Isnin, 16 Februari 2009

Pre-Match: Arsenal vs Cardiff City


Internationalelehan menyebabkan aku berehat seketika dari dunia pemblogan.Itulah sebabnye dipanggil international break kut.Di hujung minggu lepas pula yakni semalam dan kelmarin berlangsung perlawanan FA pusingan ke berapa tah bagi merebut tempat ke pusingan ke 4 dan suku akhir.Arsenal pula terpaksa berdepan dengan Cardiff city dalam perlawanan ulangan awal pagi nanti.Walaubagaimanapun jadual suku akhir telah dikeluarkan dengan pemenang match malam nih akan menentang Burnley dalam pusingan seterusnya.Pemenang match tu pulak akan menjadi tuan rumah kepada Sheffield Utd atau pun Hull City.Jika Arsenal menang, ia pastnya perlawanan yang ditunggu2 di Emirates dengan Hull City pernah memalukan Arsenal di depan fan sendiri, manakala Arsenal pastinya teringat pesta budak2 ke atas sheffield United 6-0 dalam carling cup.

Dalam Press conference pre match untuk awal pagi nanti, Wenger seperti biasa mengaitkan isu2 semasa terlebih daulu dengan merasakan simpati terhadap rakannya yang Score pastu lari..dan bekas kaptennye Tony Adams.Kedua2 nya dipecat dan bagi mase tidak diberi mase yang secukupnyaWenger pasti sedar mase yg diberi padanye dah terlebih2 dan silap2, die boleh terhutang mase untuk mengembalikan piala di Arsenal.Begitu juga dengan pujian yang diberikan kepada master of taktik atau 'orang seni' gelaran yang diberi Wenger kepada Pemangku pengurus Chelsea hingga akhir musim ini.Wenger menyifatkan Chelsea membuat pilihan yang tepat dengan perlantikan pakar seni pengurusan tersebut.

Berbalik kepada match malam ini, Arshavin awal2 telah out kerana tak layak beraksi untuk perlawanan ulangan.Fan Arsenal terpaksa bersabar lagi.Tapi bagi Wenger, ia keputusan yang amat bagus memandangkan Arshavin belumlah match fit sepenuhnya jadi masa rehat yang panjang begitu diharapkan dapat mengembalikan staminanye.Eduardo? Wenger, tidak mahu memberi harapan kepada peminat dengan masih bertarik tali sama ada Eduardo akan diturunkan atau tak.Tapi reaksi yang diterima dari match international cukup positif di mana Eduardo tampak sudah bersedia menjadi sebahagian daripada pejuang2 bagi survival saki baki musim ini.Wenger juga tidak mahu memberi tekanan kepada Eduardo dan pada dirinya sendiri kerana katanya, dia harap diberi banyak kebebasan sendiri untuk memilih para pemainnya malam ini.Tapi dengan keberanian Wenger menyenaraikan Eduardo di bangku simpanan hujung minggu lalu di White Heart Lane, ia bagai satu hint, hanya, jarum saat di jam sahaja yang menjadi penentu.

Lain2, kebodohan Eboue menghukumnya untuk tak terlibat langsung dalam perlawanan malam ini termasuklah partnernye Diaby yang masih suffer dek tigh Injury.Bekas pemain Cardiff, Ramsey masih dalam pemerhatian akibat kecederaan ligamen lutut sewaktu bersama Wales dalam international friendly.Clichy yang pecah kepala botaknye minggu lalu dianggarkan tak punye masalah untuk diturunkan.Adebayor, masih out 2 minggu akibat hamstring. Ini bermakna Arsenal agak terhad jadi aku membayangkan team ang sebagai ini:

----------Fabianski----------
Sagna---Toure--Gallas---Clichy
Nasri---Song--Denilson--Vela
--------Bendi---RVP--------

Sub
Almunia
Eduardo
Wilshere
Merida
Johan
Gibbs
Ramsey/??

Live di Astro? tak pasti, masih dalam penyiasatan.Tapi harap2 online streaming live masih mampu menjadi penyelamat.Arsenal 2 Cardiff 0.Rentak clean sheet diteruskan!

Err..sumber2 menyatakan ade live awal pagi nanti jam 3:30am di saluran Astro Star Sports channel 813.Kunci jam anda!!


0 ulasan: