedia menjadi sebahagian daripada pejuang2 bagi survival saki baki musim ini.Wenger juga tidak mahu memberi tekanan kepada Eduardo dan pada dirinya sendiri kerana katanya, dia harap diberi banyak kebebasan sendiri untuk memilih para pemainnya malam ini.Tapi dengan keberanian Wenger menyenaraikan Eduardo di bangku simpanan hujung minggu lalu di White Heart Lane, ia bagai satu hint, hanya, jarum saat di jam sahaja yang menjadi penentu.

Lain2, kebodohan Eboue menghukumnya untuk tak terlibat langsung dalam perlawanan malam ini termasuklah partnernye Diaby yang masih suffer dek tigh Injury.Bekas pemain Cardiff, Ramsey masih dalam pemerhatian akibat kecederaan ligamen lutut sewaktu bersama Wales dalam international friendly.Clichy yang pecah kepala botaknye minggu lalu dianggarkan tak punye masalah untuk diturunkan.Adebayor, masih out 2 minggu akibat hamstring. Ini bermakna Arsenal agak terhad jadi aku membayangkan team ang sebagai ini:

----------Fabianski----------
Sagna---Toure--Gallas---Clichy
Nasri---Song--Denilson--Vela
--------Bendi---RVP--------

Sub
Almunia
Eduardo
Wilshere
Merida
Johan
Gibbs
Ramsey/??

Live di Astro? tak pasti, masih dalam penyiasatan.Tapi harap2 online streaming live masih mampu menjadi penyelamat.Arsenal 2 Cardiff 0.Rentak clean sheet diteruskan!

Err..sumber2 menyatakan ade live awal pagi nanti jam 3:30am di saluran Astro Star Sports channel 813.Kunci jam anda!!


Jumaat, 13 Februari 2009

Keown tanye, Gazidis jawab

Ikuti temubual antara lagenda Arsenal Martin Keown dan Chief Executive Arsenal Ivan Gazidis yang berlangsung selepas trasnfer deadline hari tu.


Dan seperti biasa, mari kite ke segmen lagi2 arshavin.




Eduardo kembali ke pentas antarabangsa!-1 assist


Eduardo mencuri tumpuan dengan kepulangan ke pentas antarabangsa terlebih dahulu daripada kelabnya Arsenal.Masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 60, beliau meng assist untuk krancjar pada minit ke 75 sekaligus gol kemenangan ke atas romania 2-1 dalam perlawanan persahabatan.Agak lambat berita tapi takpe, aku upload videonya.

"Apa lagi yang boleh aku perkatakan.Aku enjoy muncuk kembali.Aku bersyukur peminat dan korang reporter dapat tengok yang aku dah tak gentar.Sebelum match, memang aku agak darah gemuruh, rama2 dalam perut tapi aku rase itu bagus.Aku rasa ini sememangnya dapat bantu aku bile aku main untuk Arsenal nanti.Aku syok gile coach bagi aku peluang main" kata pemain no 9.

Yang nie plak gol pemain gamble Wenger, Amaury Bischoff.Portugal u21 vs Swiss u21.3-1.Bicop gol 1st.cerah mase depan?


Rabu, 11 Februari 2009

Internationalelehan

Aku seperti biasa agak bosan apabila minggu international friendly tapi dikecualikan untuk minggu ini.Kenapa? sebab adenye perlawanan2 berkualiti seperti Brazil mengalahkan Italy semalam di rumah Asenal 2-0,Gilberto Silva sempat menyampaikan sepatah 2 kata selamat maju jaya pada kelab lamanya, France Vs Argentina(ramai player Arsenal,bekas Arsenal dan lagenda Maradona) kemudian Spain vs England(walaupun tanpa Walcott dan Fabregas).Eduardo juga bakal diturunkan terlebih dahulu bersama skuad negaranya berbanding Arsenal.Eduardo bakal dimasukkan sebagai pemain gantian di bawah pemerhatian Steven Bilic yang akan bertemu Romania.Ini dapat menguji sejauh mana ketahanan minda dan fizikal, lihat sejauh mane die telah pulih dari igauan ngeri tackle setahun lalu.Selamat kembali Eduardo!Dengan kecederaan Adebayor 3 minggu, pastinya kemunculan Eduardo tepat pada masanya.Walcott juga dikatakan bakal pulih sepenuhnya dan dijangka turun menentang Roma 24 Februari nanti.Begitu juga dengna Cesc Fabregas yang recoverynye agak memeranjatkan dari jangkaan namun dengan usia yang muda perlu berhati2 dari sebarang risiko.

Di sebalik kecederaan , Adebayor boleh tersengih riang apabila dipilih sebagai pemain terbaik Afrika secara rasmi.Adebayor yang sebelum ini pernah memenangi award yang sama anjuran sebuah majalah di Dubai kini tak boleh begitu berbangga dengan pencapaiannya kerana musim ini, die terlalu jauh berbeza.Mungkin kata hati nya " nak blah ke tak blah" summer lalu memberi sedikit kesan pada permainannye di atas padang.Namun pada awalnya kulihat dia lebih kepada perubahan menjadi team player tapi persembahannye makin lame makin menurun, berbeza dengan RVP yang makin lame makin mantop!Tapi oleh kerana bukan selalu die menang awrd, bagi jugak la kredit kat die sket..


Hasrat peminat Arsenal untuk menyaksikan debut pemain baru Andrey Arshavin tertangguh laa seketika kerana die tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan replay FA cup 16 Februari nanti.Ini kerana, die tidak terlibat dalam pusingan yang pertama.Jadi pertemuan menentang Sunderland di Emirates Sabtu depan tampak pasti buatnye dengan Wenger selalu bagi debut di home kepada player2 baru.

Amaury Bischoff score malam tadi dalam Youth International portugal u21 menentang Swiss U21.Bile nak main liga pun tak tau.Seperti yang diketahui Gene Hackman dan Tony Adams telah dipecat dari jawatan masing2 membuatkan aku berpikir, Wenger adalah manager paling selamat dalam dunia dan die patut menghargai dalam mase yang sama
memberi..


Selasa, 10 Februari 2009

Brazil VS Italy di Emirates


Stadium Emirates bakal menjadi saksi pertembungan dua negara yang punya legasi tersendiri dalam sejarah Piala Dunia apabila Brazil dan Italy akan bertemu awal pagi nanti dalam satu perlawanan persahabatan.

Italy merupakan penyandang juara World Cup 2006 di Germany manakala Brazil yang sentiasa dibarisi pemain2 hebat setiap generasi adalah pemenang paling banyak pernah menjuarai kejohanan Piala Dunia.Kedua-dua pasukan pernah bertemu di final World Cup 1994 di USA di mana kemenangan berpihak kepada Brazil melalui sepakan penalti.Ketika itu Roberto Baggio yang terkenal dengan imej ekor rambutnya menyepak tinggi bagai menyempurnakan conversion ragbi.

Jangan lupa saksikan siaran secara langsung match menarik ini di channel Astro Super Sport 811 awal pagi nanti, Rabu, jam 3:40 am.Live online streaming mungkin juga ada nanti.


Isnin, 9 Februari 2009

Wenger salahkan ref.

Seperti yang dijangka dengan alasan yang same, Wenger menuding jari kepada ref yang dikatakan punca arsenal gagal untuk memenangi derby match di white heart lane semalam.Baginya, keputusan membatalkan gol Eboue dan melayangkan kad kuning pertama Eboue yang membolehkan Eboue dilayangkan kad merah selepas itu telah membunuh peluang Arsenal untuk bawak balik 3 mata bagi menembusi top 4.

Di sebalik pujian2 positif, resilient,committed attitude, rekod tanpa kalah 11 perlawanan(6 seri)bla bla bla.., Wenger tetap menganggap semalam adalah lebih kepada 2 mata yang tercicir dari 1 mata yang berharga.

Ditanya mengenai Adebayor, Wenger mengesahkan pemain Togo gelap itu akan miss 3 minggu tapi die tak gusar dengan adanya Carlos Vela, Bendi, kepulangan Eduardo, kemunculan Arshavin dan sentuhan nurbisa RVP.Aku harap Adebayor ambek mase ni rehat cukup2 dan sedar diri sebenar, tengok balik tape game yang die main season ni dan tahu betapa buruknya die main selama nih.Dalam pada itu, Arsenal dikatakan sedang memerhatikan harman Lille,Yohan Cabaye untuk summer ni menguatkan lubuk tengah sepeninggalan Flamini dan Gilberto.

Khabar dari Pompey, lagenda Arsenal Tony Adams dipecat daripada jawatan pengurus pasukan.Diharap Adams terus cekal dan tak berputus asa kerana manager Wenger sebelum ini pun pernah dipecat dari Monaco.Banyak lagi peluang untuk mengembangkan sayap karier di tempat2 lain.Mai liga M jom.haha..


Eboue: I'm Sorry!!!(raja lawak)

Si Emmanuel Eboue telah meminta maaf "i'm sorry!!" ala2 amir raja lawak musim ke3 kepada semua fan arsenal dan team mates atas keterlanjuran yang telah dilakukan semalam.Di sebalik itu, Eboue sempat menegaskan bahawa ini semua salah referee yang melayagkan kad kuning pertama baginya dianggap tak wajar dan juga membatalkan golnya yang dikatakan sah di sisi perlembagaan undang2 tubuh FIFA.

"I'm Sorry!!... Game ni memang betul2 penting gile bagi kitorang.Kitorang mesti selalu menanng bile jumpe Spurs dan bagi yang terbaik untuk semua peminat.Aku betul2 kecewa sebab dapat red card tapi aku nak mintak bebanyak terima kaseh pada rakan2 sepasukan sebab berusaha bgai nak mati.Kite seridan kite happy(happy kepala otak hang)Ini adalah 1 mata yang baik bagi kami yang bermain hampir sepanjang perlawanan 10 vs 11.(siapa punye hal,sengal)" Eboue sempat mempersoalkan kad kuning pertamanya,

"Ref arahkan aku keluar padang.Untuk kad kunig pertama aku tak buat apa salah pun.Aku depan bola dan aku tengah cakap dengan Almunia lepas tu aku cakap kat ref, 'ko kene tiup wisel dulu ' dan die cakap 'ok'.Aku pergi balik nak dapatkan posisi aku tibe2 die panggil aku ke depan dan alih2 layangkan kad kuning.Kawey betul2 tok pahee.."

"Ok la untuk yang kedua, memang aku sentuh die(modric sampai luka2).AKu angkat kaki tinggi sebab sebelum tu die tackle aku depan ref tapi ref buat bodoh jek.Die sepak aku bile aku cube mara ke depan lepas tu aku angkat la kaki.(konon2 nak buat style Beckham World Cup 98 lawan Arsgentina-otak pendek).Normal laa tu kad kudning, aku terima la yang tu.

"Tapi bagi aku ref hari ni macam sial.Gol tu memang sah.Aku tak tau kenapa die tak perkenankan.Ref cakap aku sentuh woodgate inikan pula jentik.Aku tau aku kene kawal diri dalam padang tapi aku memang beriya2 taknak biarkan Spurs menang.Aku cuma hanya lakukan yang terbaik"

Jadi adakah anda semua sudi memafkan player ini dan mendengar lagi ayat2 yang sama setiap kali perkara bodoh ini diulangi lagi?Terpulang pada diri anda.Jika dulu die pernah diboo di Emirates atas prestasi yang buruk, aku cukup simpati, tetapi jika perkara semalam berlaku di emirates dengan perangai terruk,die memang layak dikeji.Tapi bekas banduan tak semestinya selamanya jahat, selagi die bukan 'Joey Barton'.


Ahad, 8 Februari 2009

Post Match : 0-0.Sampah jiran bau sampai ke sini.



1stly, NEVER LET EBOUE NEAR THE 1ST TEAM AGAIN...EVER!!!!..Aku kene cakap bahasa omputih, harap Wenger bace blog ni dan paham .Betapa dungu dan bangangnye player seperti Eboue yang tak layak langsung main kat Arsenal selama ni, tapi diberi peluang oleh Wenger berapa kali dah, dimaafkan oleh penyokong yang dah tak boleh nak sabar dengan perangai bodoh , penipu, diver mamat yang mengaku diperkambinghitam kan nih.Aku harap ini match terakhir buat Eboue sebagai 1st eleven selagi die tak ubah attitude dan perangai jeliknya.Ingat cukur misai org boleh nampak la perubahan, org tak kenal la, cit poraah..Arsenal tak perlukan player seperti ini kalau ade offer summer ni, harap Arsenal tak payah nak consider2 , jual terus.

2nd,Denilson adalah penumpang.Penumpang paling malas arsenal malam nih dianugerahkan kepada denilson yang entah hilang ke mane merayau2 tanpa destinasi ,setiap kali dapat bola aku tau dah, musti tak lepas punye dan memang betul, dah la tak kreatif, tak de body strength pulak tuh, memang Arsenal suffer betul2 kat tengah hari nih.Nasib ade Song yang bermain agak ok untuk mencover back 4, kerjenye dijalankan dengan cukup bagus malah hampir2 dapat sebijik gol.

Ketiga, Wenger adalah manager yang bapok bacul dan penipu.Setiap kali match die kate die percaya dengan skuad yang ada dan mampu memenangi liga.Menang liga kepala lutut ko la! no 4 pun struggle nak dapat sekarang nih.Kalau die percaya, die dah lame masukkan player2 sub yang boleh bagi banyak option.Kalau macam tu baik arsenal lepas nie turun tanpa player sub.Manager yang berani dan punye taktikal yang bagus adalah manager yang sanggup menanggung risiko mengganti player walaupun baru 5 minit perlawanan bermula, kerana die sepatutnya dah boleh nampak teamnya tak seimbang dan cacat, jadi sebelum parah dan terlewat ubah lah strategi gune pelan lain..ini tak..tunggu sampai player mampus baru nak tukar.Kalau tak injured Adebayor dan Clichy tu, 11 org itu lah main sampai diorang bersara gantung boot kut.

Andrey Arshavin, Eduardo, Ramsey..kononnye tak match fit, abis tu takkan 10 mint pun takleh berani ambik risiko, bile la player nak fit macam tuh.Bangang ko Wenger, datang rumah spurs nak seri dari awal,ade hati nak menang liga.Alasan ko nanti ialah 'we show character', pastu bangga dengan clean sheet dan main dengan 10 orang, semua tu taknak dengar dah la encik Bean oi..Chelsea drop point x ambik peluang, Liverpool Villa makin jauh, jangan lah ko bermimpi ade orang nak bagi tiket free ke UCL.

Bile aku tengok di awal perlawanan, aku lihat sub yang agak kuat dengan kembalinya Eduardo dan Arshavin yang disenaraikan aku begitu bersemangat untuk menang dah berkobar2 tapi aku dikecewakan oleh Eboue dan taktikal Wenger.Spurs bukanlah bagus sangat,10 orang pun tak boleh makan, jiran yang sengal.Seteruk mane pun kite, mereka takkan dapat menang dengan Arsenal.Dah 10 tahun dah, nasib baikla rekod ni terus kekal.Kalau kalah aku mungkin akan buat 10 post untuk match nih.


Sabtu, 7 Februari 2009

Hooligans



Bersempena dengan derby match esok, rehatkan hari minggu dengan lepak di rumah sambil menonton filem.Aku baru sahaja selesai menonton Green Street Hooligan sebuah filem mengenai Hooligan berlatar belakangkan suasana di Timur London membabitkan pasukan West Ham.Walaupun filem ini agak sudah basi iaitu sekitar tahun 2005, tapi memandagkan ia berkaitan dengan bola sepak jadi aku merajinkan diri untuk menghabiskan durasi sejam 48 minit.Yang menariknya filem ini bukanlah sebuah filem mengenai bola sepak sepenuhnya seperti Goal,Bend it like Beckham,Bola Kampung(erk?) atau filem2 bola yang lain tapi temanya adalah lebih kepada sepak terajang menggunakan bola sepak sebagai point.

Walaupun dipenuhi dengan banyak aksi2 dan bahasa yang kasar,standard org sane la.. tapi ape yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan.-Kita semua sebenarnya mempunyai benda2 atau perkara lain yang lebih bermakna dalam hidup- Menegakkan semangat setia kawan dan semangat melawan yang tinggi biar ape pun nak jadi, jadi lah.Agi idup agi ngelaban laa kirenye.Tapi ape yang dilakukan sebenarnya hanya sia2 kerana setiap perkara di akhirnya mereka akan kembali berfikir apekah perkara itu adalah perkara yang sepatutnye.Huh, teruk jugak aku me'review' filem.Ahh pendek kate sebenarnye aku terpikir betul ke bende2 ni terjadi di luar sana dan adakah ia satu realiti? Agak2nya bagaimanalah perasaan dan situasi tegang apabila kedua2 penyokong Arsenal dan Spurs bertemu di stesen keretapi bawah tanah.Yang penting mereka berani berdepan bagai anak jantan, bukannye berlari sorok2 dari kebenaran. Sekian, selamat menonton.


Pre Match : Buang sampah ke rumah jiran

Agak sepi sedikit 2 3 hari ini dengan berita bola sepak terutamanya Arsenal, yang ada hanyalah isu 'lompat-melompat' di kalangan pemain2 semasa Januari Transfer.Arsenal telah berjaya mendapatkan Andrey Arshavin dengan cara halal walaupun ade suara2 sumbang seperti Aston Villa terutamanya mempertikaikan keputusan FA.Disebabkan itu aku rase aku perlu berehat sebentar dek kerana berita arshavin ini nyata menekan jiwa dan perasaan bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan transfer saga melibatkan pemain antarabangsa Russia ini dengan Arsenal.

Nampak gambar di atas? rindu bukan, puas hati dapat melihat reaksi seekor2 muke badut spurs.Harap pemain2 dapat mengulangi ape yang dilakukan oleh Henry.Baiklah, esok adalah antara perlawanan tumpuan sepanjang musim dan lebih kepada misi membalas dendam di White Heart Lane.Masihkah kau ingat kite berlari-lari.... ya kite sepatutnya hanya perlu berlari2 anak sewaktu keputusan dah pun memihak kepada arsenal 4-2 di waktu itu minit ke 90 tapi entah bagaimana Spurs yang bawah pengurusan Redknapp buat kali pertama berjaya mencuri 1 mata dengan kedudukan 4-4 pada akhir perlawanan di Emirates.Masih juga kuingat tarian ala beruk dari bentley di depan fan2 arsenal uang sungguh menyakitkan hati dan mata.Itulah sebabnya kite perlu hadir ke sana dan berlaku adil yakni meletakkan sesuatu yang asal pada tempatnya, di manakah tempat asal spurs, nun di bawah sana terperosok di dasar liga.

Mereka ingat dengan spending yang berlebihan dengan membawa pulang 3 bekas pemain yang melompat kemabali ke Spurs,Keane Defoe Cnimbonda, mereka hebat? huh..silap sama sekali.Yang peliknya, ape yang hebat di Spurs sampai mereka sanggup kembali biarpun memanskan bangku simpanan, Defoe sendiri dah terkena badi diketepikan 2 bulan akibat kecederaan. Mereka ingat mereka beli pemain simpanan Chelsea mereka kebal, silap sama sekali apabila Cudicini dilihat merupakan lubuk ketika bola crossing sewaktu kekalahan kepada bolton 3-2 minggu sudah.Jadi , beli la banyak manapun, balanja lah banyak mana pun,kerana kate wenger, wenger pedulik hape! Sejauh manapun mereka gapai, mereka tetap tak akan dapat keserasian dan impian yang mahu dicapai oleh mane2 jurulatih pun terutama dalam menewaskan ARsenal dalam saingan liga kecuali la dalam saingan piala kanak2 ribena, mereka berjaya memalukan kunjungan kali terakhir Arsenal dengan kemenangan 5-1, satu lagi faktor yang menegaskan mengapa kite perlu mengalahkan Spurs esok.Derby memang selalu dianggap panas!

Dan aku tau di kalangan peminat2 Arsenal pastinya tertanya2 dan tertunggu2 untuk melihat aksi kelibat player baru ,Arshavin dalam jersi Arsenal. Arshavin kini baru pulang dari Russia awal pagi tadi mengambil visanya.Namun aku membayangkan, peminat2 Arsenal perlu bersabar seketika kerana mungkin Arshavin tak akan dirisikokan dalam perlawan malam esok.Wenger memberi bayangan jika adepun arshavin terlibat, mungkin sebagai pemain gantian ataupun sebagai watak tambahan kerana Arsahvin sendiri mengakui masih belum match fit, yang ade hanyalah latihan pra musim selama 10 hari bersama zenit setelah kali terakhir matchnya adalah bulan November lepas.

Jadi ini pastinya khabar gembira bagi peminat2 Eboue yang masih boleh menyaksikan pemain kesayangan mereka beraksi di sebelah kanan untuk peluang2 terakhir setelah munculnya Arshavin.Eboue yang dikeluarkan akibat kecederaan sewaktu bertemu West Ham telah mendapat lampu hijau untuk diturunkan berbeza dengan Diaby yang masih dirwat tapi dalam mase yang sama mempunyai alasan penggantungan 1 perlawanan untuk tidak diturunkan.Wenger juga memberi reaksi positif apabila bercakap tentang pemain pujaannye Thomas Rosicky.Rosicky diberitahu telah mula menyepak bola dan memerlukan sekurang2nye 6 minggu untuk kembali ke skuad utama.

Kalau siapa yang ber betting esok(ingatlah judi itu haram di sisi agama) , pastinya pilihan mereka adebayor.Sang Adebayor adalah pemain yang paling dibenci oleh peminat2 spurs.8 gol dalam 8 pertemuan, pastinya satu rekod yang boleh dibanggakan bagi match derby terutamanya ke atas rival terdekat.Hahaha..tapi dengan Adebayor yang tengah surut tak pasang2, Arsenal boleh mengharapkan sentuhan pemain terbaik bulan Januari RVP seabgai mesin peledak gol.Di tengah,Gunners mendapatkan sentuhan Nasri dan pastinya Alex Song dibawa masuk straight forward menggantikan Diaby bagi menemani Denilson.Kanan seperti biasa buat terakhir kalinya milik Eboue mungkin.Mungkinkah Toure dan Gallas bakal digandingkan sekali lagi, tiada faktor ketinggian yang memerlukan Arsenal membuat rotation dengan memasukkan Jozan, tapi dengan kepantasan Keane, Toure dilihat mampu mengimbangi kelajuan si katik itu berbeza dengan kegagalan Johan yang terperangkap dengan Keane di Emirates sewaktu die menjaringkan gol buat Liverpool.

-------ALmunia---------
Sagna---Toure--Gallas--Clichy
Ebou---Song--Denilson--Nasri
-----Ade-----RVP-------

sub:
Fabianski
Arshavin
Vela
Bendi
Ramsey
Wilshere
Gibbs

5 mata di belakang villa dan chelsea, Arsenal perlu mengelakkan seabrang mata dari tercicir lagi untuk memastikan kedudukan tidak terpinggir dan org ramai tidak mempersoalkan kreadibiliti Arsenal berada dalam top 4.Tidak perlu dibimbanggi pasukan lain seperti Chelsea dan Villa kerana aku yakkin Villa tak ade cukup ramuan untuk meneruskan aksi cemerlang mereka sepanjang musim, sampai satu ketika mereka akan pancit juga dan tekanan pastinya di pihak mereka-Media beriya2 ingin memastikan mereka bakal memalukan arsenal dan memecah masuk dalam top 4 season nih.Kirem salam kat O'neil.

Jadi seeprti biasa jika anda peminat setia Arsenal jangan lupekan tonton perlawanan secara live di saluran Astro ESPN 812 jam 9:25pm.