Sabtu, 7 Februari 2009

Hooligans



Bersempena dengan derby match esok, rehatkan hari minggu dengan lepak di rumah sambil menonton filem.Aku baru sahaja selesai menonton Green Street Hooligan sebuah filem mengenai Hooligan berlatar belakangkan suasana di Timur London membabitkan pasukan West Ham.Walaupun filem ini agak sudah basi iaitu sekitar tahun 2005, tapi memandagkan ia berkaitan dengan bola sepak jadi aku merajinkan diri untuk menghabiskan durasi sejam 48 minit.Yang menariknya filem ini bukanlah sebuah filem mengenai bola sepak sepenuhnya seperti Goal,Bend it like Beckham,Bola Kampung(erk?) atau filem2 bola yang lain tapi temanya adalah lebih kepada sepak terajang menggunakan bola sepak sebagai point.

Walaupun dipenuhi dengan banyak aksi2 dan bahasa yang kasar,standard org sane la.. tapi ape yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan.-Kita semua sebenarnya mempunyai benda2 atau perkara lain yang lebih bermakna dalam hidup- Menegakkan semangat setia kawan dan semangat melawan yang tinggi biar ape pun nak jadi, jadi lah.Agi idup agi ngelaban laa kirenye.Tapi ape yang dilakukan sebenarnya hanya sia2 kerana setiap perkara di akhirnya mereka akan kembali berfikir apekah perkara itu adalah perkara yang sepatutnye.Huh, teruk jugak aku me'review' filem.Ahh pendek kate sebenarnye aku terpikir betul ke bende2 ni terjadi di luar sana dan adakah ia satu realiti? Agak2nya bagaimanalah perasaan dan situasi tegang apabila kedua2 penyokong Arsenal dan Spurs bertemu di stesen keretapi bawah tanah.Yang penting mereka berani berdepan bagai anak jantan, bukannye berlari sorok2 dari kebenaran. Sekian, selamat menonton.


0 ulasan: