Sabtu, 7 Februari 2009

Pre Match : Buang sampah ke rumah jiran

Agak sepi sedikit 2 3 hari ini dengan berita bola sepak terutamanya Arsenal, yang ada hanyalah isu 'lompat-melompat' di kalangan pemain2 semasa Januari Transfer.Arsenal telah berjaya mendapatkan Andrey Arshavin dengan cara halal walaupun ade suara2 sumbang seperti Aston Villa terutamanya mempertikaikan keputusan FA.Disebabkan itu aku rase aku perlu berehat sebentar dek kerana berita arshavin ini nyata menekan jiwa dan perasaan bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan transfer saga melibatkan pemain antarabangsa Russia ini dengan Arsenal.

Nampak gambar di atas? rindu bukan, puas hati dapat melihat reaksi seekor2 muke badut spurs.Harap pemain2 dapat mengulangi ape yang dilakukan oleh Henry.Baiklah, esok adalah antara perlawanan tumpuan sepanjang musim dan lebih kepada misi membalas dendam di White Heart Lane.Masihkah kau ingat kite berlari-lari.... ya kite sepatutnya hanya perlu berlari2 anak sewaktu keputusan dah pun memihak kepada arsenal 4-2 di waktu itu minit ke 90 tapi entah bagaimana Spurs yang bawah pengurusan Redknapp buat kali pertama berjaya mencuri 1 mata dengan kedudukan 4-4 pada akhir perlawanan di Emirates.Masih juga kuingat tarian ala beruk dari bentley di depan fan2 arsenal uang sungguh menyakitkan hati dan mata.Itulah sebabnya kite perlu hadir ke sana dan berlaku adil yakni meletakkan sesuatu yang asal pada tempatnya, di manakah tempat asal spurs, nun di bawah sana terperosok di dasar liga.

Mereka ingat dengan spending yang berlebihan dengan membawa pulang 3 bekas pemain yang melompat kemabali ke Spurs,Keane Defoe Cnimbonda, mereka hebat? huh..silap sama sekali.Yang peliknya, ape yang hebat di Spurs sampai mereka sanggup kembali biarpun memanskan bangku simpanan, Defoe sendiri dah terkena badi diketepikan 2 bulan akibat kecederaan. Mereka ingat mereka beli pemain simpanan Chelsea mereka kebal, silap sama sekali apabila Cudicini dilihat merupakan lubuk ketika bola crossing sewaktu kekalahan kepada bolton 3-2 minggu sudah.Jadi , beli la banyak manapun, balanja lah banyak mana pun,kerana kate wenger, wenger pedulik hape! Sejauh manapun mereka gapai, mereka tetap tak akan dapat keserasian dan impian yang mahu dicapai oleh mane2 jurulatih pun terutama dalam menewaskan ARsenal dalam saingan liga kecuali la dalam saingan piala kanak2 ribena, mereka berjaya memalukan kunjungan kali terakhir Arsenal dengan kemenangan 5-1, satu lagi faktor yang menegaskan mengapa kite perlu mengalahkan Spurs esok.Derby memang selalu dianggap panas!

Dan aku tau di kalangan peminat2 Arsenal pastinya tertanya2 dan tertunggu2 untuk melihat aksi kelibat player baru ,Arshavin dalam jersi Arsenal. Arshavin kini baru pulang dari Russia awal pagi tadi mengambil visanya.Namun aku membayangkan, peminat2 Arsenal perlu bersabar seketika kerana mungkin Arshavin tak akan dirisikokan dalam perlawan malam esok.Wenger memberi bayangan jika adepun arshavin terlibat, mungkin sebagai pemain gantian ataupun sebagai watak tambahan kerana Arsahvin sendiri mengakui masih belum match fit, yang ade hanyalah latihan pra musim selama 10 hari bersama zenit setelah kali terakhir matchnya adalah bulan November lepas.

Jadi ini pastinya khabar gembira bagi peminat2 Eboue yang masih boleh menyaksikan pemain kesayangan mereka beraksi di sebelah kanan untuk peluang2 terakhir setelah munculnya Arshavin.Eboue yang dikeluarkan akibat kecederaan sewaktu bertemu West Ham telah mendapat lampu hijau untuk diturunkan berbeza dengan Diaby yang masih dirwat tapi dalam mase yang sama mempunyai alasan penggantungan 1 perlawanan untuk tidak diturunkan.Wenger juga memberi reaksi positif apabila bercakap tentang pemain pujaannye Thomas Rosicky.Rosicky diberitahu telah mula menyepak bola dan memerlukan sekurang2nye 6 minggu untuk kembali ke skuad utama.

Kalau siapa yang ber betting esok(ingatlah judi itu haram di sisi agama) , pastinya pilihan mereka adebayor.Sang Adebayor adalah pemain yang paling dibenci oleh peminat2 spurs.8 gol dalam 8 pertemuan, pastinya satu rekod yang boleh dibanggakan bagi match derby terutamanya ke atas rival terdekat.Hahaha..tapi dengan Adebayor yang tengah surut tak pasang2, Arsenal boleh mengharapkan sentuhan pemain terbaik bulan Januari RVP seabgai mesin peledak gol.Di tengah,Gunners mendapatkan sentuhan Nasri dan pastinya Alex Song dibawa masuk straight forward menggantikan Diaby bagi menemani Denilson.Kanan seperti biasa buat terakhir kalinya milik Eboue mungkin.Mungkinkah Toure dan Gallas bakal digandingkan sekali lagi, tiada faktor ketinggian yang memerlukan Arsenal membuat rotation dengan memasukkan Jozan, tapi dengan kepantasan Keane, Toure dilihat mampu mengimbangi kelajuan si katik itu berbeza dengan kegagalan Johan yang terperangkap dengan Keane di Emirates sewaktu die menjaringkan gol buat Liverpool.

-------ALmunia---------
Sagna---Toure--Gallas--Clichy
Ebou---Song--Denilson--Nasri
-----Ade-----RVP-------

sub:
Fabianski
Arshavin
Vela
Bendi
Ramsey
Wilshere
Gibbs

5 mata di belakang villa dan chelsea, Arsenal perlu mengelakkan seabrang mata dari tercicir lagi untuk memastikan kedudukan tidak terpinggir dan org ramai tidak mempersoalkan kreadibiliti Arsenal berada dalam top 4.Tidak perlu dibimbanggi pasukan lain seperti Chelsea dan Villa kerana aku yakkin Villa tak ade cukup ramuan untuk meneruskan aksi cemerlang mereka sepanjang musim, sampai satu ketika mereka akan pancit juga dan tekanan pastinya di pihak mereka-Media beriya2 ingin memastikan mereka bakal memalukan arsenal dan memecah masuk dalam top 4 season nih.Kirem salam kat O'neil.

Jadi seeprti biasa jika anda peminat setia Arsenal jangan lupekan tonton perlawanan secara live di saluran Astro ESPN 812 jam 9:25pm.


0 ulasan: