Selasa, 17 Februari 2009

Malam Penuh Emosi

ARSENAL 4 - CARDIFF CITY 0

Beliau menunjukkan mengapa Arsenal begitu kehilangannya dalam 12 bulan yang lepas.Arsenal begitu merindukan sentuhan berbisa dan dengan rentetan beberapa perlawanan outdoor dan friendly, Eduardo kembali menyarung jersey Arsenal buat kali pertama dalam competitive match dan terus menjadi kesebelasan utama.Suatu kepercayaan tinggi daripada Wenger.Jika Wenger bersikap terus terang dan awal2 memberitahu, pastinya stadium Emirates yang hanya mencapai 57,237 tadi full house dipenuhi para peminat yang ketagih aksinya.

Malam penuh emosi sekembalinya Eduardo ke dalam padang dan tiada cara yang lebih gemilang daripada meraikannya dengan 2 jaringan.Dengan kehadiran Eduardo yang nampak tajam, lively , fokus ,kreatif barisan serangan Arsenal begitu mantop tadi.Kecekapan Heaton dan tiang saje yang menjadi penghalang buat Arsenal berpesta menuai.Apepun kecemerlangan Eduardo dibantu oleh rakan2 sepasukan yang bermain sebagai satu unit, defend, attack semuanya lancar dan smart.Sehinggakan Gallas dan Toure masing2 mempunyai peluang untuk mengancam gawang lawan. Bendi, seperti mana yang diucapkan dalam posting sebelum ini, menunjukkan die bukan cakap kosong, sekurang2nya die telah berusaha sekeras mungkin walaupun dengan tiada boot pinknya kekerasan tu tetap ade.Satu gol, satu assist dan banyak miss, itulah pembelajran yang sedang ditimba oleh pemain Denmark ini.Walapun kadangkala beberapa tindakannya boleh dipersoalkan.Jika ini berteursan, tiada tiket free bagi jawatan striker di Arsenal.

1st half adalah semuanya milik Arsenal.Fabianski jarang2 memegang bola.Gibss yang menggantikan Clichy yang direhatkan mula2 agak gugup tapi setelah itu lama kelamaan persembahannya makin matang dibantu oleh defend2 yang lain cuma jika die lebih banyak overlapping pastinya lebih syok dengan kepantasan dan gandingannya bersama Vela.Carlos Vela,pemain Mexican yang diberi pengharapan tinggi tak pernah mengecewakan.Walaupun tak berada dalam senarai penjaring tapi set up nya melalui one two bersama Eduardo untuk gol pertama memang layak mendapat kucupan kesyukuran dari pemain crotia itu.Yang paling penting die dan Nasri yang bermain di seberang sana tak gentar untuk go forward malah mencuba dari jarak jauh.Lihatlah betapa tingginya keyakinan yang mereka perolehi.Bendi pula dilihat agak serasi bergandingan dengan Eduardo mendapat gol yang selayaknya hasil kerje keras.Berjaya mengelirukan lawan dengan larian dalam kotak penalti sebelum menanduk kencang dari sepakan sudut.Jika nasib menyebelahinya, mungkin sepatutnya 4 atau 5 gol malam ini.


2nd Half tetap milik Arsenal, dengan defend menutup segala ruang buat cardiff yang langsung tak berpeluang bergerak khas.Tetapi Fabianski kali ini dipaksa lebih banyak bertindak.Denilson dan Song hanya perlu duduk diam di tengah2 alam itu dan menjalankan tugas mereka dengan jayanya.Nasri dapat dilihat merata di seluruh padang dengan rambut baru membuatkan Sagna tak segan silu naik ke atas.Pendek kate, ini lah Arsenal yang dah lame tak main care Arsenal sebenarnye.Memang fan merindui persembahan macam tadi.Eduardo seperti panggilannya fox in the box, selalu ade pada tempat yang sesuai dan pada masa yang sesuai.Berjaya memenangi penalti, Eduardo sendiri tengan menyempurnakannya dan disambut penuh emosi dari segenap sudut Emirates Eduardo terus menerpa ke arah medical Arsenal yang mana telah berkorban besar menyelamatkan karieernye dari peristiwa malang setahun lepas.

Menerima standing ovation, Eduardo dikeluarkan setelah aksinya yang dikatakan lebih dari mencukupi.Beliau digantikan oleh RVP pada minit ke 67 menunjukkan betapa Wenger masih bernafsu menyerang.Ramsey yang 50/50 juga dapat berjejak kasihan dengan rakan2 lama apabila menggantikan Nasri.Amaury Bsichoff jugak dimasukkans ecara gamble ketika kemenangan nampak pasti buat Arsenal malah hampir2 menciluk perhatian dengan tendangan sipi2 ke penjuru gol.Dan di minit2 terakhir, kalo orang putih cakap icing on the cake,aku kate kuah atas nasi la. Bermula dengan Denilson yang mematikan penguasaan Cardiff, bola dikutip Bendi yang melorongkan cantik kepada RVP sebelum disudahkan dengan sempoi oleh on form star Arsenal.Dekat last2 minit pun tandukannye hanya mencium tiang membuatkan Wenger dan Nasi Pat senyum tersipu2 macam kucing dapat anak kembar.

Pendek kate kesimpulannya, Arsenal bermain superB kali ini.Burnley menunggu mase untuk diburn.Inilah peluang keemasan untuk Arsenal merangkul piala sejak kemarau 3 season jadi harap2 Arsenal dapat merealisasikannya.Dengan fixture2 selepas ini yang lebih berpihak kepada Arsenal, tiada lagi jalan mudah yang boleh diharapkan.Dan kite boleh menarik nafas lega , berbesar hati dengan sekembalinya Eduardo dan pemain2 yang sedang beratur di barisan Walcoot, Fabregas Rosicky segalanya sangat silau buat Arsenal.

P/S: Penyokong2 cardiff,sesiapa hilang kasut dan Handphone boleh kutip dekat pegawai perlawanan.Tertinggal atas padang mungkin.





1 ulasan:

bali hambali berkata...

x sia2 memapley pagi tadik
welkam bek Dudu!