Isnin, 9 Februari 2009

Wenger salahkan ref.

Seperti yang dijangka dengan alasan yang same, Wenger menuding jari kepada ref yang dikatakan punca arsenal gagal untuk memenangi derby match di white heart lane semalam.Baginya, keputusan membatalkan gol Eboue dan melayangkan kad kuning pertama Eboue yang membolehkan Eboue dilayangkan kad merah selepas itu telah membunuh peluang Arsenal untuk bawak balik 3 mata bagi menembusi top 4.

Di sebalik pujian2 positif, resilient,committed attitude, rekod tanpa kalah 11 perlawanan(6 seri)bla bla bla.., Wenger tetap menganggap semalam adalah lebih kepada 2 mata yang tercicir dari 1 mata yang berharga.

Ditanya mengenai Adebayor, Wenger mengesahkan pemain Togo gelap itu akan miss 3 minggu tapi die tak gusar dengan adanya Carlos Vela, Bendi, kepulangan Eduardo, kemunculan Arshavin dan sentuhan nurbisa RVP.Aku harap Adebayor ambek mase ni rehat cukup2 dan sedar diri sebenar, tengok balik tape game yang die main season ni dan tahu betapa buruknya die main selama nih.Dalam pada itu, Arsenal dikatakan sedang memerhatikan harman Lille,Yohan Cabaye untuk summer ni menguatkan lubuk tengah sepeninggalan Flamini dan Gilberto.

Khabar dari Pompey, lagenda Arsenal Tony Adams dipecat daripada jawatan pengurus pasukan.Diharap Adams terus cekal dan tak berputus asa kerana manager Wenger sebelum ini pun pernah dipecat dari Monaco.Banyak lagi peluang untuk mengembangkan sayap karier di tempat2 lain.Mai liga M jom.haha..


0 ulasan: