Jumaat, 20 Februari 2009

Ape-ape aje

Tiung Man aka Theo Walcott sedang dalam prosess perundingan untuk kontrak baru. Kontrak nye dari Southampton yang dikhabarkan memberi 20K seminggu bakal tamat hujung season ni.Walaupun ade kate2 positif dari sumber2 dalaman iaitu Walcott semakin hampir menyetujui untuk menandatangani kontrak baru yang mengekalkannye di Emirates sehingga 2014 dgn gaji 50K seminggu, namun kedua2 belah pihak baik Arsenal mahupun Walcott masih diam seribu bahasa tanpa ade ape2 perkembangan yang membina.Adelah tidak wajar Anak emas Don Capello yakni satu2nya star England(dah established selain jack) yang ade di Arsenal dibayar gaji seciput itu,jadi Wenger pasti berfikir panjang tidak mahu 'Flamini' muncul kembali.Liverpool pernah dikaitkan berminat dengan penyokong die hard fan mereka sewaktu kecil, tapi adalah janggal untuk melihat Walcott berjersey lain selain daripada merah putih Arsenal sesason depan.Walcott adalh mase depan Arsenal, malah masa depan England! Lagipun sudah tertulis jersey keramat no 14 adalah untuknya bagi sesaon2 mendatang, mustahil hanya pakai sekali jek.Jika jersey 14 itu berpindah2 tangan , ape pula penghormatan yang tinggal pada no 14 itu..

Arsenal tak perlukan Central midfielder sebenarnya -kata Samir Nasri.Di sebalik rumors2 dan ramalan2 penganalisis2 bola sepak dan bookie2 haram yang arsenal akan mendapatkan seorang 'viera' , Wenger mengejutkan orang ramai dengan membeli player yang attacking minded , Arshavin.Pembelian yang sangat2 dipersetujui oleh Samir.

"Aku tak rase yang central midfielder adalah posisi yang kitorang kehilangan.Ape yang sebenarnya kite rinduan ialah player yang injured dan bile diorang kembali, korang tengok lah 'Arsenal baru'"

"Aku dah main lawan die mase die kat zenit aku kat Marseille.Pergh wa cakap lu, die memang terbaik dari kebun!Die akan bagi lebih suntikan dan ketajaman di mana pasukan kite betul2 nampak kekurangan semenjak 2 menjak nih"

Dan selepas Eduardo membuat kemunculan sulung dengan jaya, pengharapan dan debaran kini tertumpu pada satu lagi bakal arsenal idol baru iaitu Arshavin.Arshavin belum lagi membuat penampilan bersama Arsenal dan perlawanan dengan Sunderland minggu ini dianggap sebagai debut buatnya.Bukan sahaja rakan2 seperti Fabregas, Toure dan Nasri tak sabar2 untuk menyerap kudrat yang ade padenye, malah fan juga tak sabar2 setelah Eduardo mencuri tumpuan dengan cara yang agak CLASSic!!

Adebayor pula tak putus2 cube memberi semangat yang positif walaupun die tak tau, ade ke tak orang yang endahkan kate2nye.Adebayor sejak dulu lagi lebih mementingkan piala dan pasukan daripada permainan cantik dan anugerah individu.Katenye, die tak kisah jika die hanya score 12 bijik gol season ni setakat ini jek asalkan Arsenal menang apae2 piala.Ape2 je la kamu ni.Tapi bagus la, die dah sedar dan tak bangga diri.Mungkin gosip2 liar yang mengatakan die bakal berhijrah summer lalu memberi pengajaran selain bermuka tebal, Adebayor pernah claim die tak pasti sama ade bermain untuk arsenal atau tidak season ni tapi realitinya, tiada kelab pun yang membuat bidaan dan offer.Itu hanya spekulasi media menyebabkan Adebayor duduk diam2 menutup muka dan makan kate2nye sendiri.Wenger menyelamatkan karier Adebayor dan masih memberi peluang, walaupun tak score katenye die masih assist-tetap tak mahu kalah.Bersainglah dengan sihat wahai adebayor kerana RVP, Eduardo, Bendi, Vela Walcott dan Arshavin takkan biarkan kamu rampas tempat Eboues sebagai anak emas Wenger.

Walaupun summer jauh lagi dari perbincangan, namun ade rumors2 yang mengatakan arsenal sedang mengintai beberapa name,intai sahaja tak ambil gambar, haha.. mereka adalah Pak Sako, Nene_k 25 striker dari Nacional,Yohan Pele,26 Keeper Le Man dan juga rakan Nene Micael Ruben,22 dari Nacional jugak.Masih terlalu awal hendak dibincangkan.Tunggu ianya sampai tahap kritikal dan serius.Tak sabar nak mengalami simptom2 kearshavinan dan kenasrian sekali lagi.


0 ulasan: